Almarhum Sultan Idris Shah
Anonymous said...
Sorry kushah, just nak tanya la yerr. Kalau rasa soalan ni tak releven, boleh abaikan je la...
biler bercakap pasal almarhum ayahanda kushah....memang tak dinafikan baginda memang prihatin masalah rakyat.... kat kuala asyik berpesta je orghang kuale....rakyat nak masuk istana pun takde hal....itu yg ramai org peghak tahu ler.
Apabila almarhum mangkat....terdengar le kisah2 yg tak berapa nak sedap didengor......almarhum mangkat di lumut masa tu....sok sek sok sek org perak bercerita almarhum mangkat dlm keadaan mabuk....sekali lagi ni dengor cerita org lerr.....dan org masih bercerita benda ni sampai ke hari ini....
Mungkin kushah boleh beri penjelasan sikit.....setidak tidaknya kalau dengor cerita ni boleh ler dibetulkan
10/4/12 10.09 PM
JAWAPAN
Bismillah.
Terima kasih banyak-banyak kepada pemberi komen diatas... Memang sudah lama saya ingin menjawab fitnah merata yang dilemparkan terhadap Almarhum orang tua saya... Terima kasih sekali lagi... Inilah jawapannya.
Fitnah itu amatlah berat, tetapi Alhamdulillah ada dua tokoh yang boleh saksikan perkara ini iaitu Tuan Syed Hussein Alattas dan Dato Mokhtar Petah, dimana minuman arak yang diftnah itu sebenarnya adalah 'Teh Cina"
Menurut cerita Dato Mokhtar Petah, yang disampaikan oleh anaknya, Noor Iskandar kepada diri saya, Almarhum berguru dengan Sheikh Abdullah Fahim, (datuk kepada Tun Abdullah Badawi dan penasihat Tunku Abdul Rahman tentang tarikh kemerdekaan Malaya) ilmu kebatinan - ilmu hakikat dan telah mengamal sepatah doa dimana Allah akan memberi petanda-petanda maut mendekati...
Petanda itu di terima oleh Almarhum, dan justeru memberi tahu Dato Mokhtar Petah,
"Aku nak ke Mekah, memohon ampun dan bertaubat... aku terlupa doa tu"...
Pada akhir tahum 1983, Almarhum berangkat ke Mekah menunaikan ibadah Umrah... Almarhum telah dapat memasuki kedalam Ka'abah dan menunaikan fardhu sunat... Setelah almarhum keluar dari Kaabah, Almarhum bertitah kepada kekanda KuNain (Raja Kechil Besar Perak),
"Aku dah merasa segalanya didunia ni, aku nak balik"...
Kami tidak sangka maksud Almarhum hendak pulang ke Rahmatullah, tetapi memandangkan kami berada di Mekkah, Almarhum bermaksud pulan ke Malaysia... Tepat 40 hari selepas Almarhum berada di Mekkah, dia telah mangkat pada 31hb Jan 1984...
Apabila jenazah Almarhum di mandikan, dan masa di bersihkan jasad dari najis, tiada terdapat apa-apa najis pada diri nya. Bersih.
Cerita Almarhum meminum arak telah di hebohkan oleh musuh-musuh politik nya... MB kena buang, faham-faham jer ler... hinggakan bernazar tak cukur janggut...
Balai Rongseri, AlMarhum Sultan Idris Murshiddul-adzam Shah, abad ke 19...
Gambar keluarga 1963, aku sebelah kana sekali.
Aku posing dgn MGTC, plet - Raja Muda Perak
Aku bersama 'amah' (pembantu rumah) yang menjada adik KuMah di zoo negara sekitar 60an
Rumah kami ketika ayahanda ku Raja Muda Perak di Ipoh, sekitar penghujung 50-an
Bersama orang kampung Bukit Chandan geng main bola 'Jaya Sepakat' di Batu Hampar Padang Rengas, Perak pada tahun 1977 sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan A level dan Ijazah jurusan Sosial Antropologi di Universiti Hull selama 5 tahun.
Lagu Namamu dibibirku nyanyian Jamal Abdillah ini dicipta oleh Almarhum Ayahndaku khusus untuk isteri tercinta iaitu Dato Seri Che Puan Norizan (Bonda Ku Ess) sekitar 80an.
Ku Syah
Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat
Part 23 - Showtime...
Ada polis bg tahu saya.. Citer nye....
ReplyDeleteSalam, Di Sitiawan ada seorang orang tua bernama Cikgu Jauhari yang ada kisah sebenarnya. Dia kerap bersama almarhum di Rest House Lumut. Dia yang mengatur jadual almarhum tuanku pada hari tersebut. Buat semakan terhadap fakta2 ini, tempat itu dikenali sebagai Manjung Corner di Taman Intan Sitiawan, Pemilik premis tersebut bernama Syed, Pembantu Perubatan Sitiawan yang terlibat bernama Rosli...
ReplyDeletenasib baik la ada blog pakcik seekers ni, at least ku syah berpeluang jelaskan perkara yg sebenar setelah lama sgt org taburkan fitnah... teruskan memberitahu kebenaran...
ReplyDeleteCerita Almarhum meminum arak telah di hebohkan oleh musuh-musuh politik nya... MB kena buang, faham-faham jer ler... hinggakan bernazar tak cukur janggut...
ReplyDeleteCITER NI SAYA PUN TAHU BUKAN ORG PERAK JE YG CITER MANGKAT SEMASA MABUK
SIAPA MUSUH2 POLITIK ALMARHUM?
ADAKAH SAUDARA MAKSUDKAN MB GHAZALI JAWI IAITU BAPA KPD MB TAJOL ROSLI YG MENYEBARKAN FITNAH INI????
ALFATIHAH KPD MARHUM
SULTAN YG BERJIWA RAKYAT
Almarhum telah kembali kehadratNYA, eloklah kita jgn mengungkit kebenaran atau kekhilafan yg belum tentu. Saya berada di darjah 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Ipoh ketika Almarhum mangkat tetapi saya masih ingat bagaimana rapatnya Almarhum dgn rakyat negeri Perak...
ReplyDeleteLook for the truth,
ReplyDeleteDeepest cut all from you,
Knife of the truth,
Blade hatred sliced truth,
And here is the truth...
Now a knife in my hand,
And I'm understand why the genius must die...
Kushah, aku tak ingat detail, tp ku dan kakak/adik ada buat majlis berkhatan & bertindik di istana taiping tak. Tahun mungkin dlm 80 an. Saya ingat majlis tu sebab ada pintu gerbang yg dibuat..
ReplyDeleteLagi satu, siapa yg tinggal disingapore tu. seaorang saudara saya (kami panggil kak Di dr padang rengas) pernah berkerja disana, sebab di selalu sebut engku sahaja jd saya tak pasti sangat. Tp mungkin salah seorang isteri Alarmarhum. Mungkin yg duduk diistana taiping tu.
Hisham
Aku cerita kat bapak aku pasal kisah ku Syah ni, most of the story bapak aku kata benar. Cerita pasal kehidupan almarhum cuma 2-3 orang je yang betul2 boleh tahu kesahihan. Bapak aku orang kuala, dan rumah atok aku betul2 depan istana. Bapak aku antara murid kesayangan ayah tiri almarhum. Kalau boleh cerita sikit pasal ayah tiri almarhum. Semoga kerabat kesulatanan perak akan terus makmur dan bahagia.
ReplyDeleteAku yang kat Johor pun dengar fitnah tu..Semuga Allah merahmati Almarhum.
ReplyDeleteNAK CUBA NIAGA GUNA FACEBOOK MUDAH AJE MEMANG TERBAIK Klik kat sini
Roughly motivational place of duty you give rise to at this juncture. Seems to facilitate lots of relations enjoyed and benefited from it. Cheers and credit.
ReplyDeletehttp://uncleseekers-v2.blogspot.com/2012/10/sultan-perak-atau-kerabat-part-15.html
ReplyDeletePada hari terakhir almarhum, beliau belayar dari Pulau Pangkor ke Lumut untuk menghadiri jamuan makan malam... Semasa belayar almarhum diberi tahu oleh jurumudi kapal,
"Tuanku, patik dengan tagor (bunyi guruh pada siang hari terang tanpa awan hujan)"
Jawap Almarhum,
"Itu untuk aku ler" mengikut kepercayaan orang orang tua, apabila tagor berbunyi, itu adalah petanda yang menyatakan kematian orang kenamaan..."
Pada malam itu, Almrgum kembali ke Rahmatullah
Masakan orang yang hidup berpandu pedoman mengakhiri hayat dengan arak. Laknatullah ke atas yang engkar sumpah keturunan
http://uncleseekers-v2.blogspot.com/2012/09/sultan-perak-atau-kerabat-part-5.html
Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu'
Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.
Saya pernah bermimpi solat dihadapan kaabah. Setelah selesai solat, saya salam orang sebelah, dia senyum. Rupanya dia almarhum sultan idris.
ReplyDeleteMimpi ni pada tahun 1986.
Juga salah seorang kawan saya polis yg berada di tempat kejadian tersebut juga mengesahkan bahawa minuman itu bukanlah arak.
assalamualaikum YM ku shah ..
ReplyDeletefakta menarik utk ketahui umum..
dan Alhamdulillah dikuatkan lagi dgn 'comment' dri pembaca..
Allah itu Maha Adil sgla sulit telah dipermudahkan..
p/s: raut wajah uncleseekerss ada iras almarhum ayahanda YM ku shah ler...(serius ni..huhuhu yg ketara ialah pd MISAI nyer...)
Kepada Admin blog:
ReplyDeleteMaaf khikaf saya lupa tak boleh pakai anonymous. Jika Admin approve comment saya yv Anonymous pada hari ni, saya Doraemon2, www.timesbookstore.com
Kedengaran juga penulis anak raja ni sudah Almarhum seperti Ayahanda nya. Apa kekhilafan dia, ridhokan saja sama2 kita panjatkan doa semoga roh2 kedua2 Almarhum ni diperlihara Allah swt. Amin.