Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat (Part 2)
Menumpang di rumah Bekas Ibu Mertua
Selepas aku keluar dari Hospital KL (September 2012), aku memang selalu bersama anakanda ku. Dia juga yang menjenguk menziarah aku di Hospital KL. Selepas aku keluar hospital aku telah bermalam di rumah anakanda aku. Dia dibela oleh bekas ibu mertua aku, sejak umor bayi... rumah nya diBangsar... Aku bermalam semalam atau dua malam. Memang, aku amat rapat dengan anak teruna aku tu. Bekas ibu mertua ku memang baik dengan aku, hanya apabila bekas isteri aku ada, aku tak tunggu kat situ, aku keluar...
Apabila adik beradik aku tahu aku berada diBangsar, dan pernah tidor di rumah anakanda aku, mereka tegur dan menyatakan aku ni memalukan keluarga atas perbuatan bermalam bersama anak aku di rumah nenek dia... Aku hanya nak bermanja dengan anak aku... tetapi kerana itu bukan rumah aku, mereka malu aku lepak dengan anak aku... Aku sedih...
Bersama Putera ku Raja Ahmad Murshiddul sebelum aku terlantar di HKL sekitar bulan Ogos 2012
Sememangnya aku menumpang di rumah sedara ku setelah keluar dari Hospital KL, rumah apartment dimana aku tinggal di sebuah bilek... Sejak aku keluar dari Hospital KL, aku memang kekurangan kewangan dan tak dapat aku nak menambah wang belanja dirumah sedara aku tu... Aku tengah susah kekurangan kewangan... Aku tidak di tegur atau bercakap denagn sesiapa di apartment itu... Aku terasa yang aku tidak lagi diterima - I have overstayed my welcome...
Dalam keadaan yang amat meruncingkan aku berdoa supaya Allah keluarkanlah aku dari keadaan yang amat menyakiti jiwa... Aku didalam tekanan (depression) yang amat ketara. Pada waktu yang sama, kereta aku rosak dan aku tinggalkan kat woksyop. Takder duit nak memperbaiki kereta... Patah kaki aku... Aku telah menceritakan keadaan aku ini kat adik adik aku, tapi mereka pon tak boleh menolong... atau tak mahu menolong, aku pon tak pasti, tetapi sememangnya aku ni tengah tak berduit... Aku tak boleh bertindak nak pindah kemana-mana pon...
Bersama Ayahanda angkat Pak Habib. ketika ini aku sedang beri ceramah pada para hadirin
Anak Raja yang susah
Apabila aku dapat pertolongan dari Uncleseekers beri aku ruang untuk tinggal di Janda Baik, aku amat bersyukur dan berbesar hati... Aku amat perlukan tempat perlindungan dan Uncleseekers memberi tempat... Aku terus bermastautin di Janda Baik sepertimana aku ceritakan di episod 21(klik)
Susah nak percaya, seorang anak Raja buleh hidup susah begini, tetapi ini adalah nyata dan benar, aku memang tengah susah... Pada diri aku, apa nak malu atas perkara yang benar... Bukan aku menipu sesiapa ataupon menganayai sesiapa... aku hanya harap nak menumpang berteduh di Wadi Hussein...
Aku happy duduk sini sebab boleh dikatakan setiap hari ada saja tetamu yang datang dan kami bermuzakarah
Membawa diri
Adik beradik tak nak tahu masalah aku... Aku terasa jauh hati dan aku membawa diri... Kini, tanpa kekeluargaan aku terhibur di Wadi Hussein, aku di kasihi oleh keluarga Pak Habib dan Uncleseekers... Aku diberi tempat berteduh, tempat bilek tidor, tanpa membayar satu sen pon... Alhamdulillah, syukur pada Allah yang maha Penyayang... Aku di layan oleh Uncleseekers, yang kerap mengambil berat pasal makan minum dan kesihartan aku, selain dari tiga orang lagi yang membantu di dalamrumah ini .... OK la tuu...
Ku Shah
Bersambung (Part 3) - Siapa dalangnya?
Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam KenanganPart 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat
Part 23 - Showtime...
Salam Ku Syah.
ReplyDeleteAdakah Ku Syah kenal dengan seorang pekerja istana di bukit chandan yang namanya Raja Aminah Saja Ahmad sewaktu Almarhum Sultan Idris masih hidup? Jawatan yang disandang adalah Tok Ratna Senari atau kerjanya mengenai adat istiadat raja jika tak silap apa yang mak saya cakap. Raja Aminah adalah moyang saya. Mak saya kenal Ku Syah tapi Ku Syah tak kenal mak saya. mak saya pernah ke istana untuk temankan Raja Aminah dan pernah bermain-main di perkarangan istana iskandariah.
Menurut mak saya lagi, sewaktu kemangkatan Almarhum, pakcik saya yang saya panggil Alang ada bersama almarhum. Dia bekas dato bandar Ipoh. Dato Shahabudin.
Semua info yg saya cakap tu bukan penting dan Saja nak beritahu pada Ku Syah. Info yg saya dapat ni dari mak saya setelah saya ceritakan dugaan yang dihadapi oleh Ku Syah ketika ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Ku Syah dan semoga diberikan kesihatan yang baik hendaknya.
Salam. Ku Shah kata adik beradik tak nak menolong. Adakah termasuk adik ku shah yg bernama raja rizwin? Dari cerita baginda, dia adik beradik ku shah berlainan bonda. Bondanya keturunan raja cina dinasti Ming. Semenjak almarhum ayahanda nya tiada, dia telah difitnah oleh adik beradik sendiri . Dia dibawa ke Singapore oleh pakciknya dan memakai nama samaran Ahmad bin Ong. Sekarang ni dia tidak lagi boleh menggunakan nama samaran itu kerana pada jumaat lepas ,menurut kata baginda dia telah mendapat izin dari penyimpan mohor besar raja-raja utk majlis pertabalannya sebagai Raja Muda Perak. Tetapi baginda telah diserang oleh adik nya bersama sekumpulan org siam. Selepas itu baginda hilang .....dan akhirnya dijumpai dibuang di Kedah.
ReplyDeleteAskm. Menjawap soalan tentang 'adik' saya yang bernama Raja Riswin, memang TIADA nama seperti itu... Adik2 lelaki saya adalah seperti berikut:
ReplyDeleteRaja Alang Iskandar
Raja Jamil Ariffin
Raja Shahrifuddin Rashid
Raja Ahamadin Razman
Raja Shuib
Sekian adanya. Salam.
YAM Raja Shahruzzaman (Ku Shah)
Salam semua,
ReplyDeleteSaya pernah pergi ke rumah Pak Habib di janda baik...banyak kuching...makan durian pulak tu...tapi pak habib dan Uncleseekers tak ada...Saya cuma singgah sekejap balik dari K. Lipis bersama-sama kakak ipar Pak Habib. Terima kasih dapat makan durian dan maaf tak minta kebenaran....sooorrry.
A. Latib...UPM