Followers

Wednesday, June 19, 2013

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 21)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 21)


Nota : Sekadar Renungan Buat PDRM.

Non-violent Revolution is coming ! Tanda-tandanya semakin hari kelihatan semakin jelas. Satu demi satu perhimpunan telah di adakan oleh pembangkang. Sambutan yang di berikan kelihatan begitu memberansangkan.

Fenomena ini agak mengusarkan pihak yang berkuasa khususnya pihak PDRM. Ini mengundang kenyataan demi kenyataan dari pegawai-pegawai kanan PDRM. Kenyataan-kenyataan ini kelihatannya agak tegas dan keras.



Wajarkah kenyataan-kenyataan yang sedemikian di keluarkan ?

Saya suka menyarankan kepada mereka, pada hemat saya mereka tidak perlu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang agak keras dalam situasi sekarang. Keadaan sudah agak tegang. Janganlah ditambah lagi.

PDRM tidak perlu melatah dalam keadaan sekarang. Siapa yang tidak tahu bahawa PDRM mempunyai kuasa untuk menguat-kuasakan undang-undang. Persoalannya, benarkah undang-undang mampu menyelesaikan semua masalah ? Ini yang perlu direnungkan. Di berikan perhatian yang sebaik mungkin. Bukan semua masalah mampu di selesaikan oleh undang-undang.

Belajarlah dari ' Arab Spring '. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila pihak-pihak berkuasa di negara-negara yang terlibat mengambil langkah-langkah yang agresif dan ofensif.

Sebagaimana yang pernah saya sampaikan di sini, Non-violent Revolution sebenarnya adalah suatu gerakan yang terancang dan di susun dengan begitu rapi. Gerakan-gerakan ini mendapat dokongan dari kuasa-kuasa luar yang berkepentingan.

Kuasa-kuasa luar ini yang mencatur segalanya. Mereka sebenarnya yang ingin melihat wujudnya konflik di negara kita dan rantau ini. Tujuan mereka satu... Untuk menguasai sumber ekonomi di rantau ini. Mereka perlukan sumber ekonomi ini untuk menampung ekonomi mereka yang akan hancur tidak lama lagi. Janganlah terperangkap dengan permainan mereka.

Ingatlah ! Erogansi tidak akan membawa sebarang penyelesaian. Carilah pendekatan yang berhemah untuk menangani masalah ini. Renungkanlah perpatah orang-orang tua kita. ' Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya '.

Pak Lan     
Mohd Ramalan Yunus     
Founder  World islamic Chamber Of Commerce  

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.  
 
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?    
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem  
 
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani…. 
 Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?    
Part 13 - Sekapur Sireh    
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.    
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)  
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
Part 21 - Nota : Sekadar Renungan Buat PDRM.



No comments: