Followers

Monday, June 10, 2013

Sizzling Lamb Chops - Coliseum Cafe Vs Saufiville Resort

Sizzling Lamb Chops - Colisuem Cafe Vs Saufiville


miliunsoftware@gmail.com 


Semalam, lebih kurang 6.45 petang, masa aku tengah sibuk buat artikel, tetiba abang angkat aku Bro Sufi, boss Saufiville Resort (klik) (klik) call.

"Beb, kenapa tak naik lagi"  suaranya agak kecewa

"Malas aarr..kerja aku banyak tak siap lagi ni.." Aku cuba memujuknya

"Jom aaarrr...Mem dah masak untuk ko tu...datang aarr" Nadanya begitu mendesak

"Oklah, aku datang setengah jam lagi"

Aku menghela nafas panjang..dalam hati aku membebel, kalau tak kerana mereka berdua sememangnya aku tak nak pergi! Dia orang memang suka aku ajak aku makan kat tempatnya pastu suruh aku komen. Memang silap aarr..aku sememangnya kalau tak sedap aku sound tepek! Kalau nak kecik hati tak payah ajak aku makan. Buat apa nak bohong kalau tak sedap nak kata sedap!

Tapi bila masakan dia sedap, aku akan promote kaw kaw. Bukan tempat dia saja tapi semua.

Pendek kan cerita, bila sampai jer kat sana aku nampak Ku Shah tengah main piano.

Ku Shah, bila ko main piano, jiwa aku rasa melayang. Ko memang terbaek diladang!


Dah alang-alang aku tengah menulis ni, aku saja nak beritahu satu planet yang ko ni suka makan benda-benda merepek (jajan). Ko dah tahu jantung ko ni cuma berfungsi 35%, kencing manis, darah tinggi pastu tiap minggu dua kali pergi dialysis cuba jaga pemakanan tu sikit! Pembaca semua tolonglah nasihat anak raja perak ni sikit! Degil nak mampus! Kalau tetiba ko padam camner? Aku juga akan dipersalahkan!



Bila sizzling Lamb Chop sampai jer, aku dah tak tahan! Bau dia mirip macam kat Coliseum Cafe punya. Tak cerita banyak, aku baca bismillah jer pastu terus bedal. 


lebih kurang camni aarr

Wow! lebih sedap dari  Coliseum Cafe! Dalam pinggan belum habis, aku pergi dapur minta satu lagi. Sedap siot. Akhirnya dua pinggan aku balun.



Tang harga berapa dia jual aku tak pasti, tapi kalau kat Coliseum lebih kurang RM42.90.


Bro Fini & Mem, mekasih banyak-banyak. Sizzling Lamb Chops lu aku boleh beri 7 bintang!

Oh Jungle People!

Sizzling Lamb  Chops - Coliseum Cafe Vs Saufiville Resort
Restoran En Tan - Koptiam Muslim Restoran Mak Tim
Beriani Gam Asli Johor 
Ikan Bakar Selera Utara - Dengkil VS Selera Janda




No comments: