Followers

Tuesday, April 23, 2013

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 23)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 23)



 Alfatihah 
Allahyarham Tun Syed Zahiruddin (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja)

Al-Fatihah kepada Orang Kaya Dato Bendahara Seri Maharaja (tiga hari yang lalu), Ketua Orang2 Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan selaku salah dari Orang Kaya Orang Besar Empat, mengikut adat keSultanan Melaka dan termasuk didalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.

Dengan kemangkatan Dato Bendahara, maka Dewan Negara akan bersidang untuk memilih Dato Bendahara yang baru.






Begini senario nya. Jika ada kemangkatan Sultan Yang DiPertuan Negeri Perak, Dewan Negara akan bersidang melaksanakan tugas nya untuk memilih sorang bakal Sultan yang akan di tabal (mengikut adat, 200 hari selepas di kebumikan alMarhum, ia itu 100 hari berkabung bagi waris2 dan kaum kerabat, dan lagi 100 untuk menyediakan pertabalan).  Adat lamalah...

Maka Dato Bendahara akan mengistiharkan siapakah bakal Sultan, dan setelah pengistiharan dibuat di Balai Rongseri, barulah jenazah dibawa ke makam di Raja untuk istiadat pengebumian...

Perlunya ada Bendahara yang bersikap jujur dan tidak berbelah-bagi, dan beramanah mengikut adat...

Terdapat senario dimana ada perebutan pencalonan untuk menjadi bakal Raja, dan teringat cerita Macbeth (tulisan Shakespear) dimana segala perancangan bagaikan satu permainan catur untuk mendapatkan kuasa memerintah...

Saya tidak mahu menamakan sesiapa, tetapi siapa yang mengikut jejak perihal Istana tahu bisikan2 dibalik tabir...

Negeri Perak tidak mengamalkan pengantian pemerintah dari ayah ke anak, tetapi mengikut giliran keluarga dari zuriat Sultan Abdul Jalil, Sultan Alang Iskandar dan Sultan Abdul Aziz...

Terdapat bisikan yang mengatakan Sultan Azlan Shah amat gering (sakit) dan hampir tenat...

Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 
 Raja Muda Perak

Raja Jaafar Raja Muda Musa bersama isteri
Raja Di-Hilir

Wallahuwaklam... Inilah senario buat kinimasa... Sebagaimana terdapat dizaman penjajah, Istana mendapatkan kuasa luar untuk memberi sokongan kepada pencalon2 tahta, terdapat juga permainan ini berlaku kini, hanya Istana bermain catur pula di arena politik dan juga dengan sumber2 kewangan koporat...

Tuan2 dan Puan2 fikirlah sendiri, cerita ini amat menarik, kalah drama TV...

 Ku Shah
 Y.A.M Raja Shahruzzaman Ibni Sultan Idris Shah

Komen aku - Ku Shah, anta jangan buat pasal citer-citer macam ni! Kang aku masuk lagi kali ketiga tido lokap. Nanti dia orang caj/fitnah aku amik dadah lain plak! aduyaaa...

Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...



7 comments:

Anonymous said...

The information were very helpful for me, I've bookmarked this post, Please share more information about this
Thanks

DoubleA said...

To uncleseekers..
jgn bernota seperti itu..
saya semakin asyik dan perasaan ingin tahu semakin lama
semakin menebal ..bila salahsilah keturunan tidak diambil kisah maka fitnah jua yg dijaja..
Dua' sya semoga Allah membuka jalan dari kesulitan bagi insan teraniaya..

To YM Ku shah
Biar dibuang keluarga sekalianpun, Allah itu Maha Adil lagi Penyayang, syukur YM Ku Shah dikelilingi insan yg baik biarpun tiada pertalian sedarah dan sesulur keturunan..(betul ke x ayt..ni maafkan saya jika silap penulisan..)

smg penulisan tentang mencari kebenaran dan keadilan buat keturunan YM Ku Shah dpt dibukukan..(super xcited pulak sya)

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya berminat mengikuti perkembangan tentang tajuk yang saudara tuliskan.Saya berkesempatan mendengar cerita dari penyampaian
sahabat saya Ayah Rashid yang telah lama bersama dengan Ku Chik.Disini saya ingin menyampaikan pengalaman beliau semasa pergi
ke Beting Beras Basah bersama Ku Chik.Rombongan tersebut bertolak dari jeti Bagan Datok (ahli rombongan dari kalangan keluarga terdekat dan sahabat rapat).
Setelah mudik selama 10minit tiba-tiba di kiri dan kanan bot tersebut muncul beribu-ribu ikan berwarna putih melompat-lompat seolah-olah sedang mengiringi mereka.
Kemudian muncul pula helang di udara menyertai mereka.Ayah Rashid dan ahli rombongan menyaksikan peristiwa tersebut.Sebaik hampir tiba,ikan tersebut hilang.
Selesai saja upacara,sekali lagi keadaan yang sama terjadi sehinggalah mereka sampai kembali ke jeti Bagan Datok.
Demikianlah yang diceritakan kepada saya bukan hanya dari Ayah Rashid saja akan tetapi cerita yang sama dari setiap ahli rombongan yang pergi.
Begitulah juga cerita tersebut semasa diceritakan ketika bersama dengan Ku Chik dan saya juga ada bersama ketika itu.
Ini hanya satu dari banyak lagi kesah pengalaman Ayah Rashid ketika bersama Ku Chik menjalani upacara yang hanya Ku Chik saja yang mampu melakukannnya.
Semoga yang benar mendapat hak sebenar.
Salam Ukhwah.
Wallahhu'alam

Anonymous said...

Selalu nampak Ku Shah di Geos Hartamas. :)

Tak sangka boleh tengok anak Raja live. Tapi lagi tak sangka anak Raja hidup dalam buangan & dalam kesempitan!

Sabarlah Ku Shah, moga Allah melindungimu & mempermudahkan segala urusan harianmu. Aamin.

radiant mj said...

Salam. Semoga kesultanan Perak kembali ke martabat asal yg hak.

Apa yg diceritakan dlm blog ni, saya dah mendengornya w/pun bukan 100%, semasa sy kecik2 dulu.

al maklum sbg rakyat perak, cerita rajanya pasti sampai ketelinga.

anyway, at least terjawab sdkt sebanyak kesahihan cerita.

Informative and im appreciated the story.

keep struggle!

regards
radin

radiant mj said...

syukran.

citer2 ku shah sedikit sbyk menjawab persoalan yg bermain diminda.

al maklum sbg anak perak, saya biasa dgr cerita2 mengenai almarhum masa kecik2 dulu.

semoga kesultanan Perak kembali kepada yg berhak.

regards
radin

Unknown said...

Sultan Azlan dah mangkat....Al fatehah...

siapalah yg naik jadi sultan perak ya.....