Tuesday, May 7, 2013

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 18)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 18)



Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming.

Bermacam-macam analisa dan andaian yang di buat kononya untuk lebih memahami apa sebenarnya yang berlaku pada PRU 13. Masing-masing berusaha untuk membaca segala isyarat dan petunjuk. Yang tersurat mahu pun yang tersirat.


Ramai yang beranggapan bahawa DAP yang berjaya dalam PRU kali ini. Kononnya kerana berlaku tsunami kaum Cina. Hakikat penghijrahan sokongan kaum Cina yang ketara dari MCA-BN kepada DAP memang agak ketara.

Mulailah kedengaran nada-nada sumbang yang berbau perkauman di sana-sini. Ini jelas terlihat di laman-laman sosial seperti FB contohnya dan juga di blog-blog. Ramai yang mempersoalkan kesetiaan kaum Cina kepada kerajaan walaupun sudah di berikan bermacam-macam bantuan dan ganjaran oleh pihak kerajaan.


Ada juga pendapat yang begitu beremosi sehingga sanggup menyarankan kepada kerajaan untuk memikirkan satu kaedah bagaimana untuk menghukum kaum Cina. Benarkah semua ini ? Benarkah kaum Cina begitu membenci orang Melayu ? Benarkah kaum Cina ingin menguasai politik Malaysia sebagaimana yang berlaku di Singapura, Thailand dan Filipina ? Saya tidak berhasrat untuk membahas dan melihat dari sudut ini pada masa ini.

Saya melihat apa yang sedang berlaku ini adalah gerakan NGO-NGO yang bersatu menjadi satu gerakan politik. Biarpun NGO-NGO ini mempunya agenda dan kepentingan masing-masing namun pada akhirnya mereka sepakat bahawa pada akhirnya mereka tetap memerlukan kuasa politik untuk mencapai matlamat dan meraih kepentingan mereka. Dan mereka memilih pembangkang atau pun Pakatan Rakyat sebagai platform untuk menterjemahkan agenda politik mereka.


Gerakan ini saya lihat sudah bermula sebelum PRU ke 12 lagi. Namun ianya muncul di permukaan dengan begitu ketara pada PRU 12. Gerakan ini kemudiannya di teruskan melalui perarakkan BERSIH 1,2 dan 3. Diharapkan kemuncaknya dapat di capai pada PRU 13. Namun ini tidak berlaku. BN masih berupaya untuk membentuk kerajaan.

Apakah gerakan ini akan berhenti di situ ? Jawapannya tidak. Biar pun pada PRU 13, Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan, gerakan ini akan tetap meneruskan niat mereka untuk menggulingkan kerajaan BN sehingga berjaya. Mereka akan tetap berusaha untuk menggulingkan kerajaan. Dan selepas ini melalui kaedah ' protes jalanan ' yang tersusun dan berterusan.


Pergerakan ini dapat dilihat begitu jelas mengadaptasi kaedah dan strategi ' Non-violent Revolution '. Kaedah yang telah di guna pakai di 77 negara di seluruh dunia semenjak tahun 70 an. ' The People Power Revolution ' yang berlaku di Filipina pada tahun 1986 adalah contoh pertama bagaimana ' Non-violent Revolution' berupaya menggulingkan kerajaan yang memerintah. Sementara ' The Arab Springs ' adalah contoh terdekat 'Non-violent Revolution '.

' Non-violent Revolution ' adalah satu pergerakan revolusi melalui penentangan sivil yang menggunakan kaedah protes secara aman yang tersusun dan berterusan sehingga berjaya menggulingkan kerajaan yang di pilih melalui PRU.


Di kebanyakaan negara, protes-protes secara aman ini bertukar menjadi ganas apabila ianya di tangangi secara agresif dan ofensif oleh pihak yang berkuasa. Ini dapat di lihat dengan jelas di negara-negara yang terlibat dengan ' Arab Springs '.


Di Malaysia, bibit-bibit tersebut sudah jelas kelihatan. PRU 13 memberikan isyarat yang semakin jelas dan nyata bahawa ' The Non-violent Revolution ' sudah semakin hampir. Kini terserah kepada pihak berkuasa bagaimana ianya akan di tangani.

Pak Lan   
Mohd Ramalan Yunus   
Founder  World islamic Chamber Of Commerce  

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
 
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?  
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
 
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?  
Part 13 - Sekapur Sireh  
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.

Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN


 

2 comments:

  1. Kepada Dato Seri Najib Razak,
    Perdana Menteri Malaysia

    Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:

    1. Prestasi yang semakin merosot dengan mendapat hanya 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi.

    2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.

    3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.

    4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

    5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.

    Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.


    Sekian dari kami,
    Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)

    MOHON SEBARKAN!!!

    ReplyDelete
  2. wah ramai giler ed bean army..semua blog dia masok..goyang kot tgk Melayu nak bersatu..huhu

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.