Followers

Tuesday, July 31, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 3)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 3)

Kabare wak...

Balai Polis Senawang


Selepas semua dokumen diambil, aku bersama dengan Siti Nadhirah duduk di tempat belakang kerusi dan dibawa oleh dua anggota ke balai Polis Senawang. Sampai disana aku ditanya oleh Supritendent Noor Hashim samada sudah makan atau belum. Aku minta mee goreng dan Teh O Ais. Dalam hati aku sempat berkata, “Waaahh.. Malam Nisfu Sha'aban aku di tahan polisi.. Menarik tuu..


Aku telah dimaklumkan oleh Siti Nadhirah bahawa beliau sudah pun menghubungi pengurus peribadi dan anak aku untuk memaklumkan pada keluarga tentang penahanan ini. Abah aku ialah seorang yang sangat tegas waktu tidurnya kerana waktu tidurnya sekitar 9.30 malam dan akan bangkit awal sekitar 4.00 pagi untuk menulis. Selepas membuat panggilan, Siti Nadhirah diminta menyerahkan handphone kepada salah seorang anggota. Beberapa kali beliau bertanya adakah dia juga akan di tahan dalam lokap. Aku hanya menyuruh beliau menerima apa saja keputusan dan menyuruhnya membaca doa ketika Nabi Yunus dalam perut ikan sebanyak yang mungkin.

Sementara menunggu rezeki sampai, aku sempat berbual-bual dengan beberapa anggota polis yang menahan aku. Salah seorang dari mereka wajahnya saling tak tumpah macam Petchatai Wongkamlo, salah seorang pelakon dalam filem Ong Bak. Nak tergelak pun ada sebab cara dia berjalan dan bercakap memang seiras.

Gambar Hiasan (Sumber)

Selepas bergambar kenangan dengan beberapa anggota polis yang rupanya mengikuti perkembangan karier aku, aku pun cuba bertanya dengan salah seorang anggota yang bercakap dialek “ana anta”, tentang kenapa aku ditahan. Beliau suruh aku bersabar... Pelbagai perangai anggota polis yang terlibat menahan aku di dalam balai tersebut. Ada yang peramah, pendiam, ikhlas, yang baik dan ada juga yang pandai bermuka-muka tapi  dua orang sajalah.


Selepas aku dihidangkan makanan yang aku pesan tadi, aku makan ubat sakit gigi jenama Hurix’s yang dibeli kat stesen Patron sebelum Tol  Sungai Besi semasa on the way ke Seremban 2.

Rumah di Janda Baik

Kalau tak silap aku sekitar  jam 1 atau  2 pagi, tiba-tiba aku diminta ke Janda Baik dan Siti Nadhirah menunggu di Balai Senawang. Aku dibawa naik kereta Proton Waja bersama empat anggota termasuk yang wajahnya mirip Petchatai Wongkamlo tadi. Dia duduk di bahagian depan sebelah pemandu.

Tidak kurang 7 buah kenderaan yang bergerak dari Balai Polis Senawang ke Janda Baik malam itu. Sampai sahaja di stesen minyak BHP selepas plaza tol Gombak, ada sebuah lagi kenderaan sedang menunggu. Sebaik saja sampai ke rumah, aku minta mereka meletakkan kenderaan di luar kawasan rumah. Aku jemput kesemuanya masuk ke taman orang tua aku.

Sebaik saja sampai ke rumah, aku tengok pintu rumah terkunci. Tombol tu baru ditukar tapi aku tak sempat ambil dari Ariff. (Semasa aku on the ke Seremban 2, aku ada hubungi Ayin untuk bertanya dimana beliau berada kerana aku hendak memandu kereta Wish yang sedang digunakannya, lebih besar sedikit dari kereta Viva kepunyaan anak aku. Beliau memaklumkan yang mereka sedang bermain golf dan tak dapat berbuat demikian). Aku terpaksa ke pintu belakang untuk mengejutkan Salim untuk membuka pintu. Aku masih tidak dapat masuk ke ruang tamu yang lagi satu sebab pintunya terkunci. Terpaksalah aku masuk melalui tingkap yang kebetulan tidak berkunci dan kemudian membuka pintu dapur untuk membenarkan anggota polis masuk ke rumah.

Liputan media tentang Salim August 2006

Salim ialah salah seorang anggota team kami secara sukarela sejak tahun 2005. Nasibnya agak malang apabila beliau terjatuh dari tingkat satu sebuah bangunan dan koma selama 3 bulan ketika kami sedang melakukan aktiviti  ‘Ghost Tour” pada 27-8-2006.

Sehingga hari ini aku menjaga makan minum dan sakit peningnya  kerana kedua ibu-bapanya telah meninggal dunia sejak beliau kecil lagi dan beliau telah disahkan “Orang Kurang Upaya” oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ingatannya juga sudah banyak ‘lari’ sejak dari peristiwa tersebut. 

Sehingga hari ini beliau tidak tahu nama sebenar ibunya. Kesian. Salim ni taklah menjadi beban kat aku. Cuma satu sikap dia yang paling aku tak suka adalah dia suka mencuri apa saja barang dalam rumah. Tak kira apa pun janji dia boleh ‘tukar barang’ dengan yang boleh digantikan seperti makanan atau minuman kesukaannya, iaitu roti dan air soya.

Danzen & Synflex

Aku bawa beberapa anggota polis round satu rumah. Rumah yang bapak aku bina ni banyak pintu. Aku nampak dia orang pun macam pening sikit. Selepas mereka berpuas hati, aku masuk semula ke bilik tetamu untuk mengambil ubat sakit gigi Synflex 550mg (painkiller) dan Danzen 5mg (susut bengkak) yang aku beli di Jaya Iss Farmasi dialamat 51D, Podium Zikay, Jalan Raja Alang, Kampung Baru kalau tak silap pada 30-6-2012 sekitar 9 malam. Aku pun bedal sebiji Synflex dan sebiji Danzen.

Lepas tu kami meluncur laju terus ke Balai Polis Senawang. Sebaik sampai saja di sana aku melihat Siti Nadhirah berwajah sugul. Selang setengah jam kemudian aku dimaklumkan bahawa aku terpaksa dibawa ke Johor Bahru kerana ditahan bawah Akta Rahsia Rasmi.  Sekali lagi aku bersama Siti Nadhirah dibawa ke Johor Bahru menaiki kereta Waja tetapi kali ini dibawa oleh Inspektor Siri yang berasal dari Sabah. Untuk menahan sakit gigi, dalam kereta aku bedal sebiji lagi Synflex dan Danzen.


Semua di dalam team kami dan keluarga tahu yang aku tak ada penyakit selain SAKIT GIGI setiap 2 bulan sekali. Aku start kena sakit gigi ni sejak tahun 2004. Sebenarnya dulu (dan sekarang pun...) aku ni kaki melantak COKE. Semua staff aku di Syarikat Manja (http://produkrindu.blogspot.com/) tahu dalam bilik kerja aku ada satu peti ais penuh dengan COKE. Dalam rumah aku pun satu tray dalam peti sejuk tu penuh dengan COKE. Ini lah akibatnya kalau suka minum COKE! Walaupun gigi tidak berlubang tapi akan longgar dengan sendirinya lama kelamaan.


Kalau tak silap, kami sampai sekitar 7 atau 8 pagi Rabu di Balai Polis Nusajaya. Aku pun berbual dengan seorang anggota polis berpangkat ASP tapi aku tak ingat namanya kerana aku dah mula mengantuk sebab sememangnya waktu itu sudah sampai masa untuk aku tido. Aku sempat ambik satu biji lagi Synflex dengan Danzen. Lebih kurang setengah jam pastu tetiba aku rasa air liur bercampur darah dan nanah. Siti Nadhirah menegur aku sebab gigi aku sudah dipenuhi dengan darah. Alhamdulillah, gusi aku yang bengkak tu dah pecah! Lega rasanya. Selagi tak pecah selagi tu gusi berdenyut.


Sekitar jam 10 pagi kalau aku tak silap lah, seorang anggota polis lelaki memohon keizinan untuk menggari tangan aku. Aku takder hal sebab ni kali kedua tangan aku digari selepas aku membongkar penipuan Cakra Alam dan seorang anggota polis wanita pula meminta Siti Nadhirah menghulur tangannya untuk digari. Aku lihat air mata Siti Nadhirah berlinang... 

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa PILUnya hati aku ketika itu. Aku yakin sepenuh hati  bahawa perbuatan SI KITOL dan kuncu-kuncunya  ini akan dibalas juga satu hari nanti akibat salah laku kuasa dan rasuah.Aku minta Siti Nadhirah supaya berdoa dan yakin bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan doanya. 

Apa dosa Siti Nadhirah sampai digari? Dia hanya menemani aku untuk berjumpa dengan Rusni SPRM!

Lokasi Penjara Reman Ayer Molek, Johor Bharu

Dengan tangan bergari, aku sekali lagi menaiki kereta Waja ke destinasi yang belum pasti. Aku lihat keadaan sekeliling dan hati aku sangat lega apabila aku dibawa ke Lokap Air Molek. Aku pernah masuk penjara ini kalau tidak silap 17 tahun yang lalu apabila membawa anak-anak Abu Talib menziarahi ayahnya kerana berkahwin dengan 10 orang isteri. 

Syed Hasan Al-Attas (1832-1932)

Lokap Air Molek ni terletak bersebelahan dengan jalan yang dinamakan bersempena dengan nama moyang aku iaitu Syed Hassan Alattas (lihat di bahagian utara peta di atas). Aku difahamkan bahawa lokap ini adalah lokap yang paling tak besh kat Johor Bharu. Sampai sahaja di pintu besi pertama lokap tu aku teringat kata-kata hikmah Mahatma Ghandi;

“Apabila anda benar, anda tak perlu marah. Apabila anda salah, anda tak boleh marah.”

Monday, July 30, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 2)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 2)

Salam ...




Sebenarnya, pada 3-7-2012, hari Selasa, aku masih lagi kat Melaka melepak kat Chalet milik abang angkat aku yang dikenali sebagai Siti Selamat. (Nanti aku citer lebih lanjut kenapa nama dia buruk camtu). Chalet dia ni tak lah cantik sangat sekitar 1 bintang berhadapan dengan laut tapi keikhlasanya keluarganya yang aku paling kagum.


Petang Selasa kalau tak silap lah, aku ada contact Rusni kawan sekelas aku masa form 5 tahun 1983 kat Sekolah Aminuddin Baki, Johor Bahru. Kengkawan lama beritahu yang dia ni dah jadi pegawai besar kat SPRM Johor. Sejak habis jer sekolah aku langsung tak pernah jumpa atau tengok muka dia sampailah aku kena tahan kat tol Senawang. Aku call dia sebab nak minta nasihat sebab aku ada dokumen penting nak serahkan kat pejabat SPRM di Putrajaya.

Masa tu kalau tak silap dia kata on the way nak balik rumah second wife dia kat N9. Aku cakap kat dia singgahlah kat Melaka jumpa aku dulu tapi dia beri alasan dah sampai Seremban. Pendekkan cerita, kami bersetuju untuk berjumpa keesokan harinya di Kuala Lumpur untuk makan malam bersama. Aku juga sempat maklum kat dia yang aku nak bawa sekali awekz aku.

Siti Nadhirah

Tanpa buang masa selepas aku makan malam bersama keluarga Siti Selamat, malam tu jugak aku bertolak ke Janda Baik. Sebelum aku terlupa, aku nak ucap terima kasih banyak kat kat Kak Rahimah dan keluarganya (yang aku ingat Cuma Faiq saja yang lain aku lupa. Memang kelemahan yang paling ketara pada diri aku adalah mengingati nama orang dan nombor) sebab memberi layanan yang baik pada aku dan kengkawan semua serta keluarga kerana beri kami lepak secara percuma termasuk makan-minum selama 3 hari 2 malam.

(Kak Rahimah, lauk daging lembu masak lada hitam (kalau tak silap lah) adalah yang paling sedap saya rasa selama ni. Kak, kalau datang Janda Baik boleh tak masakkan saya lauk macam tu jugak tapi tukar daging kambing yer.)

Telefon aku

Seperti biasa rutin hidup berpuluh tahun, aku hanya akan melelapkan mata selepas waktu FAJAR. Kalau tak silap aku, sekitar pukul 8 pagi samada aku ada SMS atau call nak tanya dia camner dengan temujanji tapi tiada sebarang balasan. Waktu petang sekali lagi aku call tapi dia tak angkat. Aku dah mula hangen! Aku SMS dia adakah dia ni JUJUR dan AMANAH menggalas jawatan membanteras RASUAH. Dia masih tak jawab SMS aku. Beberapa minit kemudia aku call dia dan dia MENJAWAB panggilan aku 

Beb, jangan cakap camtu..

Nada suaranya agak kurang selesa selepas kena sound tepek sms tadi!

Yelah, aku tepon ko tak angkat! Camner appoiment hari ini?” 

Dia minta aku jumpa kat Jaya Jusco Seremban 2 selepas pukul 7 malam sebab dia nak shopping dulu.


Seperti biasa yang kita maklum ada lelaki jenis ‘tubeless’ (tak selesa pakai spender/underwear) dan ada juga yang suka pakai spender yang seksi . Aku katogeri yang nombor dua tu lah. Ho ho ho..Kalau kat dalam rumah aku ‘tubeless’ sebab dengar nasihat orang tua-tua supaya ‘si punai’ tu dapat bernafas dengan lega dan tidak melecet!

Entah kenapa petang Rabu tu, seperti ada ‘petanda dan getaran tubuh yang sangat kuat’ yang menyuruh aku keluar rumah tanpa pakai spender! Sepanjang hidup selepas bersunat, ini adalah kali kedua aku keluar tak pakai spender. Seperti ada suara kecil dalam hati berkata.

Dalam lokap nanti tak payahlah pakai spender..


Aku bersama awekz aku Siti Nadhirah sampai Seremban sekitar 9.00 malam kalau tak silap. Sememangnya kami berdua tidak tahu dimana Jusco yang dimaksudkan. Berpusing aku mencari tapi tak jumpa. Siti Nadhirah berhubung dengan Rusni pegawai SPRM dimana lokasi yang sebenarnya. Selepas itu Siti Nadhirah hubungi pula sahabatnya yang pernah menetap di Seremban untuk membantunya memberi tunjuk arah. Kemudian Rusni telefon semula supaya berjumpa di Tol Senawang. Sekali lagi Siti Nadhirah hubungi sahabat aku pula menunjukkan arah jalan ke Tol Senawang. 

Sebaik saja sampai di Tandas Tol Senawang, aku lihat ada 11 missed call dari Rusni. Aku keluar dari kereta dan menelefonnya. Aku bertanya.

Beb lu kat maner?” sambil mata aku melilau mencarinya.

Pandang kanan beb.” 

Aku nampak dia bersama seorang wanita dalam kereta Toyota Harier (kalau tak silap). Tak sempat aku nak berjalan ke arahnya tiba-tiba tak kurang 20 orang kerumun aku dan tidak kurang 10 biji kereta mengepung aku. Dah macam kat dalam filem omputih wa cakap lu...

Tetiba ada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Supritendent Noor Hashim dan meminta kad pengenalan aku. Fikiran aku masih lagi memikirkan Rusni SPRM sambil memberi kad pengenalan kepada pegawai polis tersebut. 

Aku cuba mencari kawan aku tadi tapi keretanya disebelah hujung sana. Beberapa anggota polis yang terdiri daripada jurugambar mengambil gambar aku dan ada seorang cameraman merakam semua detik peristiwa tika itu. Tetiba aku terdengar satu suara...

Uncle, tengok apa yang kami buat yer..

Mereka buka pintu belakang dan mengambil gambar dokumen yang hendak saya serahkan pada kawan saya Rusni SPRM. 

Saya cuba mencari kawan saya tapi beliau sudah tiada...

Hati kecil aku berkata..

Padanlah dia missed call aku sampai 11 kali...

Dan kata-katanya “Beb, dia sultan kita...” masih terngiang-ngiang di telinga aku...

(Bersambung...)


Mohon maaf banyak-banyak sebab tak dapat beri maklumat yang tepat tentang masa, tarikh dan bukti SMS aku dengan Rusni sebab kedua-dua telefon aku masih dalam simpanan dan siasatan pihak polis.

“Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.” - Pujangga

Part 1

Saturday, July 28, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 1)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 1)

Salam semua...


Minta maaplah banyak-banyak sebab tiada sebarang kabaran dari aku sendiri. Untuk pengetahuan korang semua selepas saja aku dibebaskan pada 14-7-2012, peguam aku terus bawa lari aku keluar dari wilayah JOHOR. Pemandu peribadi yang bawa kereta jenama 3 bintang tu lari macam pelesit! Sekejap-kejap peguam aku Tanya pemandunya sama ada orang follow tak? Aku plak dok layan ipad dia sampailah Kuala Lumpur. Macam-macam berita dalam akhbar tentang penahanan aku tapi yang paling besh sekali pelbagai komen nakal dari pelbagai forum. Sejak dari dulu lagi aku berpegang kata-kata Imam Ali.“Manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka tidak tahu”. Untuk mereka yang bersifat begitu, don’t worry, aku sentiasa memafkan anda semua.

Peguambela Mr T.Kumar


Berbalik cerita tentang peguam aku tadi, kalau tak silap aku tak kurang dua kali pemandunya mengingatkan beliau bahawa minyak kereta perlu di isi. “Try to find in Melaka”. Kalau kereta bawah 1000cc memang comform aku maki kaw-kaw punyer sebab bawa kereta tekan minyak macam mak abah tiri dia punya jalan!
“Berapa harga kereta masa you beli kereta ni?” Peguam aku menjawab secara acuh tak acuh sambil menulis sesuatu di computer ribanya jenama [(SONY VAIO)*edited] yang terbaru. Cun sioot! “Around eight hundred thousand”.

Aku pun berenti sekejap meneliti forum-forum yang aku baca tadi dan melihat sekeling dalaman kereta tersebut. Aku pun cakap dalam hati... “Good things cannot be cheap, cheap things cannot be good”. Sampai sahaja di stesen minyak, (aku tak ingat kat maner) aku pun turun terus cari tandas. Lepas melepaskan kelegaan, tetiba beberapa anak muda (kalau tak silap bakal guru) turun dari bas dan datang ke arah aku dan meminta izin untuk bergambar.

Yang paling pelik, punyalah banyak lalat kat stesen minyak itu sampaikan berpuluh lalat masuk dalam kereta. Selepas mengisi minyak, pemandu tersebut terus meluncur dengan laju terus ke Kuala Lumpur. Tak kurang 5 kali peguam aku Tanya pemandunya samada ada orang ‘follow’ tak? Aku pun tanya peguam aku tu kenapa asyik tanya benda yang sama. Dia pun cakap. “Nanti I cerita”.

Aku terpinga-pinga apa sebenarnya yang telah berlaku. Maklumlah aku bercuti sepuluh hari! Ho ho ho..
Tetiba- tetiba Kumar lawyer aku terima panggilan. “Your daughter wants to talk to you..”. “Abah kat maner..” Aku pun tengok kat luar tingkap rupa-rupanya dah nak sampai tol Sungai Besi. “Abah, dia orang dah masakkan ayam goreng kesukaan abah. Abah sampai pukul berapa?” Sememangnya aku tak tahu si Kumar ni nak bawa aku pergi mana! Aku pun terpinga-pinga. “Let me speak to your daughter”. Aku pun beri telefon tu kat dia “Maybe in half an hour. Call you back when I reach that area”. “Kita nak pergi mana ni bro? Pundek aarr lu”. Dia senyum jer bila aku hangen! Aku malas lagi nak layan dia yang tak habis-habis dari tadi berahsia! Kali ni aku cuba cari beberapa maklumat yang penting untuk..... Telefon Kumar bordering lagi! “Your son wants to talk to you”. “Abah, sampai Petronas nanti call balik tau!. Abah ok ke? He he..Nanti kita citer panjang ek. Ok abah, bye..”

Engkuyah, Aku, Habib


Macam tulah perangai anak lelaki aku Habib yang suka menghiburkan hati aku berbeza dengan kakaknya yang manja dan sangat prihatin terhadap diri aku. Sampai saja kat Petronas, satu lagi kereta jenama 3 bintang sedang menunggu aku. “Alhamdulillah, anta sampai jugak kat Kuala Lumpur. Semuanya ok ke beb? Ada orang follow ke?” Sesungguhnya aku sangat terkejut kerana sahabat aku masih bertanya benda yang sama! Korang semua ni pehal? Asyik tanya benda yang sama. Balik-balik tanya ada orang follow tak! “Kalau tak ok aku tak sampai sinilah”. Benda yang serupa sahabat aku buat macam perangai si Kumar iaitu SENYUM.

“Kumar, you follow I”. Tak sampai 5 minit aku sampai lah kat rumah dia. Penginapan yang tertinggi di Kuala Lumpur. Kalau di Janda Baik aku sentiasa mendengar suara sungai dan suhu yang nyaman tapi disini pemandangannya yang sangat indah, nyaman dan windy. Dalam perjalanan menuju kerumahnya aku bertanya, “Berapa lama aku kena lepak kat rumah anta ni beb?”. “Sukati anta lah berapa lama anta nak lepak. Anta berehatlah dulu.”

Dari jauh aku Nampak kedua-kedua anak aku bersama cucu dan rakan-rakan sudah menunggu di depan pintu rumah dengan senyuman yang paling manis yang belum pernah aku nampak sebelum ini.
Pendekkan cerita, kami pun bergurau senda macam besok nak kiamat sampai aku terlupa nak tanya pasal isu ‘ada orang follow’..

Pondok Pak Habib


Sebenarnya, aku baru jer menulis sekitar 9 malam tadi sebab banyak benda yang perlu aku settlekan. Pastu aku berenti kejap kejap layan merapu dengan kengkawan semua. Cipet aaaa diorang ni. Sorry lah, aku tak tepati janji untuk menyiapkan artikel untuk hari ni. Ala lambat sikit je, tak sampai satu jam pun..

Celak


Sampai Janda Baik semalam sekitar 2 pagi tadi.Paling aku rindu sekali kat kucing aku. Namanya CELAK, dia ni spesis bantut aka bonzai. Makan banyak camner pun saiz dia tetap cam tu. Sebenarnya CELAK ni adalah amanah dari abah aku supaya jaga dia. Masa aku kena tahan kat senawang dia tengah bunting. Setiap hari aku akan cium perut dia dan mengharapkan anak yang bakal dilahirkan cun-cun belaka sebab kucing-kucing jantan yang dah toron dia encem-encem belaka! Tapi yang sedih sekali sampailah aku menulis ni aku tak nampak anak-anak dia... Dapur, ruang tamu dan bilik bersepah! Minyak wangi dan beberapa barang penting pun hilang! Tak taulah siapa yang dah rembat. Sioot aar..

Dari kiri: Adan, Kak Fairuz, Mona, Liza, Aku (Tiada dalam gambar, Zelmey, Fida) on the way, Apek, Nurul, Kakak aku & Anak2 Sedara.


Terima kasih banyak-banyak pada Kak Fairuz sebab masak ayam masak lemak cili api dan juga Liza masak ikan merah masak asam pedas dengan kuih buah Melaka. Tidak lupa juga pada Mona yang membantu di dapur.

Untuk hari ini aku terpaksa undurkan diri dulu. Besok dan hari-hari berikutnya kalau dengan izinNYA, aku sambung balik dengan cerita pengalaman 10 hari aku ditahan.

Bersabar ye..

Berapa ramai anggota polis dan kenderaan yang menahan aku di Tol Senawang, benarkah dakwaan dalam forum yang mengatakan aku kena pukul dengan polis semasa aku di tahan, adakah pegawai SPRM yang memberi maklumat, siapa yang follow, dan lain-lain.

“Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.” - Pujangga

Part 1

Thursday, July 26, 2012

Revival: Uncleseekers v2

Ribaibaru - Mayumi Itsuwa. Sambungan BLOG LAMA.
“Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.” - Pujangga