Followers

Friday, October 5, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 9)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 9)

Kali ni aku plak nak story. Asyik Ku Syah memanjang..maner bleh beb!

Nizar,  betulke Negeri Perak telah 'terlepas peluang' dapat untung 1 BILION HENGGET untuk bayaran doket-doket tanah oleh majlis-majlis Daerah dimana jalan keretapi itu melalui...

Syarikat yang maner ek yang tak  bayar 'doket' anggaran 1 BILLION tu? 

Ceciter...

Mengapa kau termenung....mengapa kau bersedih..









Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam 
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya  
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka!
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Thursday, October 4, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 8)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 8)

Kemangkatan DiRaja (tak ingat siapa) 1958...

Pernah aku ditanya oleh orang tua guruku, "Siapa memerintah dan siapa diperintah...?" Aku menjawap dengn konfiden, "Raja yang memerintah, rakyat yang di perintah"... Guruku terus tegur, "Isyh, tak bila nyer... Yang memerintah itu Allah, yang di perintah itu khalifah Nya, maka jalankanlah perintahNya dengan benar dan tegas... Haram tetap haram, dan jangan haramkan yang halal"... Kata itu masih terukir didalam jiwa ku...

Gambar hiasan
Raja ibarat seorang ayah dan rakyat adalah anak-anaknya.








Seorang pemerintah, walaupon berketurunan Raja tetap hambaNya, dan dengan itu jalankanlah perintahNya dengan adil dan saksama... Pemerintahan yang adil dan saksama, penuh berKASIH SAYANG akan membawa kemakmuran sesuatu pemerintahan dan justeru kepada rakyat... Tapi, sepertimana yang di tegur oleh Pak Habib tempoh hari, manusia kini tidak lagi berkasih sayang, kebanyakan hanya mementingkan diri dan poket sendiri... Tidak lagi mahu bersedekah dengan ikhlas, tetapi bila memberi mahukan Press Release yang besar terpapar di akhbar2...

Gambar hiasan
Kalau didunia ini mungkin kita boleh menipu rakyat dari mana datangnya sumber wang yang banyak ini tetapi bagaimana harus kita jawab depan tuhan di padang masyhar nanti?

Ingin aku, selaku ahli keluarga Raja2 negeri Perak membuat teguran di sini... Macam yang telah aku ceritakan, perlunya seorang Sultan bersikap kasih-sayang dengan rakyatnya... Tanpa rakyat dimanakah daulah nya...? Sultan ini adalah bagaikan bapa kepada seluruah rakyat negeri, tempat mengandu domba, tempat akhir rayuan tentang segala yang harus diberi perhatian... dan Sultan sepatutnya akan menegur pegawai2nya supaya membetulkan yang keruh... Tetapi jika Sultan pon terlibat didalam urusan bisnes dan ada kepentingan diri, bukan kah ini dikatakan "Conflict of Interests"...

Gambar hiasan
Setiap rakyat dibawah pemerintahan kita akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Bak kata al-Fudyal, kepada Amirulmukminin Harun al-Rashid, "sekiranya rakyat berpaut pada jubah kamu ketika menyeberangi Sirratul-Mustaqueem, takkan kamu lepas melain kamu telah di hitung Allah"...

Sultan harus memberi 'leadership' dan aratuju bagi pembangunan negeri... menjanakan ekonomi dengan menarik pelaburan luar negeri supaya melabur dinegeri masing2... Mereka selalu keluar negara, takkan cuti jer, enjoi jer...? Mesti ada perkenalan dengan tokoh2 bisnes juga, kan...? Mengapa tidak membawa tokoh2 ini melabur dinegeri sendiri...? Mengapa mesti bersaing dengan hamba rakyat didalam bidang bisnes kecil-kecil...? Mengapa mesti mengambil tanah negeri dan menyuruh negeri memberi pampasan kepada mereka yang tanah kene diambil...? Mengapa tidak menjanakan satu dana khas untuk pembangunan negeri dimana rakyat buleh diberi pampasan mengikut taraf pasaran (market value)...?

Sekiranya dengan kehandak Allah aku ditakdir menyandang keSultanan Negeri Perak, akan aku perbetulkan segala adat2 lama sepanjang Sg Perak, dan kembalikan kedaulatan syiar Islam... justeru menjanakan dan membangunkan ekonomi Negeri Perak demi kesejahteraan rakyat bersama rakyat.

Apabila negeri sendiri kaya dan dinamik, rakyat menjadi kaya dan negeri akan menjadi aman damai... rakyat akan sibuk membuat duit, takde masa untuk hanya berpolitik... dan juga akan menyatukan segala kaum dan bangsa... Ini yang aku amat heran, tiada ker tokoh ekonomi yang menasihatkan Sultan..? Ataupon Sultan tak berminat untuk ambil peduli pada rakyat, terutama dibidang ekonomi...

 Rakyat Perak tahu siapa yang benar siapa yang palsu. Biarlah PRU13 yang menentukan...

Dia jer yang nak kaya, nak jadi super-kaya... sebab tak buleh melihat tokoh bisnes itu lebih pada diri nya... kalau tokoh itu ada Lamboirghini, Sultan pulak nak Bugatti Veyron... Nak melawan2 dengan billionaire2 yang lain... Justeru mengunakan kuasa untuk kepentingan diri... Bukankah ini melanggar etika...? Sultan sepatutnya membela rakyat, BUKAN menindas rakyat... Selaku ketua agama, mereka sepatutnya lebih arif tentang hal2 ini...

Benar kata Pak Habib, "Sharing, Caring, Loving, Forgiving & (terlupa lagi satu)" sudah tidak ada lagi pada diri setiap insan sekarang.

Aku amat sedih... apabila aku balik Perak seketika, banyak rakyat dikampung yang mengadu, "Engku, kami dah tak mandang Raja... Raja tak peghonah menjenguk ke tempat kami (di Hilir Sg Perak), dah tak kenei sape Raja kemer.. Haghapkan tengok TV jer la"...

 Gambar hiasan
Anak-anak ini akan baca sejarah bila kita tiada nanti.  Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati meniggalkan jasa...

Dan aku tanya kawan2 di Perak, apabila sembahyang Jumaat, komer tadah tangan ke mendoa untuk Raja... Mereka kata "idak ler yeop, buat mende... Dia pon tak peghonah nak menjenguk".... Ini bukan aku yang mengata atau nak mengaibkan Raja aku, tapi adalah satu teguran agar jangan jatuhkan daulat diri... Rakyat kini bukan bodoh... Kini dengan media internet kata2 itu sebar dengan secepat mungkin, tak sempat nak tegur atau tepis...

Gambar hiasan
Hanya 3 helai kain putih dibawa masuk kedalam tanah, jasad pon di tinggal jua.

Maka beringat ler... bila mati, siapa yang usung jenazah kita...? Tokoh2 koporat ker...? Ahli politikus ker...? Takder nyer... rakyat biasa juger yang akan menguruskan segala kebumian... Maka beringatlah wahai sedara ku... Datangnya ke dunia ini dari sekepul mani yang menjadi sekepul darah, kemudian diberi sifat2 dan dikeluarkan Insan... dan pulang kamu kembali ke tanah, tanpa membawa apa2 melainkan amalan dan amal jariah kamu... Tak besor mana pon...


 Gambar hiasan
Bukan politikus atau tokoh koporat tapi katak keredek yang angkat jenazah..
Ingat... ingat... takde yang kaya nak mengendalikan kita wahai sedara2 ku berdarah bangsawan
Setelah tujuh langkah, kamu akan dihitung didalam kubur, tanpa kekebalan,  kuasa dan kekayaan, semua ditinggalkan melainkan kamu bersendirian tanpa sesiapa dan berjawaplah kamu ke hadratNya


Ku Syah 



Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam 
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya  
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka! 
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari! 
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Wednesday, October 3, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 7)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 7)

Puteri ku 
Raja Radziatul Yazmin aka Yazzie

 Mantan isteri ku
Philippa

 Assallamualaikum...

Setelah aku bercerai dgn isteri pertama ku, sorang mem dari England pada tahun 1987... Kami dapat sorang cahaya mata, YM Raja Radziatul Yazmin dan dia telah membawa nya bersama ke England, dan kemudian nya ke USA, ke Seattle, Washington State... Anak p'puan aku tu mempelajari jurusan journalism di Universiti dan sedang mendapatkan ijazah Masters... Aku tak pernah jumpa anak p'puan aku yang ni sejak dia berumor 8 bulan...

Putera ku 
Raja Ahmad Murshiddul

Sewaktu penceraian kami... Aku telah berumah-tangga semula pada tahun 1988 dan dari perkongsian hidup kedua dgn Che Wan Adlina, kami di anugerahkan sorang anak lelaki, YM Raja Ahmad Murshiddul-adzam Shah... selama aku berkawin kali kedua, aku hilang perhubungan dgn janda aku... Walau bagaimana pon rumah-tangga kedua pon tak lama, hanya bertahan 12 thn dan kami bercerai akibat kejatuhan bisnes... Aku takleh maintain isteri aku atas citarasanya yang mahal... maka dia minta perpisahan dan aku rela... buatper panjangkan jika dah tiada kasih lagi...???

Aku pon berbujuang kembali pada tahun 2001... dan sehingga kini aku masih berbujang... segala kasih sayang aku curahkan kepada anak lelaki aku... dialah sebab aku teruskan perjuangan hidup... Anak lelaki aku di bela oleh mak mertua ku... sejak bayi lagi... maka apabila bercerai aku kekalkan keadaan itu... biarlah nenek nya bela budak tu, dan kami (saya dan isteri saya) membuat syarat terbuka - sesiapa yang nak menengok anak pergi jer ke rumah mak mertua ku... no hal... hingga kini aku masih di sayangi dan menghurmati mak mertua ku...


Pada tahun 2008, aku mendapat panggilan telefon dari kakak ku, YAM Raja Dottie mengatakan bekas isteriku, Philippa mencari aku... dan inginkan contact emel aku... Aku pon berikan emel ku pada kekanda kakak aku, dan tak berapa lama kemudian aku mendapat emel yang menceritakan anak perempuan ku yang sudah dewasa... mereka mencari aku sebab anak perempuan ku tak pernah mengenali aku... Dengan itu, kami pon berhubung dgn facebook selanjutnya dan dapat 'catch-up' dengan masa2 yang lampau... Hingga kini terjalin lah perhubungan itu... Anak aku memang lawa... Mungkin Allah saja nak aku merasakan betapa risaunya apabila ada anak perempuan yang lawa, sebab masa muda2 aku memang nakal macam pelesit...
suka mengorat perempuan2 lawa... Hehehe

Ku Syah
 


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam 
Part 7 - Anak 
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya   
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka! 
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari! 
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Oppa Blogger Style (Part 1)


Oppa Blogger Style (Part 1)


Mekaseehhh....

 
Sarofini - 012 2490123 
Raja Izrinda - 012 274700

Tel: 03-4253 3333 
Fax: 03-4251 5392



 




 





Blog lain-lain yang aku tak promote kat sini minta maap banyak-banyak sebab Man amik balik list yang dia dah beri kat aku dan yang paling penting sekali aku dah kotakan janji dan Man kena jelaskan hutang kena penyepak dengan aku satu dusyum..Yahuuu...

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada bajet yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.

 Jumpa korang besok...Muaah

Tuesday, October 2, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 6)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 6)


 Sultan2 Perak sebelum ayahanda... (dari kiri ke kanan) - alMarhum Sultan Yussuf Izzuddin (Sultan Perak ke 32); alMarhum Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak ke 31)dan nenda (atuk) Sultan Alang Iskandar (Sultan Perak ke 30)... waktu gambar di ambil - Raja DiHilir Raja Yussuf Izzuddin, Raja Muda Raja Abdul Aziz dan Sultan Alang Iskandar...


 Sultan Idris Almutawakkil Allahi Shah bersama Raja Prempuan Muzwin sewaktu Pertabalan DiRaja Okt 1963...

Ayahandaku selaku Kolonel Kehurmat Askar Jurutera Malaysia 
Ayahanda bersama bonda dan adinda2 melawat daerah2 disekitar perairan negeri Perak dgn bot bernama 'Perak'

Bismillah hirRahman nirRahim...

Sudah hampir 28tahun pemergian paduka ayahandaku dari alam zahir ini... Alangkah cepatnya masa berlalu, dan tidak lama lagi, aku pula akan berjumpa semula dgn ayahandaku diBarzah... Kesemua harta dunia ditinggal, dan jasad pun di tinggal... hanya ruh yang menghadap kembali kepada siMaha Pencipta... Apakah megah dan besarnya pangkat dan keindahan duniawi... semuanya sementara, "bagaikan berteduh dibawah pohon rendang buat seketika, didalam perjalanan yang belum selesai" ., . itulah sabda Rasulullah SAW...


 Ayahanda di Istana Raja Muda, Teluk Intan (Anson), 1960, sewaktu masih Raja Muda Perak... penulis yang paling kiri bertenggek kat kerusi.

Aku nak menjawap soalan Uncleseeker, "apakah rasanya menjadi putera Sultan... sebelum dan sesudah kemangkatan paduka ayahanda engku...???" Aku amat bersyukur kepada Illahi kerana tidak membiarkan aku sesat didalam khayalan kekayaan dan kuasa sewaktu hidupnya ayahanda ku...


 Tak ingat, tapi kemungkinan bergambar di Singapura...

Memang, bak kata orang, terasa bagai ditatang minyak yang penuh... Apa kemahuan hati akan di penuhi... Segalanya orang ingin membuat aku sukahati, agar dapat balasan hajat dan restu paduka ayahanda... Mereka ingin dilihat bersama sorang Sultan, dan salah satu jalan mendekati baginda adalah melalui diriku...


 Bersama geng2 dan isteri pertama ku (Phillipa, ketiga kiri)... dgn bot laju engin Mercury 200hp...

Memang, aku bergelumang didalam duit dan ditatang tinggi... hampir2 terasa macam firaun... Segala yang aku mahu, boleh didapati... Aku tak pernah mengemas bilik ku, cuci kain baju ku, mencuci kereta ku... itu semua di kendalikan oleh pekerja2 istana... aku hanya kerah buat... Begitu juga apabila keluar ber'clubbing'... kelab2 tak boleh tutup selagi aku tak puaskan hati ku... Aku mudah sesat ditimba kekayaan...

 di luar White Elephant On The River, London...

Aku lupa, lupa segala2nya... terutamanya melupa diri... hampir2 lupa tuhan... Itulah dahsyatnya kesan kekayaan jika jiwa belum sedia... Selepas kemangkatan ayahanda, aku keluar dari Istana dan mula penghidupan yang amat berbeza... Tiada lagi mereka mengampu aku ataupun menyanjung diriku... Aku terpaksa belajar semula, hidup selaku manusia biasa, tanpa segala pemanis2 kehidupan...

 Perkawinan Isteri pertama... Nur Zulfa (Philippa)...

 Perkawinan aku...

Aku mendirikan rumahtangga, tapi tak lama... hanya 12thn, selepas itu berpisahlah kami pada tahun 2000.... Hidup makin menyepit, tetapi didalam sempit itu, aku mencari Allah, dan aku berjinak dengan ilmu Tasauf dan ingin hidup selaku orang sufiah... Aku mula mencari maksud hidup dan mengenali diri... Dah sampai tahapnya, dimana aku takkan kembali kepada penghidupan dahulu, aku telah jumpa nikmat Allah, aku inginkan ketenteraman didalam hidup... Ini lebih bermakna...


 DYMM Sultan Johor (selaku Tg Mahkota) bersama paduka ayahanda waktu kemangkatan DYTM Raja Muda Musa...

Aku diajar bersujud kepada Illahi dan mengawal al-Nafs ku... Sehingga sampai ketahap duniawi tiada lagi keindahan bagi diriku... Aku diajar agar jangan bersikap riyyak dan takkabur, bersyukur keatas segala pemberianNya walau pun sedetik air... Maka aku mahu menasihati mereka2 yang bersikap sombong agar berwaspada, dan insaf...

di dalam Istana Iskandariah bersma bonda ku dan adik2 ku...

Seketika kamu berkuasa, seketika itu juga kamu boleh mengemis... semuanya atas kehendakNya... Ingin ku mengingatkan segala pemerintah2... Allah yang memerintah, kamu yang diperintah melaksankan hukum2 Nya... Itulah amanah yang kamu menyandang di bahu kamu... Allah akan menyoal kamu sebelum kami yang lain disoal... Selepas barzah, kesemuanya kekal... Ingat, siksanya pon lama... Sanggupkah kamu menjadi bahan api Jahannam...??? Astaghafirullah al adzeem...

Postscript: telah berjumpa dan bermuzakkarrah dgn pak Habib... sesungguhnya, jika Allah naikkan kamu menjadi ketua, jika tak betul kamu memikul amanahNya, dan jika rakyat dibawah kamu mengadu kepada Allah., nescaya kamu tidak akan terlepas meniti sirratul-mustaqeem selagi kamu belum di hitung dan di adili Allah SWT...


 Kemangkatan Paduka Almarhum ayahanda Sultan Idris Shah alMarhum Afiffullah...

Lagu di bawah ini adalah ciptaan Almarhum Ayahanda saya sekitar 70an.

 Ku Syah 


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam 
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti...
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka! 
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak 
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...