Followers

Thursday, September 20, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)

Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Pesan Ayahandaku (Almarhum Sultan Idris) kepada kami semua 

“Jangan kawen banyak macam aku...kalau nak ikut yang lain aku tak kisah” 

Kolonel Kehormat Askar Jurutera Malaysia
Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Kata-kata hikmah Almarhum Ayahandaku 

“Aku kalau orang kaya mencari aku, aku tak heran...melainkan demer nak pangkat atau harta..tapi jika katak keredek (orang susah) mencari aku, ada ler yang tak kene, sebab aku ler tempat penghabis demer mengadu domba.” 

Ayahanda amat perihatin tentang hamba rakyat biasa. Baginda amat berat tentang nasib rakyat dan akan mencemar duli turun padang untuk mendapatkan kebenaran. Baginda suka ‘melihat sendiri’ keadaan dan dengar aduan rakyat biasa.






Sikap Almarhum Ayahandaku Almarhum kenal hamba rakyat baginda dan juga ahli kampung dan baginda sendiri akan bertanya khabar. Dia tidak suka hanya mendengar kata-kata pegawai kerajaan. Dia ingin dapat maklumat sendiri. Apabila baginda ke Hulu Perak, baginda akan mendapat info risik daripada hamba rakyat tentang pergerakan ahli komunis dan akan sampaikan kepada pegawai2 keselamatan.

Baginda memang rapat dengan hamba-hamba rakyat dan ahu segala bukit bakau, gunung ganang dan persisiran air Negeri Perak. Pegawai Daerah tak dapat nak kelentong sebab baginda tahu kedaan negeri sebenar. Baginda akan berziarah kawasan atau kampung tanpa escort atau notis kepada pegawai-pegawai istana. Baginda pernah bertitah,

“Perak negeri aku, suka hati akulah nak temu rakyat aku. Takder nyer demer nak bunuh aku (tanpa escort)...” 

Pada pendapat peribadi aku....

"Jangan harap Sultan Azlan nak buat gitu"


Pernah Sultan Azlan sewaktu baginda belum menjadi Sultan menegur Almarhum Ayahandaku kerana memiliki banyak kereta dan Istana... maka baginda menegurnya kembali, 

"Apabila kamu menduduki kerusi yang panas ini, barulah kamu tahu"... 

Dulu ngate bapak aku, sekarang ni amacam?

Keris Taming Sari terselit dipinggang Almarhum Ayahanda

Majlis Tahlil Almarhum Ayahandaku Di Sabotaj!

Majlis tahlil yang saya ingin mengadakan untuk Almarhum paduka Ayahanda serta untuk sekian Almarhum Sultan-Sultan Perak terbatal sebab ditahan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar serta anggota polis yang telah pergi ke Mesjid Kota Lama Kanan dan telah menghalang AJK mesjid dari meneruskan rancangan majlis tahlil bersama rakyat.

Mereka mengata bahawa saya perlu mendapatkan titah perkenan kebawah Duli Sultan Azlan untuk megadakan majlis tahlil untuk Almarhum Ayahanda sendiri...

 Ingin saya tahu, perlukah hamba rakyat biasa memperolehi perkenan Sultan atau pemerintah untuk mengadakan majlis tahlil, satu perkara yang baik bagi mengingati yang mati...? Akhirnya, saya beralah dan batalkan majlis tersebut... Tetapi didalam hati saya, akan saya ingat sampai mati,

 “You have insulted the memory of my father” 


Lagu di bawah ini adalah lagu kesukaan Almarhum. Tanyalah sesiapa yang seangkatan dengannya atau isteri baginda yang masih hidup. Semasa hayatnya, lagu ini akan diulang beberapa kali didalam kereta.

Ku Syah



Semua artikel diatas telah ditulis oleh  Ku Shah sendiri.


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam  
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!  
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak 
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

11 comments:

C++ said...

Bhai UncleSeekers dan Ku Shah...

Gua masih ingat lagi masa bapak gua bawak gua pi jumpa dier kat Ipoh... maser tue senang bebenor nak jumpa Sultan...

Takder protokol mender sangat... sedangkan bapak gua cuma kerja lombong kapal korek jer...

Anonymous said...

Rasa macam sokong C++....
Arwah atok aku pelombong bijih je tapi menuntut sama kat istana dulu... Ku Shah pon ntah2 kenal kalau sebut nama atuk aku... Azlan ni cool je.... Arwah atok aku mulut macam uncle gak.... jenis lepas je kalau x kena... tapi dia cerita baik je pasal Azlan.... x de gak dapat share sesen pon.... bukan nak kata apa... tapi Ku Shah ni kenapa blh jadi camni>>??? ce citer ce citer....

Prince of Noob said...

aku waktu kecik pernah duduk di perak, masa tu tgk gambar Sultan Azlan rasa cool je...

TheSniper said...

Bhai Uncleseekers. Muka lu ada mirip Sultan Idris! hahaha.

Anonymous said...

si tapak seleman ni..sampai ke sini promote blog dia..

ezral said...

"katak keredek" hamba la tue..semoga Allah menempatkan tuanku ditempat orang2 yang beriman dan di ampunkan segala dosa. Hamba rakyat " kota kulit kerang"..

Anonymous said...

hamba sgt la konon rakyat ni.... puihhhh

Anonymous said...

sya kenal ngan ku shah,pernah dtang dan makan kat rumah buruk sya di kmpong...sape sangka anak bekas sultan....


siti said...

Uncle, uncle ni sebenarnya anak Pak Habib atau anak aAlmarhum Sultan Idris? Muka sama giler!!

Aida Cascada said...

Ya Allah, tak sangka sehebat ini dugaan yg telah lalui... Patutlah kalau ditanya pasal istana he always said ' i left istana more the 20 years ago..'

Unknown said...

Mak aku pernah cakap kat aku, Arwah Sultan Idris (Sultan Derih) ni memang baik, selalu turun padang, masuk kampung,jumpe rakyat, siap bagi duit,..mak aku citer arwah pernah nak tolong mak aku jadi Nurse, tapi arwah atok aku tak kasi, sebab arwah sultan derih ni kaki perempuan..wallahualam...