Followers

Thursday, January 24, 2019

Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?

Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?



Salam

Dah hampir 5 bulan aku tak menulis panjang lebar. Kalau menulis pun yang pendek-pendek je sebab aku tengah sibuk mengkaji.

Mengkaji apa? Baca sampai habis dulu

Isu yang aku tulis kali ni agak sensitif dan mesti banyak orang tak puas hati! Sukatilah..

Hari-hari kita ucap Amin atau Amen. Betul tak? Tapi adakah kita tahu maksud sebenarnya?

Aku memang suka mengkaji sejak dari kecik. Tak kira lah apa pun aku memang suka mengkaji dari perangai manusia, haiwan, makhluk halus dan ciptan tuhan yang lain-lain.

Aku memang tak suka mengikut membabi buta apa orang lain buat sebab Allah beri manusia otak (minda) suruh berfikir atau mengkaji.

Ada 16 ayat Allah sebut tentang MINDA! Allah suruh guna minda..
(2:179), (2:197), (2:269), (3:7), (3:190), (5:100), (12:111), (13:19), (14:52), (38:29), (38:43), (39:9), (39:18), (39:21), (40:54), (65:10)

 Aku hanya ikut apa yang Allah suruh je. Sebab Allah yang cipta segala-galanya termasuk syurga dan neraka. Kuasa semua kat tangan DIA. Kalau manusia yang berkuasa nak menzalimi kita nak buat macamana. Terpaksalah kita menderita sementara..Tapi..bantuan dari DIA pasti tiba..

"Ikutlah apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan jangan ikut wali-wali (sahabat-sahabat) selain daripada Dia; sedikit sekali kamu mengingati." 7:3. 

Aku gerenti korang tak kan JUMPA perkataan AMIN atau AMEN dalam Quran. Sampai kiamat tak akanjumpa,

Samalah macam perkataan AKBAR yang selalu kita sebut setiap hari pun tak ada dalam Quran. Dalam Asmaul Husna pun tak tersenarai. ELEK! Allah tidak pernah beri kuasa pada sesiapapun dalam dunia ini sejak awal ciptaanNYA menamakan nama DIA selain dalam Quran! Tak percaya?

Sila baca dan kaji (7:180). (17:110), (7:71), (12:40), (53:23). Lain kali je kita cerita pasal bab ini.

Sori, terlajak pula bab Amin atau Amen

Selain dari Abu Hurairah, perkataan Amin atau Amen hanya ada dalam BIBLE sahaja!

Kita telah dididik dari kecil sahutan amin yang kita baca akan yang beriringan dengan sahutan amin malaikat, maka dosa-dosanya yang lalu akan dihapuskan. Betulke?

Perintah untuk menyebut amin di akhir doa tidak ditemukan di dalam al-Qur’an.

AlQuran yang dibawa oleh Nabi Muhammad  memaparkan kepada kita sebuah penutup doa para ahli syurga iaitu "Alhamdulillahirabbil aalamiin".

“…Dan akhir seruan mereka: ‘Segala puji bagi Allah, Pemelihara semesta alam’.” (10:10)

Begitu pula dengan ucapan para malaikat, tidak ada keterangan al-Qur’an yang mengesahkan bahwa para malaikat ucapkan amin. Kalimat yang diucapkan oleh para malaikat di sisi Allah tidak lain dari "Alhamdulillahirabbil aalamiin" juga.

”Dan kamu akan lihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.".” (39:75)

Itu baru sikit..lek aar

Sambil korang baca pengalaman aku sekejap pasal bab kaji mengkaji ni kita layan sikit lagu Tom Jones "I'll Never Fall In Love Again". Antara lagu kegemaran arwah ibuku.

Mak..


Produk Manja

Dipendekkan cerita, aku meniaga produk yang berkaitan dengan tubuh wanita tahun 1999 (produk manja). Produk ni meletup sampai dapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record.

Terima kasih pada mantan isteri Mardziyaton Darus dan adik angkat aku Hasniza Ibrahim atau dikenali sebagai Jai Top.

National Record The Malaysia Book Of Records This is to certify that Woman Aspirations Sdn Bhd Is listed in The Malaysia Book Of Records to conduct First Safety Test Of Feminine Hygiene And Vaginal Lubricant On Human Products : Manja Feminine Hygiene & Manja Harmony Cream Plus (with / without fragrance) Duration of experiment : May, 21, 2001 – July 4, 2001 Danny Ooi Founder This certificate was issued on Februrary 28, 2002 (klik)

a.First pack and can drink exclusive for married women and first to produced money back guarantee scheme (Manja Date Drink Plus and Manja Minuman Botani Jarum Emas) b.First botanical drink packed in metalized (Manja Minuman Botani Jarum) c.First feminine hygiene wash special formulated for virgin, pregnant women and post pregnancy (Sweet Girl, Sweet Lady and Sweet Mom) d.Set Bersalin with VCD e.Bunga Rampai fragrance in spray (klik)

Yelah..perempuan mana yang tak nak faraj berbau harum dan ketat

Sampai Produk Manja ni dituduh lucah dan disarankan boikot!

Mursyidul Am Pas, Allahyarham YAB Dato' Nik Aziz bin Nikmat seperti yang disiarkan oleh lidah rasmi Pas bertarikh 18-31 Mac 2000 (klik)



Manja Minuman Kurma dengan Manjakani (klik).Ketat dan rapat. 
Jaminan wang dikembalikan


Set Bersalin Manja (klik)



Manja Pembersih Haruman Wanita (klik)
Haruman strawberi melekat kat seluar dalam sampai 3 jam. Produk ni memang power!
Semua produk Manja ada jaminan RM1 juta 

Produk untuk pelawak senario dan juga kumpulan nasyid Raihan pun aku buat juga. Terima kasih Mardzilinda Darus

Selipar Rekabentuk Capal Nabi

Jodoh perkahwinan aku tak panjang. Lepas tu aku meniaga capal rekabentuk nabi.

Rekebentuk capal nabi ni aku perhati sejak aku kecik lagi tergantung kat depan pintu rumah. Bapak aku orang yang pertama sekali dalam Malaysia ni yang cetak poster rekabentuk capal nabi Muhammad. Kalau tak silap tahun 1976 atau 1977.

Adek aku Syed Muhammad Fuaad yang uruskan meniaga ni tahun 2013. Aku suruh dia cari bukti sampai ke Mesir untuk mencari kesemua rekabentuk capal yang nabi pernah pakai. (klik)

Dia juga yang dapatkan kesemua surat sokongan dan pengesahan dari pelbagai mufti diMalaysia (klik) dan beberapa persatuan Ulamak Indonesia (klik)

Rekabentuk capal Nabi (klik)

Nasib tak menyebelahi kami. Orang tak bayar hutang. Berjuta beb! Tutup kedai. Allah lebih mengetahui..pasti ada hikmahnya


Program Seekers di NTV7 (musim pertama dan kedua saja)

Program Seekers

Aku memang minat sangat dengan kajian paranormal!

Hasil kajian dengan beberapa kumpulan pengkaji paranormal, aku jumpa boss ntv7 pada tahun 2004. Tak silap aku nama dia Puan lola. Dia cadangkan nama program SEEKERS. Nama SEEKERS tu nama kumpulan kami. Ada plak sorang dua mamat dalam stesen tu sudah sailang projek aku. Takpelah beb..

Lepas tu NTV7 ada masalah kewangan...

Datuk Khairul Anwar Salleh 

Khai (Boss besar Astro sekarang) minta aku jumpa dia tahun 2007 kalau tak silap suruh aku buat satu program paranormal untuk Astro. Masa tu aku tengah sibuk uruskan Salim yang baru jatuh ketika buat rakaman. Sampai sekarang aku tak contact bro Khai ni

Salim jatuh tahun 2007. Koma 3 bulan. Kami jaga dia sampai tahun 2012. Daripada lumpuh sehinggalahlah boleh berjalan. Amik masa 3 bulan juga untuk pulih selepas koma walupun tak pulih 100%

Kajian paranormal meliputi jenglot, pukulan batin, bigfoot, bomoh, santau, makhluk halus dan lain-lain. Sampilah sekarang aku masih lagi mengkaji

Kajian Bigfoot (klik)

Kajian Ilmu Bathin (klik)

Kajian tentang santau



Kajian tentang bomoh temberang. Bomoh tu punya marah dan panas hati kat aku sebab aku bongkar penipuan dia, sanggup fitnah aku menyamar jadi polis. Allah Maha Kaya..akhirnya orang Korea bongkar sampai tercirit...

Kajian Jenglot (klik)












Kajian untuk ternakan selama 3 tahun dah selesai. Terima kasih pada Siti Nadhirah, Irfan, Dzoul dan anak-anak Tahfiz

Makanan Bokashi dan Unggas

Kemudian aku dengan team aku bersama-sama dengan anak-anak yatim dan anak-anak tahfiz mengkaji tentang tumbuhan dan ternakan plak

Pelbagai spesis ayam, itik, burung puyuh, ayam belanda, angsa dan juga kuda kami kaji untuk menghasilkan makanan bokashi untuk ternakan ini supaya bau tinja haiwan ni dapat dikurangkan sehingga 80% dan daging yang kita makan pun memang paling sedap. Bukan puji diri sendiri tapi memang kenyataan sebenarnya (klik) (klik) (klik)


Sambung balik pasal tajuk Amen/Amin

Ini bukti perkataan Amin atau Amen berasal dari Bible.


Lalu Ezra memuji TUHAN, Allah yang maha besar, dan semua orang menyambut dengan:“Amin, amin!”, … (Neh. 8:7) (klik)

Uzair atau Ezra, yang namanya disebut di dalam al-Qur'an

"Orang-orang Yahudi berkata, "Uzair ialah putera Allah" (9:30).

Mamat Uzair atau Ezra ni tidak disenaraikan sebagai Nabi di dalam Kitab Allah. Dia ni adalah seorang ulama Yahudi yang hidup kira-kira seribu tahun selepas Nabi Musa.

Namun, ajaran agamanya masih diikuti hingga ke hari ini. Ajarannya pula didapati bertentangan dengan ajaran Nabi Musa. Sebagai contoh, dia telah mengharamkan orang-orang Yahudi berkahwin dengan orang-orang yang bukan Yahudi.

Ajaran lain seperti hukuman rejam batu ke atas pesalah hingga mati, buang negeri, merampas harta benda, dan penjara, kerana dikatakan melanggar hukum agama, adalah dipercayai telah dimulakan oleh pentadbir agama palsu yang agung ini.


"Ezra ini berangkat pulang dari Babil. Ia adalah seorang ahli kitab, mahir dalam Taurat Musa yang diberikan Tuhan, Allah Israel," (Ezra 7:6)

Amen/Amin bergema..

Kita pun biasa menonton atau dengar samada melalui filem atau bila melalui gereja, sahutan amen/amin dalam upacara kebaktian gereja

Kalau kita bandingkan dengan sahutan amin dalam solat jamaah memang terasa kesamaan gaya sahutannya.

Kata amin/amen disuarakan dengan nada yang khas secara serentak sehingga menimbulkan gema yang cukup dalam dan panjang.



Catholic Encyclopedia vol. 1 1907 (klik) menyebutkan bahwa kata amen/amin sebagaimana yang digunakan pada acara kebaktian di gereja adalah berasal dari bahasa Ibrani (Yahudi).

“The word Amen is one of a small number of Hebrew words which have been imported unchanged into the liturgy of the Church ... 'So frequent was this Hebrew word in the mouth of Our Saviour', observes the catechism of the Council of Trent, "that it pleased the Holy Ghost to have it perpetuated in the Church of God.”

Maksud Amen/Amin

Amen, atau oleh orang Arab dan Melayu disebut amin, secara harfiah bererti "dipercayai". Dalam penggunaannya kemudian, kata amen/amin digunakan untuk mengekspresikan harapan terkabulnya permintaan. Ekspresi tersebut sama dengan ungkapan "mudah-mudahan" dan kita merasa tak ada masalah untuk ucapkannya walaupun ia tidak diajar di dalam al-Quran.

Berhubung sebutan amen/amin yang tidak pernah diajarkan Allah ini biasa digunakan di dalam solat mahupun doa, sebaiknya kita harus bersikap lebih kritis dan berhati-hati dalam persoalan ini.

Benarkah amen/amin hanya sebuah ungkapan yang bererti mudah-mudahan?

Bila kita kaji, baca atau periksa Bible, maka akan kita akan jumpa  amen/amin bukanlah sekadar sebuah ungkapan.

Amen/amin adalah sebuah NAMA!

"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaah di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah" (Why. 3:14) (klik)

"We ask this in Thy Name, Amen" "We praise Thy Name, Amen" "We ask this in the Name which is above every Name, Amen" "Praise the Lord" - with the communal response: Amen " (klik)


Nama amen/amin sebagaimana yang digemakan oleh umat Islam, Kristian, dan Yahudi di masjid-masjid, gereja-gereja, dan sinagog-sinagog sinonim dengan ungkapan Aum (dibaca: Om) yang digunakan oleh umat Hindu dan Buddha di dalam doa dan ibadat mereka.

Aum adalah suara pertama di alam semesta?


Maitri Upanishad 

Di dalam Maitri Upanishad (klik) dikatakan bahawa Aum adalah suara pertama di alam semesta. (klik) Pernyataan di dalam Maitri Upanishad tersebut selaras dengan Bible yang mengatakan bahawa yang pertama adalah "kata".

Maitri Upanishad

"Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah." (Yoh. 1:1)

Terjemahan Bible bahasa Inggeris versi King James, frasa "pada mulanya adalah Firman" pada pasal di atas berbunyi "In the beginning was the Word". Pada mulanya adalah kata.

Bible bab Wahyu pasal 3:14, "kata" yang didakwa sebagai permulaan ciptaan Tuhan bahkan sebagai Tuhan itu sendiri adalah amen/amin /aum.

Sekarang kita mungkin dah faham sikit-sikit bahawa amen/amin/aum adalah sebuah nama.

Tapi, nama siapa?

Dewa berhala bangsa Mesir kuno?




Columbia Encyclopedia, 6th Edition 2001 (klik) memaklumkan bahawa Amen adalah salah satu trinitas dewa berhala bangsa Mesir kuno. Amen sempat jadi dewa yang paling berkuasa di Mesir dan kedudukannya diidentitikan sebagai dewa Zeus bangsa Yunani.


"Amun or Amen, Egyptian deity. He was originally the chief god of Thebes; he and his wife Mut and their son Khensu were the divine Theban triad of deities. Amon grew increasingly important in Egypt, and eventually he (identified as Amon Ra; see Ra) became the supreme deity. He was identified with the Greek Zeus (the Roman Jupiter). (klik)




Amon 's most celebrated shrine was at Siwa in the Libyan desert; the oracle of Siva later rivaled those of Delphi and Dodona. He is frequently represented as a ram or as a human with a ram 's head. "

Proses penyerapan nama berhala Mesir purba ke dalam bahasa Ibrani (Yahudi) pasti berlangsung ketika bangsa Yahudi jadi budak raja-raja Mesir pada era dinasti ke XVIII dan dinasti ke XIX "Kerajaan Baru" sekitar tahun 1570 SM hingga 1225 SM.

Pada tempoh itu dewa utama bangsa Mesir adalah Amen, yang kemudian seiring dengan pengaruhnya yang semakin besar digelar sebagai dewa matahari ("Ra").

Firaun

Merujuk kepada al-Quran, kita mengetahui bahawa raja-raja Mesir (para Firaun) memang menanamkan keyakinan bahawa diri mereka adalah Tuhan. Tidak menghairankan kalau kemudian kita dapati adanya usaha untuk meletakkan amen/amin/aum ini sebagai entiti "Tuhan" misalnya menganggap bahawa ia adalah awal mula segala sesuatu.

"Dan Firaun berkata, 'Wahai pembesar-pembesar, aku tidak tahu bahawa kamu mempunyai Tuhan selain dari aku'!" (28:38)

Walaupun pada akhirnya kaum Yahudi dibebaskan di bawah pimpinan Nabi Musa, kecenderungan mereka pada berhala masih sangat menebal.

Kecenderungan tersebut menjelaskan mengapa nama berhala Mesir masih tetap melekat pada lidah mereka.

"Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka empunya. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka empunya." Berkatalah dia (Musa), 'Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh'. "(7:138)

Huraian "Catholic Encyclopedia vol. 1 1907 "kaitan antara kata amen/amin yang biasa dilaungkan oleh umat Islam, Kristian, dan Yahudi, dengan mantra-mantra magis bangsa Mesir.

Adakah ini kebetulan? Oh tidak sama sekali..

"Finally, we may note that the word Amen occurs not infrequently in early Christian inscriptions, and that it was often introduced into anathemas and Gnostic spells. Moreover, as the Greek letters which form Amen according to their numerical values ​​total 99 (alpha = 1, mu = 40, epsilon = 8, nu = 50), this number often appears in inscriptions, especially of Egyptian origin, and a sort of magical efficacy seems to have been attributed to this symbol. It should be mentioned that the word Amen is still employed in the ritual both of Jews and Mohammedans. " (klik)

Aum (dibaca: Om) secara am juga dikenali sebagai sebuah mantra agung yang digemakan berulang-ulang dalam perlakuan spiritual.



"Let him recite the Gayatri Mantra prefixed with the mystic syllable Om, the mother of all the Vedic mantras" (Garuda Purana) (klik)

Kita pasti tak setuju adanya kaitan antara ucapan amen/amin dengan Amen si dewa berhala dengan beri alasan bahawa secara semantik ucapan amen/amin mempunyai erti tersendiri iaitu "dipercayai".

Nawaitu

Kita mungkin tidak ada 'nawaitu' untuk menyeru patung batu  dalam doa dan ibadahnya.

Ok tak ada hal. Aku ajak korang teliti ayat-ayat al-Quran yang menghuraikan tentang "sesuatu yang diseru selain Allah", dan kemudian membandingkannya dengan hipotesis yang menyatakan bahawa seruan amen/amin ditujukan kepada berhala.

"Dan siapakah lebih sesat daripada orang yang seru selain daripada Allah, yang tidak akan sahut dia hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?" (46:5)

"Dan jangan seru tuhan yang lain berserta Allah, tidak ada Tuhan selain Dia ..." (28:88)

"Bahawasanya masjid-masjid adalah kepunyaan Allah, maka janganlah menyeru kepada selain Allah di dalamnya" (72:18)

Sila baca kembali surat 46:5 di atas, Allah tetap melabel "sesat" walaupun kita tak sedar (lalai) terhadap seruannya.

Menyeru selain dari Allah adalah  dosa yang tidak akan diampuni oleh Allah.

"Katakanlah, 'Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu yang kamu seru selain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka ciptakan di bumi, atau adakah untuk mereka satu sekutu di langit ?'..." (QS 35:40)

Dewa yang tersembunyi



Teks-teks peninggalan Mesir kuno menuliskan bahawa makna nama Amen diidentitikan dengan "tersembunyi" / "tidak kelihatan". Dalam anggapan pemujaan kepada dewa Amen dikatakan bahawa dia "tersembunyi dari anak-anaknya", dan "tersembunyi dari dewa-dewa dan manusia".


Rupa-rupanya tekad Amen untuk menobatkan dirinya sebagai "tuhan yang tersembunyi" telah pun berhasil. Ribuan tahun umat dari agama-agama besar dunia memanggil-manggil namanya tanpa pernah mereka sedari.


Amen dengan sangat rapi tersembunyi di balik lembaran-lembaran doktrin agama sebagaimana virus komputer membenam di dalam litar hard disk.

Betapa agungnya Allah yang telah turunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan menjaganya dari segala bentuk penyelewengan.

Mereka yang berpegang teguh kepada al-Quran akan terhindar dari menyeru amen/amin kerana hal demikian memang tidak pernah diajarkan di dalamnya.

Adakah Umat ​​Islam yang menyeru amen/amin hanyalah mereka yang tinggalkan al-Quran dan menggantikannya dengan kitab hadis yang kitab ini tidak dikenali langsung oleh Nabi Muhammad, mahupun oleh lima generasi awal umat Islam.

Adakah kita semua sudah terlambat?

Mohon pihak yang bertanggungjawab buat kajian lebih terperinci...

Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?

UncleSeekers
Seek The Truth
uncleseekers2@gmail.com

4 comments:

Anonymous said...

terbuktilah, gila ada 99 kategori.

herman adnan said...

benar lah Kebenaran itu PAHIT

Anonymous said...

http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1006-al-kafi-540-bacaan-amin-selepas-al-fatihah..

bagaimana dgn pendapat mufti ni, uncle?
-Mat coma-

Anonymous said...

Kebenaran tetap teserlah_walaupun satu ketika disembunyikan diputarbelitkan.Sebutan ameen lepas alfatehah ternyata spt menambah ayat DLM alquran.Adakah surah alfatehah belum cukup sempurna ayat2nya Dari Allah swt.sehingga perlu ditokoktambah ayatnya._BukanUstaz