Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2).
Pencapaian PAKATAN terutamanya DAP dalam PRU 13 bukanlah kerana kekuatan mereka tetapi lebih kepada kelemahan BN.
Tsunami kaum Cina ? Bukan... Kaum Cina menyokong PAKATAN bukan kerana sentimen. Bukan kerana isu perkauman. Mereka menyokong PAKATAN kerana itulah alternatif yang ada.
Mereka kaum yang realistik dan praktikal. Mereka cukup sedar bahawa wujud perbezaan yang besar antara UMNO dan Melayu. Juga antara Melayu dan Islam. Mereka menyokong PAKATAN kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan BN.
PRU 13 menjadi medan politik yang paling kotor dan menjijikkan. Politik wang, skandal seks, maki hamun, fitnah sudah sampai ke peringkat negara. Bukan lagi sekadar amalan di dalam parti.
Mereka juga bahawa politik dan orang-orang yang terlibat dalam politik adalah kotor. Masing-masing hanya mengutamakan kepentingan masing-masing. Namun ianya perlulah di lakukan dengan mendahulukan kepentingan nasional. Oleh itu mereka memilih untuk menyokong pihak yang di lihat lebih mengutamakan kepentingan nasional berbanding kepentingan kaum masing-masing. Sebab itu mereka menolak MCA, MIC dan Gerakan. Mereka memilih politik ' trans-etnik ' berbanding politik perkauman yang sempit.
UMNO di lihat masih bernasib baik. Ini kerana pengundi-pengundi Melayu masih boleh di manupulasi secara sentimen. Dengan memprojekkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara dan sebagai kuda tunggangan kaum Cina ianya berjaya membangkitkan kebimbangan di kalangan pengundi Melayu. Ini faktor pengundi Melayu kembali menyokong UMNO. Lebih di dorong oleh faktor emosi berbanding rasional.
Persoalannya, sampai bila UMNO berupaya untuk mempermainkan emosi dan sentimen orang-orang Melayu ? Mampukah UMNO mempengaruhi generasi muda Melayu yang kini di lihat bersikap lebih terbuka dan rasional ? Apalagi dengan kesedaran Islam yang di lihat semakin meningkat dan lebih ketara di kalangan generasi muda Melayu. UMNO akan di lihat oleh generasi muda Melayu semakin tidak relevan sebagaimana kaum muda Cina melihat MCA dan Gerakan.
Mampukah Dato Seri Najib dan UMNO memenuhi aspirai generasi muda Melayu yang menginginkan politik yang lebih luhur dan Islami ?
Di tangan Dato Seri Najib UMNO kini sudah jadi 1Malaysia. Sudah tiada lagi 'Ketuanan Melayu' yang berteraskan Islam. Ketuanan Melayu di kuburkan tanpa nesan. Bagi sebahagian orang Melayu, inilah pengkhianatan terbesar Dato Seri Najib kepada bangsa Melayu yang tidak mungkin di maafkan.
1Malaysia yang di wujudkan untuk meraih undi kaum Cina akhirnya terbukti sebagai strategi politik yang ' back fire ' buat UMNO-BN. Plan Transformasi Negara juga tidak mampu menarik sokongan kaum Cina. Apatah lagi Model Ekonomi Baru yang di anggap sebagai strategi ekonomi yang melucukan oleh mereka-mereka yang mahir dengan ilmu ekonomi dan kewangan.
Kini Dato Seri Najib sudah mulai bercakap soal perpaduan nasional pula. Konsep yang tidak masul akal dalam demokrasi. Bukankah sifat demokrasi itu sendiri ' divide and rule ' ? Ada kerajaan dan ada pembangkang. Boleh ke nak bersatu ?
Dengan segala perancangan dan strategi yang serba tidak mengena wajarkah Dato Seri Najib terus bertahan sebagai PM Malaysia dan Presiden UMNO ?
Sementara kepada seluruh umat Melayu pula... Sampai bilalah kita ni nak di perbodoh-bodohkan oleh UMNO dan PAS ? Nak kata politik Melayu pun bukan.. Nak kata politik Islam pun bukan. Cukup-cukuplah...
Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus
Founder World islamic Chamber Of Commerce
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
untuk generasi Y, aku pasti ramai menolak BN. generasi Y lebih berani dan tidak terlalu kuno takut pada rasicm yang hangat disebar setiap kali PRU
ReplyDeletepoyo nya...
ReplyDeleteAku tak faham la.
ReplyDeleteBila najib buat 1 MALAYSIA dikata pengkhianatan kepada melayu tapi kata rakyat sekarang dah cerdik tak suka rasis..mana satu ni.
sblm najib jd pm, UMNO memperjuangkan 'ketuanan Melayu'... abe isam smpai junjung keris... alih2 ah jib gor jd PM dia tukar jadi 1israel eh! 1malaysia... angkat jari telunjuk cucuk langit mcm John Travolta... khianat la kt org mlayu UMNO yg ultra melayunya sebelumya... geng PR yg x suka rasis....
ReplyDeleteThe law don't mean shit if you've got the right friends
ReplyDeleteThat's how the country's run...
selagi definisi politician tu diangkat tinggi2, mmg betul ntuk orang rakyat bawahan mcm kita ni cuma mampu menyalak kat dewan parlimen kedai kopi je. betapa aware la pun kita pada korupsi, just look at Adam Adli... kalau dia politician, dah tergerak demo satu malaysia. masalahnya, dia cuma budak yg dibuang u. he's aware, but he has nothing.
ReplyDelete