Followers

Wednesday, August 1, 2012

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 1)

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 1)


Kamal Hisham

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.” - Pujangga

Salam semua, 

Semasa aku sedang memberi kerjasama semasa disiasat di dalam bilik mesyuarat IPD Johor , ACP Mohd Akhir Ishak, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri Johor menunjukkan keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Julai 2012 kepada aku, dan dia pun berkata;

Uncle, cuba you baca ni…?” 


Bila aku baca saja ‘tajuk utama’ tu, terus terpacul di mulut aku..

“Kepala @#$%... Dia boleh tak kenal aku!”

Sememangnya aku hangen satu badan ketika tu! Aku lihat Tuan Mohd Akhir tersenyum panjang bila aku maki camtu. Beberapa orang anggota polis yang mendakwa mereka daripada Bukit Aman, yang terdiri daripada  Tokey Khinzir,  Mamat Spek, Tuan Haji Senyum, Shah Rukh Khan, Hero Tamil dan Supertakraw  tergelak besar dalam bilik mesyuarat tu melainkan Tuan Haji Senyum saja yang  tersenyum panjang sambil menutup mulutnya.

Sekadar selingan: Bro, lu orang kumpulan Enam Jahanam ni tak rindu kat aku ke? Minta maaf banyak-banyak sebab telah merosakkan minda korang semua dengan perkataan “TOLONGLAH…”... Wakaka! Kesempatan ini aku nak tujukan pesanan kepada semua dibawah:

Tokey Khinzir: Jangan lupa pesan aku jangan makan main belasah jer dan wa juga tak lupa pesanan lu... 

Mamat Spek: Simpan baik-baik rokok Gudang Garam aku tu. Huhu…

Tuan Haji: Mana keratan akhbar yang lu nak kasi kat aku. Dah 3 minggu takder pun.  Beb, senyum kat lelaki takpe jangan kat pompuan takut orang rumah tak senang hati kang kalau ada mana-mana awek sangkut.

Shah Rukh Khan: Bro, lu jangan gelabah sangat nanti yang dikejar dikendong berciciran.

Hero Tamil:  Lu manyak rajin tapi kadang-kadang kengkawan terkecik hati.

Supertakraw: Lipat gunting ke lipat pari bro?

Mereka berenam ini lah yang menyiasat aku dari pagi hingga petang kekadang sampai terlajak ke Maghrib dari hari Jumaat sampailah hari Rabu. (6-7-2012 sehingga 11-7-2012). Aku memang tabik spring pada mereka berenam ini sebab mereka tahu cara nak handle aku camner. Tidak pernah sekali pun berkasar, menengking apatah lagi menggunakan kekerasan. Pendek kata Pasukan Enam Jahanam ini aku katogerikan sebagai satu pasukan yang sangat profesional! Wa caya lu orang semua lah beb. Tabik spring!

Masih kah korang ingat, Roti Bakar White Coffee, Nasi Padang, Ayam Masak Lemak Cili Api, Coke, Gudang Garam...? Mekasiiih... Lalalala…

OK, sambung balik...

Memandangkan kedua-dua telefon aku masih dalam siasatan polis, aku tak dapat berikan bukti secara bergambar, tarikh dan masa dengan tepat. Jadi, kalau maklumat dalam penulisan ini tidak tepat, aku minta maaf banyak-banyak dunia akhirat.

Sekitar penghujung bulan Februari 2012, ada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Siti Selamat menghubungi aku melalui email, meminta tolong tentang kes Kamal Hisham. Aku membalas semula supaya dia berhubung dengan pengurus peribadi aku Zelmey. Pendekkan cerita, Si Siti Selamat berhubung dan berjumpa dengan aku di Janda Baik bersama keluarganya sekitar 9 malam.

Kira-kira setengah jam kemudian Ariff, Siti Nadhirah bersama teman-teman yang lain tiba. Mereka beramai-ramai di ruang tamu yang lagi satu tanpa mencampuri urusan aku dengan Siti Selamat. Memandangkan takder orang masak kat rumah, aku menjemput Siti Selamat dan rakan-rakan yang lain makan malam di sebuah restoran masakan Thai sekitar 5 kilometer dari rumah.

Sedang menunggu hidangan, rakan-rakan yang lain dari Kuala Lumpur dengan muka tak malu rindu nak jumpa dengan aku maka aku jemputlah mereka semua sekali makan malam bersama di restoran tersebut. Kami semua berbual kosong dan Ariff yang suka buat lawak bodoh mula buat cerita merapu sambil kami makan bersama.

Seperti biasa, aku lebih suka belanja orang makan dari orang belanja aku melainkan kalau orang tu lebih lebat dari aku lain ceritalah. Aku suruh Ariff jelaskan bil makan malam tu tetapi Siti Selamat juga berebut untuk membayarnya...

Bersambung...

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
Albert Camus


SEARCH - Manusia Reptilia
Penulis/Pencipta: Aceh / S. Amin Shahab
Di mana engkau berada 
Disitu engkau berubah
Mengikut suasananya
Kerana mencari mangsa
Semua ingin kau sapu
Asalkan puas hatimu
Ooohoo..
Bergulung lidah helah
Yang memukau
Cari mangsa siang malam
Yang tergoda teraniaya
Tubuh dan wajah
Boleh berubah 
Mengikut menu santapanmu
Oh... Manusia
Oh... Reptilia
Oh... Reptilia
Buaya!


14 comments:

C++ said...

Bhai US.....

Pergh... cepatnyer update... hehehe

Anonymous said...

kamal hisham.. lu la sahabat lu la musibattt..

Anonymous said...

ape2 pun kamal hisham lu memang bagusss.. pada lu bro uncle seekers,lu memang ada telo gua salute lu uncle...

Prince of Noob said...

uncle seekers ni memang tere la buat blog counter pageviews laju gila jalan... ada pakai hantu ka hehehe... nuffnang dah banyak ke uncle seekers? mohon tunjuk ajar dari sifoooooo

Hafizzudin Pendang said...

bermulalah episod kamal hisham untuk blogg baru ni...haha - www.anakkedah.com

gadis sabahan said...

Tuk lu kamal..kalau takut dilambung ombak..jgn berumah ditepi pantai..kalau dikau bersedih..nyanyilah lagu ombak rindu..tuhan TOLONGGG...!!! Kamal kamal..jangan bermain dengan api..kalau xnak disambar api. Adoyaii.. Semua jangan lah. Lu pikir lah sendiri..

6803man sarawak said...

citer yg aku tungu2 kini bermula.

JAMILKUCING said...

Uncle you sama macam seorang imam yg di sukai ramai. seorang iaman atau ustaz kalau mengajar streigh je orang akan boring.lama lama mulalah orang malas nak dnegar tadzirahnya. ustaz atau ulamak mesti macam ustaz azhar .sambil bertakziran sambil bergurau. orang tak booring.

Lu uncel sama la cam tu. kebanyakan tulisan lu ada lawan yg buat orang suka. teruskan bro. wa sentiasa bersama lu. ok ya DAMIRULL invite lu. jgn lupa masok bro

Jamie Surina said...

Umang aiii...... 2 enjin jalan sekaligus... Ni boleh buat pembaca jadi mereng daa....

F-aRn said...

As-Salam Uncle...cube Uncle dpt kn kepastian. betol ke kereta Neo WWW1 mengalami kemalangan???

Unknown said...

Assalamualaikum...

Beb...do ur best, though justice is just meant for the poor but make a point that just do serve to the rich and famous as they too are human like the poor and they are the poorest on the planet.

Unknown said...

seeking the truth will lead to justice.

cacamarba said...

aiseh..sambung lg..

Anonymous said...

Apa pasal lu tak cite kes lu kena cekup pasal dadah....?????????