Puteri ku
Raja Radziatul Yazmin aka Yazzie
Mantan isteri ku
Philippa
Assallamualaikum...
Setelah aku bercerai dgn isteri pertama ku, sorang mem dari England pada tahun 1987... Kami dapat sorang cahaya mata, YM Raja Radziatul Yazmin dan dia telah membawa nya bersama ke England, dan kemudian nya ke USA, ke Seattle, Washington State... Anak p'puan aku tu mempelajari jurusan journalism di Universiti dan sedang mendapatkan ijazah Masters... Aku tak pernah jumpa anak p'puan aku yang ni sejak dia berumor 8 bulan...
Putera ku
Raja Ahmad Murshiddul
Raja Ahmad Murshiddul
Sewaktu penceraian kami... Aku telah berumah-tangga semula pada tahun 1988 dan dari perkongsian hidup kedua dgn Che Wan Adlina, kami di anugerahkan sorang anak lelaki, YM Raja Ahmad Murshiddul-adzam Shah... selama aku berkawin kali kedua, aku hilang perhubungan dgn janda aku... Walau bagaimana pon rumah-tangga kedua pon tak lama, hanya bertahan 12 thn dan kami bercerai akibat kejatuhan bisnes... Aku takleh maintain isteri aku atas citarasanya yang mahal... maka dia minta perpisahan dan aku rela... buatper panjangkan jika dah tiada kasih lagi...???
Aku pon berbujuang kembali pada tahun 2001... dan sehingga kini aku masih berbujang... segala kasih sayang aku curahkan kepada anak lelaki aku... dialah sebab aku teruskan perjuangan hidup... Anak lelaki aku di bela oleh mak mertua ku... sejak bayi lagi... maka apabila bercerai aku kekalkan keadaan itu... biarlah nenek nya bela budak tu, dan kami (saya dan isteri saya) membuat syarat terbuka - sesiapa yang nak menengok anak pergi jer ke rumah mak mertua ku... no hal... hingga kini aku masih di sayangi dan menghurmati mak mertua ku...
Pada tahun 2008, aku mendapat panggilan telefon dari kakak ku, YAM Raja Dottie mengatakan bekas isteriku, Philippa mencari aku... dan inginkan contact emel aku... Aku pon berikan emel ku pada kekanda kakak aku, dan tak berapa lama kemudian aku mendapat emel yang menceritakan anak perempuan ku yang sudah dewasa... mereka mencari aku sebab anak perempuan ku tak pernah mengenali aku... Dengan itu, kami pon berhubung dgn facebook selanjutnya dan dapat 'catch-up' dengan masa2 yang lampau... Hingga kini terjalin lah perhubungan itu... Anak aku memang lawa... Mungkin Allah saja nak aku merasakan betapa risaunya apabila ada anak perempuan yang lawa, sebab masa muda2 aku memang nakal macam pelesit...
suka mengorat perempuan2 lawa... Hehehe
Ku Syah
Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat
Part 23 - Showtime...
12 comments:
1st
ehem2 saya cop dulu! heheheh
Lawa anak Tuanku Putera Sultan perak :D
Ku Shah.. FB Ku wa tak jumpa la.. camna nak add?? takkan nak kena ngadap sekali lg kat Janda Baik kot..
keh keh keh keh keh..
sayang.. gitar cuma ada 1 saja.. kalu tak, konfom basking sampai pagi..
Minta izin kopipes ke Mediaperak. Oghang Peghak gemor baca!
mak aih cun nya Raja Radziatul Yazmin aka Yazzie tu... dah ada yg punya ke?
W'slm kawan2 semua... Anak aku belum kawin...
MediaPerak silakan...
Nama fb ku - kushah afiffullah
Moral of Story: Kehidupan adalah roda yg berpusing, hidup bukan statik. Bersedialah utk berada dibawah. Semasa kaya, ingatlah pada yg miskin. Semasa sihat, ingatlah pada yg sakit. Semasa ada darjat, ingatlah pada orang kebanyakan.
Inilah nama DUNIA...Kamu pilih madu, dapatlah madu. Kalau pilih racun, dapatlah racun.
Selagi belum ditarik nyawa...ada peluang untuk meminta ampun dan bertaubat kepadaNYA. InsyaALLAH.
~nazz~
minta kushah panjangkan sikit ceritanya. seronok baca
tambah dgn ilmu2 sufi tu
Menyampah tgk YM dpn nama2 royalty ni .... yang mulia la sangat... mulia taik kucing
Bukankah segala pujian itu hak Allah...? Mengapakah manusia yang tuntut di puji dan di puja...?
Well i found this blog while browsing..and im quite
Surprise when saw Ku Shah in this blog..i just hear story about sultan Derih family especially Ku Chik from my late father Raja Malek a.k.a Ku Malek who is the son of Ku Tak and wan chik..it is a pleasure seeing Ku Syah writing.
Regards
-Raja Iskandar-
Anak lelaki you memang hensem.
Anak perempuan pula sangat jelita.
Ini adalah anugerah Tuhan!!!
Sangat besar anugerahMu
Yang memberiku rahmat
Hilang lagi waktu dulu
Kini sudah selamat
Post a Comment