Followers

Wednesday, September 26, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 5)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 5)


 (klik)

Aku sedang menolong Uncleseekers melipat selimut untuk tetamu yang akan hadir pada 29 & 30 September ini

PERJANJIAN DIANTARA SANG SAPURBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN...

 "Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak'

Almarhum Ayahanda memakai seragam Askar Melayu DiRaja

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun'

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah'

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.

Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;

jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa.

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya"

Almarhum ayahandaku bersama keluarga 1963....Aku disebelah kanan sekali.

Maka termaktubkah perjanjian dan sumpahan keturunan kami yang telah beratus tahun umur nya... Raja tak akan mngzalimi rakyat dan rakyat takkan menderhaka kepada Raja... Akan tetapi, cuba kaji kata2 Demang Lebar Daun (yg mewakili pihak Rakyat)..."Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah" Bermaksud, jika Raja itu zalim, negeri akan kucar kacir dimakan sumpahan dan berhak rakyat untuk mengambil tindakan sewajar untuk mengendalikan keadaan semula... seperti yang pernah dilakukan oleh Orang Kaya Bendahara Tun Perak, dia telah mengugut Sultan Mansur Shah untuk tidak meRajakan baginda, dan keluar meninggalakan Melaka... Mereka takkan derhaka, tapi takkan meRajakan Sultan yang ada... Tanpa Orang2 Besar nya... apakah makna menjadi Raja dikelilingi kaki ampu dan bodek...??? Rosak negeri, mudharatlah rakyat...!!!

Bukan hasrat aku mahukan tahta... itu yang paling jauh di lubuk hati, sebab aku tahu susahnya menanggung kewajipan dan tanggung-jawap selaku sorang Raja yang akan di tanya oleh Allah di Mahsyar kelak... Dosa sendiri pon dah aku tak tertanggung, inikan pula dosa sebuah negeri...??? Tak mahu... TAK MAHU...!!! Apa yang aku harapkan agar sesiapa yang memerintah benar2 adakan KASIH-SAYANG kepada hamba rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan nya, selaku mana sorang sufiah al-Fudyal menasihati Amirul Mukminun Harun al-Rashid... "Jika kamu (Raja) tidak mahu dijadikan bahan bakar Jahannam, maka anggaplah rakyat kamu yang tua selaku ibu dan bapa kamu; yang sebaya selaku adik beradik kamu, dan dan muda dan yang kecil selaku anak2 kamu... Negeri kamu negeri Islam, dan yang memerintah itu Allah SWT, dan kamulah yang di perintah"...

Sememangnya akupun khuatir jika Raja Izzuddin yang menjadi bakal Raja, sebab kekanda itu tidak dilatih dan mempunyai ciri2 yang baik untuk menjadi ketua agama... Seharusnya, ketua agama perlu memberi teladan yang baik dan murni... Seorang khalifah itu mestilah baik budi pekerti nya... Aku berdoa kehadrat Illahi agar Allah memberi sebaik2 hidayah kepada sesiapa yang akan mereajui dan duduk di atas tahta negeri Perak darul Ridzuan... Aku inginkan rakyat makmur dibawah pemerintahan yang adil dan saksama di bawah naungan ketua agama yang zuhud... Itu jer... aku sendiri tak mahu menjadi Raja... tak mahukan tahta... takder susah buat per cari susah...??? Semoga sesiapa yang menjadi Sultan memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan sebaik2 Islam... Amin ya robbil a'lamin...

Lagu nyanyian Allahyarhamah Rafeah Buang dibawah ini adalah ciptaan (lagu dan lirik) Almarhum orang tua ku sendiri

Ku Syah



Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam  
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!  
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

11 comments:

Prince of Noob said...

"Semoga sesiapa yang menjadi Sultan memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan sebaik2 Islam... Amin ya robbil a'lamin..."

Kalau dapat jadi seperti Sultan Kelantan pun bagus kan...

http://buasirotak.blogspot.com/

Anakmudakk82 said...

Tahniah Ku Shah

C++ said...

Bhai UncleSeekers...

Huh.. banyak selimut tue... hahaha... jangan ader selimut puteh udah la.... hahaha... just joking...

Anyway.... citer pasai Sultan nih... mmmm.... dah susah nak jumpa Sultan yang prihatin pasai rakyat dier... dan tau amanah yang dier junjung.... rare sungguh... yang ader pon sekarang nih... memang rare sesangat....

Anonymous said...

Ada seorang raja (masa tu putera mahkota) rogol rakyat, la ni dah jadi raja, taka da apa-apa kesan pun dengan sumpah tersebut.

Pak Long

katak keghedek said...

Assalamualaikum Pak Long... Pada zahirnya memang tiada apa2 petanda yang si anak Raja itu dimakan sumpah... tapi tahukah anda apa kemusykilan yang dia ada..? Tahukah kita dengan sesungguhnya musibah yang menimpa sesorang itu..> Bukankah itu hak Allah bagi menentukan... Memang kita marah, siapa pon marah atas perangai yang tak senonoh dan memalukan itu, tapi bukankah balasan Allah tetap akan terima..? Tahukah kita dgn sebenarnya apa yang telah belaku atas diri si anak Raja itu..? Wallahu'waklam...

Sang Tak Berapa Cerah said...

Setelah bace 5 episod ni aku rase mcm ade something is not right. Macam ada satu benda yang tak kena pada tempat. Aku tak pasti di mana. Mungkin kena baca episod2 seterusnya dulu.

Anonymous said...

Maaf, saya nak tanya Ku Syah, ada kenal tak dengan Auntie Wan Zainab Binti Ahmad Rashidi adinda kepada Almarhum Bonda Raja Jaafar (aka Bonda kepada Raja Reza Shah)?

Bukan apa saja nak tau je!

Anonymous said...

ku syah ka,ku chik ka,ku ku ka suma kutu berahak...tak perlu ada semua,kasi menyusahkan rakyat ja,masa ko senang ko lupa,abis banyak keluarga ko belasah,bila susah baru nak minta simpati...podahhhh...ko lupa kot ngan orang yang pernah merayu kat ko supaya ko jgn apa2 kan...ko yg kacau,kita yg kena melutut...Allah itu Maha Adil...amin

haraikil said...

Aruah ayahanda pernah cakap kena cari benih Raja Durian Sebatang untuk ditabalkan menjadi sultan perak baru aman tanah jawi ni. Sebab la ni raja duk ada raja betinaa..? Wallahualam bissawab

Anonymous said...

aaminn Ya Allah peremukan dan jadikan sulta dan pemimpin kerajaan perak diakhir zaman ini seorang yg berhati mulia dgn setyiap titisan airmatanya Amiin...sedih aku menulis ayatnya bergenang sudah mata aku mudahan kita kuat sekali bersama Allah S.W.T negeri perak peneraju akhir zaman antara negeri negeri lain insyaAllah...

Anonymous said...

tanah jawi bukan sebarang tanah...tanah melayu tanah akhir zaman...besar tanggungjawab kita semua pada tanah ini dan satu dunia nanti...cuma persiapkan diri sahaja masing masing insyaAllah...