Followers

Friday, November 23, 2012

Cherengin Hills Convention and Spa Resort (Part 1)

Cherengin Hills Convention and Spa Resort (Part 1)

Salam pembaca semua,

Beberapa hari yang lalu aku terdengar cerita yang Cherengin Hills Convention and Spa Resort (klik) kat Janda Baik sedang mencari pelabur atau rakan kongsi untuk menaik taraf hotel ni. Samaada benar atau tidak aku pun tak pasti.

Jadi aku pergilah kesana nak makan tengahari dan tengok-tengok kalau ada maklumat.


Nasib tak baik sebab buffet makan tengahari dah habis. Tetiba datang pengurus hotelnya Encik Azman Osman menyapa aku dan mencadangkan Alacarte.

Aku pun order mee kantonis dengan teh o ais. Encik Azman beri aku mencuba kuih apam gula hangus, jemput-jemput, french pastries dan bubur cha-cha, kari ayam dan sambal telur.

Pendekkan cerita yang paling sedap kuih french pastries dan bubur cha-cha. Kari ayam plak memang berasa. 

Encik Azman yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang hotel terus bercerita 'rancangan' beliau bagaimana mahu memajukan hotel tersebut berperingkat-peringkat.


Beliau membawa aku 'round' hotel tersebut. Bila sampai saja ruangan kolam mandi, beliau berkata,

"Uncle, kolam mandi ni tak pakai klorin tapi pakai garam kasar"

Bersambung...


 

No comments: