Followers

Saturday, May 18, 2013

Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?

Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?


miliunsoftware@gmail.com


 

Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?

Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai? Ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju berkenaan Nazri Aziz dilantik sebagai menteri pelancongan. Ada yang mengatakan beliau tidak layak kerana terdapat beberapa tanggapan mengenai beliau. Ada berita mengatakan beliau dahulu pernah 'songlap' atau menyalahgunakan duit rakyat untuk kegunaan beliau. Ada yang mengatakan beliau layak menjadi menteri pelancongan. Beliau mungkin dapat mengharumkan nama Malaysia dengan mempelbagaikan tempat pelancongan.

Bagi saya tempat pelancongan di Malaysia ini dah banyak dan tidak perlulah dipelbagaikan. Saya berpendapat, beliau mungkin akan menggunakan hasil-hasil dari pelancongan untuk kegunaan beliau. Contoh sifat kronism yang diamalkan; pelancongan kemana-mana tempat secara percuma hanya pada kroni sahaja, dan mungkin cukai pada barang tidak dikenakan pada meraka. Mungkin juga kos-kos seperti tiket-tiket kapal terbang untuk melancong dinaikkan dari paras yang sepatutnya untuk mengelirukan rakyat. Kemudian, hasil dari itu digunakan untuk kegunaan sendiri.

Hutang negara makin bertambah jika betul apa kata segelintir rakyat bahawa beberapa tempat pelancongan didirikan sedangkan banyak lagi tempat yang perlu didirikan. Dari berhutang kerana mewujudkan beberapa tempat pelancongan yang baru, lebih baik membuat pemulihan di beberapa tempat yang 'tak seberapa nak pulih'. Contohnya di Sabah dan Sarawak.

Menteri yang cerdik pandai seperti Saifuddin di pinggirkan. Pada saya, beliau lagi layak dari Nazri Aziz ini.

Komen aku - If you cannot fight them then join them


Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?
Keluhan Rakyat (Part 2) - Kenapa Menteri Malaysia Lama Sangat Tak Ditukar, Tak Boleh Ditegur?
Keluhan Rakyat (Part 3) - Mengenai Blackout Dipilihanraya.


No comments: