Setelah bersantapan di Ipoh Club, AlMarhum berangkat pulang ke Kuala Kangsar, melalui jalan lama Ipoh-Chemor- Sungai Siput – Kuala kangsar. Almarhum memandu kereta Range Rover AJ 1 itu sendiri.
Apabila tiba di Chemor, sebuah lori yang memasang lambu headlight telah mengakibatkan mata Almarhum silau, lalu beliau telah membalas semula mengunakan flash agar pemandu lori menurunkan lampu besar (headlight) lori tersebut.
Malangnya pemandu lori tersebut berdegil!
Bondaku alMarhummah Che Hanizah bt Abdullah, aku disebelah kiri bersama adik-adik ku
Ayahanda telah membuat u-turn dan mengejar lori tersebut lalu memberi arahan supaya berhenti ke tepi jalan.
Dengan wajah yang tidak berpuashati, pemandu dan kelendan lori (saya tidak berapa pasti samada mereka berbangsa cina atau india didalam kekecohan itu) tersebut telah turun dari lori dengan bersenjatakan sebilah parang tajam dan cangkuk besi dengan cara mengancam!
Peristiwa ini berlaku lebih kurang jam 3 pagi.
Demi mempertahankan diri, Almarhum telah keluar dari kereta dengan tenang sambil mengeluarkan pistol revolver .357 Magnum dan telah melepas empat das tembakan kearah lampu serta dua das lagi pada tayar lori.
Dalam keadaan ketakutan, pemandu dan kelindan telah buang senjata mereka dan terketar-ketar sehingga terkencing dalam seluar.
“Dato, jangan tembak kita”...
Ayahandaku (paling kanan) bersama isteri Che Puan Aminah (kiri ayahanda). serta pengiring ADC (Aide-de-Comp - pembantu peribadi) Raja Lope Razman (polis) dan Raja Khadijah
Demi langkah berjaga-jaga diri kami selaku pengiring dan keselamatan nyawa Almarhum selaku Sultan Perak kami terpaksa melepaskan lagi tembakan kearah lori tersebut dengan senjata AK-47 dan M16 rifle.
Selepas kejadian itu, Almarhum teruskan perjalanan pulang ke Istana iskandariah, Kuala Kangsar...
Pada pagi keesokan hari, Ketua Polis Negara (kalau tak silap Tun Hanif Omar) dan ketua Polis Perak (tak ingat nama) telah mengadap Almarhum mengambil kenyataan.
Ketua Polis Negara dengan nada serius menyatakan kepada Almarhum,
“Kalau Tuanku nak menembak lain kali, biar kami (polis) jer yang menembak”...
Almarhum tersenyum sambil berseloroh...
“Aku nak test pistol Magnum .357 ni... diorang kata pistol ni mini artillery... Betoi ker...??? Nampak nya betoi ler”...
Saya ketika 9 tahun |
Ada kala nya, sewaktu Almarhum memandu kereta dalam perjalanan melawat daerah atau ke sesuatu tempat atas urusan peribadi, rakyat atau orang kampung tanpa segan silu akan menahan kereta beliau untuk meluahkan sesuatu hajat dan Alamrhum akan berhentikan kenderaannya dan menanyakan mereka tentang permasalahan yang di hadapi.
Saya masih teringat sekitar pertengahan tahun 70-an ketika itu di Parit, saya bersama Alamrhum didalam perjalan balik ke Kuala Kangsar, lebih kurang waktu petang ada seorang lelaki tua telah menahan kenderaan Range Rover (kenderaan kegemarannya itu). Almarhum memberhentikan kereta dan menurunkan tingkap lalu bertanya apa hajatnya?
Saya tidak pasti apa yang mereka berdua bualkan. Tanpa membuang masa, Almarhum terus menyeluk poketnya dan memberikan sedikit wang (wang tambang) supaya datang ke Istana Iskandariah keesokan harinya dan membuat aduan kepada beliau...
Selepas itu, Almarhum meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar.
Sambil mengeluh, beliau berkata,
“Itu dah sesak sangat ler tu sampai nak menahan aku kat tengah jalan... Ada ler bende yang tak kene”...
Ada lagi peristiwa yang masih kuat didalam ingatan saya di Kuala Kangsar. Ketika itu terdapat Pesta hari kePuteraan Almarhum kalau tak silap tahun 1978, Segerombolan pemandu-pemandu teksi di Kuala Kangsar tidak berpuashati dengan Polis Daerah Kuala Kangsar kerana menahan teksi-teksi mereka masuk ke kawasan Istana dimana adanya Pesta Hari Keputeraan.
Untuk pengetahuan pembaca, Almarhum akan mengadakan Pesta di sekitar kawasan perkarangan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan selama sebulan pada bulan September setiap tahun selepas Almarhum dilantik menjadi Sultan Perak sejak tahun 1964.
Alamrhum menggalakan orang orang kampung mencari pendapatan sampingan dengan berniaga di perkarangan Istana. Pelbagai juadah di niagakan selain terdapat Fun Fair dan pentas muzik Joget terbuka...Secara tidak lansung diwaktu inilah rakyat boleh melihat Istana Iskandariah secara dekat dan juga menemui dan berpeluang bermesra dengannya.
Berbalik kepada cerita pemandu teksi...
Pemandu-pemandu teksi nak mengadu kat 'ayahanda' periuk nasi mereka ditabur pasir. Pada mereka, 'Paduka Almarhum' selain dari payung, beliau juga adalah ‘Ayah Kesayangan’ yang melindungi dan tempat rakyat mengadu.
Insiden tersebut menyebabkan Almarhum telah mengeluarkan titah kepada Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar agar jangan diganggu teksi-teksi yang membawa penumpang penumpang dari bandar Kuala Kangsar ke kawasan Istana dekat Bukit Chandan buat sepanjang waktu hari Keputeraan Sultan.
Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) bersama kekanda (kakak) ayahanda ku, AlMarhummah Tengku Ampuan Besar Raja Nong Fatimah
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Dimanakah Rakyat Perak Nak Mengadu Lagi...
Selepas ketiadaan Almarhum Ku ini
Dimanakah Kan Ku Cari Ganti?
Ku Syah
Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat
Part 23 - Showtime...
14 comments:
Tuanku ku Syah,sejak akhir2 ini..patik melihat..ramai rakyat katak keredek lantang mengkritik Instituisi Diraja sampai mahukan sebuah Negara Republik..Pantaslah rakyat marah Tuanku kerana kerabat Diraja tidak berperangai seperti seorang Raja/Sultan.
Apabila patik membaca penulisan2 dari tuanku..Sayu dan merasa Bangga melihat Sultan/Raja yang berjiwa rakyat seperti Almarhum Ayahanda tuanku.
Tidakkah Tuanku mahu menjernihkan semula hubungan rakyat jelata dengan Institusi Diraja..Patik bimbang..Institusi Diraja negara bakal Musnah kerana ULAH Kerabat2 Diraja sendiri kerana tidak sensitif dengan rakyat sendiri.
Salam artikel ini rasa nya sesuai untuk tatapan semua http://mokhtarpetah.blogspot.com/2012/02/mengenang-sultan_08.html
Salam Kushah , saya copy paste artikel ini dari blog
http://mokhtarpetah.blogspot.com/2012/01/mengenang-sultan.html
Kebanyakan setinggal dalam kawasan Ipoh kenal akan saya.
" ...eh, jangan berani sangat, tengok dalam gelap tu, siapa?" Saya bertanya kepda lelaki garang itu.
"Siapa, taukeh yang nak bina rumahke?" Dia bertanya.
Belum sempat saya menjawab, Sultan Idris Shah telah tiba di hadapan mereka. Sultan yang berpakaian baju sport biru, seluar panjang kelabu dan selipar kulit itu, senyum.
"Au, Tuanku, weh," kata seorang lelaki yang agak tua.
Mereka mengangkat sembah kepada Sultan Idris Shah dan ada ayang mencium tangan Baginda.
Saya melihat seorang lelaki yang berselimut telanjang terluruh kain sarungnya dalam cahaya kereta kerana terkejut akan ketibaan Sultan Idris Shah. Dia berbogel seketika.
"Kalau ia pun, jangan telanjang...," titah Sultan Idris Shah kepada lelaki itu.
ada ak-47 tu, hebatnya
Keme macam biasa
http://mediaperak.com/2012/10/12/sultan-perak-atau-kerabat-part-12/
sebab lori tak turunkan high beam je, sanggup pegi kejar dan keluarkan pistol. kalo dia sabar dia rilek aje la kut teruskan perjalanan. rakyat marhaen lain dah selalu kena macam tu dengan lori. bagi alasan kata nak test mini artillery plak.
(cerita ni ialah cerita sebelah pihak. kalo ada cerita dari pihak pemandu lori tu baru kita boleh nilai 2-2)
dengar kata masa pesta sebulan tu ada joget lambak import betina dari siam, ada tempat khas main judi plak lagi. betul ke?
orang atas aku ni bangang ke bahalol?dah orang nak tetak ko tak kan ko nak senyum je?
Lagi 1,High beam tu membahayakan orang dan sangat SELFISH pemandu lori tu,ingat jalan mak bapak dia sorang! memang patut pun kena tembak..dah lah SELFISH,kurang hajar lagi..lagi parah nak tunjuk gangster.
Semoga orang atas aku ni tak buat lagi komen bangang.
Masa 'Main Chandan' tu, berPesta di pekarangan Istana selama sebulan, betina siam yang miker tegor tu menaghi joget lambak yope, ateh pentas dilihat oleh ghamei oghang terang benderang ooi... bukan kat dalam suasana gelap macam kat KL...
Perjudian itu untuk rakyat bangsa Cina, titah Almarhum, "demer pon rakyat aku juger, aku tak sughoh oghang melayu berjudi"... Bukan kah resam Cina berjudi apabila mereka menyambut sesuatu perayaan...?
Wow,hebat la boleh tembak orang suka suka hati, pakai m 16 pulak tu syok nya.
Wooit...! Ader ke KuSyah tu ngata ayahanda dia nembak oghang? Chegiter nyer nembak lori, kawan... Isyh, tak peghonah Sotan Derih tu nembak oghang, tapi nembak komunis masa kojer Askar Melayu sebelum jadi Sotan kot ader...
Ku syah, patik pohon tuanku citer ckit psal bot2 almrhum ayahanda tuanku..cempaka sari, seri dayang dan seri andalas. moga kita dapat berkongsi maklumat berkenaan hobi almarhum ayahanda tuanku...arwah ayahanda patik pernah bertugas di bot diatas.,dapat le patik berkongsi info dgn tuanku, ~ khairol11@gmail.com
sy nk tanya Kusyah beberapa soalan..
1) kisah tahlil yg di 'blok' oleh pihak berkuasa tu sbb apa. Dengor kata ada libatkan kepala lembu. Termasuk seorang mati lemas. Sila huraikan. ( Jgn x jawab pulok)
2)Kusyah sendiri letak gambar Almarhum Sultan Idris dengan keris taming sari tersisip dipinggang. Jadi kenapa diam apabila KuAn menunjuk keris taming sari yg lain?
3)Andaikata Kusyah berilmu tasauff , anda perlu faham yg membuka pekung orang lain samaada betul atau tidak adalah berdosa kerana ada pihak yg akan berkecil hati.
4) Kenapa suka sngt melibatkan org2 yg x berkenaan seperti Tun Haniff Omar? Gambar almarhum Sultan Abu Bakar pun ada.. Apa semua ni? Kalau nk sensasi pun, jgn la libatkan nama2 org yg x kena mengena.
Sila jawab...
salam,
Kisah lama , baik atau buruk , tak perlu di korek semula.Apa faedah nye?
Seronok terbaca penulisan ni..
Bapa saya ada ceritakan kejadian YAM Almarhum Tuanku Sultan menembak tayar keempat2 lori tersebut.. Dalam tahun 1976 hingga 1978 kot..
Sebabnya... bapa saya adalah ADC kepada YAM Almarhum Tuanku Sultan dan ada bersama ketika kejadian tu.. Kalau tak salah di Sg Siput kot (saya pun ingat2 lupa).. Bapa saya kemudiannya balik menjadi Penghulu dan posting ke Keroh (pengkalan Hulu) sekitar 1979.
Saya dulu dengar bapa bercerita.. tapi tak ambil tahu sangat.. tapi bila bapa dah uzur.. terkenang cerita lama..
Post a Comment