Intuisi UncleSeekers - Part 22 - Anwar Ibrahim Bukan Perdana Menteri Malaysia Sampai Bila-Bila!!
Sekitar setahun yang lalu (28/7/2018) aku dah tulis dalam blog ini (klik) yang bro Anwar tidak akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Ramai yang tidak percaya dan marah
Bro Anwar, sebaiknya anta sendiri tenung betul-betul 'air muka' anta sendiri kenapa ana kata anta tidak layak..
Anta buatlah macamana sekali pun kerusi tersebut bukan hak milik anta.
Kenapa? Jawapannya akan terserlah sedikit masa je lagi. Sendiri punya silap. Sejak dulu pun sama juga...cuma kali ni kes ada lain sikit
Dengarlah nasihat ana. Daripada hari ini, anta tak perlu buang masa, bermimpi, berangan dan berjanji pada orang...
"Dia tidak lokek dengan yang ghaib" : Surah At-Takwir (Yang digelapkan) ayat 24 (81:24)
Kenapa Kita Masih Lagi Tidak Bertaqwa Selepas Sebulan Berpuasa?
Allah suruh kita berpuasa supaya jadi orang bertaqwa?
"Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasasebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa" Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 183 (2:183)
Taqwa itu apa?
"Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar" Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 177 (2:177)
Adakah kita golongan orang yang bertakwa?
1. Percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi - YANG INI OK
2. Memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba - MEMBERI HARTA WALAUPUN DICINTAINYA? -FAIL!
3. Lakukan solat - OKLAH
4. Beri zakat -OK
5. Mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian - BANYAK YANG FAIL!
6. Orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana - SABAR KE?
Pesanan Untuk Puan Siti Maznah Khamis - Bila Waktu Telah Terhenti
Bukankah pekerjaan yang sia-sia menyeru semangat orang yang telah pun berada dialam barzakh..
Putera Puan sudah lama berada ada disana (Almukminun ayat 100) hari Sabtu 23hb Mac 2019 sebelum maghrib (Dia
tidak lokek dengan yang ghaib - Surat AtTakwir ayat 24)
Ada seorang kawan saya seorang bomoh/dukun/pawang di Negeri Sembilan Saya lebih suka panggil mereka Kaunselor Kerohanian. Masyarakat disana percaya yang dia ni bomoh yang power. Kalau mengenai hal yang ghaib ni saya masih anggap dia masih amatur lagi (budak baru belajar meniarap) Setiap Poweryang ada pada Kaunselor Kerohanian hanya pada bidang masing-masing sahaja
8hb April 2019 Kaunselor Kerohanian dari Negeri Sembilan ini masih lagi mengharap
7hb April 2019
Rakyat Malaysia masih prihatin lagi
8hb April 2019
Untuk puaskan hati semua, aku hantar kat whatsup jawapannya kat beberapa kenalan sebelum ramai lagi yang bertanya
Ramai kengkawan, saudara yang telefon atau wassup aku tentang mimpi mereka. Minta tolong aku tafsirkan mimpi dia orang
Aku bukan penafsir mimpi profesional.
Bukan semua tafsiran mimpi aku tepat 100%. Cuma kekadang tafsiran mimpi itu lambat berlaku daripada apa yang aku tafsirkan
Berbalik pada tajuk atas.
Kadangkala kita mimpi kelakar sampai ketawa masa tidur, kadangkala sedih sampai menangis pun ada dan ada juga yang menyeramkan. Mimpi yang syok sendiri aku malas nak cerita kat korang.
"Dan
bahawa Dialah yang jadikan ketawa, dan jadikan menangis" 53:43.
Sewaktu kita tidur, minda kita akan menutup fungsi tubuh agar kita tak boleh bertindak ke atas mimpi kita.
Sebaik saja kita terjaga, minda akan menekan sejenis suis dalam tubuh yang akan mengembalikan fungsi tubuh daripada lumpuh. (Masa tidur kan kita lumpuh sekejap..)
Kadangkala, ada juga apabila kita
terjaga, suis itu tak ditekan. Jadi minda kita akan terus berjalan tetapi tubuh
kekal lumpuh. Yang lebih teruknya minda kita boleh bertukar kepada mod untuk
terus hidup dan kita akan panik, sesak nafas dan berhalusinasi.
Kebanyakan dari
kita akan mengalaminya sekurang2nya sekali seumur hidup
Bila kurang tidur, tubuh dan minda akan letih.
Apabila kita mula saja takut, ragu dan tidak pasti, sebenarnya kita telahpun yang menyeru Makhluk Gelap.
Makhluk Gelap sangat tertarik
dengan kelemahan kita. Sebaik sahaja jiwa dikunci, Makhluk Gelap itu akan mula
menyerang dan terus menyerang sehinggalah kita tunduk padanya dan bila saja
kita tidak mampu melawan Makhluk Gelap ini akan mula menawan dan menguasai jiwa kita
Makhluk Gelap boleh menziarahi siapa saja dan bila-bila masa.
Bila manusia percaya
kehebatan Makhluk Gelap ini, ia akan meluru datang. Kepercayaan kita terhadap kehebatannya adalah kunci
segala kelemahan kita
Ketakutan bermula apabila kita terjaga dari mimpi! Perasaan bukan
fakta! Emosi berada dalam setiap minda
Salah satu senjata untuk yang boleh melemahkan sedikit
kekuatan Makhluk Gelap ini adalah kemarahan kita terhadapnya! Gunakan kemarahan itu.
Perasaan takut sebenarnya telahpun buat Makhluk Gelap ini menang
1-0
Intuisi UncleSeekers - Part 21 - Rosmah Semakin Mengganas...
Mak andeh aku, mona dan yaya
Salam,
Aku pernah terjumpa mamat Deepak sekitar 5 tahun yang lalu masa tengah beli karpet kat Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tak silap aku masa bulan puasa tahun 2014. Masa tu mak andeh dengan adek angkat aku Yaya yang kurus cekeding tu join sekali.
Walaupun kita semua sedia maklum wikipedia ni bukannya boleh pakai sangat pun tapi sekadar rujukan sikit-sikit tu bolehlah. Kenyataan yang tak pasti tu korang anggaplah fitnah.
Macam biasa aar aku minta kurang. Mamat Deepak ni bagilah kurang sikit. Dia ingat aku ni baru beranak semalam. Kedai jual cermin mata dengan karpet ni, paling kurang pun untung yang dia orang akan amik sekitar 400%.
Satu je ayat yang aku tak akan lupa mamat Deepak ni cakap kat aku.. "You tak payah tulis lah pasal kes sultan johor tu". Aku pun jawab balik.."Sukati akulah nak tulis pasal siapa pun kalau dah ada bukti sahih depan mata. Kalau ada bukti sekadar dengar cakap je, kasi orang lain je lah yang tulis"
Pendekkan cerita, mamat Deepak ni bagilah harga yang aku minta lepas tawar menawar. lepas tu aku langsung tak jumpa atau berhubung dengan mamat Deepak ni lagi.
Pagi tadi macam biasa lepas habis rutin aku, aku buka handphone dan buka satu persatu wassup yang kengkawan dan group.
Bro Deepak, orang banyak hangen kat lu sebab masa lu baik dengan Najib dan Rosmah lu diam je. Tapi bila lu sudah kena temberang dengan dia orang barulah lu buka semua pekong. Gwa rasa perangai cenggini bukan ada pada lu je, mungkin ada pada kebanyakan orang. Biasalah tuu..
Ada satu wassup berbentuk video tentang mamat Deepak ni. Kali ni dia bongkar cerita pasal Rosmah!! Ada 4 video kesemuanya
Aku buka video tu lebih kurang je sebab aku nak buka youtube melalui laptop sebab screen lebih besar dan suara lebih jelas.
Ada satu je video dalam youtube (rangkuman empat video dalam wassup). Dipublished pada 30hb Januari 2019 dan hanya 248 saja yang menonton. Video ni rasanya dah lama kot. Entahlah..
Bomoh yang mamat Deepak sebut dalam video tu aku rasa macam kenal je..he he..
Apa yang telah berlaku semuanya dengan izin Allah.
Banyak orang tau yang Rosmah minta bantuan dengan bomoh dan gwa pun ada tulis cerita cenggini 8 tahun yang lalu (klik) siap gwa letak gambar bomoh yang bantu dia lagi. Tu baru satu
Dulu masa ada kuasa, pegang batu jadi emas, sekarang ni terbalik dan akan membinasakan diri sendiri..
Sekarang Rosmah tengah terdesak!!
Orang yang terdesak ni, akan buat apa saja untuk melepaskan diri!!
Allahu Akbar bukan namaNya. Siapa yang mereka-mereka yang mengadakan dusta terhadap Allah dan RasulNya.
Allah tidak pernah memberi kuasa untuk menamakanNya selain dari nama-nama yang tercatat dalam Al Quran.
7:71. Berkatalah dia, "Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama kamu menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak menurunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."
12:40. Apa kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanya kepunyaan Allah. Dia memerintahkan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia. Itu agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
53:23. Tiadalah ia, melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Mereka mengikuti hanya sangkaan, dan apa yang jiwa menginginkan; dan sesungguhnya, petunjuk telah datang kepada mereka daripada Pemelihara mereka.
Allah suruh seru namaNYA paling baik
7:180. Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka berserulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat.
17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik..."
Jadi serulah Pemelihara kamu dengan nama-nama yang Dia telah menamakan diriNya dalam Al Quran. Di antaranya:
Dengan nama Allah, Yang Pemurah (Rahman), Yang Pengasih (Rahim)
55:78. Berkatnya nama Pemelihara kamu, Yang Gemilang, Yang Mulia (Zhul Jalal Wal Ikram) 56:96. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung (Azim).
59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja (Malik), Yang Suci (Qudus), Yang Sejahtera (Salam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, (Muhaimin) Yang Perkasa (Aziz), Yang Mempunyai Kuasa (Jabbar), Yang Memiliki Segala Kebesaran (Mutakabir). Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!
59:24. Dia Allah, Yang Pencipta (Khaliq), Yang Mengadakan (Bari), Yang Pembentuk (Musawir). Bagi-Nya nama-nama paling baik (Asmaul Husna). Segala di langit dan bumi menyanjung-Nya; Dia Yang Perkasa (Aziz), Yang Bijaksana (Hakim).
Antara 'Sadaqollahul'azim' dan 'Sadaqollahu'
Setiap kali kita habis membaca Al Qur'an, kita akan akhiri dengan ungkapan "Sadaqollahul'azim".
Gwa pun tak jumpa langsung ungkapan sebegitu dalam Al Qur'an,
Yang ada cuma ungkapan "Sadaqollahu" (Allah berkata benar).
Kalimat 'azim adalah tambahan dibuat oleh pihak tertentu. Perlukah tulisan atau ajaran Allah ditambah lagi?
"Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan." 3:95.
Tapikan.. Allah tak suruh pun baca doa sebegini selepas selesai baca Quran. Yang ada sebelum kita baca Quran Allah suruh kita mohon perlindungan kepada DIA daripada syaitan yang direjam.
"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam".16:98
Doa yang Allah anjurkan dalam Quran
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku" 23:97-98
Susah sangat ke...
Antara 'Lillahi Ta'ala' dan 'Lillahi Robbil'alamin'
Ungkapan Lillahi Ta'ala lazim disebut, dan sudah dipakai kian lama dalam masyarakat kita,
Kita tak akan jumpa ungkapan tersebut di dalam Al Qur'an, Yang ada dan selalu diucapkan dalam solat, cuma ayat dibawah.
"...Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam"6:162
Kalimat lillaahi
Kalimat lillaahi (bermaksud untuk Allah atau kerana Allah) yang terdapat dalam al-Qur'an tidak dituruti dengan kalimat ta'ala, tetapi hanya lillaahi. Ayat-ayat yang dimaksudkan, selain daripada diperingatkan tadi, cenggini,
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah(lillaahi); kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.
3:52. Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, "Siapakah yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah (lillaahi)?" Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, "Kami akan jadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.
4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah (lillaahi), walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah (lillaahi). Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.
6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah (lillaahi)" - demikian mereka dakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah (lillaahi); kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.
Kita cuma perlu sebut lillahi danbukannya lillahi ta'ala - pendek, mengikut Quran, dan paling betul.
Kalimat ta'ala
Kalimat ta'ala juga kalimat daripada Allah yang diajar di dalam al-Qur'an. Sehubungan itu, terdapat satu lagi ungkapan yang lazim disebut seolah suci, iaitu Allah Ta'ala. Malangnya juga, seperti lillahi ta'ala, ia tidak diajar Allah untuk dipakai. Yang ada di dalam al-Qur'an berbunyi Ta'aala -llaahu.
7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan!
20:114. Maka, tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."
23:116. Maka tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.
27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan.
Allah 'Aliyyi
Seterusnya, andaikata seseorang ingin menyatakan bahawa Allah itu (Maha) Tinggi maka sebutannya bukan Allah Ta'ala, tapii Allah 'Aliyyi.
40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah Yang Tinggi (laahi -l'aliyyi), Yang Besar.
Justeru, ungkapan Sadaqollahul'azim, Lillahi Ta'ala dan Allah Ta'ala adalah tidak "sesuci" seperti difikirkan kerana bukan dari ajaran Allah.
Maaf sekali lagi kalau isu gwa kali ni merobek hati...