Selagi 'Abah' masih hidup, besok ngan lusa korang tanyalah dia sendiri apa saja yang selama ni menjadi 'kudis' dalam paler hotak korang.
Lepas korang dengar dia 'membebel' sejam dua, aku jamin makan 'cempedak goreng' 7 biji kalau anak Makcik Bedah Tempe tak jatuh hati kat korang. Siyes wa cakap lu..hu hu
Salah satu bilik yang korang akan tido ramai-ramai. Bilik ni sebelah sungai..best siot tido bilik ni sampai 'mimpi tak sudah' macam Ibnor Riza nyanyi.
Bilik ni mengadap taman. Boleh nampak tetamu keluar masuk. Ditakdirkan kalau segerombolan awekz-awekz datang taman ni dan tika tu plak korang tengah baring-baring, maka dipersilakanlah bangkit, berdiri depan pintu dan buatlah muka sehabis 'macho'..
Kat sini ada 4 biji rumah yang korang akan lepak. Salah satunya rumah ni. Rumah yang 'Abah' buat, boleh dikatakan 95% dari bahan 'terpakai'. Yang baru cuma simen, pasir dan paku.
Bilik ni jugak sebelah sungai. Sorang cuma dapat satu bantal tipis jer sebab beli kat pasaraya Tesco 4 tahun yang lepas dan yang paling best selimut korang semua telah dilipat dengan rela hati oleh seorang ANAK RAJA. Beliau juga akan berkongsi pengalamannya dengan korang semua tentang SUKA dan DUKA menjadi ANAK SEORANG RAJA selama 21 tahun.
1. Jangan lupa bawa pancing dan umpan cengkerik sebab ikan tengas umpamakan cengkerik adalah rangup dan berkhasiat bagai 'keropok moni'.
2. Jangan mandi sungai pakai 'spender' kerana ditakuti khinzir hutan dan rama-rama akan terangsang. Moral of the story, korang bawaklah sendiri tuala dan seluar pendek.
3. Sesiapa yang giler berkaraoke, silalah jolok anak tekak dengan bulu ayam terlebih dahulu supaya lendir kat tekak tak tersembul keluar semasa melalak. Sorang satu lagu jer! Tolonglah jangan buat perangai lepas jer pegang mikrofon, 'lepas aku..aku.'.
2. Bawa sebotol minyak tanah dan dua botol kaca minuman apa-apa perasa pun takder hal sebab lepas berkarok nanti kita akan berGUMBIRA bermain sukan paranormal...paranormal? (banyaklah ko punyer paranormal tu..he he). Pasti korang tak akan lupa sampai korang kawen lagi satu nanti.
3. Tempat 'Abah' ni janganlah sesekali korang petik daun atau bunganya kalau tak nak kena MAKI!
Sesiapa yang baik hati tu, tolonglah bawa rokok gudang garam suria 16 yang ori untuk aku. Tak adil aarr kalau kastam nak penjarakan aku isap rokok lari cukai kastam sebab yang maha halia pakai kereta tak bayar cukai sampai dua ratus biji lebih pun dia orang tutup sebelah mata jer..kan kan kan?
Ada ramai artis popular seperti Amy Search, Zizan, Neelofa, Aishah dan lain-lain lagi tak akan hadir kerana mereka tak dijemput.
11 comments:
salam en.uncleseekers..
saya baru je jumpa blog en.uncleseekers..
saya dah masukkan blog en.dalam bloglist saya..=)
wow...syok nyaa...haha..tolong kirim salam untuk semua tetamu esok ya uncleseekers..
Rugi betul aku la terpaksa ponteng program ni, bukan selalu nak ada peluang join program macam ni, tapi nak buat macamana takdak rezeki...
Mengikuti perkembangan uncleseekers dgn penuh minat
Mengikuti perkembangan uncleseekers dgn penuh minat... Well done
macam best je program ni... tempat pun sangat menarik dan santai... tapi tak dapat nak pergi... sayangnya...
Salam Bro.
Allah saya teringin nak bersama. tetapi apakan daya hari ahad ini saya kena menghadiri MATC ( Mensyuarat agung tahunan PKR putrajaya ) kerana saya adalah ajk pkr putrajaya. mohon maaf sdr. lain kali jgn lupa jemput saya Ok . sampaikan salam pada pak habib.
salam...
aku rasa ralat tak dapat join..
apakan daya...
kena outstation..
memang best..
makanan sedap, tempat cantik, tenang dan bloggers semua macam bersaudara. Pasti akan ada buat kali kedua..
NAK ITUUUUT TAPI OWANG X AJAK PUN..NGEEEE
nak ituuut..x ajak kite pun..
Post a Comment