Followers

Sunday, October 28, 2012

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?

 Arbiter Dato' Mohamad Zahari Hj Awang. 
Mamat ni cita-citanya besar tapi buat kerja tak kemas! Ego tahap GABAN. Pandang orang sebelah mata. Kalau betul lu ada bilion hengget lu tak duduk kat Malaysia dah beb! Baek duduk Miami atau london! Podaah..Belajarlah dari Tun Daim dulu! 'Duit Raya' yang dia bagi kat anak-anak buah pun 1 juta hengget. Lu bagi berapa duit rayer?

8 biliion hengget wa cakap lu...! Akhirnya mimpi naik boat..hu hu

Berapa banyak sri daa....

Email yang aku terima

Assalamualaikum Uncle,

Nie saya ingin uncle dedahkan mengenai 3 syarikat yang mungkin diguna pakai untuk mengenakan orang dengan berjanji akan akan menyuntingkan dana seperti di kertas kerja yang disiapkan. dengan ini saya mulakan ceritakan saya....


Mula mengenali mereka 
saya mula mengenali mereka dengan kenalan seorang sahabat yang dulu berkerja dengan saya,,, dia memang kenal ramai dato. tapi pada 1 Januari 2012 saya kenal seorang bernama Alffin Farid yang berkerja dengan Arbiter Dato' Mohamad Zahari Hj. Awang. beliau menberitahu saya yang companynya Pubel Bedford Capital boleh menjadi funder kepada projek saya. jadi saya menberikan kertas kerja saya ini. dengan itu beliau memberitahu bahwa pemohonan saya telah diluluskan.... mereka telah menyuruh saya menghantar satu surat minat iaitu (LOI) Letter Of Intend. saya pun telah menghantarnya.

selepas saya menghantar surat itu beliau mengajak saya pergi ke office di kl yang terletak bersebalahan dengan banguan intermark ini. saya pun pergi berjumpa dan mereka mula menerangkan projek yang telah mereka fund dan berjalan. saya pun dengan tertarik jadi suka dengan menyatakan bahawa syarikat nie memang akan fund projek melalui dana offshore.... mereka juga menberitahu yang mereka hanya berminat untuk fund paling minimum ialah RM 10,000,000.00 kalau projek itu kurang mereka tidak berminat dan menyuruh kami minta fund dari lain funder yang berminat... oleh disebabkan projek saya ini ialah berminat RM 25,000,000.00 jadi saya pun submit lah....

 

Surat menyurat 
selapas saya sudah hantar Letter Of Intend kepada syarikat itu saya pun dapat satu surat (RWA) Ready, Willing, and Able @ (SBLC) Stand By Letter Of Credit. Bila surat itu sampai mereka pun menyuruh saya menbayar RM 3,800.00 untuk Yuran Pemprosesan dan RM 200.00 untuk stamping agree MOU. saya pun carilah duit itu.... saya ini bukan orang yang senang... walaupun berniaga tapi kena lah juga bersimpan... saya pun keluarkan duit simpanan gabunagn akaun isteri saya dan saya.... kami ini bersusah payah simpan untuk masa depan telah pun serahkan kepada syarikat ini. selepas menyerahkannya saya telah dipanggil selepas raya ke 10 di sebuah hotel di Taman Maluri untuk tandatangan (MOU) Memorandum Of Understanding.

Bila dah sign dan serahkan kepada mereka dan mereka telah stamping... mereka pun bagitahu kepada saya yang saya kena buka 1 syarikat di labuan dengan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM38,000.00 (USD 10,000.00).. saya pun gunakan cabel saya sekiranya saya buka syarikat dilabuan berapa kosnya... kawan saya di labuan pun bagi tahu... buka syarikat di labuan is RM 5,000.00 dan buka akaun bank pula ialah RM 10,000.00 .... jadi saya pun bertanya balik kepada mereka kenapa mahal sangat nak buka syarikat dengan mereka dan mereka menberitahu yang syarikat kena buka bawah mereka sebagai (SPV) Special Purpose Vehicle dan juga sebagai Beneficiary baru lah dana ini boleh dimasukan kedalam akaun yang mereka tolong bukakan di labuan. dana lepas dana ini masuk, barulah saya boleh transferkan kedalam akaun syarikat saya di semenanjung ini.


Siasatan dibuat 
saya pula merasa curiga sikit jadi saya membuat siasatan dengan orang ternama .... dan nasib saya baik bila salah satu kawan ayah saya YB Tan Sri Elylas Omar pun telah mengunakan servis mereka dengan berjanjikan sama... tapi Tan Sri pun ada menberitahu bapa saya yang dia pun tidak menbayar Rm 38,000.00 sebab ada rasa curiga... jadi saya pun menbuat keputusan ini untuk meminta bntuan uncle atau sesiapa sahaja yang ada connection dengan Labuan FSA.... alangka terkejut bula saya pergi ke BANK Negara....

Bank Negara menberitahu yang mereka telah dapat banyak aduan mengenai syarikat yang saya akan tulis di bawah nanti.... saya terkejut bila bank negara kata yang company ini ialah company yang auta kuat.... ramai ornag ternama pun telah buat aduan dengan bank negara... tapi bank negara tidak dapat berbuat apa sebabkan ianya melibat offshore fund... jadi bank negara menyarankan saya ini menbuat aduan dengan LAbuan FSA supaya saya boleh mencari lagi maklumat mengenali syarikat ini.

Akibat 
akibat dari berbuatan dan janji mereka ini sekarang ini saya hidup penuh dengan hutang dan selalu ketakutan... saya bukan apa cuma saya sekarang ini ditimpa banyak bencana.... saya harap kalau pubel ini gentle serahkan cepat fund itu supaya tidak ada unsur begini.... buktikan kepada orang... nie banyak terkena....

Sebab menulis kepada Uncleseekers 
saya menulis ini kepada uncle supaya tolong dedahkan syarikat berdebah ini supaya orang ramai tidak terkena lagi..... saya juga minta uncle rahsiakan nama dan syarikat saya supaya mereka tidak tahu siapa yang menbuat aduan ini.... saya cuma dapat berharap kepada uncle dan juga blogger2 lain menyebarkan perkara ini... yang mana yang hidup susah dan pikir syarikat dapat mengubah nasib mereka dan menjadi sesuatu syarikat yang berdaya saing pada masa yang akan datang.

Name Syarikat 
1. Tu-e Capital Berhad
2. Pubel Bedford Capital Limited
3. Dzarong Assets (L) Limited

Founder 
1. Arbiter Dato' Mohamad Zahari Hj. Awang (gamabar dia yang memakai baju coklat)

Pengakhiran 
sekarang ini saya dah menyesal dan juga oeh disebabkan oleh mereka saya banyak menangung hutang...nasiblah saya belum pinjam ah long... kalau saya dah buat pinjaman ah long siapa lah nak bayar......









Komen aku : 
1. Mana haribulan kat aggrement waktu ditandatangani? Dia orang ni tak baca ke klausa yang mengatakan "perjanjian ini akan luput dalam masa 45 hari dari tarikh surat ini ditandatangani jika tiada sebarang maklumbalas"

2. Mana bukti dari bank mengatakan duit itu ada? Selalunya bank akan keluarkan surat BCL (bank comfirmation letter) kesahihan dana itu.

3.  Sebaiknya dapatkan nasihat dari kengkawan yang pakar dalam bidang sebegini

4. 'Swap' tu kan adalah rollover progame? Gerenti Bank akan cakap 'tak exist'. Tak percaya? tanyalah sendiri

5. Mana ada wang segera dalam dunia ni? nak dapat anak pun kena 'berlari berkejaran' pastu kena tunggu 9 bulan 10 hari! lainlah kalau duit bertimbun. 'money make money' beb

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?
Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)


16 comments:

Anonymous said...

Salam, untuk pengetahuan pengadu, Dato Zahari ni(tak tahu dato sah ke tak) memang top 10 con man kat KL. 2 kawan sy dah terkena. Sorang sapan RM400ribu. Lagi sorang 100ribu lebih hangus. Modus operandi sama je mcm kat atas. Hati2lah main funder-funder ni.

Anonymous said...

Kalau nk tau lebih lanjut tentang penipuan ni pergi sini

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=14963254#post14963254

Anonymous said...

Aku pun pening dgn citer ni.duit dh bnyk aku melabur,habuk pun x nampak.cisss,naya org betui!! Hrp uncle bleh tlg sebarkan scam nie supaya ramai tidak terpedaya mcm saya,saya yakin ramai lg org diluar sana yg terkena nih.

Anonymous said...

Uncle.. Gambar tu byk kena edit balik sbb byk mendedahkan identiti si pengadu. Nama company, serial number kat letter tu and etc..

Anonymous said...

PUBEL stands for PUtar BELit?

Anonymous said...

Assalam.
Pentingnya ilmu sebelum menuduh mna2 pihak. Dikhuatiri mkn diri sdr.
Amarah tanpa akal waras boleh mengaibkn diri sdr.
Jgn dsalah erti usaha ikhlas org lain dmi bangsa msnusia.
Just to share:
Highly confidential letter is not for public so be ready for consequences.
Fitnah boleh mengaibkan sesetengah pihak & tanpa bukti kukuh boleh dikenakan tindakan undang2.
Salam 1 Malaysia.

Hamba Allah said...

Police Report has been made under accusing, published confidential info, false statement & delivered personal info without permission.
Further Investigation has proceed accordingly.
kindly be noted.
Tq

Police Report No: CHERAS/024378/12

Anonymous said...

syabas uncle...nak tggu sejauh mana tindakan yg diambil by that police report...

please keep update the story uncle..

Anonymous said...

syabas uncle...nak tggu sejauh mana tindakan yg diambil by that police report...

please keep update the story uncle..

Anonymous said...

Police report is made against this blog la.

Anonymous said...

Kalau tak silap saya orang ni dulu pernah bertugas sebagai Pegawai Polis berpangkat Inspektor kat Kelantan, dab dia pun memang orang sana..PUBEL tu kalau tak salah adalah singkatan nama kampong orang ini Pulau Belanga ke ape...camtu lah bunyi nye. Saya terkejut jugak nengok gambar dia nih..

Anonymous said...

Serial number kat surat masih kelihatan.

Anonymous said...

Pubel,TU-E, Dzarong dan ramai lagi yang lainnya masih dlm pencarian bagaimana nak gerakan semua program masing-masing. Seperti ada HIDDEN HAND yang masih belum mengIZINkannya. Tun M tahu tapi tak buat apa-apa. Seluruhnya kewangan dunia masakini dalam keadaan TIDAK MENENTU. Rujuklah kpd yang berhak.

Macam mistik tapi nyata.

Anonymous said...

salam , apa citer pubel ni, dah dapat berjuta ke duit tu?

Anonymous said...

Amaran pasal pubel dah lama kluar kt paper n website lofsa pun ada. Jgn tamak mamat tu datuk mana longkang punya ambik wa pun tak tau. Pastu apahal lak guna abiter pahe ke tok ambo pon x tau mmg kaki kelepet

Anonymous said...

Salam...

Mohon ajukan kepada pihak berwajib.Andai betul benda ni scame,declare officially n ambik tindakan kat kat Dato ni...jangan ramai yg terkena baru dah declare...jgn ada kes tembak bunuh terus lg sudah la..bila amarah x leh kawal buruk akibatnya.....