Wednesday, April 10, 2013

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 16)

 Kenapa Pak Lan Disini? (Part 16)


Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.

Al-Fatehah buatmu anakanda menantuku yang tersayang dari kami yang menyayangimu, yang meratapi kehilanganmu dan yang akan sentiasa mengenang mu.

Sudah tiada lagi gurau sendamu dan tawa riangmu. Semua itu pergi bersamamu. Hanya kenangan manis bersamamu yang akan sentiasa terpahat di lubuk sanubari.

Anakandaku, darilubuk hati ayahanda, ayahanda mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan mu. Kesediaanmu untuk mengorbankan dirimu demi membela maruah isterimu yakni putri ayahanda dan isteri sahabatmu yang di ganggu secara seksual oleh samseng-samseng yang tidak pernah mengenal erti kehormatan seorang isteri amat ayahanda dan kami semua kagumi, sanjungi dan pandang tinggi.

Semoga Allah SWT menerima rohmu dan amal baktimu dengan penuh keredhaan. Doa kami anakandaku akan sentiasa bersamamu. Biar pun pemergianmu dengan cara yang sebegini begitu menyayat hati namun kami semua redha dengan ketentuan Illahi.

Untuk makluman semua, Assyahid Mohd Hafiz Fahmy telah di tikam bertubi-tubi di dada dan perutnya di dalam satu pergaduhan setelah di keroyok oleh lebih 50 orang samseng pada sekitar jam 3 pagi pada hari Sabtu 6hb April 2013 di sebuah lokasi di Pulau Pinang.

Kejadian bermula apabila dia yang di temani oleh isterinya bersama isteri rakannya dan 2 lagi rakan lelakinya telah pergi kesebuah lokasi untuk menghantar makanan kepada rakan-rakan mereka setelah merayakan majlis hari lahir anak kepada rakan mereka.

Di lokasi tersebut, isterinya dan isteri rakannya telah di ganggu dengan kata-kata lucah oleh beberapa orang lelaki sehingga ada yang berani menyentuh pipi isteri rakannya dan meraba ponggong isterinya sendiri.

Assyahid cuba untuk menegur perbuatan mereka secara baik. Namun ianya telah di balas dengan kata-kata yang lebih pedih dan menyakitkan sehingga terjadi pergaduhan.

Beliau telah di keroyok oleh lebih dari 50 orang samseng-samseng yang berada di sekitar itu.Saya di fahamkan kumpulan ini memang cukup terkenal kesamsengan mereka di Pulau Pinang ini.

Sewaktu pergaduhan inilah beliau telah di tikam bertubi-tubi demi utk menyelamatkan isterinya dari ikut terkena tikaman mereka. Setelah itu beliau telah di bawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan oleh isterinya dan isteri rakannya. Manakala dua orang lagi rakan yang bersamanya telah jatuh pengsan akibat di pukul beramai-ramai.

Manusia hanya mampu berusaha Allah juga yang menentukan segala-galanya. Akhirnya pada jam 6.03 ptg hari Sabtu 6hb April 2013 beliau telah di sahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas kerana kecederaan di paru-paru dan akibat pendarahan yang tidak mahu berhenti.

Beliau pergi meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata yang masih kecil. Seorang anak perempuan yang berusia 5 tahun dan seorang anak lelaki yang berusia 2 tahun. Anak-anak kecil yang masih belum mengerti hakikat kehilangan dan sebuah pengorbanan seorang ayah dan suami kepada isteri dan keluarganya.

Beliau syahid kerana mempertahankan maruah dan kehormatan isteri, keluarga dan dirinya. Akhirnya dengan kehendak Allah…Allah telah berkenan untuk mengkabulkan cita-cita dan impian Allahyarham selama ini untuk mati syahid.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarah untuk memberikan sokongan moral dan turut sama mengurus dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Ucapan terimakasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkan buat para doktor dan kaki-tangan Hospital Besar Pulau Pinang atas pertolongan, bantuan dan kerjasama yang di berikan. Tidak lupa juga kepada pegawai dan anggota-anggota PDRM Pulau Pinang.

 Tan Sri Khalid Abu Bakar, 
Timbalan Ketua Polis Negara

Tidak lupa juga khusus kepada YDH Tan Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara yang begitu prihatin sekali dalam kes ini. Terima kasih banyak Tan Sri kerana sudi membantu. Hati saya tersentuh dengan keprihatinan Tan Sri. Begitu juga dengan Dato Rahim Hj Hanafi, Ketua Polis IPK Pulau Pinang yang terlibat secara peribadi untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini.

 Dato Rahim Hj Hanafi, 
Ketua Polis IPK Pulau Pinang

Sebagaimana lazimnya, yang pergi tetap pergi namun yang tinggal akan di hadapkan dengan seribu pertanyaan. Mencari hikmah dan kewajaran di sebalik apa yang telah berlaku. Namun yang pasti, sebagai seorang ayah dan seorang muslim saya juga ingin merakamkan di sini rasa kekesalan saya yang tidak terhingga dan begitu amat terkilan dengan peristiwa yang berlaku.

Anak menantu saya syahid di tangan umat Islam sendiri. Apatah lagi kelompok ini adalah merupakan kelompok umat Islam yang kononnya berbai’ah dengan menjunjung Al-Quran untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara.

Inikah akhlak pejuang agama, bangsa dan tanahair? Mempamerkan keberanian dan kehebatan dengan menganggu isteri orang? Tidak merasa malukah mereka-mereka yang kononnya menjadi ayahanda-ayahanda mereka? Apakah ayahanda-ayahanda ini berbangga dengan perlakuan dan akhlak anak-anak bai’ah mereka? Saya ingin bertanya, siapakah anda semua yang sebenarnya? Tentera Fisabilillah atau tentera DajjalAlMaseh?

Tampillah kehadapan memberi penjelasan. Jelaskan posisi anda. Belajarlah bertanggung-jawab sebagaimana layaknya orang yang beriman dan berjihad di jalan Allah. Ataupun anda ingin terus menyembunyikan diri seperti tikus. Di mata saya anda semua tidak lebih dari seorang dayus dan pengecut.

Anda semua berbai’ah sebagaimana amalan Rasulullah dan para sahabat. Cuma bezanya di sini, Rasulullah dan para sahabat berbai’ah utk menegakkan yang haq tapi anda semua berbai’ah untuk menegakkan kebathilan.

Gambar hiasan

 Tidak sedarkah anda semua bahawa anda semua sedang menghina Rasulullah dan para sahabatnya dengan menyalah-gunakan amalan yang suci itu? Hentikanlah amalan yang sesat lagi menyesatkan ini. Jangan di salah gunakan kesucian sunnah Rasulullah SAW demi kepentingan peribadi dan tembolok andas emua. Anda semua sedang melakukan perkara yang cukup keji dan menjijikkan. Anda semua sedang menyesatkan anak bangsa sendiri. Sedang merosakkan pemikiran dan aqidah mereka.

Cukup-cukuplah dengan fitnah dan bencana yg sedang melanda bangsa ini. Janganlah di tambah lagi hendaknya. Bai’ah yang anda semua amalkan adalah batal dan tidak di terima oleh Allah SWT kerana tidak menepati syarat dan kehendakNya.

Kepada pihak yang berkuasa seperti PDRM, bersihkan parasit-parasit ini dari dalam masyarakat. Dan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan pula berbuatlah sesuatu mengenai soal ini. Wartakanlah sebuah fatwa yang boleh dijadikan pedoman oleh masyarakat dalam urusan ini.

Urusan ini membabitkan amalan Rasulullah dan para sahabat. Ini bukan soal remeh. Ini soal yang menyentuh aqidah umat Islam. Jangan biarkan umat Islam terus berada didalam kesesatan. Sedangkan bai’ah untuk politik sekuler sahaja pun tidak sah dan di anggap batal inikan pulak untuk jadi samseng.

Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World Islamic Chamber Of Commerce


Komen aku : Takziah Pak Lan


Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem

Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh

Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)  
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  

Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN

2 comments:

  1. Apakah maksud kumpulan ini P*k*d..Kalau salah mohon maaf.
    Tapi jika benar, amat malang sekali kerana gelagat golongan samseng melayu yang diangkat ke layar filem tidak lebih hanya sekumpulan pembuli mereka yang lemah. Doa supaya yg perasan Ayahanda tu bertanggungjawab sikit.
    Apa nak samseng sangat pukul ramai-ramai. Kalau berani, hantar 50 orang ni pergi Lahad Datu.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Lan.

    al fatihah untuk arwah. Boleh pak lan jelaskan sikit lagi tentang "kumpulan itu" dan lokasi kejadian.

    terima kasih

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.