Followers

Thursday, November 8, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 11)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 11)


Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….

Lega rasanya bila Harian Metro keluaran hari Rabu, 7 November 2012 melapurkan yang Sultan Selangor merasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Nurul Izzah.


Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Azib Mohd Isa selaku penasihat dan juga jurucakap baginda juga memberitahu bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah di arahkan untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Nurul Izzah.


Alhamdulillah, inilah yang sepatutnya di lakukan oleh seorang Sultan terhadap sesiapa juga yang membuat kenyataan liar dan semberono terhadap Islam. Tanpa mengira siapa yang memberikan kenyataan tersebut. Samaada pemimpin pembangkang atau pun pemimpin kerajaan.


Kini terpulanglah kepada budi bicara JAIS untuk melaksanakan titah tersebut. Apa yang penting di sini DYMM Sultan Selangor telah membuktikan bahawa baginda sememangnya prihatin terhadap Islam dan umat Islam. Inilah yang sememangnya kita kehendaki dari seorang payung negeri yang sememangnya bertanggung-jawab untuk mempertahankan Islam.


Iltizam dan keberanian yang seperti inilah yang kita harapkan.Teruskan usaha Tuanku untuk mempertahankan Islam. Buktikan kepada dunia bahawa Raja-Raja Melayu di Malaysia adalah benteng utama Islam. Payung agama, bangsa dan negeri. Buktikan juga bahawa Raja-Raja Melayu tetap relevan sampai bila-bila.

Teruskan Tuanku! Tuanku pertahankan Islam, kami pertahankan Tuanku!

Semoga orang Melayu semakin sedar siapalah Melayu tanpa Raja dan agamanya.

 

Friday, November 2, 2012

Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)

Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)

 As in any Banking transaction, the MT760 signifies and tells us of the availability of the funds. It confirms that the Issuing Bank has transmitted such funds into the account of the Recieving Bank. It would give us the recepients a sense of comfort and surety. Now we are VERY doubtful.

 
Sample MT 760
Bro, mana dia MT 760 (Bank Operational Instrument) dari HSBC ke CIMB? Tolong mintak kat boss. Kalau dia tak bagi memang saheh lu kena korban. Nasib la lu beb! Satu jer nak pesan, kalau lu nak amik sample MT 760 kat atas ni aku izinkan tapi setiap bank formatnya berbeza-beza. :)


Tan Sri Elyas Omar, the best of luck to you Sir... this is Mission Impossible...

Bro, Iran is under embargo by The United States, and ALL money transactions are almost, if not impossible to procure for Iran unless the banking systems is by-passed... what have you guys promised Tan Sri Elyas and give him false hope...

Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)

Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)

Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)

Ini olang manyak pandai woo...

Sekitar 5 minit artikel (klik) di publish, kami terima email dari mamat tu. (mungkin secara kebetulan masanya hampir serentak). Korang sendiri nilaikan tiga jawapan yang diberi. Manyak pusing-pusing sampai kapla fenin!

Murni paler hangguk lu? Duit stamping yang kosnya 5 hengget, lu olang sebat sampai RM200. Processing Fee mahal nak mampus sampai RM3,800! Buka akaun kat singapore sekitar RM15,000 jer tapi lu orang sesah sampai RM38,000! Banyaklah Zahari punya Murni! Hak tui!

Tu-E Capital/Dzarong Assets/Pubel adalah Offshore FUND Arranger? Dalam RWA tulis Financial Assistant. mana satu yang betul ni? Paria!

 Salam.

Sebelum sy jawab dgn lebih lanjut, ingin sy terangkan sekali lagi utk memperbetulkan persepsi yg salah mengenai Co.

Tu-E Capital/Dzarong Assets/Pubel adalah Offshore FUND Arranger yg menekankan konsep ETP (Economic Transformation Programme). Co membawa masuk dana luar melalui pesisir pantai iaitu LABUAN IOFC. Seperti yg tuan sedia maklum transaction offshore mesti melalui Labuan International Offshore Financial Centre. Co. bertanggungjawab membawa CLEAN FUND yg mana bebas dari LAUNDRY, ANTI Terroris Money juga tertakluk didalam Labuan FSA Act.

Niat Yg Bhg Arbiter Judge Dato Zahari adalah murni yg mana kita well concern kontraktor-kontraktor kita yg terbatas dari segi financial, kemudahan financial melalui sistem perbankan yg conventional yg merugikan kontraktor yg berkebolehan tetapi terkekang dari segi financial. Oleh yg demikian Dato mempunyai mekanisma yg mana Pembiayaan Projek kepada kontraktor dgn 0% faedah.

Urusan ini sebenarnya sudah diguna pakai oleh negara2 maju seperti Singapura, Taiwan, China, Korea, etc dan boleh dikatakan sistem perbankan kita di sini 20-30tahun dibelakang. Jadi sebagai perintis kepada ETP kepada negara, bangsa bukan sesuatu yg mudah. Tetapi kami fokus dan melakukan kerja kami dengan sah tanpa menyalahi undang2. Walaupun byk mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pihak yg meminta Pertolongankami. Tapi kami phm inilah bangsa kami, beginilah bangsa kita.

Kenapa perlu membuka akaun di pesisir pantai IOFC?

Gebang jer lebih! Berapa ramai orang jadi susah lu ada pikir? Ada yang bercerai berai, polis datang rumah dan pelbagai masalah mereka.  Adakah anda amik tahu? 
"...hari ini HSBC London via HSBC Hong Kong issue MT760 ke CIMB HQ MYR462mil, dan seterusnya setiap 14-21 hari kemasukan MYR 9.0bil "
Beb, lu sakit ke aper? MT760 tu against credit facilities ke? Sampai hari ni orang minta lu tak bagi!

-Spt yg sedia maklum Co. menguruskan kemasukan dana dr pesisir pantai IOFC, akaun yg dibuka yg juga dikenali sbgai SPV (Special Purpose Vehicle) akan digunakan utk Carry the fund yg akan disuntik. Procedur ini utk fundee:

• Mengelakan permasalahan yg mungkin timbul kelak.
• Akaun & Co. fully own by the Fundee 100%.
• Kelebihan, atau extra income or payback guarantee berikutan drpd Invitation utk memasuki Co. SWAP Programme .
• BUKAN satu PAKSAAN. OPTIONAL kepada fundee yg berminat, serius dan berkemampuan. Bg yg tidak berkemampuan Co. akan membukakan akaun tersebut akan tetapi by right priority for those yg memenuhi syarat2 dan kriteria yg Co. tetapkan.

Bolehkah akaun pesisir pantai dibuka ditempat lain seperti British Virgin Island?

• Akaun pesisir pantai boleh dibuka dimana2 sahaja as long yg authorise to do so. Contohnya, Singapura, British Virginia Island, etc. Akan tetapi Co. kami berpangkalan di Labuan dan kami mempunyai beneficiary bank kami sendiri.

Jaminan dana ini mengikut perjanjian?
• MOU (Memorandum Of Understanding) yg dibuat oleh Co. kami bersama Strategic Alliance@Fundee tertakluk selagi mana both party have Understanding . We are trying our best until now utk membantu kontraktor yg jatuh, baru hendak menapak, etc dan urusan kami sudah sampai kemuncaknya yg mana hari ini HSBC London via HSBC Hong Kong issue MT760 ke CIMB HQ

Lu janji manyak manis wooo...45-60 hari sudah boleh kawtim. Tapi dah beratus olang sampai satu tahun talak lapat wang maaa...Lu mahu jaga boss punyer hati sajer. Olang lain lu punya hati?

berjumlah MYR462mil, dan seterusnya setiap 14-21 hari kemasukan MYR 9.0bil. Usaha ini semata2 utk mendukung hasrat pelaksanaan ETP demi bangsa, negara dan sekalian ummah amnya.

Persoalan2 ini sudah saya terangkan kepada pihak si pengadu BUMI MESRA ENTERPRISE via Mr Iskandar Mikail Soh Via Mr Soh Ghim Leong pada awal2 pertemuan, juga dari masa kesemasa. Walaupun sudah diterangkan berulang2 kali, tidak apa, saya merendah diri akan cuba menjawab setiap persoalan, luahan perasaan dan seangkatan dgn nya dengan sehabis baik saya, Insyallah.

Harapan saya kepada Admin iaitu En Syed Al-Attas sendiri agar boleh menghentikan paparan ini demi kebaikan semua pihak, kelancaran urusan kami agar dapat kami penuhi keperluaan fundee2 kami dgn kadar segera. Sebelum ini permasalahan spt ini pernah wujud dan tidak mendatangkan apa2 permasalahan kepada kami sehingga kini kerana kerja kami murni, telus dan sah disisi undang2, akan tetapi intention saya adalah demi menjaga nama baik pemimpin saya, Co. dan keseluruhan amnya. Mungkin pihak En Syed boleh berhubung dengan si pengadu mengatakan bahawa kami sedia membatalkan mana2 bentuk perjanjian dan alliance Co. jika itu yg dimahukan dan kami by right the will power to do so.

Your kind action and promp reply is much appreciated.

Tq. Alffin Farid

Sebaiknya, korang semua telefon atau sms sendiri Datuk Zahari (017 3122 947) supaya beliau berkata BENAR!
Happy Deepavali Datuk Samy Vellu

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?
Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)

Thursday, November 1, 2012

Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)

Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)

Betulke Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed mantan Timbalan Menteri Penerangan Malaysiadah letak jawatan dari syarikat ni bulan lepas? Kalau betul kenapa ek? Ceciter...

28-10-2012 artikel pasal mamat ni 

30-10-2012 terima komen pertama berbentuk amaran 'slow motion'

 31-10-2012 sekali lagi komen berbentuk amaran tetapi sudah nampak spesis 'fast forwad'


1-11-2012 terima email bersama salinan 'police report'. Eeee...takutnya..
Memandangkan beliau tidak minta aku merahsiakan email yang diberi, maka aku terpaksalah sepantas kucing bunting berlari mempamerkan emailnya.

Fitnah? Ayoyo...Apa, Ama, Thambi, Tanggaci..
Provokosi tu mender ek? Macam rasa air sirap bandung ke?

Lepas balik meeting (klik) buka email terus jawab semula

Lebih kurang sejam kemudian dapat jawapan

Pastu jawab balik

Tunggu punya tunggu, jawapan tak terima jugak. Badan pun dah koyak, nak tulis 'satu jam'  tertulis 'satu jawapan'. Padan muka aku. Pastu layan History Channel sampai terlelap

Rupa-rupanya dia pun terlelap sama! Hampeh..

Sahabat-sahabat telah memberi beberapa maklumat tentang isu ini dari (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=14963254#post14963254 ).

Betulke kartu ni milik mamat tu? Kalau betul, adakah makhluk dari Planet Pluto yang lantik dia? Bukankah Permanent Court of International Justice dah bungkus tahun 1946 (klik)? dan takder sorang pun dari Malaya? Cuba korang baca semula! Aku cari takde. Tak tahulah samada mata aku ni dah rabun tahap cipan!

Fuiyo! macam Elton John tuu... 

 Mamat tu memang cerdik beb! Memang susah korang nak buat report sebab dia orang tak ambil deposit, takder unsur pelaburan (spesis skim cepat kaya/piramid) dan pengubahan wang haram. Korang bayar dia orang dianggap sebagai upah (processing fee) pastu dalam perjanjian tu takder sebut yang korang boleh dapat duit upah tu balik. Yang paling hebat sekali takder sebut BILA korang boleh dapat pinjaman tu. Mungkin kat 'Mashar Field' kot?

 (http://www.lfsa.gov.my/documents/10156/83268/Pubel-Bedford-Disiasat-LFSA)

 (klik)
Kalau lapuran ini berunsur fitnah, ianya harus diambil tindakan. Tak kan dah setahun lebih 'lu olang tiam-tiam jer maa..'

Dah pukul 6 petang lebih ni tapi sampai sekarang budak Alffin Farid masih tak jawab tiga soalan aku?
1. Kenapa perlunya membuka akaun sisir luar di Labuan?
2. Bolehkah akaun perbankan sisir luar dibuka ditempat lain seperti di British Virgin Island?
3. Selepas akaun dibuka, apakah jaminan dana ini akan diterima mengikut Perjanjian?

Kalau aku berpuas hati dengan ketiga-ketiga jawapan diatas, aku akan padamkan entry yang lepas bertajuk (Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?)

Bukankah kah surat persetujuan dari Perdana Menteri Malaysia aka Menteri Kewangan bertarikh 21-2-2011 dan rujukan PMK(B)/3/1 JLD (63) hanya sah laku untuk tujuh hari sahaja membuktikan program swap yang dinyatakan oleh Pubel mampu dilaksanakan?

Kenapa dia olang henjut surat ini kaw-kaw punyer sampai shikalang maa..? Satu Malaya angguk-angguk geleng-geleng

Kementerian Kewangan, ceciter...

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?
Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 10)

 Kenapa Pak Lan Disini? (Part 10)


Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem

Pilihanraya dah dekat. Kempen makin hebat. Suasana pun dah jadi makin panas. Banyak isu-isu yang di ketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang. Di pihak kerajaan apa lagi promotional itemnya kalau bukan perancangan mega mereka Plan Transformasi Negara. Nak di transformnya negara ni untuk jadi apa tak tau lagi la. Bunyi macam hebat. Biasala… Macam guruh di langit… Bunyinya je yang berdentam-dentum… Hujannya belum tau lagi beb!


Pembangkang juga tak kurang hebatnya. Mungkin lebih hebat lagi agenda reformasidan buku jingga dia orang. Tapi kalau di ukur berdasarkan kepada sambutan yang di berikan setiap kali dia orang ni mengadakan ceramah. Tegak juga la bulu roma kerajaan…. Serammmm!

 

Yang tak bestnya! setakat ini, secara umum sokongan kepada kedua-dua part ini agak seimbang. Susah gak nak ramal siapa yang boleh menang. Apa pun keputusannya nanti, yang pastinya tidak akan ada sesiapa yang bakal menang besar pada pilihanraya kali ini. Bila tidak ada parti yang boleh menang besar, Nampak gaya kita akan mempunyai kerajaan yang lemah lagi macam sekarang ni. Dan ini masalah besar sebenarnya! 

Sebab apa? Sebab sekarang ni dunia sedang menuju zaman kegelapan. Zaman kehancuran ekonomi. Sistem ekonomi dan kewangan kapitalis dah nak hancur. Sikit hari lagi, sistem tu dah tak boleh nak beroperasi lagi dah. Sekarang ni inflasi tengah naik macam roket nak naik kebulan. Sampai satu tahap nanti dia akan terjun pulak jadi deflasi. 


Bila berlaku deflasi kita kena bawak duit satu troli kalau nak beli sebuku roti. Macam yang dah berlaku di Zimbabwe sekarang. Tengok je la pada apa yang sedang berlaku di Amerika dan di Eropah sekarang. Bila dia orang ni bankrupt nanti, satu dunia akan ikut bankrupt. Bila ini semua berlaku, dunia akan jadi huru-hara. So, apalagi solusinya? Apalagi… Perang la beb! Perang dunia ke 3..!!!



Sebab itu lah kita perlukan sebuah kerajaan yang kuat. Cukup kuat untuk berdepan dengan segala masalah dan cabaran yang cukup besar yang berada di hadapan kita. Kita perlukan sebuah kerajaan yang kuat. Dan kita perlukan kerajaan yang kuat ini untuk mengubah sistem. Kita kena buat sistem baru. Kalau tidak kita pun akan sama-sama jahanam macam Amerika dan Eropah.
Paling tidak pun kita kena buat sistem ekonomi dan kewangan yang baru.
Sistem yang berbeza dari sistem konvensional yang kita amalkan sekarang. Kenapa sistem yang kita amalkan sekarang kita panggil sistem konvensional dan kenapa ia boleh hancur? Kita panggil sistem konvensional sebab ia di asaskan, di bentuk dan di kembangkan secara konvensen atau kesepakatan yang  yang kolektif. Atas persetujuan ramai.

Kaedah yang mendokong aspirasi dan semangat demokrasi. Namun kaedah yang seperti ini sifatnya experimental. Trial and Error. Nampak macam cantik. Pragmatik dan dinamik. Tapi sebenarnya cukup bahaya. Kita jangan lupa yang kita adalah ciptaan Allah SWT. Sebab itu Allah SWT turun kitab-kitabnya iatu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran adalah sebagai panduan untuk kita. Allah SWT lebih mengetahui segalanya tentang kita. Kekuatan dan kelemahan kita. Kesukaan dan kebencian kita. Apa yang elok dan yang tidak elok untuk kita. Macam gak Proton. Bila dia keluarkan model kereta, dia akan keluarkan jugak buku manualnya.

Apa tujuannya? Tak lain tak bukan adalah sebagai panduan untuk kita operate dan maintain kereta tersebut. Sebab itu kalau kita tak ikut panduan dari buku manual memang tak tahan lama la kereta kita tu.

Ada beberapa isu pokok yang menyebabkan sistem konvensional ni gagal.

1. Sistem kewangannya mengamalkan multiple platform
2. Menggunakan fiat money atau duit kertas
3. Sistem kewangannya berasaskan pinjaman
4. Mengamalkan interest atau riba
5. Mengamalkan sistem percukaian yang double standard
6. Mengamalkan pasaran bebas
7. Pengagihan kekayaan yang tidak adil.

Sorry le! Sebab teman tak bahas topik ni satu persatu. Cuma bagi tajuk-tajuk je. Sebab kalau nak di kupas satu persatu panjang lebor yeop. Tapi yang pentingnya di sini, isu-isu kat atas ni la yang menjadi punca kepada sebahagian besar masalah kita hari ini. Sebutlah masalah apa pun… Rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, pembaziran, penyelewengan, jenayah berat dan jenayah ringan, masalah sosial, masalah alam sekitar dan lain-lain masalah semuanya patah balik kepada ekonomi dan kewangan.Semuanya patah balik pada sistem yang kita amalkan sekarang. Sistem sekular!

Sebab itu teman syorkan, daripada kita susah payah nak tukar pemimpin apa kata kita tukar sistem. Sistem ni yang menghuru-harakan dunia. Siapa pun yang akan jadi pemimpin kalau dia masih mengamalkan sistem yang sama maka natijahnya atau hasilnya akan tetap sama juga. Lambat laun akan hancur juga.

Sebab sistem ni berlawanan dengan fitrah manusia. Sistem ini membuai nafsu serakah manusia. Nafsu manusia tidak ada sempadan. Kalau tidak di kawal dia akan jadi lebih buas dari binatang. Tengoklah di sekeliling kita. Kita dah macam hidup di dalam hutan.

Undang-undang dan peraturan cuma perhiasan saja. Dan menjadi rantai yang mengongkong yang lemah dan tak berdaya. Yang kuat juga yang akan jadi raja dan bermaharaja-lela. 


Yang lemah dan tak berdaya ni sebenarnya ramai. Yang kaya dan berkuasa pulak bilangannya sedikit. Kenapa tak nak bersatu? Kalau bersatu, yang lemah pun akan jadi kuat dan yang tak berdaya pun akan jadi berkuasa. 

Kita kena ingat… Sistem ni adalah sistem kapitalis (pemodal). Pemodal atau orang yang banyak duit lah yang akan jadi tuan. Orang yang tak berduit akan jadi hamba. Apa pun undang-undang dan peraturan yang di kuat kuasakan yang pasti nya ia akan menguntungkan para kapitalis sahaja. Tak payah tengok keluar Negara, tengok dalam Negara sudah.

Dasar pandang ke Timur. Dasar Penswastaan. Dan macam-macam dasar lagi. Kaji la..Siapa yang untung? Rakyat atau kapitalis? 

Lain kali kita bincang soal ni ok… Itu pun kalau teman umur panjang le yeop… Kalau asyik kita je yang rugi kenapa yang kita ni beriya-ria sangat nak pertahankan sistem yang ada ni?

Kenapa kita tak bersatu dan buat sistem yang lain je? Kesimpulannya bukan susah. Cukup mudah. Kalau sistem sekular ni mengasingkan agama dari kehidupan bermasyarat maka kita bentuklah satu sistem yang berteraskan agama untuk di amalkan oleh masyarakat. Teman tak cakap mesti Agama Islam walau pun itulah yang teman syorkan. Teman syorkan Islam sebab teman dah buat kajian mendalam dalam soal ini.

Untuk berlaku adil pada semua, buatlah dialog antara agama. Bandingkanlah agama mana yang lebih holistik dan komprehensif sifatnya. Ajaran agama mana yang boleh di angkat untuk di jadikan sistem dalam kehidupan bermasyarakat. Bandingkanlah… Buat dialog antara semua agama. Islam, Kristian. Buddha dan Hindu. Duduk semeja. Bincang dari semua sudut. Semua aspek dalam kehidupan.

Tidak ada manusia yang tidak mahu keadilan. Tidak ada manusia yang akan menolak kesejahteraan. Kalau sistem yang menolak kewuju dan Tuha ndalam masyarakat pun kita boleh terima lalu apa masalahnya nak terima sistem dari Tuhan. Semua agama yang ada di atas muka bumi ini percaya akan kewujudan Tuhan.

Ada masalah kena duduk bincang untuk selesaikan masalah bersama? Kalau nak duduk semeja berbincang pun tak boleh tak payah ceritalah kata kita beragama. Tak payah nak cerita agama siapa lebih bagus. Kalau betul bagus.. Buktikan..!!!

Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World Islamic Chamber Of Commerce

Komen aku : Artikel ni ada kureng ciket dia punyer urmphh. Jangan amarah aaarr

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?

Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?

Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem 
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)  
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  

Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN