Followers

Friday, August 3, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 7 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)

Intuisi UncleSeekers - Part 7 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)

Kenapa Allah ciptakan Mahathir Mohamad Pemimpin Negara yang tertua dan Perdana Menteri sebanyak dua kali dalam dunia?

Siapalah kita nak dibandingkan dengan beliau. Tolong cerminkan diri kita dulu sebelum menghina beliau

Kesilapan beliau yang lepas dan akan datang adalah kerana beliau juga adalah manusia biasa seperti kita. 

Tugas kita sebagai rakyat harus menegur kalau beliau berbuat silap seperti mana Rasulullah juga pernah berbuat silap kerana berpaling dari orang buta dan Allah menegurnya

"Dia bermuka masam, dan berpaling, Bahawa seorang buta datang kepadanya, Dan tahukah kamu, boleh jadi dia menyucikan diri? Atau mengingati, lalu peringatan bermanfaat kepadanya. Tetapi orang yang berasa kaya, Kepadanya kamu layan, Walaupun ia tidaklah atas kamu jika dia tidak menyucikan dirinya. Dan orang yang datang kepada kamu dengan bersegera, Dan takut-takut, Kepadanya kamu tidak pedulikan." 80:10



Mungkin Ayahanda Mahathir fikir...

1. Masyarakat umum susah nak paham satu jilid al-Quran tetapi perlu rujuk lebih 50 lebih jilid buku lain-lain sebagai penjelasan!

Adakah Allah turunkan mesej yang amat susah untuk difahami sedangkan ianya untuk dipatuhi.

Mesej yang turunkan dengan tujuan untuk dipatuhi semestinya mudah difahami.

Allah dah kata al-Quran tu mudah.

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:17, 54:22, 54:32, 54:40 ).

Walaupun empat kali Allah mengulangi, dalam bentuk ayat yang sama, susunan perkataan yang sama, bahawa Quran itu mudah untuk dipelajari, manusia masih ingkar. Ingkar dengan mengatakan bahawa Quran itu susah untuk dipelajari.

Ada yang mengatakan bahawa belajar Quran bersendirian itu berguru dengan syaitan.

Quran tidak mengatakan demikian!!!

Manusia masih tidak percaya bahawa Quran itu lengkap, jelas, terperinci dan mudah untuk dipelajari.

Takkanlah Allah tak tahu apa dia turunkan!

Takkanlah Allah tidak tahu kebolehan dan kelemahan manusia ciptaanNya!

Bila Allah kata mudah, maka ianya mudah.




2. Sesiapa yang membaca buku hadis yang berjilid-jilid, walau pun tidak kesemua, gerenti akan keliru lebih lebih lagi kalau nak meneliti berbagai-bagai hadis dari berbagai-bagai mazhab.

Mungkin itulah sebabnya universiti-universiti Islam di seluruh dunia mengadakan fakulti pengajian hadis.

Mahasiswa-mahasiswa di fakulti tersebut plak membuang masa kerana mereka cuba meneliti apa yang dianggap kata-kata atau perbuatan Nabi Muhammad.

Dari dulu, kini dan sampai kiamat gerenti ada percanggahan sama ada hadis-hadis yang telah dianggap sahih oleh ulamak muktabar dahulu, sahih atau tidak.

3. Undang-undang dan peraturan ugama berdasarkan kepada kutipan ingatan manusia selama lebih 200 tahun kononnya merangkumi kesemua aspek kehidupan dari cara berjalan, makan, gelak, tidur, menguap, bersama isteri hinggalah cara buang air atau melabur

Amik satu contoh je

Dari Abu Qatada: Rasulullah berkata. “Bila kamu minum, jangan bernafas dalam bejana; dan bila kamu kencing jangan sentuh kemaluan dengan tangan kanan kamu. Dan bila kamu membersihkan selepas berak, jangan gunakan tangan kanan kamu.” (Sahih Bukhari, Jilid 7, Buku 69, Number 534)

Bayangkan bagaimana orang yang tangan kirinya tidak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu?

4. Kalau kita baca hadis, kita akan terjumpa kata-kata atau perbuatan yang dikaitkan dengan Rasul sehinggakan yang berkaitan dengan cara berjimak, keinginan dan kemahuan seksnya.

Tidakkah orang-orang yang ceritakan hadis-hadis sebegini mempunyai kerja lain yang lebih berfaedah dari asyik mengendap dan mengintai perbuatan peribadi Rasul.

Bolehkah kita percayai kesahihan cerita-cerita dari orang-orang yang sebegini perangai?

Yang anihnya ialah pembohongan ‘pakar-pakar’ ugama yang ikut cerita-cerita yang tiada hujung pangkal digunakan sebagai modal penghormatan dan kecintaan kepada Rasul.

5. Terdapat banyak perkara-perkara mengarut dalam buku-buku hadis seperti minum air lalat, air kencing unta dan lain-lain.

Kenapa perkara-perkara terperinci semacam ini penting bagi sesetengah orang?

Mungkin sebab orang-orang ini adalah jahil terhadap Islam sebenar, maka mereka fikirkan Islam adalah hanya undang-undang dan peraturan kepada perkara-perkara remeh harian.

Mereka menyusahkan diri sendiri sambil megah dengan jihad sebagai kesalihan terhadap Islam.

Kepada Allah manakah yang mereka abdikan dan Islam manakah yang mereka anuti?

Tidak mungkin kepada Allah yang mengatakan dengan jelas:

Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara (20:2)

6. Allah Tidak Kehabisan Perkataan Sekiranya Allah menghendakki supaya kehidupan harian kita jadi lebih terperinci dan khusus, sudah tentu Dia akan turunkan berjilid-jilid wahyu bagaimana kita patut tidur, masak, makan minum, pakai pakaian, mandi, pandu kenderaan, bina rumah dan seterusnya.

Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana. (31:27)

Tetapi Allah yang Pemurah dan Penyayang hanya mahukan kita tunduk patuh kepada apa diturunkandalam al-Quran, dan gunakan akal, ilmu, kewarasan dan kebijaksanaan kita untuk lain-lain perkara tentang kehidupan.

Dalam al-Quran ada perkara yang Allah perincikan dan ada yang tidak.

Sebagai contoh

a) Allah perincikan apa yang patut dibuat sebelum solat (5:6),
b) Cara pembahagian harta (4:11-12),
c) Cara beradab dan bersopan (24:58-61).

Dalam pada itu Allah juga melonggarkan dan membiarkan ianya umum beberapa perkara, walaupun dianggap pokok.

Sebagai contoh

a) Allah tidak tetapkan ukuran zakat,
b) Berapa raka’at dalam solat,
c) Cara nikah kahwin,
dan lain-lainnya.

Apabila Allah membiarkan ianya umum, mengapa kita pula manusia memandai-mandai cuba membetulkan dan mengemaskan lagi.

Adakah mereka menganggap kerja Allah tidak lengkap dan kurang bermutu?

 Al-Quran mendedahkan pemalsuan hadis dalam ayat berikut

"Itu ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6) 

"Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar yang berdosa" (45:7)

Allah mengatakan bahawa al-Quran adalah sumber yang benar dan konsisten kerana ianya ayat-ayat Allah. Tiada percanggahan di dalamnya, tidak sebagaimana hadis.

Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan. (4:82)

7. Hadis mungkin boleh diguna dari sudut lain, tetapi tidak harus digunakan untuk menentukan hukum hakam dan amalan-amalan ugama.

Ini tidak bermakna kita tidak ikut nabi Muhammad.

Kita ikut dan menghormati nabi Muhammad dengan ikut dan mematuhi apa yang diwahyukan Allah dan keluar dari mulutnya.

Al-Quran ajar kita bahawa nabi Muhammad akan kecewa dengan apa yang dilakukan kepada mesej yang dia bawa.

Rasul berkata,

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)

Oleh itu ikut dan mendukung hadis yang tak berasas adalah bukan sesuatu yang Allah atau rasulNya menghendakki.

"Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina." (31:6)

8. Sebenarnya Allah dan rasulNya mahukan kita tunduk patuh hanya kepada ayat-ayat Allah sebagai sumber bimbingan hidup. Kalau tidak kita akhirnya akan bertikai dan berpecah sesama sendiri.

"Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk." (3:103)

Al-Quran adalah kata-kata Allah. Hadis adalah apa yang manusia anggap kata-kata nabi.

Nabi adalah manusia. Allah mengarahkan kita membaca al-Quran.

Allah tidak pernah mengarahkan kita membaca hadis.

Bacalah al-Quran (bacaan) dalam apa bahasa pun asalkan kita faham.

Bila Allah mengatakan al-Quran itu senang untuk difahami, Dia bermaksud demikian. Dia tidak bermain-main. Dia tak buat lawak.

9. Al-Quran – Hadis terbaik

Allah mengelar Al-Quran, HADIS TERBAIK. Dia panggil orang-orang yang betul percaya supaya tidak menerima hadis-hadis lain sebagai sumber rujukan.

"Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab ……. "(39:23)

"Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan percayai?" (7:185)

"Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina." (31:6)

"Itu ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6)

"Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan percayai?" (77:50)

Al-Quran tidak perlu kepada hadis-hadis ciptaan manusia untuk menjelaskan atau menyempurnakannya.

Al-Quran sudah sempurna dan lengkap. Tidak perlu kepada apa-apa tambahan atau rujukan sampingan.



UncleSeekers
Seek The Truth

No comments: