Almarhum Ayahandaku bersantapan disamping Raja DiHilir Perak, Raja Hisham (Orang Besar Jajahan Hilir Perak, di sebelah kiri bercermin mata) dan Raja Muda Musa Aziz di sebelah kanan. Gambar di Kelab Golf Sultan Idris Shah Teluk Intan... Paling kanan adalah isteri kepada Raja Muda Musa...
Anonymous said...
semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh almarhum. sebagai hamba rakyat negeri perak izinkan saya untuk bertanya sebuah kisah yang barangkali boleh pak engku kongsikan bersama. ianya mengenai peristiwa sekitar tahun 81 atau 82 dimana negeri perak merayakan hariraya aidilfitri sehari lebih awal dari negeri2 lain di malaysia masa itu atas perkenan almarhum. barangkali ada cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama sekelian hamba rakyat yang tidak mengetahuinya. wallahualam!!
10/15/12 2:03 PM
Gambar bersama nenda (atuk) Sultan Alang Iskandar Shah (kiri), Tengku Ahmad Shah (kini Sultan Pahang)
dan ayahanda ku Raja DiHilir Raja Idris Shah (kanan Tengku Ahmad). Sultan Ahmad Shah adalah cucunda kepada Sultan Alang Iskandar.
Jawapan
Assallamualaikum...Ada pembaca yang masih teringat Negeri Perak Darul Ridzuan berhari raya sehari cepat dari negeri negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia, di ikuti negeri Johor Darul Takzim (semasa pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar)...
Orang-orang dari Negeri Kedah dan Pulau Pinang serta Selangor termasuk Negeri Perak berhari raya, walhal di negeri mereka masih lagi berpuasa...
Saya masih didalam umur 20-an semasa itu... teringat amat murka Almarhum apabila titahnya untuk berhari Raya di abaikan oleh Menteri Besar DS Wan Mohammed...
Almarhum telah keluarkan titah dengan tandatangan nya disebelah kanan di atas surat mohor peribadi, yang bermaksud, surat ini adalah titah keras yang harus dilaksanakan dengan serta merta...Saya teringat almarhum ayahanda berkata
"Aku kesian oghang-oghang yang dah siapkan lauk-lauk masakan untuk berraya tapi masih tak menentu bila nak raya... Kalau tak jadi Raya, basi lauk-lauk tu nak buang saje ker...???"
Kata beliau lagi
"Berdasarkan hukum falaq, anak bulan tu takkan boleh tak timbul... Dah berkurun2 kita mengikut bulan yang sama, baik bangsa Cina ataupon Melayu"...
Saya masih ingat malam yang di keluarkan titah supaya beraya, siren di bunyikan di Kuala Kangsar dan rakyat terpinga-pinga tak faham apa dah berlaku... Apabila pegawai pegawai memaklumkan besok hari Negeri Perak akan berraya, bersorak ria orang-orang yang mendengar...Tetapi sebagai biasa ada juga manusia yang tak setuju dan menyalahkan Almarhum atas melanggar peraturan...
Pada keesokan hari, maka berHari raya lah negeri Perak dan Johor... Terdapat berberapa orang yang masih tak puashati yang menyalahkan Almarhum...Mereka kata,
"Sultan dah gila...!!
Bulan sabit yang di panggil anak bulan...
Tetapi
apabila ternampak bulan yang keluar bertanduk dilangit, mereka terus
diam... Teringat kawan saya, Pak Tam nama dia... orang Kpg Ketior, Kuala
Kangsar... dia berkata pada diri saya,
"Takkan ayahanda tu pandai
pandai jer suruh berraya... mesti dah tanyer segala ulamak dan Mufti
dia"...
Saya teringat Almarhum bertitah,
"Akan aku usulkan
perkara ini pada Mesyurat Majlis Raja Raja nanti"...
Ada yang mengadu
kepada PM (Tun Mahathir) dan Tun berkata,
"Bab ugama dan adat itu
dibawah kuasa mutlak Raja negeri masing masing... Kerajaan pusat tiada
kuasa menhalang atau mencampuri hal sedemikian"..
Bak kata didalam
bahasa omputih, itu adalah Prerogative Powers of the Sultan...
Ku Syah
Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!
Part 17 - Duit Atas Angin
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat
Part 23 - Showtime...
oh tak pernah pun berpengalaman ada negeri yang raya lebih awal... saya lahir pun awal tahun 80-an. mesti ada cerita yang menarik yg kita semua tak tahu...
ReplyDeletehttp://buasirotak.blogspot.com/
peristiwa ni berlaku d zaman sy kanak2, kebetulan kami duduk d sempadan perak n selangor..apalagi 2 kali raya ler jwbnya...kenangan raya yg akan d kenang sampai bila2, ...semoga Allah mncucuri rahmatnya ke atas roh almarhum
ReplyDeleteperistiwa ni berlaku d zaman sy kanak2, kebetulan kami duduk d sempadan perak n selangor..apalagi 2 kali raya ler jwbnya...kenangan raya yg akan d kenang sampai bila2, ...semoga Allah mncucuri rahmatnya ke atas roh almarhum
ReplyDeleteTeman oghang sungai siput (u). mintak tolong bebiler ceghiter hei Atan Bin Hashim aka Azlan Shah.
ReplyDeleteMungkin tuan boleh cite tentang sejarah sempadan Perak, Kedah dan Penang.
ReplyDeleteOrg tua-tua dulu di Parit Buntar pi pekan Nibong Tebal beli barang. Pi mudik sungai kerian. Dulu Nibong Tebal dipanggil Kerian.
Jadi adakah Nibong Tebal(atau sebahagian) dulunya dalam negeri Perak?
Ada cite Sultan Perak murka ke atas MB waktu tu apabila dibuat sempadan negeri semula. Kawasan Perak menjadi kawasan Pulau Pinang. Sempadan ikut Sungai Kerian.Betui ka?
Selama Kedah dan Selama Kedah pun kisah yang sama?
Benda yang lepas tak boleh diulang semula. Tapi fakta sejarah yang disembunyikan patut didedahkan. Wajib!
Cukup cukup le kome semua mengungkit kesah lama dan mengutuk almarhum dan keluarga.keluarga almarhum pun ada perasaan macam kome semua juge.kome sayang sgt sultan azlan bagus le tp tk payah le nk ungkit bende kesah lama.sanjung je sultan yg masih hidup ni.tutup kesah almarhum!
ReplyDeleteOh bab sempadan senang je logic nye.imbas dan guna otak kita.selalu nye sempadan ada sungei ni yg di sebut tu takde sungei.cuma jalan je kalo saya tak silap.tiba2 pulak skarang orang minat dgn sejarah almarhum..nak senang baik kusyah tulis buku bior depe baca.at least depe tak kutuk kat blog.jgn ungkit kesah yg dah tiada.kesian roh dia.
ReplyDeleteYob Ku Syah, cer nengok http://jantantuya.blogspot.com/2012/10/mokhtar-petah-menulis-kalau-istana.html
ReplyDeleteAskm... tak berani nak ceriter bab Atan bin Hashim (aka Sultan Azlan) sebab kemer tak tahu dan takde bukti yang nyata dan kukoh... Kalan tak tau, buat cara tak tau... berdosa besar menyebar fitnah... KuSyah pon tak tau ujung pangkal ceriter nya... apa yang mikermer baca kat blog, itu juger yang kemer tau... Betoi ke idak, wallahuwaklam...!!!
ReplyDeleteAslkm Ku Syah..dgr pernah belajar tasauf...belajar dengan sape?ingat lg tak tok guru nyer?sebab arwah aku teman kata penah ngajor ku syah tasauf...
ReplyDeleteBhai UncleSeekers...
ReplyDeleteMasa tue Kapal Korek bijih timah ader banyak kat dalam Negeri Perak nih.. terutamanya didaerah Kinta... jadi siren kapal korek pon dibunyikan... bagitau esok raya... pasai semua syarikat lombong bijih dapat radio wayarless dari Istana suruh bagitau rakyat...
Paling gua tak lupa... di Batu Gajah masa tue... siren amaran serangan udara pon juga digunakan untuk memberitau pasai esok nak raya....
Gua masa tue baru darjah 5..
ReplyDeleteTeman orang perak. Anak berek polis kuale masa tu. Memang betoi siren bunyik kat balai polis tempat arwah bapak teman koje dulu.... heboh gak satu kuale...
dengor citer.... katanya navy kat lumut nampak anak bulan kat laut.... pasal tu almarhum sultan perak suruh raya besok gak.... jadi tak tahu mana satu betoinya...
pada teman... citer-cter lain ini kira tak de sahnya..... orang leh citer macam-macam... perangai orang pun macam-macam.... rasa macam nak rebut tahta pun ade gak....
apapun...segalanya dah berlaku....
Wallahualam....
LanKuale
Seingat saya, aruah Haji Damanhuri yg pintu rumahnya di Rapat Setia mengadap matahari nampak dengan jelas anak bulan pada raya tahun tu. Jemaah masjid Rapat Setia dah kecoh esok raya tapi ada yg masih nak ikut keputusan federal. LandRover polis yg datang jam 9 melaungkan dengan hailer, esok raya. Dan berayalah saya hari pertama dua kali, sekali di Perak dan esoknya di KL. lolz
ReplyDelete