Followers

Thursday, January 31, 2013

Br1Ma, Kr1Ma, Pr1Ma, Kl1Ma, & Puk1Ma

Br1Ma, Kr1Ma, Pr1Ma, Kl1Ma, & Puk1Ma



Br1Ma (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) - Settle - Tq

Kr1Ma (Kedai Rakyat 1 Malaysia)- Settle -Tq

Pr1Ma (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) - Settle - Tq

Kl1Ma (Klinik Rakyat 1 Malaysia) - Settle -Tq

Puk1Ma (Perubahan Kerajaan 1 Malaysia) - Amik ko...

Friday, January 25, 2013

Kau Akan Menghasilkan Seorang Lagi Musuh Yang Terbaik...(Part 2)

Kau Akan Menghasilkan Seorang Lagi Musuh Yang Terbaik...(Part 2)

Dengan IzinNYA, Habib akan merapu di 'Malaysia Hari Ini' pada hari Sabtu 26-1-2013 jam 8.50 pagi. 

 "Setiap kali kita berjaya melepasi satu kejayaan yang baru, kita akan melahirkan seorang musuh yang terbaik tetapi yang paling bahaya adalah musuh dalam selimut." 

Kecantikan seorang wanita diwajahnya dan lelaki di akalnya.

Untuk bro-bro dan sis-sis, kalau lu orang nak layan DJ macam Habib (seperti video kat bawah. Masa tu umur dia baru 12 tahun dan perfom kat Maison Club kerana di jemput.) pastikan lu orang dapat restu dan bimbingan dari kedua ibu bapa supaya tak terbabas cecah dagu nanti sebab kat club banyak momok!

Masa kecik, kau anak aku tapi bila dewasa nanti kita adalah sahabat terbaik.


Orang Mati Yang Hidup Kembali!

Orang Mati Yang Hidup Kembali!


Semalam sekitar 5 petang aku pergi kolam air panas Bentong (klik) sebab nak bawa Ku Shah repair badan dia apa yang patut walaupun aku tau tempat tu macam nak tutup (klik). Bila sampai jer tempat tu lebih kurang 5.30 petang (lambat sikit sebab singgah beli kuih ngan air kat Bukit Tinggi) tetiba ada ambulan dan sorang remaja Melayu tegur aku

"Uncle, ada orang Cina baru jer mati!"

Dalam hati aku cakap

"Alamak, potong stim betul lah!"


Aku pun peratikan mayat tu sekali imbas. Tetiba nampak sekor lalat ada kat tangan!


 Lepas letak barang-barang yang dibawa,ada plak sorang Rela (klik) beritau kat depan ni lah dia orang bawa naik lelaki cina yang mati tadi untuk lakukan CPR (klik) tapi gagal


Ku Shah dengan selambanya mandi tempat kejadian lebih kurang 10 kaki dari tempat dia berdiri tu. Aku plak layan mi hun goreng yang tak berapa sedap.


Lepas makan aku boring tak tau nak buat apa. Aku pun pergi tempat mayat tadi dan minta izin kat salah sorang Rela tu untuk buka kain dan lihat sesiapa sebenarnya yang mati dan kalau kenal boleh lah tolong contact member-member sebab aku tengok takder sorang pun sedara mara dia yang datang, Bila buka jer kain tu aku nampak wajahnya cool jer. Tak nampak tanda pun yang dia ni mati lemas. Mungkin sakit jantung kot atau terlalu lama berendam!


Lebih kurang setengah jam kemudian polis pun datang buat keje dia orang. Aku pun pusing-pusing sekeliling tengok apa yang patut dan terjumpa papantanda kat bawah ni


Bila aku baca jer papantanda ni, aku terus bertanya pada diri sendiri adakah mandi air panas tempat awam sebegini lebih banyak mendatangkan kebaikan atau keburukan?

Kenapa kanak-kanak jer? Ermmph..

 
Aku nampak satu lelaki berbangsa cina sedang mengaut sampah yang ada dipermukaan kolam. Selepas tu dia datang dan memberikan aku rambutan satu ikat. Aku pun tanya itu kertas kuning dekat pokok apa cerita? Rupa-rupanya, dia orang 'and the gang' suka mandi dekat sini seminggu dua kali untuk berubat dan merasakan tanggungjawab untuk membersihkan tempat ini. Bagus aarrr dia orang ni.

Pendek kan citer..

Orang Mati Yang Hidup Kembali....

Apalagi? Balik aarr..

Thursday, January 24, 2013

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 22)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 22)

Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat (Part 2)


Menumpang di rumah Bekas Ibu Mertua
Selepas aku keluar dari Hospital KL (September 2012), aku memang selalu bersama anakanda ku. Dia juga yang menjenguk menziarah aku di Hospital KL. Selepas aku keluar hospital aku telah bermalam di rumah anakanda aku. Dia dibela oleh bekas ibu mertua aku, sejak umor bayi... rumah nya diBangsar... Aku bermalam semalam atau dua malam. Memang, aku amat rapat dengan anak teruna aku tu. Bekas ibu mertua ku memang baik dengan aku, hanya apabila bekas isteri aku ada, aku tak tunggu kat situ, aku keluar...

Apabila adik beradik aku tahu aku berada diBangsar, dan pernah tidor di rumah anakanda aku, mereka tegur dan menyatakan aku ni memalukan keluarga atas perbuatan bermalam bersama anak aku di rumah nenek dia... Aku hanya nak bermanja dengan anak aku... tetapi kerana itu bukan rumah aku, mereka malu aku lepak dengan anak aku... Aku sedih...

 Bersama Putera ku  Raja Ahmad Murshiddul sebelum aku terlantar di HKL sekitar bulan Ogos 2012


Kerana tidak mempunyai wang
Sememangnya aku menumpang di rumah sedara ku setelah keluar dari Hospital KL, rumah apartment dimana aku tinggal di sebuah bilek... Sejak aku keluar dari Hospital KL, aku memang kekurangan kewangan dan tak dapat aku nak menambah wang belanja dirumah sedara aku tu... Aku tengah susah kekurangan kewangan... Aku tidak di tegur atau bercakap denagn sesiapa di apartment itu... Aku terasa yang aku tidak lagi diterima - I have overstayed my welcome...

Dalam keadaan yang amat meruncingkan aku berdoa supaya Allah keluarkanlah aku dari keadaan yang amat menyakiti jiwa... Aku didalam tekanan (depression) yang amat ketara. Pada waktu yang sama, kereta aku rosak dan aku tinggalkan kat woksyop. Takder duit nak memperbaiki kereta... Patah kaki aku... Aku telah menceritakan keadaan aku ini kat adik adik aku, tapi mereka pon tak boleh menolong... atau tak mahu menolong, aku pon tak pasti, tetapi sememangnya aku ni tengah tak berduit... Aku tak boleh bertindak nak pindah kemana-mana pon...

 Bersama Ayahanda angkat Pak Habib. ketika ini aku sedang beri ceramah pada para hadirin


Anak Raja yang susah
Apabila aku dapat pertolongan dari Uncleseekers beri aku ruang untuk tinggal di Janda Baik, aku amat bersyukur dan berbesar hati... Aku amat perlukan tempat perlindungan dan Uncleseekers memberi tempat... Aku terus bermastautin di Janda Baik sepertimana aku ceritakan di episod 21(klik)

Susah nak percaya, seorang anak Raja buleh hidup susah begini, tetapi ini adalah nyata dan benar, aku memang tengah susah... Pada diri aku, apa nak malu atas perkara yang benar... Bukan aku menipu sesiapa ataupon menganayai sesiapa... aku hanya harap nak menumpang berteduh di Wadi Hussein...

 Aku happy duduk sini sebab boleh dikatakan setiap hari ada saja tetamu yang datang dan kami bermuzakarah


Membawa diri
Adik beradik tak nak tahu masalah aku... Aku terasa jauh hati dan aku membawa diri... Kini, tanpa kekeluargaan aku terhibur di Wadi Hussein, aku di kasihi oleh keluarga Pak Habib dan Uncleseekers... Aku diberi tempat berteduh, tempat bilek tidor, tanpa membayar satu sen pon... Alhamdulillah, syukur pada Allah yang maha Penyayang... Aku di layan oleh Uncleseekers, yang kerap mengambil berat pasal makan minum dan kesihartan aku, selain dari tiga orang lagi yang membantu di dalamrumah ini .... OK la tuu...

Ku Shah

Bersambung (Part 3) - Siapa dalangnya?

Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

 

Wednesday, January 23, 2013

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 21)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 21)  

Fitnah Arak (Part 1)

Aku  anak dagang di negeri Pahang

Assallamualaikum sahabat dan semua pembaca budiman....

Kenapa aku menulis artikel ini
Memang aku tidak mahu panjangkan pergelotan kata diantara keluarga, tetapi setelah aku fikirkan masak-masak biarlah aku menjawap dan juga menanya dimana kesalahan aku. Memang pada mulanya aku enggan mencerita hal Almarhum Ayahanda, tetapi tomahan fitnah harus dijawap. Ia terjawap pada isu ke 20 (klik), oleh artikel yang di tulis oleh Dato Mokhtar Petah...

Apabila telah aku bermula menceritakan hal kehidupan ayahanda ku,pada 19 September 2012 (klik), maka aku telah di marahi dan di singkir dari segala jemputan (semada jemputan kematian atau kahwin, dan lain-lain)  keluarga kerana ada ahli keluargaku yang beranggapan aku telah membukakan pekong Almarhum ayahanda Sultan Idris...

Almarhum Sultan Idris Shah dikapit oleh Raja Kecil Sulong Raja Hisham (paling kiri) dan Raja Muda Musa (disebelah Cik Puan Negara - paling kanan).

Ibni Sultan Idris telah meminggirkan aku dari segala urusan kekeluargaan
Memang ada persoalan yang menyatakan almarhum meninggal minum arak, tetapi cerita ini pon dah di nafikan oleh sorang penulis yang tiada kaitan dengan keluarga... Dek sebab persoalan ini, keluarga ku marah aku kerana membuka kembali luka lama... Mereka tidak suka soalan ini di ajukan didalam ruangan komen, oleh khalayak ramai... Aku di pecat dari senarai keluarga...

Kerana komen inilah aku difitnah (klik)

Aku sekarang menumpang kasih di Wadi Hussein... Itulah kesalahan ku, kerana berani menjawap dan menafikan segala fitnah dah tuduhan atas Almarhum Ayahanda ku... Konon nya mereka kata, "tak baik mengaibkan ruh si mati"... Tapi adakah pernah aku berbicara sedemikian hingga mengaibkan sesiapa..? Allah saksi ku... Biarlah aku membawa diri jauh dari keluarga yang telah membuang aku...

 Sultan Azlan Shah berhadapan jenazah Almarhum Sultan Idris Shah setelah melaksanakan pengistihran KeSultanan.

Siapakah Uncleseekers yang amat kontroversi ini..? 
Tuan Syed Hussein Alattas (klik), atau lebih dikena;i sebagai Pak Habib, juga bapa kepada blogger Uncleseekers memang kenal Almarhum Sultan Idris, dan mereka pernah bersuka-ria bersama waktu hidupnya Almarhum... Kini, Allah telah ketemukan aku dengan anak nya di Janda Baik (klik)... Kehendak Allah memberi aku tempat menumpang kasih dan terhibur...

Aku telah keluar dari Hospital Kuala Lumpur pada bulan September dan telah di ajak oleh sorang kenalan facebook menziarah Wadi Hussein, di Janda Baik... Aku baru sihat selepas kena sakit tekanan darah tinggi dan sakit jantung... Aku sukakan keadaan di Janda Baik, Aku tumpang tidor dua hari... Best pulak rasa nya... Sebelum aku pulang ke KL, aku minta kebenaran utuk kembali lagi dan lepak dengan Uncle seekers... Dan Uncleseekers menjawap, "Suka hati Mak Abah tiri engkaulah..". Macam tulah perangai dia! Kalau amik hati, terserlah kebodohan diri


Justeru, setelah aku pulang ke Kl, aku berazam untuk aku terus bermastautin di Wadi Hussein atas sebab sebab udara yang nyaman dan sejuk, untuk menyembuhkan diri ku. Pak Habibb telah pelawakan rumah di Wadi Hussein, kata beliau, "duduk lah seberapa lama hingga sihat, dan jadikanlah tempat ini sebagai Istana Hinggap"....

Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih saya ucapkan pada Pak Habib yabg murah hati... Hanya Allah saja yang buleh membalas budi baik anak beranak ini... Saya juga banyak berseloroh dengan Uncleseekers, kami memang suka mengusik dan merapu...Ini terapi stress-release bagi diri saya...

Seperkara lagi yang harus aku beritahu tentang keitimewaan anugerah Allah SWT pada Uncleseekers adalah menolong orang dengan perkara-perkara yang berkaitan  dengan  penyakit alam ghaib.., itupon ikut kehendak dirinya... kalau ada 'mood' dia akan tolong... Segala pertolongan itu kerana Allah,Tak pernah melihat dia mengambil upah, walau satu sen pon...

Aku pernah melihat didepan mata aku sendiri cara perubatannya yang amat luar-biasa dan tidak lojikal tetapi menyembuhkan sakit itu..Tiada kemenyan, tiada jampi seranah, tiada alat-alat pemujaan.. Pesakit terdiri dari orang2 biasa hinggalah orang-orang kenamaan yang kaya...

Uncleseekers pada pendapat aku adalah seorang 'psychic' yang menguruskan bab alam ghaib. Janagn pandang luaran beliau, mentang mentanglah dia berpakaian 'rugged' tapi kemahiiran atau ilmu nya adalah unik....

Menjawap Tuduhan Fitnah
Au hanya ceritakan hal kehidupan aku bersama Almarhum Ayahanda aku, dan sesiapa yang mengenalinya tahu kisah sebenar... Bilakah aku mengaibkan Almarhum...? Na'uzubillah Min Zalliq....Sepanjang aku menulis, dari Part 1 hingga ke Part 20, hingga ke saat ini, cuba cari satu ayat dimana aku telah mengaibkan Almarhum Ayahanda aku...

Bersambung (Part 2)

Ku Shah... 2013

Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya

Monday, January 21, 2013

Jom Kita Kongsi Kejayaan Bersama Shafiz Azmi

Jom Kita Kongsi Kejayaan Bersama Shafiz Azmi

 Shafiz Azmi
Budak ni belum jadi kaya raya lagi tika ni tapi landasan menuju kearahnya sudah nampak terpacar! 


Tarikh - 24-1-2013
Hari - Khamis Masa - 2pm - 5pm
Lokasi - Auditorium Masjid Al-Azim
Bayaran - FREE - caya lah lu bro. Kalau kasi makan free, lagi ramai orang datang beb. Tak gitu bro Azmi Apa.  JV lah dengan mana-mana syarikat kosmetik supaya dapat goodies, restoran plak dapat makanan percuma atau minta syarikat Naza sponsor sebiji kereta BMW untuk cabutan bertuah. Naza kan kaya!  Wakaka..
Tepon - 011 291 03636
FB - BeraniKaya2013
Speaker - Shafiz Azmi




 

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 20)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 20)

Sultan Perak Dalam Kenangan


Cerita-cerita mengenai raja-raja Melayu bukanlah sesuatu yang baru.Ini kerana titik sejarah kesultanan Melayu itu sendiri bermula kira-kira 500 tahun yang lalu iaitu sebaik sahaja Parameswara menabalkan dirinya menjadi Sultan Melaka. Hari ini, siapapun tidak terfikir, bahawa negeri yang pernah melahirkan tradisi kesultanan di bumi, Melaka cuma Yang DiPertua Negeri saja, seorang rakyat biasa yang lima tahun sekali ditukar tapi tetap mempunyai taraf raja.


Namun itulah laluan sejarah yang bagaikan sebatang jalan yang tidak pernah ditempuhi: kita tidak tahu apakah ranjau-ranjau disebalik selekoh-selekoh yang bakal dilalui. Yang jelas apa saja yang bersifat baru akan binasa. Ada lawannya tak ada.

Tapi biar bagaimanapun kisah Raja-raja Melayu di sepanjang zaman ditandai dengan peristiwa-peristiwa suka dan duka.Ada juga yang lucu, mengasyik dan lagi menyeronokkan.Cerita-cerita begini biasanya berkisar pada perihal Raja-raja dengan para gundek serta dayang-dayang mereka atau perihal raja yang jatuh cinta dengan anak-anak wayang, primadona-primadona, perempuan-perempuan kaberet dan pelajar-pelajar maktab.Maka dengan itu jadilah cerita mengenai tiga jenis kerabat. 

Satu, kerabat yang benar-benar dari kalangan raja-raja: namanya kerabat diraja. Kedua, wanita dan gadis-gadis dari kalangan rakyat biasa yang dikerabatkan ke dalam kerabat diraja oleh raja-raja ataupun anak lelaki mereka.sebagai contoh proses pengkerabatan ini, ramai anak-anak wayang dan penyanyi yang menjadi isteri raja-raja dan anak-anak mereka. yang ketiga, ialah mereka yang mengkerabati puteri-puteri raja. Mereka bukan para Tunku-Tunku tapi rakyat biasa yang berjaya memperisterikan puteri-puteri raja.Contoh-contohnya tak payahlah saya sebut, kerana P. Ramlee pun sudah merakamkan lagu tersebut semasa hayatnya.


Kemudian selain dari itu tidak kurang juga cerita-cerita mengenai kezaliman, kemungkaran, kejahatan dan kedurjanaan raja-raja.Cerita-cerita seperti ini mendapat tempat di hati sarjana-sarjana sejarah samada dari luar negeri atau dalam negeri yang kemudian merakam peristiwa-peristiwa itu menurut versi masing-masing di dalam buku-buku mereka.


Meskipun begitu kisah-kisah sejarah yang dibukukan itu hanya terbatas kepada kisah raja-raja yang hidup di zaman dulu, di zaman Tanah Melayu belum mempunyai Perlembagaan yang menyeragamkan keistimewaan raja-raja. Waktu itu surat khabar pun belum ada. Oleh itu kebanyakan cerita-cerita itu disampaikan dari semulut ke semulut dan diturunkan dari generasi ke satu generasi.


Hari ini keadaan sudah banyak berubah.Raja-raja Melayu di bawah Perlembagaan sudah jadi sekumpulan manusia yang berada di atas undang-undang, manusia-manusia yang ‘immuned’ terhadap undang-undang.

Akhbar-akhbar pun sudah banyak.Dan rata-rata akhbar-akhbar ini melaporkan hal-hal yang baik sahaja tentang raja-raja.Kalau ada cerita yang tak baik, para wartawan akhbar-akhbar itu terpaksa kembali membuat laporan seperti di zaman primitif dulu, iaitu laporan dari mulut ke mulut.Mereka tidak berani menulis berita-berita itu di dalam akhbar masing-masing, melainkan Tunku Abdul Rahman.

 
Sikap kurang jujur seperti inilah yang mungkin telah mendorong orang-orang Melayu menganggap raja-raja mereka sebagai manusia luar biasa kerana tidak ada satu kerjapun yang dilakukan oleh raja-raja sekelian yang dianggap tidak betul.Raja-raja dianggap macam malaikat.

Perihal adanya raja-raja, anak-anak raja, menantu raja, besan raja, biras dan sebagainya yang minum arak, kaki betina, kaki judi, kaki disko, yang perangai macam kaki busuk dan bermacam-macam kaki tidak pernah mendapat ruang di dalam akhbar-akhbar.Macam mana Raja nak tahu salah silap dan kerabat mereka?
Kalau setakat nak bercerita memang banyak yang boleh dijadikan cerita. Saya sendiripun bukan tak biasa bercampur gaul dan bertempuk-tampar dengan golongan ini.

Dulu sewaktu pejabat saya masih di Medan Tuanku, saya biasa terserempak dengan mereka yang minum-minum sambil berhibur di Pub Brass Grill yang terletak berhampiran dengan pejabat saya itu.waktu itu ada raja, ada menantu raja dan ramai kerabat-kerabat raja yang minum di situ. 

Diwaktu kemuncak orang-orang Melayu masih lagi menjadikan minum-minum arak ini sebagai satu cara untuk relaks dan menenangkan fikiran, Pub Brass Grill dan lain-lain pub milik orang Melayu di kawasan Medan Tuanku adalah diantara tempat yang menajdi tumpuan keluarga diraja dan sahabat handai mereka.
Alhamdulillah, di zaman kebangkitan semula Islam ini, tidak ada satupun lagi pub-pub serupa itu di kawasan ini.Begitu juga dengan kelab-kelab malam seperti Greenmaids, Tropikana dan lain-lain kelab malam milik orang Melayu, kalau muncul pun umurnya tak panjang.Berniaga benda-benda haram ini tak berkat.
Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum. Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.

Namun biar bagaimanapun, seorang wartawan senior, yang kebetulan telah diamanahkan oleh Almarhum menulis cerita baginda telah menulis tentang apa yang sebenarnya berlaku mengikut ceritanya.
Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.
Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.

Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.


Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.
 
“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.



“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.



“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.

Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.



Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.

Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas. 
“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.



“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.



Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.



“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.
Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.



Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”
“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku  panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.

“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.



Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.



“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.



 Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.
“Tuanku sihat di Makkah?”



“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.



“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.



“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.
Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.



“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.



“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.



“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.
“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.
 
“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.



“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.



“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.



Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.
Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.
Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.



“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.



Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”
“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.



“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.



“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.

“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.



“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.



Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.



Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.



Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.
Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.
Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.



“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.



“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.



Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.
Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.



Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.



Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”

Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.

Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.



Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.



Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.
 Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.
Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.