Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 4)
Salam....
Gambar Hiasan (Pudu Jail)
Sebaik saja aku melangkah masuk dan melihat keadaan sekeliling... auranya sangat negatif. Sedih, kecewa, kesal, stress dan pelbagai emosi yang tercetus oleh para “Orang Kena Tangkap (OKT)” di dalam sana tetapi hatiku rasa gembira entah kenapa aku pun tak tau! Dengan tangan yang bergari, aku terpaksa berjalan lebih kurang 10 meter lagi untuk sampai ke pintu besi yang kedua.
Borang Hak-Hak Orang Ditangkap
Sebaik saja pintu besi tersebut dibuka, maka ternampaklah beberapa sel yang sudah uzur dan ada suara yang menjerit dan melambai ke arah aku.
“UNCLESEEKERS...! UNCLESEEKERS...!”
“YO BEB!”
Aku pun membalas semula sahutan seorang remaja lelaki berkulit gelap, kurus dan mata kirinya mengalami masalah penglihatan yang berdiri di hadapan pintu bersama OKT yang lain.
Lebih kurang 10 meter dari pintu besi kedua itu, terdapat sebuah pejabat yang di dalamnya terdapat beberapa anggota polis sedang menjalankan tugas. Selepas gari dibuka, aku berceloteh sedikit bersama mereka. Selepas itu, aku dibawa ke bilik persalinan yang berada di hadapan pejabat tersebut.
Lebih kurang camni tapi hujung pemegangnya straight jer
Baju, seluar jeans, rantai leher, gelang, dompet dan kesemua ubat sakit gigi diserahkan kepada anggota tersebut. Aku diberi seluar pendek bewarna ungu, 2 helai tuala ‘Good Morning’ (sepatutnya sehelai sahaja tapi aku minta lagi sehelai sebab darah dalam gusi aku masih keluar), ubat gigi dan sabun mandi kalau tak silap jenama MAY bersaiz kecil dan berus gigi kontot.
Selepas bergurau senda dengan anggota yang bertugas di situ, aku dibawa ke lokap remaja tadi. Di hadapan lokap itu ada senarai nama semua OKT yang ditahan. Pintu selnya agak besar dan berbunyi tak besh bila dibuka.
Sesungguhnya, inilah saat yang ku nantikan! Selepas bersalaman dengan semua OKT di dalam sel yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara, aku pun duduk macam BOSS dalam tu. Kalau tak silap ada 10 orang kot! Pelbagai kesilapan yang telah mereka lakukan. Hisap dadah, takde permit, gaduh dan macam-macam lagi. Selepas aku interview diorang lebih kurang, aku lelapkan mata sekejap sebab terlalu mengantuk.
Aku terjaga dari tidur apabila terdengar seseorang menjerit.
“KAWASAN..! KAWASAN..!”
Aku tak amik port apa yang dia buat dan tido balik. Selepas itu, budak remaja berkulit hitam tu mengejutkan aku tido...
“Uncle, jom makan..”
Aku bangun dan hanya melihat sebungkus plastik berisi nasi ngan lauk serta sebungkus minuman. Aku lupa air apa. Aku hanya memerhatikan saja perangai diorang. Makanan dan minuman yang diberikan aku beri pada mereka sebab aku mamai baru bangun tido.
Untuk pengetahuan semua, aku langsung tak ingat kesemua nama OKT yang ada dalam sel itu sebab seperti yang aku maklumkan dalam artikel yang lepas, aku sukar mengingati nama orang dan nombor. Aku hanya ingat nama orang yang terpeta dihati aku saja. Itulah antara perangai aku yang tak senonoh!
“Macamaner percintaan Uncle dengan Siti Aishah?”
Remaja berkulit hitam bersungguh-sungguh untuk mengorek rahsia dari aku. Aku hanya senyum dan menjawab.
“Nantilah aku cerita nanti. Rileks lu bro. Kasi aku tido ek”
Lebih kurang pukul 2 petang kalau tak silap aku lah, aku dikejutkan kerana terpaksa ke mahkamah. Aku dibawa sekali lagi ke bilik persalinan untuk memilih selipar dan ke satu sudut untuk mengambil baju ungu. Selepas itu, ke pejabat bersebelahan untuk digari semula dan dibawa keluar dari lokap.
Ditemuramah wartawan
Sebaik saja pintu dibuka, aku lihat satu trak sedang menunggu. Sebaik saja melangkah masuk kedalam trak tersebut aku nampak Siti Nadhirah duduk dengan tangan bergari memakai baju bewarna unggu sama macam aku duduk di kerusi hadapan bersebelahan dengan pemandu dan disebelah kirinya pula seorang anggota polis wanita.
Beliau tersenyum riang bila ternampak wajah aku dan memanggil aku..
“Abang...”
Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu...Bagaimana harus aku terangkan pada ayahnya nanti yang sudah tua, berusia 84 tahun serta mengalami pelbagai penyakit, dan ibunya pula mengalami masalah sakit jantung?
(Klik untuk video Liputan aku ditahan: TV3)
Lebih kurang setengah jam kemudian, kami semua sampai di mahkamah. Punyalah ramai wartawan yang sedang menunggu. Sebaik saja aku melangkah turun dari trak, tu diaaa...aku terdengar beberapa suara wartawan memanggil nama aku sambil bertanya pelbagai soalan.
Dengan rambut tak bersikat, tak mandi, muka sembab tak cukup tido, aku pun menjawab yang perlu sahaja tapi aku tetap memberi senyuman sekadar yang termampu, siap angkat tangan tunjuk isyarat bagus lagi. Korang nak cakap apapun terpulang lah sebab pembongkaran yang aku buat tak disiasat tapi aku pulak yang kena cekup.
STANDARD AARRR...
(Klik untuk video Liputan aku ditahan: NTV7)
Inilah kali kedua dalam hidup aku masuk mahkamah untuk di REMAN kerana mencari kebenaran. Punyalah ramai orang dalam mahkamah. Macam-macam bangsa dan agama serta pelbagai kesalahan. Bila tiba giliran aku, pihak pendakwaraya iaitu ASP Mohd Fairos Bin Ithnin, penyiasat kanan (J) NKRA4 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya memohon supaya aku di reman 4 hari. Sejujurnya aku memang takder hal sebab aku akan beri kerjasama sepenuhnya pada beliau nanti, tapi bila giliran Siti Nadhirah direman empat hari aku terus membantah tapi bantahan aku tidak terima. Sedih siot, dia tak salah apa-apa dahlah kena gari, pakai baju ungu pastu nak kena reman lagi 4 hari.
Katakanlah hari aku ditahan kat Tol Senawang tu aku bawa mak aku, adakah dia juga akan ditahan dan direman?
Katakanlah hari aku ditahan kat Tol Senawang tu aku bawa mak aku, adakah dia juga akan ditahan dan direman?
Selepas aku keluar dari lokap, aku telah dimaklumkan oleh keluarga bahawa tiada seorang pun peguam berbangsa Melayu yang berani amik kes ni. Pelbagai alasan dan helah yang mereka berikan, tapi hakikatnya mereka TAKUT periuk nasi tergugat. Kalau yang ada pun, suka bertangguh untuk beri keputusan.
Pertama kali ditahan pada 2006 kerana membongkar penipuan Cakra Alam. Allah Maha Kaya, selepas beberapa tahun kemudian, pusat rawatan Cakra Alam telahpun ditutup kerana suka menipu Orang Melayu.
Selepas itu aku dihantar semula ke Penjara Reman Ayer Molek dan buat kali kedua secara rasminya, aku masuk dalam LOKAP untuk “Seek The Truth”! Yabedabedoo..!
(Bersambung...)
“Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat alam yang besar” - Saidina Ali
26 comments:
1st.. hehehe... steady la uncle
Steady uncle...
Teruja untuk tahu selanjutnya...
Cerita hangat !
Blog pun dah mula ticking sikit lagi nak speed mcm old blog ...
Tiba2 rasa macam nak bikin jugak la cite kena tangkap kat wangsa walk .. hehe
Uncle, bila nak bongkar pasal kamal hisham?
uncle rock steady!!!!saye pn sayg rindu uncle jgk...x sbr nk bce part 5.. :)
Uncle...
Gambar rerama pada tulisan uncleseekers tu Shinigami (死神?, "death god" or "death spirit") ker?
Keep it up bro
Wa kesian la adeek terjebak sama..dah la dia tu cun..patut lu suruh adeek larikan keta jer....wa bru nak masuk gear 5 bc blog lu x pasal2 kena free gear blk bila part lu bersambung...wa tggu2 gak citer pasal SI ngan kamal hisham ni....
bravo uncle...ternanti2 episod yg seterusnya
assalamualaikum,
mana boleh gua dapatkan berus gigi macam tu tanpa masok lokap? kah3..cantek shape dia.
www.anakkedah.com
Kisah selanjutnya kami nantikn.
Bhai US...
Relax... citer slow-slow... tak payah ikut sangat permintaan semua... bagi ccol... relax...
Satu-satu lu kasi dedahkan... okeh...
salam,
silap uncle dalam cita part 1 ialah percaya pada rakan sekolah lama. dah tak jumpa berpuluh tahun, pasti org tu dah berubah, kita tak tahu perangai terkini dia.
tapi, dari sudut lain, ini tunjukkan sifat uncle yg masih percayakan kawan lama, baguslah...{tapi sudah kena tipu lah]
f.e.d sg. buloh
Siti Nadhirah panggey uncle abang? Ingatkan uncle buat anak angkat tu huhu ;p
Uncle, rantai leher, gelang tu tak payahla pakai lagi. Rokok tu tak payahla isap lagi. Tak soleh ar.. Okey? ^^
uncle seekers cerita lama kat blog lama tu baru sampai part 64 tapi uncle seekers dah kena cekup. takde sambungan sampai part 66 ke? lagu 2 part lagi kot... ke takut kena tangkap lagi
yeahh tak sabar2 nak tunggu episod seterusnya... teruskan abg...!!!
Bro biasalah melayu bro. sorry la kalau you terasa. wa buat kerja amal wa tahu la sifat bangs akita .setakat menyalak no satu nak buat sorry la. menjerit berani berlawan mereka ke belakang dulu. lawyer pun sama bro. that why di negara komunis tiada lawyer.
haah laa dari hari uncle kena tangkap tu kan... sampai la ni saya pun terfikir kenapa siti nadhirah pun ditahan reman...
lagi satu berkenaan dengan kes2 yg uncle bongkar tu macam tutup sebelah lubang hidung je kan... yg diaorg tangkap.. uncle atas alasan akta rahsia etc... pelik2... jenayah2 dalam rahsia tu tak pula disiasat n diambil tindakan...
saya takderlaa sokong uncle 100% (sprry sebab kadang2 terasa tulisan uncle pun kasar) tp apa yg uncle tulis tu sepatutnya disiasat barulah nampak ketelusan perlaksanaan undang2...
sesungguhnya Allah itu maha adil... even sebesar zarah pun kejahatan itu tetap akan dibalas di mahkamah akhirat kelak... urmmm bila terlalu sinonim manusia lebih takutkan dan hormat manusia dari takutkan tuhan...
takper uncle.. walaupun kadang2 geram dengan tulisan2 uncle yg kadang2 agak2 poyo n kasar... saya tetap baca blog unlce ni.. sebab intipatinya yg berisi bukan sekadar angin sepoi2 language...
aku bersama kamu uncle....teruskan perjuangan.
Cakra Alam kini hidup kembali??? Sekarang bini dia pula menipu??? Awas jangan tertipu !
Pusat Perubatan Tradisional Al-Hikmah
No. 23, Tingkat 1, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
(Berdekatan Sek. Men. Aminuddin Baki & Kelab Belia dan Sukan Kg Pandan. Bersebelahan Stesen Minyak Petronas)
Tel: 03-9282 5296 / 03-9284 1642
019-328 0707
Fax: 03-9283 3641
http://pusatrawatanalhikmah.blogspot.com
Cakra Alam kini hidup kembali??? Sekarang bini dia pula menipu??? Awas jangan tertipu !
Pusat Perubatan Tradisional Al-Hikmah
No. 23, Tingkat 1, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
(Berdekatan Sek. Men. Aminuddin Baki & Kelab Belia dan Sukan Kg Pandan. Bersebelahan Stesen Minyak Petronas)
Tel: 03-9282 5296 / 03-9284 1642
019-328 0707
Fax: 03-9283 3641
http://pusatrawatanalhikmah.blogspot.com
suspennnnnnnnn....
-belatong kubur-
Mane part 5 nih?dh x sbr nih....
selamat hari raya uncle...
lu jgn lyn sgt diowg semua ni..nk citer panas jer..masuk lokap uncle sowg gak..berani masuk sekali r...
anyway..wa dh jd taik blog lu dh..x dpt bc sehari x lengkap je rasa...
Sudah dan cukup la uncle x henti2 merapu dok mgumpat raja2 kita..komen la mgapa orang2 melayu miskin melarat sampaikan 95% customer along adalah bangsa kita..Ni dok sibuk tentang masaalah golongan2 bangsawan..masuk lokap lagi baru tahu..Leftenan Mus
padan muka kamu uncle..asyik nak menentang raja2 aje..
Post a Comment