Friday, September 28, 2012

Jumpa korang besok...Muaah

Jumpa korang besok...Muaah

Selagi 'Abah' masih hidup, besok ngan lusa korang tanyalah dia sendiri apa saja yang selama ni menjadi 'kudis' dalam paler hotak korang. Lepas korang dengar dia 'membebel' sejam dua, aku jamin makan 'cempedak goreng' 7 biji kalau anak Makcik Bedah Tempe tak jatuh hati kat korang. Siyes wa cakap lu..hu hu

Salah satu bilik yang korang akan tido ramai-ramai. Bilik ni sebelah sungai..best siot tido bilik ni sampai 'mimpi tak sudah' macam Ibnor Riza nyanyi. 

 
Bilik ni mengadap taman. Boleh nampak tetamu keluar masuk. Ditakdirkan kalau segerombolan awekz-awekz datang taman ni dan tika tu plak korang tengah baring-baring, maka dipersilakanlah bangkit, berdiri depan pintu dan buatlah muka sehabis 'macho'.. 

Kat sini ada 4 biji rumah yang korang akan lepak. Salah satunya rumah ni. Rumah yang 'Abah' buat, boleh dikatakan 95% dari bahan 'terpakai'. Yang baru cuma simen, pasir dan paku. 

Bilik ni jugak sebelah sungai. Sorang cuma dapat satu bantal tipis jer sebab beli kat pasaraya Tesco 4 tahun yang lepas dan yang paling best selimut korang semua telah dilipat dengan rela hati oleh seorang ANAK RAJA. Beliau juga akan berkongsi pengalamannya dengan korang semua tentang SUKA dan DUKA menjadi ANAK SEORANG RAJA selama 21 tahun.

1. Jangan lupa bawa pancing dan umpan cengkerik sebab ikan tengas umpamakan cengkerik adalah rangup dan berkhasiat bagai 'keropok moni'. 

2. Jangan mandi sungai pakai 'spender' kerana ditakuti khinzir hutan dan rama-rama akan terangsang. Moral of the story, korang bawaklah sendiri tuala dan seluar pendek.

3. Sesiapa yang giler berkaraoke, silalah jolok anak tekak dengan bulu ayam terlebih dahulu supaya lendir kat tekak tak tersembul keluar semasa melalak. Sorang satu lagu jer! Tolonglah jangan buat perangai lepas jer pegang mikrofon, 'lepas aku..aku.'.

2. Bawa sebotol minyak tanah dan dua botol kaca minuman apa-apa perasa pun takder hal sebab lepas berkarok nanti kita akan berGUMBIRA bermain sukan paranormal...paranormal? (banyaklah ko punyer paranormal tu..he he). Pasti korang tak akan lupa sampai korang kawen lagi satu nanti.

3. Tempat 'Abah' ni janganlah sesekali korang petik daun atau bunganya kalau tak nak kena MAKI! 

Sesiapa yang baik hati tu, tolonglah bawa rokok gudang garam suria 16 yang ori untuk aku. Tak adil aarr kalau kastam nak penjarakan aku isap rokok lari cukai kastam sebab yang maha halia pakai kereta tak bayar cukai sampai dua ratus biji lebih pun dia orang tutup sebelah mata jer..kan kan kan?

Ada ramai artis popular seperti Amy Search, Zizan, Neelofa, Aishah dan lain-lain lagi tak akan hadir kerana mereka tak dijemput.

Wednesday, September 26, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 5)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 5)


 (klik)

Aku sedang menolong Uncleseekers melipat selimut untuk tetamu yang akan hadir pada 29 & 30 September ini

PERJANJIAN DIANTARA SANG SAPURBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN...

 "Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak'

Almarhum Ayahanda memakai seragam Askar Melayu DiRaja

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun'

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah'

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.

Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;

jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa.

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya"

Almarhum ayahandaku bersama keluarga 1963....Aku disebelah kanan sekali.

Maka termaktubkah perjanjian dan sumpahan keturunan kami yang telah beratus tahun umur nya... Raja tak akan mngzalimi rakyat dan rakyat takkan menderhaka kepada Raja... Akan tetapi, cuba kaji kata2 Demang Lebar Daun (yg mewakili pihak Rakyat)..."Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah" Bermaksud, jika Raja itu zalim, negeri akan kucar kacir dimakan sumpahan dan berhak rakyat untuk mengambil tindakan sewajar untuk mengendalikan keadaan semula... seperti yang pernah dilakukan oleh Orang Kaya Bendahara Tun Perak, dia telah mengugut Sultan Mansur Shah untuk tidak meRajakan baginda, dan keluar meninggalakan Melaka... Mereka takkan derhaka, tapi takkan meRajakan Sultan yang ada... Tanpa Orang2 Besar nya... apakah makna menjadi Raja dikelilingi kaki ampu dan bodek...??? Rosak negeri, mudharatlah rakyat...!!!

Bukan hasrat aku mahukan tahta... itu yang paling jauh di lubuk hati, sebab aku tahu susahnya menanggung kewajipan dan tanggung-jawap selaku sorang Raja yang akan di tanya oleh Allah di Mahsyar kelak... Dosa sendiri pon dah aku tak tertanggung, inikan pula dosa sebuah negeri...??? Tak mahu... TAK MAHU...!!! Apa yang aku harapkan agar sesiapa yang memerintah benar2 adakan KASIH-SAYANG kepada hamba rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan nya, selaku mana sorang sufiah al-Fudyal menasihati Amirul Mukminun Harun al-Rashid... "Jika kamu (Raja) tidak mahu dijadikan bahan bakar Jahannam, maka anggaplah rakyat kamu yang tua selaku ibu dan bapa kamu; yang sebaya selaku adik beradik kamu, dan dan muda dan yang kecil selaku anak2 kamu... Negeri kamu negeri Islam, dan yang memerintah itu Allah SWT, dan kamulah yang di perintah"...

Sememangnya akupun khuatir jika Raja Izzuddin yang menjadi bakal Raja, sebab kekanda itu tidak dilatih dan mempunyai ciri2 yang baik untuk menjadi ketua agama... Seharusnya, ketua agama perlu memberi teladan yang baik dan murni... Seorang khalifah itu mestilah baik budi pekerti nya... Aku berdoa kehadrat Illahi agar Allah memberi sebaik2 hidayah kepada sesiapa yang akan mereajui dan duduk di atas tahta negeri Perak darul Ridzuan... Aku inginkan rakyat makmur dibawah pemerintahan yang adil dan saksama di bawah naungan ketua agama yang zuhud... Itu jer... aku sendiri tak mahu menjadi Raja... tak mahukan tahta... takder susah buat per cari susah...??? Semoga sesiapa yang menjadi Sultan memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan sebaik2 Islam... Amin ya robbil a'lamin...

Lagu nyanyian Allahyarhamah Rafeah Buang dibawah ini adalah ciptaan (lagu dan lirik) Almarhum orang tua ku sendiri

Ku Syah



Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam  
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!  
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Thursday, September 20, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)

Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Pesan Ayahandaku (Almarhum Sultan Idris) kepada kami semua 

“Jangan kawen banyak macam aku...kalau nak ikut yang lain aku tak kisah” 

Kolonel Kehormat Askar Jurutera Malaysia
Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Kata-kata hikmah Almarhum Ayahandaku 

“Aku kalau orang kaya mencari aku, aku tak heran...melainkan demer nak pangkat atau harta..tapi jika katak keredek (orang susah) mencari aku, ada ler yang tak kene, sebab aku ler tempat penghabis demer mengadu domba.” 

Ayahanda amat perihatin tentang hamba rakyat biasa. Baginda amat berat tentang nasib rakyat dan akan mencemar duli turun padang untuk mendapatkan kebenaran. Baginda suka ‘melihat sendiri’ keadaan dan dengar aduan rakyat biasa.






Sikap Almarhum Ayahandaku Almarhum kenal hamba rakyat baginda dan juga ahli kampung dan baginda sendiri akan bertanya khabar. Dia tidak suka hanya mendengar kata-kata pegawai kerajaan. Dia ingin dapat maklumat sendiri. Apabila baginda ke Hulu Perak, baginda akan mendapat info risik daripada hamba rakyat tentang pergerakan ahli komunis dan akan sampaikan kepada pegawai2 keselamatan.

Baginda memang rapat dengan hamba-hamba rakyat dan ahu segala bukit bakau, gunung ganang dan persisiran air Negeri Perak. Pegawai Daerah tak dapat nak kelentong sebab baginda tahu kedaan negeri sebenar. Baginda akan berziarah kawasan atau kampung tanpa escort atau notis kepada pegawai-pegawai istana. Baginda pernah bertitah,

“Perak negeri aku, suka hati akulah nak temu rakyat aku. Takder nyer demer nak bunuh aku (tanpa escort)...” 

Pada pendapat peribadi aku....

"Jangan harap Sultan Azlan nak buat gitu"


Pernah Sultan Azlan sewaktu baginda belum menjadi Sultan menegur Almarhum Ayahandaku kerana memiliki banyak kereta dan Istana... maka baginda menegurnya kembali, 

"Apabila kamu menduduki kerusi yang panas ini, barulah kamu tahu"... 

Dulu ngate bapak aku, sekarang ni amacam?

Keris Taming Sari terselit dipinggang Almarhum Ayahanda

Majlis Tahlil Almarhum Ayahandaku Di Sabotaj!

Majlis tahlil yang saya ingin mengadakan untuk Almarhum paduka Ayahanda serta untuk sekian Almarhum Sultan-Sultan Perak terbatal sebab ditahan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar serta anggota polis yang telah pergi ke Mesjid Kota Lama Kanan dan telah menghalang AJK mesjid dari meneruskan rancangan majlis tahlil bersama rakyat.

Mereka mengata bahawa saya perlu mendapatkan titah perkenan kebawah Duli Sultan Azlan untuk megadakan majlis tahlil untuk Almarhum Ayahanda sendiri...

 Ingin saya tahu, perlukah hamba rakyat biasa memperolehi perkenan Sultan atau pemerintah untuk mengadakan majlis tahlil, satu perkara yang baik bagi mengingati yang mati...? Akhirnya, saya beralah dan batalkan majlis tersebut... Tetapi didalam hati saya, akan saya ingat sampai mati,

 “You have insulted the memory of my father” 


Lagu di bawah ini adalah lagu kesukaan Almarhum. Tanyalah sesiapa yang seangkatan dengannya atau isteri baginda yang masih hidup. Semasa hayatnya, lagu ini akan diulang beberapa kali didalam kereta.

Ku Syah



Semua artikel diatas telah ditulis oleh  Ku Shah sendiri.


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam  
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!  
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak 
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 2)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 2)

Raja Shahruzzaman Ibni Sultan Idris Shah


Ku Shah sedang masak resepi kegemaran Bondanya kat dapur rumah aku Janda Baik sambil merapu nyanyi lagu kumpulan Santana Black Magic Woman....

Mamat anak raja ni mengadu kat aku, satu hari tu dia sesak nafas dan terus pergi Hospital besar Kuala Lumpur. Pendekkan citer dia disahkan penyakit ‘3 in 1’ (darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung) dan telah direfer ke Institut Jantung Negara tetapi Pejabat Sultan ‘lepas tangan’. Apekehe Yop?





Mamat ni menggelabah puyuh dan sedih aar sebab dia anak Sultan Idris sepatutnya bil rawatnnya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak. Last kopek kakak dia Raja Zarith yang tolong settlekan bil.

Beb, askar pencen pun kerajaan bayar kalau sakit. Lu yang anak Raja pun, Kerajaan Negeri Perak buat tak tahu. ha..ha..ha


Kak Zarith yang membantu Ku Shah menjelaskan bil rawatannya di IJN Kuala Lumpur sebanyak 131 ribu hengget. Raja Zarith adalah adinda kepada Ku Shah dari ibu yang lain (isteri pertama Almarhum Sultan Idris iaitu Raja Perempuan Mauzwin). Almarhum ada ada 9 isteri. Ku Shah adalah dari ibu yang ke 5 bernama Puan Hanizah Abdullah

Cuma satu jer nak tanya, kenapa Permaisuri Raja Zarith yang cun melecun ni takder gelaran sultanah (klik) Ermmmph....

Kitol oh kitol kenapa ko jahat sangat?


Tuanku, betul ke dakwaan keluarga Tuanku seperti diatas atau Ku Shah ni gebang jer lebih.

Ceciter...


Memanglah tak cukup elaun bulanan kerabat seribu hengget jer duduk kelompo tapi anta kena banyak bersyukur rahmat sebab rakyat marhaen langsung apa pun tarak. Nasib baik lu pandai main muzik dapatlah duit poket sikit.

Buat anak raja lain yang baca artikel ni kenalah agak-agak sikit. langit tidak selalu cerah. Jadikan pengalaman Ku Shah ini sebagai iktibar korang.


Jom layan mamat ni main 'bass'. Masa ni tahun 2007 dan dia masih hensem banyak.

Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak  
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!  
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak 
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Wednesday, September 19, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 1)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 1)

4 Januari 1963 - 31 Januari 1984



Salam semua,
Memandangkan dah lebih dua setengah bulan blog aku yang lama (uncleseekers.blogspot.com) dah tak boleh buka dan si Lahabau Peguam Kamal Hisham tu sendiri dah tulis pasal artikel Sultan Johor & kerabatnya dalam blognya sendiri (peguamkamalmenulis.blogspot.com), dengan ini secara rasminya aku tutup kedai citer pasal isu itu lagi.


Raja Shahruzzaman atau lebih senang di kenali ramai dengan panggilan Ku Shah, antara anak Sultan dalam Malaysia yang paling semikin.

Ku Shah,  dulu lu pernah jadi anak Sultan Perak selama 21 tahun. Awekz cun, kuasa, polis, duit dan segalanya lu miliki tapi hari ini Allah ambil semuanya dengan sekelip mata.

Aku juga tak sangka yang lu boleh tido dalam rumah aku, main gitar, masak kat dapur dan merapu ngan aku sampai pagi.





Kalau Allah izinkan, saya akan dedahkan sekali lagi satu isu tentang Kerabat Negeri Perak yang akan menggemparkan satu Malaya dan planet di muka bumi ini.

Sebelum tu, adalah lebih baik korang baca dulu secara ringkasan citer pasal kerabat negeri Perak seperti blog dibawah supaya mudah nak faham nanti

Siapalah mamat yang suka suki pakai nama aku ni. Hentam lah Labu. Buatlah apa yang korang suka demi mencari kebenaran dimuka bumi yang sementara ini

Letaklah gambar yang senonoh sikit kalau nak pakai nama aku pun. Adussss...Ko ni sapa ek?

www.facebook.com/KitaSemuaUncleseekers
Beb, memandangkan aku dah tutup akaun facebook aku, hanya sebulan sekali sahaja aku jengah artikel yang ko tulis itupun kalau teringin sangat nak baca. Sebaiknya jangan bergaduh dengan komen sorang dua yang merapu tu. Mungkin satu hari nanti dia akan menjadi sahabat baik kita? Dan lagi satu, jangan terlalu panazzz nanti takut hangus...

Salah satu blog yang mencari kebenaran. Antara blog yang membela aku ketika aku ditahan. Mekasih banyak-banyak bro. 



Lagu ini bayangan hidup Ku Shah.


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak 
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti... 
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

 Balai Polis Gelang Patah

Yeaaa....ramadhan, rayer dan semua open house yang dijemput dikira settle. Mana-mana jemputan yang aku tak dapat pergi rumah korang aku minta maap banyak-banyak. Sori ek.

Wokay, kita sambung balik citer.

Kat lokap Gelang Patah, aku lepak 3 hari 2 malam. Check in khamis petang dan check out Sabtu pagi.

Dalam tu ada 2 bilik, satu ruang kecil, sederhana dan bilik air yang berdinding tapi takder pintu. Masa masuk tu tak sampai 7 orang kalau tak silap. Yang menarik perhatian aku adalah mengenai 3 orang yang dituduh bawah LLKP (langkah-langkah pencegahan khas), seorang rakyat Bangladesh dan seorang berbangsa India yang bekerja sebagai jurutera. Yang lain-lain tu aku tak amik port sangat. Mungkin masa aku tulis ni samada mereka bertiga ni samada mereka di buang daerah atau kat simpang renggam atau pun dibebaskan terus aku pun tak pasti! Dia orang masuk dalam pasal kes jual dadah.

Bro, kalau lu terbaca artkikel ni dan ada tersilap fakta tolong maklum kat peti komen. Maklumlah umur aku dah banyak.

 Yang salah seorang dari mereka bertiga ni (LLKP)citer kat aku (tak taulah samada betul atau tidak) dulu memang jual dadah (ice). Pada mulanya dia hanya guna untuk kegunaan sendiri tetapi memandangkan benda alah tu mahal, dia menjual dan isap sekali. Dua dalam satu. Lama-lama dia berhenti isap dan hanya menjual sahaja. Dia ada target untuk kumpul duit sebanyak yang mungkin untuk membeli rumah, kenderaan dan buka perniagaan. Bila impian tercapai dia pun berhenti menjual dan memberi tumpuan pada perniagaannya. Tapi selepas setahun atau 2 tahun kemudiannya dia ditahan selama 60 hari dalam lokap.

Penjara Simpang Renggam

Dia orang ni pun ada gak buat lawak cakap yang maksud LLKP tu boleh juga digunapakai sebagai lama lama punya kes atau lambat laun pun kena atau lagi lambat pun kena

Aku ada maklum padanya kalau semuanya dah ok balik cari modal dari sumber yang halal. Lagipun duit dari hasil titik peluh yang kita cari pun susah kita nak simpan apatah lagi dengan duit panas sebegini.

Walaupun umur aku hampir separuh abad, aku dah nampak depan mata sendiri, orang yang suka makan duit ‘panas’ ni secara luarannya samada kita nampak ok tapi sebenarnya banyak sangat penyakit yang mereka hadapi (luaran dan dalaman) ataupun famili mereka mesti ada sedikit ‘serabut’ (samada anak atau bini dia orang mesti murabbal!) sebab makanan yang dimasuk dalam perut mereka akan menjadi darah daging.

Selepas sekitar 2 jam aku check in, semasa aku duduk interview beberapa OKT dalam tu, tetiba aku dengar suara orang memanggil nama aku. Bila aku toleh jer rupa-rupanya pegawai polis yang menahan aku kat Tol Senawang, Supritendent Noor Hashim Mohammad bertanya pada aku dengan nada yang lembut.

Supritendent Noor Hashim Mohamad
OCPD Nusajaya
Pendapat peribadi aku sendiri (perhatikan jarak antara dua belah mata dan bentuk mulutnya), kalau mamat ni diberi tanggungjawab tanpa tekanan dari mana-mana pihak, dia boleh pergi jauh dalam kerjayanya. Dia ni jenis manusia yang tak suka buat kerja kelam-kabut! Dia ni muka dia jer ganaz tapi sangat berhati-hati membuat keputusan. 
Kesempatan ini, saya nak pesan sikit kat abang, tiada kuasa dalam dunia ni yang boleh mengatasiNYA. Jalankan tugas dengan adil kerana kita akan dipersoalkan diSANA nanti.

 “Syed dah makan?” 

Aku pun menjawab sambil mencari siapakah makhluk yang memanggil nama aku

“Dah bang...”

Dalam hati aku berkata.

“Macamana mamat ni boleh ada kat sini?” 

Masa tu kalau tak silap ada macam sedikit majlis yang dia buat. Masa aku baru sampai tu aku nampak macam ada beberapa basikal lumba kat luar balai tu.

Pendekkan cerita, bila aku dah keluar baru aku tahu mamat ni rupa-rupanya OCPD Nusajaya. Orangnya sukar untuk senyum tapi sekali senyum macam Jamal Abdillah! He he. Dont worry bang, saya tak kecil hati sebab semua perkara yang dilakukan kerana menurut arahan cuma tangkapan yang dibuat terhadap saya dan ada dua tiga perkara tidak mengikut spesifikasi dalam Akta Polis (kalau ada jodoh kita jumpa nanti saya citer). Tapi..standard arr bang...bila kita buat kerja kena tekan kaw kaw dengan si Kitol dan tangan ghaib, banyak benda yang terbarai. Hu..hu...camner pun, ianya telah menjadi SEJARAH untuk anak cucu kita baca dan buat kajian nanti.

Bersambung...(Part 7 - tutup kedai)

Part 1


:(