Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 3)
Kabare wak...
Balai Polis Senawang
Aku telah dimaklumkan oleh Siti Nadhirah bahawa beliau sudah pun menghubungi pengurus peribadi dan anak aku untuk memaklumkan pada keluarga tentang penahanan ini. Abah aku ialah seorang yang sangat tegas waktu tidurnya kerana waktu tidurnya sekitar 9.30 malam dan akan bangkit awal sekitar 4.00 pagi untuk menulis. Selepas membuat panggilan, Siti Nadhirah diminta menyerahkan handphone kepada salah seorang anggota. Beberapa kali beliau bertanya adakah dia juga akan di tahan dalam lokap. Aku hanya menyuruh beliau menerima apa saja keputusan dan menyuruhnya membaca doa ketika Nabi Yunus dalam perut ikan sebanyak yang mungkin.
Sementara menunggu rezeki sampai, aku sempat berbual-bual dengan beberapa anggota polis yang menahan aku. Salah seorang dari mereka wajahnya saling tak tumpah macam Petchatai Wongkamlo, salah seorang pelakon dalam filem Ong Bak. Nak tergelak pun ada sebab cara dia berjalan dan bercakap memang seiras.
Gambar Hiasan (Sumber)
Selepas bergambar kenangan dengan beberapa anggota polis yang rupanya mengikuti perkembangan karier aku, aku pun cuba bertanya dengan salah seorang anggota yang bercakap dialek “ana anta”, tentang kenapa aku ditahan. Beliau suruh aku bersabar... Pelbagai perangai anggota polis yang terlibat menahan aku di dalam balai tersebut. Ada yang peramah, pendiam, ikhlas, yang baik dan ada juga yang pandai bermuka-muka tapi dua orang sajalah.
Selepas aku dihidangkan makanan yang aku pesan tadi, aku makan ubat sakit gigi jenama Hurix’s yang dibeli kat stesen Patron sebelum Tol Sungai Besi semasa on the way ke Seremban 2.
Rumah di Janda Baik
Kalau tak silap aku sekitar jam 1 atau 2 pagi, tiba-tiba aku diminta ke Janda Baik dan Siti Nadhirah menunggu di Balai Senawang. Aku dibawa naik kereta Proton Waja bersama empat anggota termasuk yang wajahnya mirip Petchatai Wongkamlo tadi. Dia duduk di bahagian depan sebelah pemandu.
Tidak kurang 7 buah kenderaan yang bergerak dari Balai Polis Senawang ke Janda Baik malam itu. Sampai sahaja di stesen minyak BHP selepas plaza tol Gombak, ada sebuah lagi kenderaan sedang menunggu. Sebaik saja sampai ke rumah, aku minta mereka meletakkan kenderaan di luar kawasan rumah. Aku jemput kesemuanya masuk ke taman orang tua aku.
Sebaik saja sampai ke rumah, aku tengok pintu rumah terkunci. Tombol tu baru ditukar tapi aku tak sempat ambil dari Ariff. (Semasa aku on the ke Seremban 2, aku ada hubungi Ayin untuk bertanya dimana beliau berada kerana aku hendak memandu kereta Wish yang sedang digunakannya, lebih besar sedikit dari kereta Viva kepunyaan anak aku. Beliau memaklumkan yang mereka sedang bermain golf dan tak dapat berbuat demikian). Aku terpaksa ke pintu belakang untuk mengejutkan Salim untuk membuka pintu. Aku masih tidak dapat masuk ke ruang tamu yang lagi satu sebab pintunya terkunci. Terpaksalah aku masuk melalui tingkap yang kebetulan tidak berkunci dan kemudian membuka pintu dapur untuk membenarkan anggota polis masuk ke rumah.
Liputan media tentang Salim August 2006
Salim ialah salah seorang anggota team kami secara sukarela sejak tahun 2005. Nasibnya agak malang apabila beliau terjatuh dari tingkat satu sebuah bangunan dan koma selama 3 bulan ketika kami sedang melakukan aktiviti ‘Ghost Tour” pada 27-8-2006.
Sehingga hari ini aku menjaga makan minum dan sakit peningnya kerana kedua ibu-bapanya telah meninggal dunia sejak beliau kecil lagi dan beliau telah disahkan “Orang Kurang Upaya” oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ingatannya juga sudah banyak ‘lari’ sejak dari peristiwa tersebut.
Sehingga hari ini beliau tidak tahu nama sebenar ibunya. Kesian. Salim ni taklah menjadi beban kat aku. Cuma satu sikap dia yang paling aku tak suka adalah dia suka mencuri apa saja barang dalam rumah. Tak kira apa pun janji dia boleh ‘tukar barang’ dengan yang boleh digantikan seperti makanan atau minuman kesukaannya, iaitu roti dan air soya.
Danzen & Synflex
Aku bawa beberapa anggota polis round satu rumah. Rumah yang bapak aku bina ni banyak pintu. Aku nampak dia orang pun macam pening sikit. Selepas mereka berpuas hati, aku masuk semula ke bilik tetamu untuk mengambil ubat sakit gigi Synflex 550mg (painkiller) dan Danzen 5mg (susut bengkak) yang aku beli di Jaya Iss Farmasi dialamat 51D, Podium Zikay, Jalan Raja Alang, Kampung Baru kalau tak silap pada 30-6-2012 sekitar 9 malam. Aku pun bedal sebiji Synflex dan sebiji Danzen.
Lepas tu kami meluncur laju terus ke Balai Polis Senawang. Sebaik sampai saja di sana aku melihat Siti Nadhirah berwajah sugul. Selang setengah jam kemudian aku dimaklumkan bahawa aku terpaksa dibawa ke Johor Bahru kerana ditahan bawah Akta Rahsia Rasmi. Sekali lagi aku bersama Siti Nadhirah dibawa ke Johor Bahru menaiki kereta Waja tetapi kali ini dibawa oleh Inspektor Siri yang berasal dari Sabah. Untuk menahan sakit gigi, dalam kereta aku bedal sebiji lagi Synflex dan Danzen.
Semua di dalam team kami dan keluarga tahu yang aku tak ada penyakit selain SAKIT GIGI setiap 2 bulan sekali. Aku start kena sakit gigi ni sejak tahun 2004. Sebenarnya dulu (dan sekarang pun...) aku ni kaki melantak COKE. Semua staff aku di Syarikat Manja (http://produkrindu.blogspot.com/) tahu dalam bilik kerja aku ada satu peti ais penuh dengan COKE. Dalam rumah aku pun satu tray dalam peti sejuk tu penuh dengan COKE. Ini lah akibatnya kalau suka minum COKE! Walaupun gigi tidak berlubang tapi akan longgar dengan sendirinya lama kelamaan.
Kalau tak silap, kami sampai sekitar 7 atau 8 pagi Rabu di Balai Polis Nusajaya. Aku pun berbual dengan seorang anggota polis berpangkat ASP tapi aku tak ingat namanya kerana aku dah mula mengantuk sebab sememangnya waktu itu sudah sampai masa untuk aku tido. Aku sempat ambik satu biji lagi Synflex dengan Danzen. Lebih kurang setengah jam pastu tetiba aku rasa air liur bercampur darah dan nanah. Siti Nadhirah menegur aku sebab gigi aku sudah dipenuhi dengan darah. Alhamdulillah, gusi aku yang bengkak tu dah pecah! Lega rasanya. Selagi tak pecah selagi tu gusi berdenyut.
(Sumber)
Sekitar jam 10 pagi kalau aku tak silap lah, seorang anggota polis lelaki memohon keizinan untuk menggari tangan aku. Aku takder hal sebab ni kali kedua tangan aku digari selepas aku membongkar penipuan Cakra Alam dan seorang anggota polis wanita pula meminta Siti Nadhirah menghulur tangannya untuk digari. Aku lihat air mata Siti Nadhirah berlinang...
Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa PILUnya hati aku ketika itu. Aku yakin sepenuh hati bahawa perbuatan SI KITOL dan kuncu-kuncunya ini akan dibalas juga satu hari nanti akibat salah laku kuasa dan rasuah.Aku minta Siti Nadhirah supaya berdoa dan yakin bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan doanya.
Apa dosa Siti Nadhirah sampai digari? Dia hanya menemani aku untuk berjumpa dengan Rusni SPRM!
Lokasi Penjara Reman Ayer Molek, Johor Bharu
Dengan tangan bergari, aku sekali lagi menaiki kereta Waja ke destinasi yang belum pasti. Aku lihat keadaan sekeliling dan hati aku sangat lega apabila aku dibawa ke Lokap Air Molek. Aku pernah masuk penjara ini kalau tidak silap 17 tahun yang lalu apabila membawa anak-anak Abu Talib menziarahi ayahnya kerana berkahwin dengan 10 orang isteri.
Syed Hasan Al-Attas (1832-1932)
Lokap Air Molek ni terletak bersebelahan dengan jalan yang dinamakan bersempena dengan nama moyang aku iaitu Syed Hassan Alattas (lihat di bahagian utara peta di atas). Aku difahamkan bahawa lokap ini adalah lokap yang paling tak besh kat Johor Bharu. Sampai sahaja di pintu besi pertama lokap tu aku teringat kata-kata hikmah Mahatma Ghandi;
“Apabila anda benar, anda tak perlu marah. Apabila anda salah, anda tak boleh marah.”
34 comments:
nak tanya la..uncle dah kena gari, tapi cmne uncle bole post gambr2 balai polis semua tu? teruskan..teruskan..tak sabar nak baca part 4..
baru perasan, dlm masa beberapa jam uncle sudah telan beberapa biji pil tahan sakit..adakah disebabkan pil2 tu air kencing uncle ada suspect morfin? yesss....!!
rindu kt uncle...x sbr nk bace part4..cepat skit ye uncle...
ala sian kat siti nadhirah yang ayu tu.. sebak je tengok gambar dia kena gari..
uncle kena gari..tp nape insp yg mengamok pukul pekerja hotel tu, x kena gari pun?tgk gmbar bersepah...
Dengar lagu ni terus teringat kat First Blood....hehe
okeh.. part 4 pulak!!
Semoga dengan berkat Ramadhan ni uncle dapat meninggalkan tebiat meneguk Coke tu yer. Sangat tak baik untuk kesihatan.. segala jenis air bikarbonat pun. Bermujahadahlah! Jangan menzalimi dirimu lagi!
aha tertanya tanya jugak apsal awek uncle pon kena tahan dan digari...kalau uncle tu ok la..si awek tu atas sebab apa?
assalamualaikum,
uncle bila nak bukukan cerita ni.? gua syak kalau uncle bukukan mesti laris...kah3...
gua jadi pengedar pon okey jgak..- www.anakkedah.com
Keluar je pengumuman daru polis mangkok mengatak uncle urine fail. ada lahabat tweet mengatakan dgn ayat ( Drug addict rupenya ) paham la siape. mcm la bagus sangat die tu.
di malaysia ni orang - orang politik...org atasan,berada buat la apa pun pun tambah2 pak menteri....confirm selamat. sprm ka polis ka apa ka....sama....apa tindakan tak ambil. tapi kalau rakyat bawahan silap sikit...mkn rasuah rm50 sprm ligan sampai ke lubang cacing...tuduh sampai habis. kalau yg mkn rasuah berjuta-juta rileks ja...ntahlah....pakat2 la kita bentang esok di akhirat kelak apa yg telah kita buat di atas dunia ni. uncle...teruskan usaha anda membongkar semuanya...syabas bete...:)
teruskan uncle aku menyokongmu....aku yakin kau dipihak yang benar....
Salam Uncle....coke ru kurang kan ckt....nanti kuncing sweet lak kang....hehehehehe.... May the truth reviel ..... Bani Jawi
Salam Uncle... diorang takde jentik2 ke? pelik... apa2pun tak sabor nak tahu kisah sambungannya... :)
p/s: kalau ter-double posting comment tolong delete ye.. (tak sengaja)
Alhamdulillah Uncle Selamat...risau uncle di apa2 kan.Pujuk suami saya seorang penjawat Sang Saka Biru...insya'Allah dia kata uncle xkn apa2.xmgkn mereka memperkertas-kertiskan org sbb uncle jenis rahu undang2
Ampun dan maaf kepada pembaca yang dihormati sekalian, Uncle akan menjawab segala komen apabila tiba masanya nanti. Teruskan mengkomen, Uncle sayang anda semua dan terima kasih atas sokongan. [Admin]
selepas gambar Petchatai Wongkamlo,
perenggan pertama , baris kedua terakhir .
menuruh .
Wakakakakaka.... menuruh kasi bungkus 2, kuah asing . mekasih . :p
saya masih ingat ketika Salim di bawa pulang ke janda baik. selama seminggu saya di sana, sedih melihat setiap hari uncle sendiri mengangkat dan mendokong Salim yang lumpuh ke sungai membasuh najis dan mandikan dia. Tak sangka dah 6 tahun uncle jaga dia walaupun bukan darah daging uncle sendiri.
Salam Uncle..
Ada baiknya uncle jangan update selalu blog ni... slow sikit..ada nikmatnya.. biar orang lain tertunggu tunggu.. baru syok.
kalau siang malam kita makan, apa sedapnya? Bila puasa kan rasa teruja masa nak berbuka!
Teruskan uncle. Sedih tengok siti nadhirah yang x bersalah digari.
hai uncle, comey saya tgk siti nadhirah tu.sampaikan salam saya pada nadhirah boleh tak uncle hahaha.go go go uncle..u get many2 silent support from malayisian citizen.
Teruskn ke part 4.
tuan syed...lu punya cerita cukup intriguing mengalahkan LOTR..hahaha
terbaeekkk...terus memecah kebuntuan...
nest plezzz!! hurry uncle!!
terbaekkk... uncle my hero. Kita ingat kata2 Demang Lebar Daun: "tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah..."
terlalu sempurna cerita ini...hehehe..agak-agak la sikit bro..cam le aku tak kenal perangai ang..
uncle seekers makanan kat dalam lokap tu best tak? abang2 polis kat dalam tu bagi layanan baeeekk tak kat pakcik seekers?
BRAVO UncleSeekers(US)... semoga ALLAH melindungi US dan keluarga serta org lain yg teranaia...
bila RAKYAT bongkar RAHSIA lagu ni la.. kata xda ISA konon.. pirahhh
sama la yg terjadi pada saudara Rafizi yg ditangkap serta DIGARI kerana membongkar akaun FEEDLOT...
yg bersalah kat FEEDLOT korang TANGKAP tp XDA GARI PLAK ???
MALAYSIA KU OHH MALAYSIA KU!!!
US... leh tak cerita salasilah n sejarah moyang US iaitu Syed Hasan Al-Attas... saya begitu tertarik dengan sejarah keluarga org lama2...
p/s : klu kat kg saya, saya selalu ajak orang lama/orang tua di kampung bercerita tentang sejarah2... :) plz ye US
pe kabo agaknye salim tu skg ye...dulu dia keje kt tmpat aku..canon..mgkin dia dh tk kenal aku lg dgn keadaan skg ni..moga dia sihat sentiasa..
pe kabo agaknye si salim tu skg ni..dulu dia keje kat tmpat aku..canon..rasanye nama salim tu sbb moke dia seiras saleem iklim tu betui tak?peronah le nyembang ngan dia walau pon tak brp masyuk ngan kepala dia layan je laaa..moga dia dipermudahkan dlm segala urusan..
pe kabo agaknye salim tu skg ye...dulu dia keje kt tmpat aku..canon..mgkin dia dh tk kenal aku lg dgn keadaan skg ni..moga dia sihat sentiasa..
Post a Comment