Followers

Sunday, March 24, 2019

Cara Menghadapi Mimpi Yang Menakutkan (Part 1)

Cara Menghadapi Mimpi Yang Menakutkan (Part 1)


Salam

Ramai kengkawan, saudara yang  telefon atau wassup aku tentang mimpi mereka. Minta tolong aku tafsirkan mimpi dia orang

Aku bukan penafsir mimpi profesional.

Bukan semua tafsiran mimpi aku tepat 100%. Cuma kekadang tafsiran mimpi itu lambat berlaku daripada apa yang aku tafsirkan

Berbalik pada tajuk atas.

Kadangkala kita mimpi kelakar sampai ketawa masa tidur, kadangkala sedih sampai menangis pun ada dan ada juga yang menyeramkan. Mimpi yang syok sendiri aku malas nak cerita kat korang.

"Dan bahawa Dialah yang jadikan ketawa, dan jadikan menangis" 53:43. 

Sewaktu kita tidur, minda kita akan menutup fungsi tubuh agar kita tak boleh bertindak ke atas mimpi kita. 

Sebaik saja kita terjaga, minda akan menekan sejenis suis dalam tubuh yang akan mengembalikan fungsi tubuh daripada lumpuh. (Masa tidur kan kita lumpuh sekejap..)

Kadangkala, ada juga apabila kita terjaga, suis itu tak ditekan. Jadi minda kita akan terus berjalan tetapi tubuh kekal lumpuh. Yang lebih teruknya minda kita boleh bertukar kepada mod untuk terus hidup dan kita akan panik, sesak nafas dan berhalusinasi. 

Kebanyakan dari kita akan mengalaminya sekurang2nya sekali seumur hidup

Bila kurang tidur, tubuh dan minda akan letih. 

Apabila kita mula saja takut, ragu dan tidak pasti, sebenarnya kita  telahpun yang menyeru Makhluk Gelap

Makhluk Gelap sangat tertarik dengan kelemahan kita. Sebaik sahaja jiwa dikunci, Makhluk Gelap  itu akan mula menyerang dan terus menyerang sehinggalah kita tunduk padanya dan bila saja kita tidak mampu melawan Makhluk Gelap ini akan mula menawan dan menguasai jiwa kita

Makhluk Gelap  boleh menziarahi siapa saja dan bila-bila masa. 

Bila manusia percaya kehebatan Makhluk Gelap ini, ia akan meluru datang. Kepercayaan kita terhadap kehebatannya adalah kunci segala kelemahan kita

Ketakutan bermula apabila kita terjaga dari mimpi! Perasaan bukan fakta! Emosi berada dalam setiap minda

Salah satu senjata untuk yang boleh melemahkan sedikit kekuatan Makhluk Gelap ini adalah kemarahan kita terhadapnya! Gunakan kemarahan itu.

Perasaan takut sebenarnya telahpun buat Makhluk Gelap ini menang 1-0



Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?
Intuisi UncleSeekers - Part 21 - Rosmah Semakin Mengganas...
Cara Menghadapi Mimpi Yang Menakutkan (Part 1)
Pesanan Untuk Puan Siti Maznah Khamis - Bila Waktu Telah Terhenti



UncleSeekers
Seek The Truth
uncleseekers2@gmail.com


No comments: