Followers

Thursday, September 20, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 3)

Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Pesan Ayahandaku (Almarhum Sultan Idris) kepada kami semua 

“Jangan kawen banyak macam aku...kalau nak ikut yang lain aku tak kisah” 

Kolonel Kehormat Askar Jurutera Malaysia
Sultan Idris Shah Almarhum Afiffullah

Kata-kata hikmah Almarhum Ayahandaku 

“Aku kalau orang kaya mencari aku, aku tak heran...melainkan demer nak pangkat atau harta..tapi jika katak keredek (orang susah) mencari aku, ada ler yang tak kene, sebab aku ler tempat penghabis demer mengadu domba.” 

Ayahanda amat perihatin tentang hamba rakyat biasa. Baginda amat berat tentang nasib rakyat dan akan mencemar duli turun padang untuk mendapatkan kebenaran. Baginda suka ‘melihat sendiri’ keadaan dan dengar aduan rakyat biasa.






Sikap Almarhum Ayahandaku Almarhum kenal hamba rakyat baginda dan juga ahli kampung dan baginda sendiri akan bertanya khabar. Dia tidak suka hanya mendengar kata-kata pegawai kerajaan. Dia ingin dapat maklumat sendiri. Apabila baginda ke Hulu Perak, baginda akan mendapat info risik daripada hamba rakyat tentang pergerakan ahli komunis dan akan sampaikan kepada pegawai2 keselamatan.

Baginda memang rapat dengan hamba-hamba rakyat dan ahu segala bukit bakau, gunung ganang dan persisiran air Negeri Perak. Pegawai Daerah tak dapat nak kelentong sebab baginda tahu kedaan negeri sebenar. Baginda akan berziarah kawasan atau kampung tanpa escort atau notis kepada pegawai-pegawai istana. Baginda pernah bertitah,

“Perak negeri aku, suka hati akulah nak temu rakyat aku. Takder nyer demer nak bunuh aku (tanpa escort)...” 

Pada pendapat peribadi aku....

"Jangan harap Sultan Azlan nak buat gitu"


Pernah Sultan Azlan sewaktu baginda belum menjadi Sultan menegur Almarhum Ayahandaku kerana memiliki banyak kereta dan Istana... maka baginda menegurnya kembali, 

"Apabila kamu menduduki kerusi yang panas ini, barulah kamu tahu"... 

Dulu ngate bapak aku, sekarang ni amacam?

Keris Taming Sari terselit dipinggang Almarhum Ayahanda

Majlis Tahlil Almarhum Ayahandaku Di Sabotaj!

Majlis tahlil yang saya ingin mengadakan untuk Almarhum paduka Ayahanda serta untuk sekian Almarhum Sultan-Sultan Perak terbatal sebab ditahan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar serta anggota polis yang telah pergi ke Mesjid Kota Lama Kanan dan telah menghalang AJK mesjid dari meneruskan rancangan majlis tahlil bersama rakyat.

Mereka mengata bahawa saya perlu mendapatkan titah perkenan kebawah Duli Sultan Azlan untuk megadakan majlis tahlil untuk Almarhum Ayahanda sendiri...

 Ingin saya tahu, perlukah hamba rakyat biasa memperolehi perkenan Sultan atau pemerintah untuk mengadakan majlis tahlil, satu perkara yang baik bagi mengingati yang mati...? Akhirnya, saya beralah dan batalkan majlis tersebut... Tetapi didalam hati saya, akan saya ingat sampai mati,

 “You have insulted the memory of my father” 


Lagu di bawah ini adalah lagu kesukaan Almarhum. Tanyalah sesiapa yang seangkatan dengannya atau isteri baginda yang masih hidup. Semasa hayatnya, lagu ini akan diulang beberapa kali didalam kereta.

Ku Syah



Semua artikel diatas telah ditulis oleh  Ku Shah sendiri.


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam  
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!  
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak 
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 2)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 2)

Raja Shahruzzaman Ibni Sultan Idris Shah


Ku Shah sedang masak resepi kegemaran Bondanya kat dapur rumah aku Janda Baik sambil merapu nyanyi lagu kumpulan Santana Black Magic Woman....

Mamat anak raja ni mengadu kat aku, satu hari tu dia sesak nafas dan terus pergi Hospital besar Kuala Lumpur. Pendekkan citer dia disahkan penyakit ‘3 in 1’ (darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung) dan telah direfer ke Institut Jantung Negara tetapi Pejabat Sultan ‘lepas tangan’. Apekehe Yop?





Mamat ni menggelabah puyuh dan sedih aar sebab dia anak Sultan Idris sepatutnya bil rawatnnya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak. Last kopek kakak dia Raja Zarith yang tolong settlekan bil.

Beb, askar pencen pun kerajaan bayar kalau sakit. Lu yang anak Raja pun, Kerajaan Negeri Perak buat tak tahu. ha..ha..ha


Kak Zarith yang membantu Ku Shah menjelaskan bil rawatannya di IJN Kuala Lumpur sebanyak 131 ribu hengget. Raja Zarith adalah adinda kepada Ku Shah dari ibu yang lain (isteri pertama Almarhum Sultan Idris iaitu Raja Perempuan Mauzwin). Almarhum ada ada 9 isteri. Ku Shah adalah dari ibu yang ke 5 bernama Puan Hanizah Abdullah

Cuma satu jer nak tanya, kenapa Permaisuri Raja Zarith yang cun melecun ni takder gelaran sultanah (klik) Ermmmph....

Kitol oh kitol kenapa ko jahat sangat?


Tuanku, betul ke dakwaan keluarga Tuanku seperti diatas atau Ku Shah ni gebang jer lebih.

Ceciter...


Memanglah tak cukup elaun bulanan kerabat seribu hengget jer duduk kelompo tapi anta kena banyak bersyukur rahmat sebab rakyat marhaen langsung apa pun tarak. Nasib baik lu pandai main muzik dapatlah duit poket sikit.

Buat anak raja lain yang baca artikel ni kenalah agak-agak sikit. langit tidak selalu cerah. Jadikan pengalaman Ku Shah ini sebagai iktibar korang.


Jom layan mamat ni main 'bass'. Masa ni tahun 2007 dan dia masih hensem banyak.

Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak  
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!  
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak 
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Wednesday, September 19, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 1)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 1)

4 Januari 1963 - 31 Januari 1984



Salam semua,
Memandangkan dah lebih dua setengah bulan blog aku yang lama (uncleseekers.blogspot.com) dah tak boleh buka dan si Lahabau Peguam Kamal Hisham tu sendiri dah tulis pasal artikel Sultan Johor & kerabatnya dalam blognya sendiri (peguamkamalmenulis.blogspot.com), dengan ini secara rasminya aku tutup kedai citer pasal isu itu lagi.


Raja Shahruzzaman atau lebih senang di kenali ramai dengan panggilan Ku Shah, antara anak Sultan dalam Malaysia yang paling semikin.

Ku Shah,  dulu lu pernah jadi anak Sultan Perak selama 21 tahun. Awekz cun, kuasa, polis, duit dan segalanya lu miliki tapi hari ini Allah ambil semuanya dengan sekelip mata.

Aku juga tak sangka yang lu boleh tido dalam rumah aku, main gitar, masak kat dapur dan merapu ngan aku sampai pagi.





Kalau Allah izinkan, saya akan dedahkan sekali lagi satu isu tentang Kerabat Negeri Perak yang akan menggemparkan satu Malaya dan planet di muka bumi ini.

Sebelum tu, adalah lebih baik korang baca dulu secara ringkasan citer pasal kerabat negeri Perak seperti blog dibawah supaya mudah nak faham nanti

Siapalah mamat yang suka suki pakai nama aku ni. Hentam lah Labu. Buatlah apa yang korang suka demi mencari kebenaran dimuka bumi yang sementara ini

Letaklah gambar yang senonoh sikit kalau nak pakai nama aku pun. Adussss...Ko ni sapa ek?

www.facebook.com/KitaSemuaUncleseekers
Beb, memandangkan aku dah tutup akaun facebook aku, hanya sebulan sekali sahaja aku jengah artikel yang ko tulis itupun kalau teringin sangat nak baca. Sebaiknya jangan bergaduh dengan komen sorang dua yang merapu tu. Mungkin satu hari nanti dia akan menjadi sahabat baik kita? Dan lagi satu, jangan terlalu panazzz nanti takut hangus...

Salah satu blog yang mencari kebenaran. Antara blog yang membela aku ketika aku ditahan. Mekasih banyak-banyak bro. 



Lagu ini bayangan hidup Ku Shah.


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak 
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti... 
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

 Balai Polis Gelang Patah

Yeaaa....ramadhan, rayer dan semua open house yang dijemput dikira settle. Mana-mana jemputan yang aku tak dapat pergi rumah korang aku minta maap banyak-banyak. Sori ek.

Wokay, kita sambung balik citer.

Kat lokap Gelang Patah, aku lepak 3 hari 2 malam. Check in khamis petang dan check out Sabtu pagi.

Dalam tu ada 2 bilik, satu ruang kecil, sederhana dan bilik air yang berdinding tapi takder pintu. Masa masuk tu tak sampai 7 orang kalau tak silap. Yang menarik perhatian aku adalah mengenai 3 orang yang dituduh bawah LLKP (langkah-langkah pencegahan khas), seorang rakyat Bangladesh dan seorang berbangsa India yang bekerja sebagai jurutera. Yang lain-lain tu aku tak amik port sangat. Mungkin masa aku tulis ni samada mereka bertiga ni samada mereka di buang daerah atau kat simpang renggam atau pun dibebaskan terus aku pun tak pasti! Dia orang masuk dalam pasal kes jual dadah.

Bro, kalau lu terbaca artkikel ni dan ada tersilap fakta tolong maklum kat peti komen. Maklumlah umur aku dah banyak.

 Yang salah seorang dari mereka bertiga ni (LLKP)citer kat aku (tak taulah samada betul atau tidak) dulu memang jual dadah (ice). Pada mulanya dia hanya guna untuk kegunaan sendiri tetapi memandangkan benda alah tu mahal, dia menjual dan isap sekali. Dua dalam satu. Lama-lama dia berhenti isap dan hanya menjual sahaja. Dia ada target untuk kumpul duit sebanyak yang mungkin untuk membeli rumah, kenderaan dan buka perniagaan. Bila impian tercapai dia pun berhenti menjual dan memberi tumpuan pada perniagaannya. Tapi selepas setahun atau 2 tahun kemudiannya dia ditahan selama 60 hari dalam lokap.

Penjara Simpang Renggam

Dia orang ni pun ada gak buat lawak cakap yang maksud LLKP tu boleh juga digunapakai sebagai lama lama punya kes atau lambat laun pun kena atau lagi lambat pun kena

Aku ada maklum padanya kalau semuanya dah ok balik cari modal dari sumber yang halal. Lagipun duit dari hasil titik peluh yang kita cari pun susah kita nak simpan apatah lagi dengan duit panas sebegini.

Walaupun umur aku hampir separuh abad, aku dah nampak depan mata sendiri, orang yang suka makan duit ‘panas’ ni secara luarannya samada kita nampak ok tapi sebenarnya banyak sangat penyakit yang mereka hadapi (luaran dan dalaman) ataupun famili mereka mesti ada sedikit ‘serabut’ (samada anak atau bini dia orang mesti murabbal!) sebab makanan yang dimasuk dalam perut mereka akan menjadi darah daging.

Selepas sekitar 2 jam aku check in, semasa aku duduk interview beberapa OKT dalam tu, tetiba aku dengar suara orang memanggil nama aku. Bila aku toleh jer rupa-rupanya pegawai polis yang menahan aku kat Tol Senawang, Supritendent Noor Hashim Mohammad bertanya pada aku dengan nada yang lembut.

Supritendent Noor Hashim Mohamad
OCPD Nusajaya
Pendapat peribadi aku sendiri (perhatikan jarak antara dua belah mata dan bentuk mulutnya), kalau mamat ni diberi tanggungjawab tanpa tekanan dari mana-mana pihak, dia boleh pergi jauh dalam kerjayanya. Dia ni jenis manusia yang tak suka buat kerja kelam-kabut! Dia ni muka dia jer ganaz tapi sangat berhati-hati membuat keputusan. 
Kesempatan ini, saya nak pesan sikit kat abang, tiada kuasa dalam dunia ni yang boleh mengatasiNYA. Jalankan tugas dengan adil kerana kita akan dipersoalkan diSANA nanti.

 “Syed dah makan?” 

Aku pun menjawab sambil mencari siapakah makhluk yang memanggil nama aku

“Dah bang...”

Dalam hati aku berkata.

“Macamana mamat ni boleh ada kat sini?” 

Masa tu kalau tak silap ada macam sedikit majlis yang dia buat. Masa aku baru sampai tu aku nampak macam ada beberapa basikal lumba kat luar balai tu.

Pendekkan cerita, bila aku dah keluar baru aku tahu mamat ni rupa-rupanya OCPD Nusajaya. Orangnya sukar untuk senyum tapi sekali senyum macam Jamal Abdillah! He he. Dont worry bang, saya tak kecil hati sebab semua perkara yang dilakukan kerana menurut arahan cuma tangkapan yang dibuat terhadap saya dan ada dua tiga perkara tidak mengikut spesifikasi dalam Akta Polis (kalau ada jodoh kita jumpa nanti saya citer). Tapi..standard arr bang...bila kita buat kerja kena tekan kaw kaw dengan si Kitol dan tangan ghaib, banyak benda yang terbarai. Hu..hu...camner pun, ianya telah menjadi SEJARAH untuk anak cucu kita baca dan buat kajian nanti.

Bersambung...(Part 7 - tutup kedai)

Part 1


:(

Saturday, August 18, 2012