Followers

Wednesday, May 29, 2013

Tak Terfikir Langsung Dalam Kepala!

Tak Terfikir Langsung Dalam Kepala!


miliunsoftware@gmail.com


Lain Padang Lain Belalang    
Video Ini Dituju Khas Kepada Zelmey    
Anak Saper Yang Hebat Ni?
Tangga Puaka?

Tak Terfikir Langsung Dalam Kepala!
Minum Air Guna Telinga Teledera Atau Talian Nur 1-800-88-3040
Pengacara Lempang Budak! Dusyum
Aksi Ni Jer Mat Rempit Belum Buat. Muahaaa..

10 Saat Saja Untuk Jelita!

10 Saat Saja Untuk Jelita!


miliunsoftware@gmail.com

klik video

Lain Padang Lain Belalang    
Video Ini Dituju Khas Kepada Zelmey    
Anak Saper Yang Hebat Ni?
Tangga Puaka?

10 Saat Saja Untuk Jelita!
Tak Terfikir Langsung Dalam Kepala!
Minum Air Guna Telinga
Teledera Atau Talian Nur 1-800-88-3040
Pengacara Lempang Budak! Dusyum
Aksi Ni Jer Mat Rempit Belum Buat. Muahaaa..

Saturday, May 25, 2013

Zunar - 7 haram 2 Makruh?

Zunar - 7 haram 2 Makruh?


Zunar, aku nak beli buku kartun ko yang halal jer!

 Zunar (klik)
Zulkiflee Anwar Haque
15-5-1962


Yang 7 haram ngan 2 makruh tu tajuk yang mana satu?

 
loooorrr... lu pun pakai baju kaler sama cam gua gak ker? hu..hu...
tak per bro..biar anak cucu kita yang menilaikannya nanti..
Dunia ni kan sebentar jer...

23:112. Berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal di bumi, dengan bilangan tahun?"

23:113. Mereka berkata, "Kami telah tinggal sehari, atau sebahagian hari; tanyalah orang-orang yang menghitung!"

23:114. Berkata, "Tidaklah kamu tinggal melainkan sebentar, sekiranya kamu tahu.

Ann Zulkifli - Maafkanlah
Andy (Flop Floppy) & Daniel
Zunar - 7 haram 2 Makruh?

Tuesday, May 21, 2013

Betulkah Ini Sumpahan Atau Tangan-Tangan Yang Nakal?

Betulkah Ini Sumpahan Atau Tangan-Tangan Yang Nakal?





Kenapa Pak Lan Disini? (Part 20)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 20)


Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN.


Tun Mahathir Mohamad satu nama besar dalam arena politik Malaysia. Seorang legenda moden. Setiap tutur kata dan tindakannya masih mampu memberikan impak dan mempengaruhi suasana politik di Malaysia.

PRU 13 menyaksikan beliau turun berkempen dengan bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan BN. Bersandarkan kepada kharisma dan aura beliau, anaknya Datuk Mukhriz berjaya merampas kembali Kedah dari tangan PAS.

Persoalan besar di sini, bagaimana agaknya prestasi BN tanpa kehadiran beliau pada PRU 13 ini ?

Dan...apa akan jadi kepada UMNO dan BN bila beliau sudah tidak ada nanti ?


Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah sampai kepenghujung hayat. Kini hanya tinggal sisa-sisa hayat. Yang ada hanya tinggal harapan dan keinginan untuk bertahan. Sisa-sisa hayat yang ada akan di jadikan kesempatan untuk mengenang kegemilangan lalu buat ikhtibar anak-anak dan cucu-cucu.

Sudah sampai masanya untuk orang Melayu bermuhasabah diri. Merenung dan berfikir untuk mencari formula dan kaedah baru untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah kehabisan waktu. Saat mereka untuk berada dalam lipatan sejarah sudah semakin hampir.


Apa pun, Tun Mahathir dan UMNO-BN sudah menyediakan landasan yang baik buat bangsa ini untuk bangun menjadi satu bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Melayu sudah banyak berkorban, terkorban dan di korbankan demi untuk membina landasan tersebut.

PRU 13 menjadi saksi Melayu tidak perlukan REJIM baru untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah perubahan kepimpinan bukan peralihan kuasa. Gaya kepimpinan yang baru. Berubah dari kepimpinan sekular kepada kepimpinan Islam.

Inilah perubahan sebenar yang di perlukan oleh orang-orang Melayu demi ' survival ' atau kelangsungan mereka. Mereka tidak perlukan ' Reformer ' atau ' Transformer ' untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah seorang ' Mujadid '. Seorang mujadid yang akan memperbaharui urusan agama. Memberikan interpretasi yang baru dalam melaksanakan Islam. Mengangkat Islam ' to next level '. Daripada menjadi satu cara hidup kepada menjadi satu sistem dalam kehidupan. Sistem kehidupan yang bukan sahaja dapat di nikmati oleh orang Islam bahkan juga oleh orang bukan Islam.

Hanya Islam yang mampu mengangkat darjat dan mertabat Melayu. Tetapi Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW bukan Islam ala UMNO atau Islam ala PAS ! Itulah jalan yang lurus. Jalan yang di redhai Allah SWT. Jalan yang di janjikan kemenangan dan kejayaannya di dunia dan di akhirat.


Bangunlah Melayu ! This is the time... It’s now or never !!!!

Pak Lan   
Mohd Ramalan Yunus   
Founder  World islamic Chamber Of Commerce  

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia. 
 
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?  
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem 
 
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?  
Part 13 - Sekapur Sireh  
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN

 

Monday, May 20, 2013

Keluhan Rakyat (Part 3) - Mengenai Blackout Dipilihanraya.

Keluhan Rakyat (Part 3) - Mengenai Blackout Dipilihanraya.






kejadian blackout ketika kiraan undian di pilihanraya sering berlaku. ini salah satu taktik sebuah pihak yang inginkan kemenangan untuk terus memerintah. bayangkan, selepas kertas undian itu dikira, ia akan diletakkan di dalam sebuah kotak dan akan dibalutkan. kemudian sehelai kertas (borang 14) diselitkan diatan balutan. kertas itu adalah hasil kiraan undian untuk sebuah kotak dan akan di 'key in' didalam komputer. jadinya, kalau blackout berlaku, senang-senanglah kertas itu dapat ditukar kepada kertas yang lain. inilah taktik busuk dipilihanraya.


satu lagi, ketika blackout, pada mula-mulanya, terdapat hanya 3 kotak undian sahaja. bila berlaku blackout, tiba2 ada kotak undian yang bertambah. mana datang kotak2 undian itu? taktik busuk ini dilakukan ketika proses pengiraan undian. elektrik akan diputuskan hanya di bangunan dimana undian itu dijalankan. maka berlakulah blackout yang selama ini dikatakan tidak disengajakan oleh TNB atau kejadian blackout itu diluar pengawasan TNB. tak munasabah langsung diluar pengawasan TNB.

kejadian blackout ni boleh jadi satu taktik 'trademark' sesebuah pihak yang inginkan kemenangan.

Komen aku - Bila lampu dipadamkan..pelbagai perkara boleh terjadi..ahakz...

Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?
Keluhan Rakyat (Part 2) - Kenapa Menteri Malaysia Lama Sangat Tak Ditukar, Tak Boleh Ditegur?
Keluhan Rakyat (Part 3) - Mengenai Blackout Dipilihanraya.

 

Sunday, May 19, 2013

Keluhan Rakyat (Part 2) - Kenapa Menteri Malaysia Lama Sangat Tak Ditukar, Tak Boleh Ditegur?

Keluhan Rakyat (Part 2) - Kenapa Menteri Malaysia Lama Sangat Tak Ditukar, Tak Boleh Ditegur?






Kuasa Melantik Menteri.

Konsep: Yang Di-Pertuan Agong= Ketua Negara (Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan) ; Perdana Menteri = Ketua kerajaan (perkara 39&43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan).

PM berkuasa penuh melantik Menteri2 Kabinet (Perkara 43(2)(b) P.P.). PM akan inform pada YDPA siapa dia nak lantik, dan YDPA takde kuasa pun nak tolak sebenarnya. Kalau nak pecat menteri, PM sendiri boleh pecat mana2 menteri dan hanya perlu inform YDPA tentang perlucutan tu.. tak perlu kelulusan YDPA spt dalam kes Anwar Ibrahim v Perdana Menteri [1999] 5 MLJ 193; PM boleh transfer mana2 menteri, wujudkan / hapuskan apa2 Ministerial Office sesuka hati dia. Pendek kata PM lah bapak segala menteri.


Jadi disebabkan itu, PM akan lantik kroni2 dan penjilat tegar dia untuk jadi menteri2 kabinet... Supaya in the eyes of public semua menteri menyanjung tinggi kepimpinan PM. Dia jelah yang hebat kononnya... Walhal orang2 lain yg sepatutnya layak naik, tak naik2 lah.


Teguran kepada menteri.

Memang betul nobody is perfect, tapi semua org ada kelemahan.. There should be a transparent governance by our ministers, the people should be allowed to know how much money has been spent/ will be spend untuk apa, and the people should be allowed to criticise.. So why not allow the public untuk beri pendapat, beri idea untuk mana2 kementerian untuk membaiki kelemahan mereka..

Lets say saya tak suka cara kementerian kesihatan spend RM 12 juta untuk fasiliti yang harga RM100,000 (contoh lah).. So saya kumpul bukti & buat surat hantar pada kementerian.. Tapi kalau setiap kali surat dihantar remain dalam tong sampah office dia, how can everybody else know? Rafizi Ramli dapat media coverage sebab dia politician, so at least website2, paper pembangkang akan siarkan apa yg dia nak perkatakan.. But how about orang awam yang aware tentang open corrupt practices by our government.. sembang kedai kopi jelah..


The only way org nak tau what is going on, is through the media.. kalau dah semua TV station, radio, newspaper dipegangnye.. dia lah KING. Golongan muda dikatakan ramai sokong pembangkang/ atas pagar sebab apa yang dilihat di kaca tv dan apa yg dibaca melalui internet, etc terdapat percanggahan yg terlalu banyak.. lebih2 lagi those yang attend program2 anjuran dua parti yg berbeza ni.. dia akan buatlah penilaian sendiri berdasarkan apa yg dia lihat & dengar..

Jadi pak2 menteri, disebabkan media mainstream berpihak pada dia, puji melambung dia (selagi dia jilat kaki PM), there will be no room for him to improve himself.. Takde siapa boleh kata dia salah. dia akan lebih korup lah.. because Absolute Power Corrupts Absolutely. Since there is no effective form of check & balance, no one can tell him that he is wrong, dia akan continue dengan segala corrupt practices dia...


For me it does not matter siapa nama menteri tu tapi kalau dah muka sama je patut ditukar lah.. buat undang2 untuk limit org cuma boleh jadi menteri selama dua penggal shj contohnya.. so that bagi fresh new faces pulak naik jadi menteri.. come on lah.. berapa juta population malaysia, berapa ramai bijak pandai ada kat malaysia, bukan muka2 sama je yang layak jadi menteri.. ramai lagi org lain..

Komen aku - Semua pun lebih kurang jer bila ditampuk kuasa....

Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?
Keluhan Rakyat (Part 2) - Kenapa Menteri Malaysia Lama Sangat Tak Ditukar, Tak Boleh Ditegur?
Keluhan Rakyat (Part 3) - Mengenai Blackout Dipilihanraya.

 

Saturday, May 18, 2013

Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?

Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?


miliunsoftware@gmail.com


 

Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?

Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai? Ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju berkenaan Nazri Aziz dilantik sebagai menteri pelancongan. Ada yang mengatakan beliau tidak layak kerana terdapat beberapa tanggapan mengenai beliau. Ada berita mengatakan beliau dahulu pernah 'songlap' atau menyalahgunakan duit rakyat untuk kegunaan beliau. Ada yang mengatakan beliau layak menjadi menteri pelancongan. Beliau mungkin dapat mengharumkan nama Malaysia dengan mempelbagaikan tempat pelancongan.

Bagi saya tempat pelancongan di Malaysia ini dah banyak dan tidak perlulah dipelbagaikan. Saya berpendapat, beliau mungkin akan menggunakan hasil-hasil dari pelancongan untuk kegunaan beliau. Contoh sifat kronism yang diamalkan; pelancongan kemana-mana tempat secara percuma hanya pada kroni sahaja, dan mungkin cukai pada barang tidak dikenakan pada meraka. Mungkin juga kos-kos seperti tiket-tiket kapal terbang untuk melancong dinaikkan dari paras yang sepatutnya untuk mengelirukan rakyat. Kemudian, hasil dari itu digunakan untuk kegunaan sendiri.

Hutang negara makin bertambah jika betul apa kata segelintir rakyat bahawa beberapa tempat pelancongan didirikan sedangkan banyak lagi tempat yang perlu didirikan. Dari berhutang kerana mewujudkan beberapa tempat pelancongan yang baru, lebih baik membuat pemulihan di beberapa tempat yang 'tak seberapa nak pulih'. Contohnya di Sabah dan Sarawak.

Menteri yang cerdik pandai seperti Saifuddin di pinggirkan. Pada saya, beliau lagi layak dari Nazri Aziz ini.

Komen aku - If you cannot fight them then join them


Keluhan Rakyat (Part 1) - Nazri Aziz Sebagai Menteri Pelancongan. Sesuai?
Keluhan Rakyat (Part 2) - Kenapa Menteri Malaysia Lama Sangat Tak Ditukar, Tak Boleh Ditegur?
Keluhan Rakyat (Part 3) - Mengenai Blackout Dipilihanraya.


Monday, May 13, 2013

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 19)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 19)




Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2).

Pencapaian PAKATAN terutamanya DAP dalam PRU 13 bukanlah kerana kekuatan mereka tetapi lebih kepada kelemahan BN.

Tsunami kaum Cina ? Bukan... Kaum Cina menyokong PAKATAN bukan kerana sentimen. Bukan kerana isu perkauman. Mereka menyokong PAKATAN kerana itulah alternatif yang ada.

Mereka kaum yang realistik dan praktikal. Mereka cukup sedar bahawa wujud perbezaan yang besar antara UMNO dan Melayu. Juga antara Melayu dan Islam. Mereka menyokong PAKATAN kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan BN.


PRU 13 menjadi medan politik yang paling kotor dan menjijikkan. Politik wang, skandal seks, maki hamun, fitnah sudah sampai ke peringkat negara. Bukan lagi sekadar amalan di dalam parti.

Mereka juga bahawa politik dan orang-orang yang terlibat dalam politik adalah kotor. Masing-masing hanya mengutamakan kepentingan masing-masing. Namun ianya perlulah di lakukan dengan mendahulukan kepentingan nasional. Oleh itu mereka memilih untuk menyokong pihak yang di lihat lebih mengutamakan kepentingan nasional berbanding kepentingan kaum masing-masing. Sebab itu mereka menolak MCA, MIC dan Gerakan. Mereka memilih politik ' trans-etnik ' berbanding politik perkauman yang sempit.


UMNO di lihat masih bernasib baik. Ini kerana pengundi-pengundi Melayu masih boleh di manupulasi secara sentimen. Dengan memprojekkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara dan sebagai kuda tunggangan kaum Cina ianya berjaya membangkitkan kebimbangan di kalangan pengundi Melayu. Ini faktor pengundi Melayu kembali menyokong UMNO. Lebih di dorong oleh faktor emosi berbanding rasional.

Persoalannya, sampai bila UMNO berupaya untuk mempermainkan emosi dan sentimen orang-orang Melayu ? Mampukah UMNO mempengaruhi generasi muda Melayu yang kini di lihat bersikap lebih terbuka dan rasional ? Apalagi dengan kesedaran Islam yang di lihat semakin meningkat dan lebih ketara di kalangan generasi muda Melayu. UMNO akan di lihat oleh generasi muda Melayu semakin tidak relevan sebagaimana kaum muda Cina melihat MCA dan Gerakan.


Mampukah Dato Seri Najib dan UMNO memenuhi aspirai generasi muda Melayu yang menginginkan politik yang lebih luhur dan Islami ?

Di tangan Dato Seri Najib UMNO kini sudah jadi 1Malaysia. Sudah tiada lagi 'Ketuanan Melayu' yang berteraskan Islam. Ketuanan Melayu di kuburkan tanpa nesan. Bagi sebahagian orang Melayu, inilah pengkhianatan terbesar Dato Seri Najib kepada bangsa Melayu yang tidak mungkin di maafkan.


1Malaysia yang di wujudkan untuk meraih undi kaum Cina akhirnya terbukti sebagai strategi politik yang ' back fire ' buat UMNO-BN. Plan Transformasi Negara juga tidak mampu menarik sokongan kaum Cina. Apatah lagi Model Ekonomi Baru yang di anggap sebagai strategi ekonomi yang melucukan oleh mereka-mereka yang mahir dengan ilmu ekonomi dan kewangan.

Kini Dato Seri Najib sudah mulai bercakap soal perpaduan nasional pula. Konsep yang tidak masul akal dalam demokrasi. Bukankah sifat demokrasi itu sendiri ' divide and rule ' ? Ada kerajaan dan ada pembangkang. Boleh ke nak bersatu ?


Dengan segala perancangan dan strategi yang serba tidak mengena wajarkah Dato Seri Najib terus bertahan sebagai PM Malaysia dan Presiden UMNO ?

Sementara kepada seluruh umat Melayu pula... Sampai bilalah kita ni nak di perbodoh-bodohkan oleh UMNO dan PAS ? Nak kata politik Melayu pun bukan.. Nak kata politik Islam pun bukan. Cukup-cukuplah...

Pak Lan   
Mohd Ramalan Yunus   
Founder  World islamic Chamber Of Commerce  

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
 
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?  
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
 
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?  
Part 13 - Sekapur Sireh  
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN

 

Friday, May 10, 2013

Wahai Azmin Ali....- Benarkah kata-kata ini?

Wahai Azmin Ali....- Benarkah kata-kata ini?




Buat Saudara Azmin Ali,

Sekitar bulan Oktober 2012, saya pernah maklumkan pada rakan-rakan anda untuk bertemu dengan anda tentang permasalahan dengan ibu anda yang tersayang tetapi terputus tengah jalan. Mungkin kerana ketika itu anda merasakan bahawa pilihanraya akan diadakan sekitar bulan November 2012 dan tiada ruang masa. Mungkin kot..entahlah...

Memandangkan tiada ruang untuk saya berjumpa dengan anda terpaksalah saya ajukan beberapa soalan yang anda tidak perlu jawab disini.

Jangan risau bro, walaupun anda sudah menang dalam kalah dan kalah dalam menang tapi masih ada masa untuk buat apa yang patut.


Video dibawah adalah video yang lama dan telah menjadi sejarah untuk rakyat Malaysia dan keluarga anda.

Kalau ikut kadar umur kematian abad ini, hayat kita tak sampai lagi 16 tahun lagi dari sekarang. Kalau terpanjang umur pun hanyalah bonus.

Saya sebagai manusia biasa banyak buat kesilapan tetapi anda dan saya sebagai manusia dan saya sebagai ayah kepada anak-anak saya atau sebagai atuk kepada cucu-cucu saya atau anak kepada ayah dan ibu saya, perkara yang benar tetap benar dan perkara yang salah tetap salah.

Tegakkanlah keadilan bro walaupun dengan sesiapa saja

"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat." 4:135


Che Tom Yahaya
Salam Mak Tom, kalau Mak Tom betul-betul sayangkan Azmin, takyahlah merajuk lama-lama ek.


 (klik video)

1. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Siapakah darah daging Min? - Dia cakap Anwar Ibrahim"

2. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata anda ini?
"Jangan makan benda-benda dalam rumah ni! Semua benda haram"

3. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata anda ini?
"Ina, jangan tarik kerusi tu, kerusi tu tak disamak!"
 
4. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Dulu Azmin baik, dia ingat ibubapa, sayang adik beradik"

5. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Dengan orang lain dia ambil berat, dengan ibu sendiri yang kandungkan dia, dia buat camni"

6. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Saya mengandungkan dia 9 bulan 10 hari, saya nak bersalinkan dia berapa punya susah."

7. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Kalau boleh, Azmin sedarkanlah diri tu, baliklah kepangkal jalan"

8. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Hati saya bukannya luka, bukannya sakit, kalau sakit boleh diubat, kalau luka boleh dijahit, tapi ini dah hancur, hancur sama sekali, pasal pagi syawal dia maki adek dia yang dasyat, yang tuhan pun tak suka macam tu..."

9. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Kalau dia nak balik, ikut dua syarat, saya bagi dia, baliklah kepangkal jalan, sedarlah diri, bertaubat pada Allah dan berhentilah daripada kumpulaan itu..."

10. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata ibu mu ini?
"Saya hidup ni pun tak mau tengok, jadi dah mati pun baru nak tengok, tak payahlah..."

Saya tidak mahu menyentuh hal peribadi anda sebab kita semua pasti ada hal peribadi tersendiri yang mungkin lebih teruk. Cuma kalau benar kata-kata ibu anda dalam video dibawah (saya pasti 120% ketulenannya dan bukan diedit)...

Izinkan saya menambah beberapa soalan lagi.

1. Adakah anda merasakan luahan isi hati ibu anda dalam video tersebut disebabkan oleh

a) Ada dalang yang menyucuknya? atau

b) Ibu anda sendiri mahu menutup kelemahan diri? atau

c) Sikap ibu anda sendiri yang suka menjatuhkan maruah anaknya? atau

d) Adakah pegangan ibu anda berbeza dengan pegangan anda sehingga anda tidak taat seperti firman dibawah? atau
"Kami wasiatkan manusia supaya dia buat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka; kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa yang kamu telah buat." Janganlah kita menyalahgunakan kuasa apa saja yang Allah amanahkan pada kita semua." 29:8


e) Kenapa anda tidak mahu makan dirumah ibu anda sendiri padahal apa saja dalam rumah ibu-bapa sendiri kita boleh makan dan tiada hukum haram seperti firman Allah!
"Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham." 24:61


Azmin Ali bersama ibunya, Che Tom Yahaya
Bro Azmin, duit lu banyak dan kereta berlambak. 
'Mak We' kita sendiri pun kalau kita tak amik tau dia orang bleh angin satu badan beb apatah lagi kalau 'Mak Sendiri'. Agak-agak aar bro..

(Klik video)

1. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
 "Azmin menyelinap masuk tengahmalam. Ini perkataan dia... Azmin curi masuk menyelinap tengahmalam lewat pukul dua belas, ketika semua dah tutup. Dia masuk datang semata-mata untuk ambil gambar bagi meyakinkan penyokong-penyokong dia, dia bukan anak derhaka dan gambar itu telah keluar dalam facebook.."

2. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"Dimana tanggungjawab dia sebagai Yang Berhormat? Sedangkan dia hidup kaya raya. Duit dia berpuluh juta... Hidup mewah. Kereta mewah bergelimpangan, terbang london Paris Dubai, satu dunia dia pergi, tapi bil hospital mak dia satu sen pun dia tak bayar?.."

3. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"Dia halau pembantu saya keluar, dia bawa cameraman dan ibu saya bercerita balik, mak saya bila dia pegang, mak saya tak bagi, mak saya kata jangan pegang, kau kata badan aku najis, haram, kenapa dia tak tunjuk video yang sebenarnya macamana mak saya maki dia marah dia, mak saya kata kau pernah panggil aku najis, kau panggil aku haram kenapa kau nak datang tengok aku, lepas tu siap dia suruh mak tengok, kamera, kamera, dan ada seorang lelaki mengambil gambar..."

4. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini? 
"Hampir setiap hari Azmin tak pernah reply panggilan dia. Panggilan suara pun mak saya tinggalkan dia tak pernah berjawab. Berapa kali mak saya keluar masuk hospital dia tak pernah ambil tahu..."

5. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini? 
"...Raya tahun lepas dia pergi sekitar keliling rumah mak saya, termasuk rumah jiran-jiran tetangga mak saya bawa hamper dan bagi setiap orang lima ratus ringgit tetapi ibu saya dia tak bagi..."

6. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"Kalau dia betul ikhlas, hari ini dah dua tahun, dia tak izinkan anak dia enam-enam orang telefon mak saya, Kalau dia benci dengan mak saya satu aspek, tapi anak Azmin enam orang not even one yang telefon tanya nenek, nenek sihatke, nenek dah makanke,..selamat hariraya nenek?...tidak ada.."

7Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini? 
"..Ibu saya amat kesal gambar dia mencuri masuk itu digunakan untuk meraih simpati rakyat dan hari ini kita boleh tengok dalam facebook dia beribu yang like yang kononnya menyanjung Azmin dan ramai yang menghentam saya katakan saya kaki penfitnah.."

8. Wahai Azmin Ali.... - Benarkah ini kata-kata Umi Hafilda ini?
"..Dan saya nak tanya Azmin, selama hari ini bukan dua tahun saja, selama hari ini, setiap kali mak saya sakit, setiap kali every month setiap bulan, mak saya perlu melapurkan pada Institiut Jantung Negara, IJN, siapa yang bawa?"

 Selamat Pengantin Baru sis

Buat Umi Hafilda plak, (kita hanya pernah berjumpa tiga kali dan sekadar 'hi hi & bye bye' - kat janda dua kali dan ampang point sekali)

Takder jalan nak kasi settle kes ni sis? Sampai bila nak terbakar! Lama sangat ni wei...

Best tak malam pertama? Hu hu....

Anwar Ibrahim Numbeeerrrr One
Wahai Azmin Ali....- Benarkah kata-kata ini?