Followers

Friday, May 10, 2013

Wahai Azmin Ali....- Benarkah kata-kata ini?

Wahai Azmin Ali....- Benarkah kata-kata ini?




Buat Saudara Azmin Ali,

Sekitar bulan Oktober 2012, saya pernah maklumkan pada rakan-rakan anda untuk bertemu dengan anda tentang permasalahan dengan ibu anda yang tersayang tetapi terputus tengah jalan. Mungkin kerana ketika itu anda merasakan bahawa pilihanraya akan diadakan sekitar bulan November 2012 dan tiada ruang masa. Mungkin kot..entahlah...

Memandangkan tiada ruang untuk saya berjumpa dengan anda terpaksalah saya ajukan beberapa soalan yang anda tidak perlu jawab disini.

Jangan risau bro, walaupun anda sudah menang dalam kalah dan kalah dalam menang tapi masih ada masa untuk buat apa yang patut.


Video dibawah adalah video yang lama dan telah menjadi sejarah untuk rakyat Malaysia dan keluarga anda.

Kalau ikut kadar umur kematian abad ini, hayat kita tak sampai lagi 16 tahun lagi dari sekarang. Kalau terpanjang umur pun hanyalah bonus.

Saya sebagai manusia biasa banyak buat kesilapan tetapi anda dan saya sebagai manusia dan saya sebagai ayah kepada anak-anak saya atau sebagai atuk kepada cucu-cucu saya atau anak kepada ayah dan ibu saya, perkara yang benar tetap benar dan perkara yang salah tetap salah.

Tegakkanlah keadilan bro walaupun dengan sesiapa saja

"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat." 4:135


Che Tom Yahaya
Salam Mak Tom, kalau Mak Tom betul-betul sayangkan Azmin, takyahlah merajuk lama-lama ek.


 (klik video)

1. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Siapakah darah daging Min? - Dia cakap Anwar Ibrahim"

2. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata anda ini?
"Jangan makan benda-benda dalam rumah ni! Semua benda haram"

3. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata anda ini?
"Ina, jangan tarik kerusi tu, kerusi tu tak disamak!"
 
4. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Dulu Azmin baik, dia ingat ibubapa, sayang adik beradik"

5. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Dengan orang lain dia ambil berat, dengan ibu sendiri yang kandungkan dia, dia buat camni"

6. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Saya mengandungkan dia 9 bulan 10 hari, saya nak bersalinkan dia berapa punya susah."

7. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Kalau boleh, Azmin sedarkanlah diri tu, baliklah kepangkal jalan"

8. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Hati saya bukannya luka, bukannya sakit, kalau sakit boleh diubat, kalau luka boleh dijahit, tapi ini dah hancur, hancur sama sekali, pasal pagi syawal dia maki adek dia yang dasyat, yang tuhan pun tak suka macam tu..."

9. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Kalau dia nak balik, ikut dua syarat, saya bagi dia, baliklah kepangkal jalan, sedarlah diri, bertaubat pada Allah dan berhentilah daripada kumpulaan itu..."

10. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Saya hidup ni pun tak mau tengok, jadi dah mati pun baru nak tengok, tak payahlah..."

Saya tidak mahu menyentuh hal peribadi anda sebab kita semua pasti ada hal peribadi tersendiri yang mungkin lebih teruk. Cuma kalau benar kata-kata ibu anda dalam video dibawah (saya pasti 120% ketulenannya dan bukan diedit)...

Izinkan saya menambah beberapa soalan lagi.

1. Adakah anda merasakan luahan isi hati ibu anda dalam video tersebut disebabkan oleh

a) Ada dalang yang menyucuknya? atau

b) Ibu anda sendiri mahu menutup kelemahan diri? atau

c) Sikap ibu anda sendiri yang suka menjatuhkan maruah anaknya? atau

d) Adakah pegangan ibu anda berbeza dengan pegangan anda sehingga anda tidak taat seperti firman dibawah? atau
"Kami wasiatkan manusia supaya dia buat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka; kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa yang kamu telah buat." Janganlah kita menyalahgunakan kuasa apa saja yang Allah amanahkan pada kita semua." 29:8


e) Kenapa anda tidak mahu makan dirumah ibu anda sendiri padahal apa saja dalam rumah ibu-bapa sendiri kita boleh makan dan tiada hukum haram seperti firman Allah!
"Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham." 24:61


Azmin Ali bersama ibunya, Che Tom Yahaya
Bro Azmin, duit lu banyak dan kereta berlambak. 
'Mak We' kita sendiri pun kalau kita tak amik tau dia orang bleh angin satu badan beb apatah lagi kalau 'Mak Sendiri'. Agak-agak aar bro..

(Klik video)

1. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
 "Azmin menyelinap masuk tengahmalam. Ini perkataan dia... Azmin curi masuk menyelinap tengahmalam lewat pukul dua belas, ketika semua dah tutup. Dia masuk datang semata-mata untuk ambil gambar bagi meyakinkan penyokong-penyokong dia, dia bukan anak derhaka dan gambar itu telah keluar dalam facebook.."

2. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"Dimana tanggungjawab dia sebagai Yang Berhormat? Sedangkan dia hidup kaya raya. Duit dia berpuluh juta... Hidup mewah. Kereta mewah bergelimpangan, terbang london Paris Dubai, satu dunia dia pergi, tapi bil hospital mak dia satu sen pun dia tak bayar?.."

3. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"Dia halau pembantu saya keluar, dia bawa cameraman dan ibu saya bercerita balik, mak saya bila dia pegang, mak saya tak bagi, mak saya kata jangan pegang, kau kata badan aku najis, haram, kenapa dia tak tunjuk video yang sebenarnya macamana mak saya maki dia marah dia, mak saya kata kau pernah panggil aku najis, kau panggil aku haram kenapa kau nak datang tengok aku, lepas tu siap dia suruh mak tengok, kamera, kamera, dan ada seorang lelaki mengambil gambar..."

4. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini? 
"Hampir setiap hari Azmin tak pernah reply panggilan dia. Panggilan suara pun mak saya tinggalkan dia tak pernah berjawab. Berapa kali mak saya keluar masuk hospital dia tak pernah ambil tahu..."

5. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini? 
"...Raya tahun lepas dia pergi sekitar keliling rumah mak saya, termasuk rumah jiran-jiran tetangga mak saya bawa hamper dan bagi setiap orang lima ratus ringgit tetapi ibu saya dia tak bagi..."

6. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"Kalau dia betul ikhlas, hari ini dah dua tahun, dia tak izinkan anak dia enam-enam orang telefon mak saya, Kalau dia benci dengan mak saya satu aspek, tapi anak Azmin enam orang not even one yang telefon tanya nenek, nenek sihatke, nenek dah makanke,..selamat hariraya nenek?...tidak ada.."

7Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini? 
"..Ibu saya amat kesal gambar dia mencuri masuk itu digunakan untuk meraih simpati rakyat dan hari ini kita boleh tengok dalam facebook dia beribu yang like yang kononnya menyanjung Azmin dan ramai yang menghentam saya katakan saya kaki penfitnah.."

8. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"..Dan saya nak tanya Azmin, selama hari ini bukan dua tahun saja, selama hari ini, setiap kali mak saya sakit, setiap kali every month setiap bulan, mak saya perlu melapurkan pada Institiut Jantung Negara, IJN, siapa yang bawa?"

 Selamat Pengantin Baru sis

Buat Umi Hafilda plak, (kita hanya pernah berjumpa tiga kali dan sekadar 'hi hi & bye bye' - kat janda dua kali dan ampang point sekali)

Takder jalan nak kasi settle kes ni sis? Sampai bila nak terbakar! Lama sangat ni wei...

Best tak malam pertama? Hu hu....

Anwar Ibrahim Numbeeerrrr One
Wahai Azmin Ali....- Benarkah kata-kata ini?

9 comments:

Anonymous said...

Mak die pon satu..penah msuk tv 3 suku kul 8 mlm kt ujung2 siaran 2 duk kutuk anak sendiri..bape dpt payment 2 makcik? Kalo xdpt pon xnpk ke mkck dh diperbodohkn??? Pastu aku nengok makcik ni bkn jns naif pon. Cm ala2 rosmah gk gayenye. Nk kesian pn xjadik. Hmmmm.. Apepon, siape pon mak kite, telan jela semua ye azmin. 2 mak kau 2.kalo mak aku xtau la sabo aku tahap mane pulak. Ishh

monaismail said...

Panas..... Sadis.... Stress..... Ampun mak..

Anonymous said...

anon 10:40 PM..yang ko nak bodohkan mak orang pehal?..mak sendiri ada jaga sudahlah...

Anonymous said...

sedih ...hati seorang ibu hancur dengan perangai anak mcm azmin ni.

Anonymous said...

Sudah sudalah buat fitnah tuh nro..bole pulak ko percaya cakap Ummi Hafilda..lol

Anonymous said...

sapa btul...sapa salah hanya ALLAH shj yg mgetahui...ini dunia akhir zaman yg penuh dgn cerita brunsur fitnah mmbina atau mmbinasa...

Anonymous said...

Seorang Sultan pernah bermadah " Kalau beta taat kat bonda beta akan derhaka kepada Allah. Kalau beta taat Allah beta terpaksa derhaka kepada Bonda. Beta memilih Allah dari Bonda"

Anonymous said...

yg aku faham..

mak azmin suruh kembali ke pangkal jalan, maksudnya kembali ke UMNO...

Anonymous said...

Azmin.. Ferrari kat kemensah tu ko punya ke adik ipar ko punya.. jeles aku.