Friday, October 12, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 13)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 13)

Salam semua,

Kali ni aku punya turn balik. Ku Shah, lu boleh rileks dulu tengok Astro First citer 29 Februari berulang kali sampai muntah nescafe 3 in 1. Wakaka...

Caya lah KRU production! Lu orang kalau buat filem, aku sebagai rakyat Malaysia boleh bangga beb walaupun ada sikit skru longgar sana sini kalau dibandingkan dengan filem omputih tapi satu permulaan yang sangat baik bagi generasi akan datang!

Kali ni aku nak story pasal Ku Ann aka Amran Bin Muhammad aka Tengku Amran Bin Tengku Muhammad Shah.

Masa Abah tengah membebel kat pentas dengan member-member blogger sekitar 4 petang hari pertama pertemuan 'Santai bersama blogger' iaitu 29 September, tiba-tiba ada seseorang (aku terlupa saper sebab banyak tetamu aku nak handle masa tu) beritahu ada orang nak jumpa aku.

Dalam hati aku berkata,

"Saper plak yang potong stim ni? Aduss.."

Tanpa buang masa aku terus bergegas mencari tetamu yang dimaksudkan. lebih kurang 200 meter dari pentas, aku nampak dua orang mamat tersengih panjang bila tengok muka aku. Mereka perkenalkan diri masing-masing dan berkata.

"Assalamualaikum Uncle, maaf ganggu, Ku Ann nak jumpa"

Aku pun jawab salam secara ringkas dan ajak mereka semua join sekali dengan kita orang.

"Takperlah Uncle, tak nak ganggu. Lagi pun Ku Ann tak berapa sihat. Dia ada kat belakang tu" (lebih kurang macam tulah dia orang cakap)

Salah seorang dari mereka menjawab. Mamat tu asyik senyum memanjang. Orang Melayu kata orang suka senyum ni murah rezeki. Betulke? Entah!

Kali ni hati aku plak membebel sebab banyak lagi kerja yang tak disiapkan. Kelapa masih belum dikopek untuk main bola api malam nanti. Minuman botol kaca yang aku minta member-member blog bawa plak salah sebab dia orang beli cap Ribena plak! Goreng pisang untuk makanan petang tak sampai lagi! Berserabut kepala aku masa tu.

"Mamat mana plak yang nama Ku Ann ni!"

Aku nampak proton putih parking depan rumah Abah suka hati mak abah dia jer.

"Macam mana encik tahu saya ada disini hari ni?

Dengan muka confident sorang lagi mamat misai macam Datuk K (siapa lagi dalam Malaya ni kalau bukan laki Siti Nurhaliza) menjawab dengan pantas.

"Dalam blog Uncle lah"

Dalam kepala hotak aku terus terfikir sesuatu

"Dasat betul rakyat Malaya ni. Bukan setakat budak-budak jer tahu tenet, umur dah cecah 5 series dengan 7 series pun layan gak blog..ermmmph"

Pendekkan citer, disudut hujung rumah Abah aku nampak seorang lelaki  separuh usia memakai bush jacket sambil memegang tongkat sedang menanti kedatangan aku dengan seribu harapan dari anak mata hitamnya. Aku beri salam dan bertanya padanya.

"Ini Ku Ann ke yang saya baca dalam blog Media Perak"

Dia mengangguk riang dan kami besalam dan berpeluk. Tiba-tiba terpacul keluar dari mulut orang tua tadi

"Saya memang kenal dia ni! Kenal lama dah" (lebih kurang dia cakap macam tu kalau tak silap sebab beliau ada masalah pertuturan.

Aku jadi blur jap bila dia cakap macam tu.

"Apa plak orang tua ni merapu! Bila masa kita pernah jumper..."

Demi menjaga air mukanya, aku pun layan jerlah apa yang dia membebel tapi saat aku memeluk tubuhnya ketika berjalan kearah pentas, aku dapat merasakan sesuatu AURA hebat dalam diri orang tua ini!

Besambung...

Hujan gerimis tiba-tiba turun tika matahari panas terpacak apabila aku keluarkan senjata dalam tongkat yang dipakai oleh Ku Ann ini untuk sesi fotografi!

Tongkat kesayangan dan keperluan Ku Ann ini sentiasa bersamanya. 
Bapak aku ni kalau dia duduk dan tenung orang macam tu comfirm tengah 'scan'

 Cuba korang tengok baju Ku Shah (biru muda) yang besar gedabak ni. Dulu berat dia 103 kg tapi sekarang tinggal tak sampai 70 kg. Kiri sekali tu  menantu aku yang bakal merampas takhta Dato' Malek Noor lagi 10 tahun (muahaha)  tengah angkat kerusi untuk Ku Ann. Baik menantu aku ni..

Dari kiri - Ku Shah, Ku Azmi Apa , Ku Uncle, Ku Misai, Ku Ann (duduk) dan Ku Senyum. 
Yang amik gambar ni adalah Tengku Rak. Hu hu.. mekasih Amrayy

Tidak kurang 10 saksi yang melihat peristiwa tersebut, Adakah ianya kebetulan atau.....

Mekasih pada sahabat (yang sedang BELAJAR  'istinjak' menggunakan seluar jeans) kerana memberikan dua keping gambar tongkat diatas. Identiti beliau terpaksa dirahsiakan sebab budak baju merah tu terpegun malu, mamat baju belang kelabu sedang marah, budak baju biru muda hidungnya sangat sensitif. Yang lain-lain tu korang sendirilah letak caption.

Adakah ini saja yang akan tinggal sebagai kenangan dan sejarah....?





Aku suka bangat dengan awekz yang sebelah kiri sekali tu. Masa tengah perform kat  The Royal Albert Hall, London tu dia layan dengan jiwanya , sangat yakin atas pentas, bersemangat, bertenaga, cara dia berdiri dan sentiasa senyum memanjang macam Ku Senyum kawan Ku Ann. 
VIVA...

Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam 
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti... 
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak 
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

10 comments:

  1. Nasib baik aku tak dapat datang. Kalau tak aku bakal jadi mangsa uncleseekers. hahaha

    ReplyDelete
  2. I ari2 buka blog uncle skodeng cite bru

    ReplyDelete
  3. Ari2 uncle tulis la ya I x boring

    ReplyDelete
  4. Ari2 uncle tulis la ya I x boring

    ReplyDelete
  5. wah hebatnya senjata tongkat tu ada pisau kat dalam. orang mesti tak perasan tongkat tu adalah senjata sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Bila nak sambung uncle & ku shah.....best la baca sejrh ayhnda ku

    ReplyDelete
  7. KRU Studios la,uncle...hehe..mane ade KRU Production.. =P

    ReplyDelete
  8. adoiii ape dah korek bontot...klaka...biler la liza dpt join uncle...rindu nak naik janda baik laaaa...

    ReplyDelete
  9. cucu mat salleh10/14/12, 1:03 PM

    seorg sepupu aku bersalam dgn org tua di sebuah lokasi di perak, org tua tersebut terperanjat dan minta sepupu aku kenalkan diri. Dari moyang nama mula di sebut dan akhirnya org tua tersebut membuka cerita. Engkau berdarah pahlawan, tok engkau lah yg menikam penjajah tersebut atas arahan panglawan terbilang darul redzuan atas perintah 'istana'(kalau ikut yg di tulis dlm buku cite la). lepas tu tambah lg cerita, kakak moyang kau dulu berkawin dgn sultan perak, keturunan kau kalau nak masuk istana kena ikut pintu blkg, tpt lahir kau tu pantang bg sultan tu nak pijak sbb di sumpah oleh tok 7 (yg aku kenal cuma Tok Rimau, Tok Sungai Rumput yg lain lupa la pulak...)pastu bekas dayang istana cite ngan aku (belum baligh lg la waktu tu).. kalau ko nak tahu tapak asal istana perak adalah di TIANG BERTARAH... sape aku..?? ntah la.. tapi nama ke 4 atas aku tertulis.. ALI ... di rekodkan dlm sejarah pembunuhan tersebut... 'orang tuttt datang berungkai, makan bawah tapai...

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak ada citer baru.. kushah dah hbs modak ke?

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.