Wednesday, October 31, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 9)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 9)

 Mansuhkan Rukun Negara? 

Perlembagaan negara kita dah sentuh. So, kali ni teman nak sentuh sikit soal Rukun Negara pulak. Rukun Negara ni penting. Dia mencerminkan perlembagaan Negara. Dan merupakan prinsip-prinsip yang menjadi teras kepada kedaulatan Negara ini.

Kalau soal-soal asas dan teras dalam bernegara pun kita tak paham dan kita tak nak patuh…. Buat apa ada perlembagaan dan buat apa ada Rukun Negara? Baik mansuhkan aja…

Susah la kalau dah macam tu… Mana tak jadi caca murba negara ni…!


Prinsip Yang Pertama : Kepercayaan kepada Tuhan.

Tuhan mana yang kita nak percaya ni?

Tuhan orang Islam? Tuhan orang Hindu? Tuhan orang Buddha atau Tuhan orang Kristian?

Dan kenapa pulak rukun atau prinsip yang pertama ni kita kena percaya kepada Tuhan? Kalau dalam bab bernegara ni, kita tak libatkan Tuhan tak boleh ke?

Itu yang istimewanya tentang Negara ini. Negara ini tak sama dengan Negara-negara lain. Kita bukan Negara sekular atau pun Negara agama. Tetapi adalah sebuah Negara Islam. Islam adalah agama bagi Negara ini.

Kalau kita rujuk pada perlembagaan, dah terang dan jelaslah bahawa negara ini adalah Negara Islam. Dan dalam perlembagaan, cuma Islam sahaja yang di sebut. Agama-agama lain dia tak sebut pun. Dan dia tak cakap pun yang Islam tu agama resmi. Terang dan jelas dia sebut Islam adalah agama persekutuan. 

Ini membawa maksud bahawa Negara ini beragama Islam. Maka dah tentulah Tuhannya adalah Allah SWT. Bukan Tuhan yang lain.

Ini menunjukkan bahawa sembilan orang Raja-raja Melayu yang membentuk perlembagaan Negara dahulu berkehendak agar Negara ini menjadi Negara Islam bukan Negara sekular.

So, bila tiga Perdana Menteri Malaysia yang awal mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara sekular, itu merupakan pendapat dan pandangan peribadi mereka sahaja. Mereka tak layak pun membuat tafsiran mengenai perlembagaan. Institusi yang layak dan berhak untuk membuat tafsiran mengenai perlembagaan Malaysia adalah Mahkamah Tinggi Persekutuan.

Kalau Perdana Menteri pun tak layak buat tafsiran, orang lain apatah lagi. So, bila Karpal Singh kata  'langkah mayat saya dulu kalau nak jadikan Malaysia Negara Islam'  adalah merupakan satu kenyataan yang cukup dangkal dari seorang ahli poltik veteran yang juga merupakan seorang peguam.

Buat malu peguam-peguam lain je!

Kalau itu bukan kenyataan yang dangkal maka sudah pasti kenyatan tersebut berniat jahat. Jahatnya kerana cuba mengelirukan pemikiran rakyat Malaysia.

Kenapa Majlis Raja-raja Melayu tak tegur Karpal Singh ? Kenapa kebiadapan dan keceluparan Karpal Singh di biarkan sahaja?  Inikan tugas dan tanggung-jawab Tuanku-Tuanku semua sebagai Ketua Negara/negeri dan Ketua Agama?

Dan persoalan yang paling menarik kalau Negara ini beragama Islam dan Negara ini percaya dengan Allah SWT maka bukankah menjadi tanggung-jawab Raja-Raja Melayu dan seluruh rakyat Malaysia untuk mengamalkan syariah Islam di setiap aspek pemerintahan dan kehidupan di Malaysia?

Kenapa dah lebih 50 tahun perlembagaan di gubal kita masih juga nak bergantung kepada sistem sekular? Tak cukup ke bijak pandai dalam Negara ini sampai semua kita kena impot dari barat? Dah merdeka ke kita kalau semuanya kena bergantung dengan barat? Macam mana nak jadi bangsa yang hebat dan merdeka kalau masih bergantung dengan musuh? Kalau bergantung dengan kawan takpe la jugak. Ini bergantung dengan musuh. Pelik tak?

Dan, macam mana rakyat nak jadi hebat dan merdeka kalau pemimpin-pemimpinnya pun tak hebat dan pemikiran mereka pun masih terjajah?

Kata percaya dengan Allah? Kenapa tak ikut suruhan Allah? Kenapa lebih rela menjadi hamba musuh, hamba kepada sesama manusia daripada menjadi hamba Allah?

Kan dah terbukti yang bangsa Arab tu pernah jadi bangsa yang hebat dan di geruni hanya kerana beriman kepada Allah SWT.  Nak bukti apa lagi! Mana perginya ulamak-ulamak kita yang bersepah-sepah tu? Kenapa tak nasihatkan Raja-Raja Melayu dan pemimipin-pemimpin Melayu? Kenapa? Lebih takut dengan dia orang ke berbanding takut dengan Allah SWT?

Kalau pemimpin-pemimpin takut berjalan di jalan yang benar dan para ulamak juga takut untuk menunjukkan jalan yang benar maka selamanyalah umat ini akan terus hanyut dan sesat dalam keasyikkan memburu nikmat-nikmat dunia…

Kita kena tahu bahawa sistem yang kita impot dari barat ini adalah sistem yang dasarnya adalah dari pemikiran sekular. Sekular ni satu ideologi yang mengasingkan agama dari kehidupan bermasyarakat. Manusia-manusia yang menganut fahaman ini ingin membebaskan diri mereka dari kongkongan agama. Mereka ingin bebas untuk melakukan apa sahaja menurut hawa nafsu mereka tanpa sebarang sekatan dan larangan agama.

Memanglah seronok lagi menyeronokkan bila kita boleh berbuat apa saja. Maklumlah nafsu manusia ni mana ada sempadan. Semua dia nak. Semua dia teringin. Cuma yang tak sedapnya…. Benda yang seronok ni selalunya bawak penyakit! Tak bawak kebaikan!

Kalau nak kebaikan… Nak elok… Nak sihat…. Nak kuat… Kena banyak telan benda pahit! Itu sunnah alam! Yang pahit itulah  ubat… Sebab tu ubat tu pahit.

Jangan suka yang manis-manis je der… Nanti kena kencing manis. Kalau dah kena kencing manis der, nak menangis pun dah tak guna…

Islam ni agama yang sempurna dan menyeluruh. Islam bukan semata-mata dogma (ajaran) dan ritual (upacara) sahaja tapi adalah merupakan satu cara hidup yang meliputi semua aspek dalam kehidupan. Politik, ekonomi, kewangan, pendidikan, pertahanan dan lain-lain lagi. Ini bukan Allah dan Rasul je yang cakap. Di zaman moden ni Mahkamah Tinggi Persekutuan pun cakap macam tu jugak tentang Islam. Kalau tak percaya rujuk kes Lina Joy. Apa kata hakim masa buat kenyataan penghakiman dalam kes tersebut.

Di zaman moden ni, apa kata kita angkat Islam bukan sekadar sebagai satu cara hidup tapi lebih tinggi dari itu. Kita angkat Islam agar menjadi satu sistem dalam kehidupan umat manusia. Bila dah jadi satu sistem, orang bukan Islam pun akan ikut. Siapa yang tak nak kebaikan? Siapa yang tak nak keadilan? Dan siapa yang tak nak kesejahteraan? Itukan fitrah manusia. So… Semua manusia nakkan benda tu. We go to the next level brother….

Kali ni kita buat lebih hebat dari zaman Rasulullah… Lebih hebat dari zaman para sahabat…. Dan lebih hebat dari zaman Ummayyah, Abassiyah dan Othmaniyyah..

Dulu takde teknologi… Sekarang teknologi dah cukup canggih! Itu sebab kita boleh jadi lebih hebat dari zaman dulu. Nak tunggu apa lagi?

How to do it? Takkan semua nak cerita dalam ni! Ini kena buat seminar! But let me assure you… Kalau orang lain tak tau apa nak buat, teman tau apa nak buat. Jangan awal-awal dah surrender kata tak boleh buat… Mula le teman nak hangin satu badan…


Prinsip Yang Ke Dua : Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 

Terang dan jelas! Kesetian hanya kepada Raja dan Negara. Bukan kepada parti-parti politik atau pemimpin-pemimpin politik.

Politik dalam Islam berbeza dengan politik sekular (demokrasi). Dalam Islam kalau nak pilih pemimpin kena pakai syura . Majlis syura yang kena bermusyawarah untuk pilih pemimpin. Bukan semua rakyat jelata macam yang di ajar dalam sistem demokrasi.

Demokrasi ni bunyinya saja yang macam adil. Satu orang satu undi konon. Tapi kalau kita perhalusi memang tak masuk akal sistem ni. Cuba kita bayangkan seorang professor yang dah bertahun-tahun belajar dan dah bertahun-tahun membuat kajian tapi cuma ada satu undi. Kita bandingkan pulak kedudukannya dengan seorang buruh kasar atau pun mat rempit yang drop out dari sekolah. Dari sudut pendidikan, pemikiran, pergaulan dan pengalaman dah tentu perbezaannya macam langit dengan bumi. Aleh-aleh bila pilihanraya, bila nak mengundi masing-masing sama saja. Ada satu undi. Adil ke macam tu? Masuk akal ke macam tu?

Mana tak huru-hara! Kalau ramai yang bodoh dah tentulah mereka akan pilih juga pemimpin dari kalangan yang bodoh. Dan kalau ramai yang jahat maka mereka akan pilih pulak pemimpin yang paling jahat. Bukankah demokrasi 'Is the game of numbers'? Dah tentulah majoriti yang akan menang. Dah tentulah mereka yang akan memerintah. So.. Apa nak heran kalau Negara jadi macam ni..

Cuba bayangkan… Pilihanrayanya 5 tahun sekali tapi kempennya hari-hari…. Bayangkan la pulak, berapa banyak masa, duit dan sumber yang di bazirkan? Belum cerita lagi bab bergaduh sesama kita… Bab bergaduh sesama kita ni, kita dah sampai pun ke peringkat saling pulau-memulau sesama kita…

Bab kenduri-kendara… Bab nikah kahwin… Bab menguruskan jenazah… Banyak lagi la..Tak larat nak tulis. Senarainya cukup panjang. Tak cukup kerja pulau-memulau ni, sembahyang pun dah sampai pakai dua imam dah…

Tak teruk lagi ke kalau dah macam tu?

Nak tunggu apa lagi ni baru kita nak berubah? Nak tunggu sampai bertumpah darah sesama kita ke baru kita nak berubah? Nak tunggu sampai nasi dah jadi bubur baru nak berubah?

Sebab itu dalam Islam tidak ada pilihanraya. Memang besar masalahnya kalau mengamalkan pilihanraya. Pilihanraya ni jadi punca kepada kebanyakkan masalah. Sebab itu berlaku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan pecah amanah. Sebab nak cari undi le tu. Nak cari sokongan. Semua tu kena pakai duit. Kena pakai belanja. Zaman sekarang mana ada yang free. Masuk tandas nak buang air kecik pun kena bayar…

So.. Kalau tak rasuah mana nak cari duit! Kalau tak salah guna kuasa mana nak dapat duit!

Rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pecah amanah dan pembaziran ni takkan berkurang apalagi nak di hapuskan selagi kita masih mengamalkan sistem yang sama ni. Siapa pun yang memerintah akan buat benda yang sama jugak. Mula-mula ni mungkin berkurang la sikit. Itu pun sementara nak pandai. Dah pandai esok entah-entah lagi dahsyat le pulak nanti. Yang ada ni pun dulu… Macam tu le jugak!

Sebab itu bila tiada pilihanraya dan kesetiaan dan ketaatan cuma di tumpahkan kepada Raja sahaja, barulah masyarakat tidak akan berpecah-belah. Barulah masyarakat akan bersatu padu. Aman damai. Barulah seluruh jentera pentadbiran dapat di kerah dan di arahkan untuk membangunkan Negara.

Ini dalam demokrasi kita nak suruh orang ramai bersatu padu. Itu buat keje gila namanya. Dasar demokrasi kan pecah dan perintah atau divide and rule. So.. Macam mana nak bersatu? Dalam demokrasi, kalau ada kerajaan dah tentulah ada pembangkang. Kononnya untuk buat check and balance. Bunyi macam murni tapi realitinya?

Tengok sajalah kepada media arus perdana. Ada ke ruang untuk pembangkang? Semuanya di monopoli oleh pemerintah. Kalau dalam media pun tidak ada ruang untuk pembangkang… So… Apa yang boleh di check dan apa yang balancenya? Teman tak nampak di mana check and balancenya.

Pengamal-pengamal media arus perdana tak berminat dengan kebenaran. Mereka lebih pentingkan sensasi. Lebih utamakan nilai komersial. Lebih mendahulukan kepentingan kerajaan. Kepentingan rakyat memang tak pernah penting. Slogan demokrasi from the people, by the people, to the people hanyalah sekadar slogan. Tak pernah jadi kenyataan pun.

Sebab itu bila ada kawan-kawan wartawan bercerita tentang etika kewartawanan, teman gelakkan aja. Bukan takat gelak sikit-sikit. Gelak besar. Apatah kalau mereka bercerita pasal nak melapurkan berita without fear and favour. Lagi besar la teman gelak.

Mana dia freedom of speech kalau semuanya di kawal. Itu bukan demokrasi tapi kuku besi. Kalau dalam media pun dah takde demokrasi tak payah ceritalah benda-benda yang lain. Buat sakit telinga je. Sebab itu sekarang ni bila dah ada media alternatif mengelabah beruk kerajaan di buatnya. Tak boleh nak control lagi dah!

Pemimpin yang tak boleh di tegur dan tak boleh di kritik itu bukan pemimpin namanya. Itu orang bodoh sombong. Orang bodoh sombong ni jangan kata jadi pemimpin, jadi pengikut pun tak layak. Siapa pun tak nak. Siapa yang suka dengan orang yang tak boleh di tegur.

Sebab itu, marilah kita kembali kepada Islam. Dalam bab memilih pemimpin ni biarlah Majlis Syura yang di anggotai oleh bijak pandai sahaja yang memilih pemimpin. Dia orang yang lebih tahu mana satu calun yang layak dan tidak layak untuk di baiat sebagai pemimpin. Sebagaimana para sahabat dulu memilih dan membaiat Abu Bakar untuk menjadi Khalifah Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW. Kita rakyat biasa ni ikut saja sudahlah…

Sistem yang kita amalkan sekarang ini lebih banyak mendatangkan mudharat daripada kebaikkan. Dan mudharatnya yang paling besar adalah kita jatuh kufur kalau mengamalkannya tanpa sebarang penolakkan dan protes di dalam hati. Ini bukan sekadar soal kaedah. Tapi lebih jauh dari itu, ianya menyangkut soal aqidah. Hati-hati.Ini bukan soal main-main.

Persamaan demokrasi dengan Islam adalah umpama beruk dengan manusia. Walaupun ada sedikit persamaan tapi beruk tetap beruk dan manusia tetap manusia. Tidak pernah boleh disamakan sebenarnya. Marah kita kalau kita di samakan dengan beruk.

Ingat! Beruk tidak pernah ada tuntutan untuk menunaikan syariah Islam sedangkan manusia ada. Menunaikan syariah Islam bukan satu pilihan tetapi adalah satu kewajipan buat semua umat manusia.

Amalan demokrasi bukan sekadar menyentuh soal kaedah tetapi ianya menyentuh soal Aqidah, Syariah dan Akhlak seorang Muslim. Demokrasi adalah satu sistem yang mendaulatkan rakyat. Mendaulatkan manusia, mendaulatkan hamba. Kalau dah rakyat, manusia dan hamba yang di daulatkan… Raja, Tuhan dan Tuannya nak di letakkan di mana?

Bila manusia sudah berani mengubal dan mengubah hukumnya sendiri dalam kehidupannya di atas muka bumi milik Allah ini. Maka apalagi yang dia takuti. Hak mutlak Allah SWT pun dia sanggup rampas apalagi hak kita. Sebab itu yang sudah terang, jelas dan mutlak haramnya seperti judi, arak, riba dan banyak lagi kini semuanya sudah menjadi halal. Kalau ini bukan perilaku biadap manusia kepada sang penciptanya lalu ini kita nak panggil apa?

Demokrasi memang satu kaedah. Satu kaedah pemberontakkan. Memberontak untuk menentang Raja yang menjadi wakil Allah SWT di atas muka bumi ini. Memberontak untuk menentang hukum-hukum Allah SWT yang menjadi pemilik dan hakim yang mutlak di atas muka bumi ini. Memberontak dan menghancurkan Aqidah, Syariah dan Akhlak seorang hamba yang seharusnya tunduk dan patuh kepada Tuannya yang memiliki dirinya dan segala kepunyaannya.

Dunia yang seharusnya menjadi tempat persinggahan sementara untuk di uji keimanan dan ketaqwaannya kini di jadikan medan untuk berlumba dan bersaing untuk merebut kekuasaan dan kekayaan.

Demi masa… Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.


Prinsip Yang Ke Tiga : Keluhuran Perlembagaan 

Tugas siapa nak meluhurkan perlembagaan? Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa perlembagaan kita yang luhur ini telah di cemari dengan pelbagai tafsiran yang bukan-bukan. Di salah anggap. Di salah erti. Di injak-injak keluhurannya selama ini tanpa sebarang pembelaan. Kenapa boleh jadi sampai macam itu?

Inilah persoalan yang ingin teman bangkitkan. Tugas siapa nak bela dan pertahankan perlembagaan kita ini? Nak harapkan orang politik ke? Bukan ke dia orang yang selama ini dok memutar belitkan tafsiran perlembagaan? Yang membuatkan kita semakin keliru? Semakin tidak faham dengan perlembagaan sendiri. Kalau dah macam tu kita nak harap apalagi pada orang politik.

Ini tugas Majlis Raja-Raja Melayu. Tugas DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Bukan tugas rakyat jelata. Rakyat jelata tidak ada hak dan tidak ada kuasa. Kalau bukan YDPA dan Raja-raja Melayu yang nak bela perlembagaan lalu siapa lagi?

Untuk apa kita junjung tinggi-tinggi Institusi Raja-raja Melayu? Untuk apa kita peruntukkan duit berjuta-juta ringgit setahun untuk membiayai institusi Raja-raja Melayu? Untuk apa kita bina istana-istana yang menelan belanja sampai berbillion ringgit? Untuk apa? Untuk apa semua itu kalau Raja-raja Melayu tak mampu nak jadi payung Negara? Tak mampu nak pertahankan perlembagaan yang menjadi asas Negara? Apa kerja Raja-raja Melayu yang sebenarnya? Kalau tak ada kerja kenapa ada gaji?

Bukan kita nak suruh pergi berperang pun. Cuma nak suruh pertahankan perlembagaan je. Memang tanggung-jawab dia orang pun. Kita cuma memperingatkan sahaja. Pertahankanlah perlembagaan kita dari keserakahan orang-orang politik.

Pergi berperang untuk pertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kedaulatan Negara ini… Itu memang kerja kita. Tanggung-jawab kita. Memang tugas kami sebagai rakyat. Biar bercerai nyawa dari badan…. Kami rela Tuanku!

Tapi kalau Tuanku-Tuanku semua tidak mahu buat kerja Tuanku… Untuk apa kami semua bermati-matian pertahankan Tuanku! Jangan salahkan kami kalau kami tak nak pertahankan Tuanku. Dan jangan salahkan pihak tertentu kalau mereka nak jadikan Negara ini Negara Republik. Macam di Indonesia dan Amerika. Dan banyak lagi Negara-negara di dunia ini. Sebab ramai sekarang ni yang melihat Raja-raja Melayu dah tak relevan lagi.

Memang layaknya begitu. Untuk apa di simpan lagi benda yang dah tak relevan. Yang sudah tidak ada manfaatnya kepada agama, bangsa dan negara. Macam tu jugak dengan pekerja. Kalau ada pekerja yang tak nak buat kerja memang secara lazimnya dia akan kena pecat.

Kita ni mengamalkan sistem politik Raja Berperlembagaan. Bukan demokrasi berparlimen. Takkan Tuanku-Tuanku semua tak paham?

Kalau ada orang politik yang mengatakan bahawa sistem politik kita adalah sistem demokrasi berparlimen, Tuanku-Tuanku semua tak marah ke? Patik yang bukan Raja pun marah, sepatutnya Tuanku apatah lagi… Sebab pendapat itu bukan sahaja salah dan mengelirukan tetapi juga berniat jahat. Mereka menafikan dan meminggirkan kewujudan dan kepentingan institusi Raja-Raja Melayu.

Itu adalah kenyataan dari orang politik yang sama ada dia bodoh atau pun jahat. Dia bodoh sebab hanya menggunakan pendapat dan pandangannya yang dangkal tanpa merujuk dan memahami apa yang terkandung dalam perlembagaan.

Dia jahat kerana cuba menafikan sistem Raja Berperlembagaan. Dan dia juga cuba menafikan status Negara ini sebagai sebuah Negara Islam. Tidak ada satu perkataan demokrasi pun yang tertulis dalam perlembagaan. Begitu juga dengan perkataan sekular. Tetapi perkataan Islam memang jelas tertulis dalam perlembagaan. Soalnya, dari mana idea sekular dan demokrasi ni boleh timbul?

YDPA dan Raja-Raja Melayu kena sedar dan kena bangun. Kena luhurkan kembali perlembagaan kita ni. Percayalah Tuanku! Kalau orang lain tak sokong… Patik dan kawan-kawan patik akan sokong usaha Tuanku hingga ketitisan darah patik yang terakhir! Mujur lalu melintang patah. Itu janji patik!

Hanya YDPA dan Raja-raja Melayu sahaja yang mampu membuat perubahan tanpa sebarang pertumpahan darah. Patik tak yakin ada sesiapa yang berani menderhaka kepada titah dan perintah Tuanku.

Buktikanlah kepada rakyat jelata bahawa institusi Raja memang masih relevan. Masih berfungsi dan masih berperanan. Buktikanlah juga bahawa memang Raja Melayu adalah payung kepada rakyat jelata. Buktikan juga bahawa Raja-raja Melayu adalah mereka-mereka yang gagah berani sebagaimana nenek moyang mereka. Buktikan kepada dunia bahawa darah yang mengalir pada tubuh Raja-raja Melayu adalah darah yang sama yang pernah mengalir di tubuh Iskandar Zulkarnain! Siapa lagi yang nak membela rakyat kalau bukan Tuanku-Tuanku semua.

Patik cabar Tuanku-Tuanku semua!


Prinsip Yang Ke Empat : Kedaulatan Undang-Undang

Persoalan besarnya, undang-undang mana yang nak kita daulatkan ni? Undang-undang Allah SWT atau undang-undang manusia? Undang-undang Islam atau undang-undang yang kufur? Undang-undang warisan Tok nenek kita atau undang-undang penjajah? Jawablah wahai rakyat Malaysia!

Kalau kita merujuk kepada perlembagaan kita dan berdasarkan kepada agama Negara ini yang tertulis dalam perlembagaan dah tentulah undang-undang Islam! Takkan undang-undang yang lain kot.

Tapi kenyataannya sampai hari ini kita masih mendaulatkan undang-undang manusia. Undang-undang Kufur. Dan undang-undang penjajah. Kenapa? Tak ada yang paham perlembagaan ke?

Undang-undang lazim atau pun common law ni kalau dalam perlembagaan statusnya cuma sementara dan peralihan sahaja. Sebab itu kita persoalkan kewajaran mengamalkannya. Dah lebih 50 tahun dah ni Negara kita ini di asaskan. Takkan masih nak gunakan lagi undang-undang yang sepatutnya di gunakan untuk sementara waktu dalam tempoh peralihan sahaja. Selalunya tempoh peralihan ni cuma takat 2 atau 3 tahun aja… Ini dah lebih 50 tahun dah beb! Sementara dan peralihan apa namanya tu!

Alasannya kerana rakyat belum paham undang-undang Islam. Rakyat mana ni yang tak paham dengan undang-undang Islam? Suruh dia orang sekolah balik. Eh! Ini undang-undang Islam la! Undang-undang ni dah wujud 1400 tahun dah…Dah berjalan elok selama 1400 tahun. Common law ni wujud bila? Tak sampai 300 tahun pun. Rakyat yang tak paham atau pemimpin yang jahat dan bengap.

Jangan lupa ye… Negara ni bukan bermula dengan kosong. Negara ni bermula dengan sembilan buah negeri yang berdaulat. Dengan persetujuan sembilan orang Raja-raja Melayu yang berdaulat. Negeri-negeri Melayu ni sebelum bersatu dalam Persekutuan Tanah Melayu, masing-masing sebelum itu mengamalkan undang-undang Islam. Undang-undang yang kita warisi sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Orang yang buta sejarah sahaja yang tidak mahu mengakui ini semua. Orang yang buta sejarah je yang nak mengagung-agungkan common law. Islam dah berjaya membina empayar dan tamadun yang bertahan hampir 1400 tahun. Undang-undang apa yang di gunakan oleh empayar Islam ini kalau bukan undang-undang Islam. Bukan common law.

Common law belum wujud sewaktu Islam berada di puncak kegemilangannya.Eropah waktu itu berada di dalam zaman yang di kenali sebagai zaman kegelapan. Common law ini pun sebenarnya di tulis dengan meniru kepada undang Islam.Tak percaya buatlah kajian. Cuma di pinda sana sini je. Begitu juga dengan sistem-sistem mereka yang lain. Semuanya di tiru dari Islam.Mereka buat common law bukan bertujuan untuk memakmurkan umat manusia malah untuk memperhambakan umat manusia.Semua ini di buat dengan tujuan untuk mendokong para kapitalis barat agar dapatmenjadi tuan-tuan kita buat selama-lamanya.

Sebab itu kita semua hari ini dah jadi macam lembu yang kena cucuk hidung dalam kandang kita sendiri. Kita yang merelakan agar hidung kita di cucuk dan kita juga yang buat kandang kita berdasarkan model mereka. Bukan bodoh ke ini namanya?

Cuba kita renungkan kenapa Rasulullah itu Allah SWT takdirkan baginda sewaktu kecilnya untuk menjadi gembala kambing? Carilah hikmahnya. Banyak pelajaran yang boleh kita timba dari peristiwa itu.

Jadi, brader-brader semua! Pandai kot mana kita ni kalau benda-benda macam ini pun kita tak tau! Kita tak paham! Pikirlah baik-baik….

Jadi, persoalannya sekarang…

Untuk apa kita daulatkan common law yang memang terang-terang menzalimi kita. Menzalimi orang kebanyakkan. Menzalimi rakyat jelata. Bolehkah kita mencari keadilan dalam sistem yang memang terang-terang dah zalim? Boleh ke kita mendapatkan pembelaan dari sistem yang di tulis memang untuk menganiayai kita? Nak harap lagi ke kepada pagar yang memang di dirikan untuk memakan padi….

Sebab itu teman cakap… Hanya Raja-Raja Melayu je yang boleh buat perubahan. Sebab ini bukan perubahan kecil. Ini satu revolusi. Revolusi yang perlu di pimpin oleh Raja-Raja Melayu.

Tapi terpulanglah kepada Tuanku-Tuanku semua. Kalau Tuanku-Tuanku semua sanggup melihat rakyat jelata menderita sementara Tuanku-Tuanku semua bersenang lenang di atas tahkta. Teruskanlah…

Di akhirat nanti bukan patik-patik semua yang nak kena jawab dengan Allah SWT tapi Tuanku-Tuanku semua. Tuanku-Tuanku semua yang dah berjanji dan bersumpah untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. Kami ni cuma sekadar boleh mengingatkan Tuanku sahaja itu pun sebab kami masih sayangkan Raja-raja Melayu.


Prinsip Yang Ke Lima : Kesopanan Dan Kesusilaan 

Akhlak adalah merupakan salah satu cabang dari 3 cabang besar dalam agama selain dari Aqidah dan Syarak. Akhlak adalah merupakan tingkah laku atau perbuatan manusia di atas muka bumi ini. Ada tingkah laku atau perbuatan yang di benarkan oleh syarak dan ada yang di larang oleh syarak.

Hanya agama yang boleh membezakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tanpa agama manusia akan berusaha supaya perbuatan yang paling jelek sekalipun boleh di terima sebagai norma dalam kehidupan bermasyarakat.

Sebagai contohnya, LGBT (lesbian, gay, bi-sexual and trans-gender). Itulah yang kini menjadi perjuangan paling popular di barat. Cukup popular sampai Presiden Amerika sendiri iaitu Barack Obama pun sokong. Dan gerakan untuk menghalalkan LGBT ini semakin mendapat sokongan dan simpati orang ramai kerana ia digerakkan atas nama hak asasi manusia.

Akhlak mulia sebagaimana yang telah di ajar oleh Islam adalah merupakan pakaian seorang hamba Allah yang mengharapkan keredhaan Allah SWT. Insaf bahawa hidup ini adalah satu persinggahan sahaja. Singgah sebentar sekadar untuk mencari bekal hidup di akhirat nanti dalam keadaan yang di redhai.

Kepatuhan kepada prinsip-prinsip Negara yang menjadi teras kepada kedaulatan Negara ini dan jelas menurut lunas-lunas Islam adalah merupakan lambang akhlak seorang hamba Allah dan warga sejati Negara ini.

Bayangkanlah kalau prinsip-prinsip yang kita bincangkan di atas tidak kita patuhi, tidak kita endahkan dan kita langgar saja secara membuta tuli…

Bukankah itu merupakan satu kebiadapan dan keterlanjuran yang tidak boleh di terima sama sekali. Biadap terhadap Allah SWT. Biadap terhadap Rasulullah SAW dan biadap kepada Raja-Raja Melayu selaku Ulil Amri di Tanah Melayu ini. Layak ke kita di gelar sebagai manusia yang bertamadun? Manusia yang mempunyai akal, budi dan pekerti yang luhur? Tepuk dada tanya selera…

Sampai bila kita nak terus begini? Menjadi bangsa yang biadap dan kurang ajar? Kita sudah terlalu lama menjadi bangsa yang biadap dan kurang ajar. Apakah kita berbangga dengan kebiadapan dan keterlanjuran kita selama ini? Tidakkah kita malu kepada diri kita sendiri yang kononnya hidup beragama? Takkan begini akhlak orang yang beragama?

Percayalah…. Kalau bapak kencing berdiri… Anak-anak pasti kencing berlari…Jangan salahkan anak-anak kalau mereka kurang ajar. Kurang ajarnya anak-anak sebab tidak beradab tapi kuarang ajarnya orang tua sebab tidak ada akhlak. Sebab itulah Negara ini jadi kucar kacir. Sebab ramai yang tidak berakhlak.

Kalau berakhlak… Tidak akan timbul soal rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, penyelewengan dan pembaziran. Selagi masih berlaku perkara-perkara ini selagi itulah masyarakat ini belum ada akhlak.

Tapi ye la… Nak kata apa !Hidup dalam persekitaran sekular. Persekitaran yang mengasingkan agama dari kehidupan bermasyarakat. Agama cuma jadi sesuatu yang bersifat peribadi. Cerita apa pasal akhlak. Pasal moral. Mana ada semua tu! Yang penting zaman ini… Fulus brader ! Fulus!

Ada fulus semua boleh jadi. Nak apa pun semua boleh dapat. Nak bini orang pun boleh. Yang penting ada fulus untuk bayar laki dia. Ini bukan benda baru. Banyak dah kita dengar cerita macam ini!

Tapi bagi yang masih ada iman ingatlah firman Allah SWT. Firman dari yang Maha Berkuasa. Sang Pencipta yang mencipta manusia dan kehidupan di atas muka bumi ini. Ingatlah sebelum terlambat…

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rad (Petir) ayat 11 : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam dirinya"

Jadi berubahlah wahai bangsaku….

Kita kena berubah kalau kita nak jadi bangsa yang hebat. Bangsa yang berjaya. Bangsa yang di hormati bukan bangsa yang syok sendiri. Kita tidak akan menjadi hebat kalau asyik bersandarkan kepada sistem orang lain. Kita ada kekuatan kita yang tersendiri. Nak tunggu apa lagi. Gunakanlah senjata itu sekarang.Orang Arab dah pernah gunakan.Dan dia orang dah pernah berjaya.

Ingatlah !Kebangkitan Islam kali kedua ni dari Timur jauh. Bukan dari Timur Tengah. Zaman kegemilangan barat sudah sampai ke penghujung. Barat akan hancur dengan sendirinya kerana menolak agama. Menolak hukum-hukum Allah SWT. Hidup bersandarkan hawa nafsu sendiri. Tunggu je la. Masanya dah tak lama dah pun. Bijak pandai dia orang dah sakit kepala sebab dah tak tau apa nak buat. Dah tak jumpa formula yang boleh selamatkan dia orang.

Era baru sudah nak bermula. Kitalah bangsa yang di rahmati Allah untuk bangun dan memimpin kebangkitan di akhir zaman ini. Cari pemimpin yang lain. Pemimpin yang di rahmati Allah SWT. Pemimpin yang ada ilmu kerohanian. Bukan cuma ilmu sekular semata-mata. Pemimpin macam nilah baru dapat hidayah dari Allah. Pemimpin-pemimpin yang dok ada ni apa tak jadi. Ngabihkan boreh boleh la…

Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World Islamic Chamber Of Commerce

Komen aku : Bang, artikel ni buat aku termenung sekejap! Bravo bro

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?

Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 -  Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)  
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  

Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN



Tuesday, October 30, 2012

Bonda (63 tahun) bertunang dengan seorang Teruna (22 tahun)...(Part 4)

 Bonda (63 tahun) bertunang dengan seorang Teruna (22 tahun)...(Part 4)



Salam penuh penghurmatan kepada semua...

Berjuta rasa terima kasih kepada yang menggikuti paparaan ini, kepada yang membuat panggilan jauh dan dekat, pendedahan ini lebih kepada 1 iktibar, benar cinta tidak dapat di pisahkan dari hayat selagi masih bernafas selagi itulah ada hembusan cinta..tetapi cinta yang bagaimana membuat kita berterusan hidup bersamanya ? mengtakrif cinta bukan sesuatu yang paling mudah...

Bonda menggenali Mohd Taufiq Irfan Bin Saluddin di usianya 18 tahun lebih kurang 4 tahun lalu...


 Citer selanjutnya kat amrayy-lensa-assault.blogspot.com (klik)

Bro Amrayy, mekasih banyak-banyak kerana belikan aku rokok dua kotak  dan buah mangga yang besar gaban. Ku Shah yang rasmikan dulu. Muahaha. Mekasih jugak kat Bro Zam kerana tolong repairkan laptop Kushah spesis zaman Tok kaduk tu! Saper-saper yang kaki main GAME tu, kat blog dia banyak! Apelah lu Zam, naper blog lu (broadc4st.blogspot.com) satu artikel pun takder? Cipet aarrr..

Tapi aku nak puji satu jer,  gambo lu cantek-cantek. Bravo bro!



Bonda (63 tahun) bertunang dengan seorang Teruna (22 tahun)...(Part 1) 
Bonda (63 tahun) bertunang dengan seorang Teruna (22 tahun)...(Part 2)
Bonda (63 tahun) bertunang dengan seorang Teruna (22 tahun)...(Part 3)
Bonda (63 tahun) bertunang dengan seorang Teruna (22 tahun)...(Part 4)
 

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 8)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 8)

 klik

Anwar Dengan Najib
Antara Karektor Dengan Reputasi?

Seronok tengok telatah dua orang pemimpin ini. Sorang Perdana Menteri dan sorangl agi Ketua Pembangkang. Pertembungan yang menarik antara dua personaliti. Sorang ada karektor dan sorang lagi ada reputasi.

Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia.
  

Anwar ni… Kalau nak cerita pasal reputasi… Reputasi apa yang dia ada.  Berbelas tahun media arus perdana hentam dia. Main bontotlah, main bini oranglah, main pelacurlah, agenYahudilah dan bermacam-macam lagi tuduhan yang di buat keatas beliau. Hampir setiap hari. Untuk membina persepsi yang beliau ini sangat tidak bermoral. Macamlah yang lain-lain tu bermoral sangat.

Lagi pun, dalam persekitaran sekular, yakni sebuah gagasan kehidupan yang meminggirkan agama dari sistem kehidupan, moral apalagi yang kita nak cerita ni!
Menganut fahaman sekular dan menyerah kepada sistem sekular tanpa sebarang penentangan ni bukan sahaja tidak ada moral bahkan tidak ada Aqidah dah. 

Hancur lebur aqidah. Yang tinggal cuma rasa perasan dan syok sendiri aje yang kita ni ada moral dan ada aqidah. 

Balik pada bab Anwar tadi, yang pelik nya si Anwar ni, makin hari makin ramai  orang yang sokong dia. Semakin hari semakin ramai pulak yang percaya yang hanya Anwar sahaja yang mampu membuat perubahan di Negara ini. 

Sampai naik mengelabah kerajaan BN di buatnya.Macam mana boleh jadi sampai macamtu? Ini yang menarik untuk di analisa!
Bagi teman le… Anwar ni adalah seorang tokoh yang mempunyai karektor yang kuat. Karektor sebagai seorang street fighter dalam politik. Karektor yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO.


Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan.
Kemudian di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO. Di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat. Keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga di lantik menjadi ketua pembangkang. Berjaya menyatukan PAS dan DAP yang selama ini tidak boleh duduk semeja. 

Satu pencapaian luar biasa yang cukup mengkagumkan sebagai seorang tokoh politik.
Walau apa pun kesudahan Anwar nanti dalam gelanggang politik Malaysia, bagi teman, dia wajar di kenang sebagai seorang tokoh politik yang hebat dan luar biasa. 

Dengan cabaran yang begitu hebat yang di laluinya, dia masih mampu mendapat sokongan yang padu dari keluarganya dan masih mampu meyakinkan masyarakat mengenai kemampuannya untuk memimpin Negara ini. Satu pencapaian yang luar biasabagi seorang tokoh politik.


Sementara Najib pula di satu sisi yang lain, adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia.


Dia menjadi ahli Parlimen sewaktu baru berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, PerdanaMenteri Malaysia yang kedua.Selepas dari itu, beliau terus melangkah dalam hiraki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Dari menjadi Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


Namun demikian ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik belumlah benar-benar teruji lagi. Perjalanan politiknya selama ini agak lancar dan cukup sempurna.Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah di uji. 

Mewarisi sebuah kerajaan yang di anggap lemah merupakan ujiannya yang pertama dalam perjalanannya untuk di tabalkan sebagai seorang tokoh politik yang terbilang. Ini untuk membolehkan beliau duduk sebaris bersama tokoh-tokoh besar politik tanah air yang lain.

  
PRU ke 13 adalah merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh ini. Pertembungan antara tokoh yang mempunyai karektor dan tokoh yang mempunyai reputasi. Mana satu yang akan menjadi pilihan rakyat. 

Karektor atau reputasi ?
Bagi teman, karektor adalah merupakan diri sebenar seseorang. Yang terbina melalui pengamatan, pengalaman dan pendedahan yang di timba di sepanjang perjalanan hidupnya.



Sementara reputasi pulak adalah merupakan satu persepsi sahaja.Tidak  mencerminkan diri sebenar seeorang itu. Ianya terbina hasil dari pandangan umum masyarakat terhadap dirinya. Hanya sekadar satu ilusi sahaja bukan realiti.
Dalam kehidupan, untuk mengharungi cabaran dan mencapai kejayaan kita perlukan karektor yang kuat bukan reputasi yang kuat. Hanya yang menjadi persoalannya hanyalah, sama ada karektor yang kuat ini mampu menjadi rahmat atau ancaman kepada umat sangatlah bergantung kepada niat dan matlamat yang ingin di capai. 

Kalau baik niat dan matlamatnya maka baiklah jadinya umat tapi kalau jahat niat dan matlamatnya maka hancur binasalah umat.

Monday, October 29, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 7)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 7)

Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.


Kalau sebelum ini pasal Raja-raja Melayu yang nak menjadi Raja 'One Malaysia'. Kali ini pasal pertubuhan Melayu yang mendokong konsep 'One Malaysia' pulak. Inilah padahnya kalau kerajaan yang menguasai parti. Parti cuma jadi 'Rubber Stamp' sahaja kepada dasar-dasar kerajaan. 

Apa sahaja yang di putuskan oleh kerajaan akan di sokong dengan membuta tuli oleh parti. Tak ada siapa yang berani membantah.Tak kisahlah kalau perkara itu menguntungkan orang Melayu atau pun merugikan orang Melayu. Yang penting sokong je! Sepatutnya parti yang menguasai kerajaan.Sebab kalau tidak ada parti maka tidak adalah kerajaan.Parti yang membentuk kerajaan. 

Sebab itu kerajaan kena dengar cakap parti bukan sebaliknya. Kerajaan jadi instrumen politik atau alat untuk membawa aspirasi parti. Melaksanakan segala cadangan, saranan atau apa sahaja resolusi yang telah di capai dalam parti terutamanya sewaktu perhimpunan agung tahunan
.
Inilah padahnya bila pemimpin-pemimpin parti yang berada di dalam kerajaan sudah tidak boleh di tegur lagi. Bila di tegur … Marah ! Orang yang menegur akan di 'black list' atau akan di sabotaj.



Maka wujudlah budaya mengampu dan membodek dalam parti. Kalau tak buat macam tu alamat tak ada 'chance' la nak naik. Dan tak ada 'chance' la pulak nak dapat habuan dari pemimpin.

Sebab itu kerajaan boleh berbuat sesuka hati. Sebab parti yang menjadi tulang belakang kerajaan sudah tidak berani lagi hendak menegur. Kerajaan jadi sombong dan angkuh. Mereka lupa bahawa dalam demokrasi rakyatlah yang sebenarnya berkuasa bila tiba waktu pilihanraya.

Bila rakyat sudah kelihatan mulai menolak kerajaan, mulalah nak mengelabah. Mulalah buat benda-benda yang merepek semata-mata nak cari undi dan sokongan rakyat.


Lupa dengan matlamat perjuangan parti. Lupa dengan pengorbanan ahli-ahli parti. Lupa dengan darah, keringat dan airmata orang-orang Melayu yang tumpah untuk mempertahankan dan membangunkan Negara ini. Lagi pun selama ini memang sibuk pun untuk memperkayakan diri masing-masing. Mana ada masa nak piker pasal perjuangan Melayu.

Peduli apa dengan perjuangan orang-orang Melayu? Peduli apa dengan konsep Ketuanan Melayu? Bakul sampah kan aja!


Kalau dah macam tu … Kalau dah nak sangat jadi One Malaysia bubarkan je la pertubuhan Melayu ni.  Buat apa nak menipu orang Melayu lagi. Selama ini pun apalah sangat kepentingan orang Melayu yang mampu di perjuangkan dan di pertahankan.>Cerita nak perjuangkan agama, nak perjuangkan bangsa ni cuma buat sakit telinga je kita dengar. Habuk pun tarak !Cerita maju kot mana kalau pendidikan percuma kepada orang Melayu pun tak mampu nak bagi.Tak payah cerita la nak bagi pendidikan percuma kepada rakyat. Makin jauh la panggang dari api.

Melayu dah jadi penduduk kelas kedua di negaranya sendiri. Tak percaya? 


Pergilah pejabat kerajaan dan tengoklah macam mana pegawai-pegawai kerajaan layan kita orang Melayu ni. Macam orang nak minta sedekah je dia orang layan kita.  Itu pejabat kerajaan. Kalau pergi ke bank-bank lagi la dahsyat layanan dia orang pada orang Melayu.

Inikah hasilnya perjuangan pertubuhan Melayu yang kononnya nak memertabatkan bangsa? Itu saja ke hasilnya perjuangan yang dah memakan masa selama lebih 60 tahun ni? 

Sakit dada teman mikior!
Pada orang Melayu semua…..bayangkanlah apa nak jadi dengan bangsa ini? Pertubuhan Melayu pun tak peduli dengan nasib kita….

Raja-Raja Melayu pun tak peduli dengan nasib kita….pada siapa bangsa ni nak mengadu? Pikior brader pikior! Jangan tak pikior….
 

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 17)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 17)


Kalau sesorang itu mendapat duit yang banyak dengan tiba-tiba, misalnya RM2.0 juta, terkejut berok juga macam kene loteri... dan bagi sesorang yang biasa mungkin sudah lebih dari apa yang dia perlu... Tetapi bagi sesorang yang berkuasa dan memerintah sebuah negeri, berapakah amaun yang dikatakan cukup...?!! Berbilion...? Berapa...? Ini yang menjadi tanda-tanya. Apakah jangka atau ketegori yang diri dia akui selaku mencukupi...?

Jika ahli niaga yang kaya-raya ada Ferrari, dia pon hendak lebih dari Ferrari... dan persaingan kekayaan ini takkan selesai selagi nafsu bermaharajalela. Itulah sebabnya ugama Islam mengajar agar melatih diri jangan bersikap riyak, bongkak, sombong dan sifat-sifat yang buruk... Na'u'zubillah...



Selaku seorang pemerintah, seelok-elok nya janganlah bersaing juga didalam bidang kecil kecilan. Biarlah rakyat biasa yang berlumba. Jangan kacau.  Orang kecil makan kecil, orang besar biar makan di padang yang lain... Pemerintah sepatutnya mengendalikan amanah Allah untuk mentadbir dengan jujur dan adil dan melaksanakan segala perintahNya dan jauhi laranganNya. 

Kalau khalifah ataupon amirmukminin dah macam firaun, apa hal rakyat biasa...?

Pemerintah se elok-eloknya berwawasan membangunkan ekonomi negeri dan mencari idea dan berikhtiar untuk mengembangkan kuasa ekonomi negeri dengan menerajui perkembangan dana kewangan hasil dari pelaburan sisir-luar (offshore). Pemerintah juga sepatutnya berwawasan untuk mendapatkan pasaran bagi hasil hasil negeri dengan merapatkan pertalian hubungan dua-hala dengan negara luar. Itu akan menjanakan pasaran dan keperluan untuk ekspot dan juga kemasukan dana. Bukan bersaing dengan bisnes kecil kecil didalam negeri. 


Ini adalah sebab Raja Raja itu bertempat di pletfom yang amat istimewa bagi menjanakan pertalian perdagangan dua hala di pasaran antarabangsa. Mereka banyak kenalan dan hubungan dengan ahli ahli perbankan dan korporat di arena antarabangsa.


Mengapa mahu kacau orang orang kecil didalam negeri...? Kalau nak jadi ahli-niaga jadilah ahli niaga, jangan jadi pemerintah... Bukankah ini dikatakan 'conflict of interest'...?

Se-eloknya, dijadikan Temasik Holdings Singapura sebagai teladan dimana perniagaan dan persaingan itu berada diarena antarabangsa... Jika Singapura yang punyer kecil negara boleh berjaya, mengapa kita tak boleh...? Sebabnya melayu leka diarena niaga antarabangsa... mentaliti subsidi yang mengharapkan suapan pemerintah kini hari, dan mengunakan kuasa eksekutif dan pengaruh untuk mendapatkan harta negara, dan kronisma yang berleluasa...

Kalau ada kuasa paksa orang memberi, budak kecik pun tahu!
 
Ku Syah


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam 
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti... 
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka! 
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari! 
Part 17 - Duit Atas Angin? 
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

Sunday, October 28, 2012

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?

 Arbiter Dato' Mohamad Zahari Hj Awang. 
Mamat ni cita-citanya besar tapi buat kerja tak kemas! Ego tahap GABAN. Pandang orang sebelah mata. Kalau betul lu ada bilion hengget lu tak duduk kat Malaysia dah beb! Baek duduk Miami atau london! Podaah..Belajarlah dari Tun Daim dulu! 'Duit Raya' yang dia bagi kat anak-anak buah pun 1 juta hengget. Lu bagi berapa duit rayer?

8 biliion hengget wa cakap lu...! Akhirnya mimpi naik boat..hu hu

Berapa banyak sri daa....

Email yang aku terima

Assalamualaikum Uncle,

Nie saya ingin uncle dedahkan mengenai 3 syarikat yang mungkin diguna pakai untuk mengenakan orang dengan berjanji akan akan menyuntingkan dana seperti di kertas kerja yang disiapkan. dengan ini saya mulakan ceritakan saya....


Mula mengenali mereka 
saya mula mengenali mereka dengan kenalan seorang sahabat yang dulu berkerja dengan saya,,, dia memang kenal ramai dato. tapi pada 1 Januari 2012 saya kenal seorang bernama Alffin Farid yang berkerja dengan Arbiter Dato' Mohamad Zahari Hj. Awang. beliau menberitahu saya yang companynya Pubel Bedford Capital boleh menjadi funder kepada projek saya. jadi saya menberikan kertas kerja saya ini. dengan itu beliau memberitahu bahwa pemohonan saya telah diluluskan.... mereka telah menyuruh saya menghantar satu surat minat iaitu (LOI) Letter Of Intend. saya pun telah menghantarnya.

selepas saya menghantar surat itu beliau mengajak saya pergi ke office di kl yang terletak bersebalahan dengan banguan intermark ini. saya pun pergi berjumpa dan mereka mula menerangkan projek yang telah mereka fund dan berjalan. saya pun dengan tertarik jadi suka dengan menyatakan bahawa syarikat nie memang akan fund projek melalui dana offshore.... mereka juga menberitahu yang mereka hanya berminat untuk fund paling minimum ialah RM 10,000,000.00 kalau projek itu kurang mereka tidak berminat dan menyuruh kami minta fund dari lain funder yang berminat... oleh disebabkan projek saya ini ialah berminat RM 25,000,000.00 jadi saya pun submit lah....

 

Surat menyurat 
selapas saya sudah hantar Letter Of Intend kepada syarikat itu saya pun dapat satu surat (RWA) Ready, Willing, and Able @ (SBLC) Stand By Letter Of Credit. Bila surat itu sampai mereka pun menyuruh saya menbayar RM 3,800.00 untuk Yuran Pemprosesan dan RM 200.00 untuk stamping agree MOU. saya pun carilah duit itu.... saya ini bukan orang yang senang... walaupun berniaga tapi kena lah juga bersimpan... saya pun keluarkan duit simpanan gabunagn akaun isteri saya dan saya.... kami ini bersusah payah simpan untuk masa depan telah pun serahkan kepada syarikat ini. selepas menyerahkannya saya telah dipanggil selepas raya ke 10 di sebuah hotel di Taman Maluri untuk tandatangan (MOU) Memorandum Of Understanding.

Bila dah sign dan serahkan kepada mereka dan mereka telah stamping... mereka pun bagitahu kepada saya yang saya kena buka 1 syarikat di labuan dengan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM38,000.00 (USD 10,000.00).. saya pun gunakan cabel saya sekiranya saya buka syarikat dilabuan berapa kosnya... kawan saya di labuan pun bagi tahu... buka syarikat di labuan is RM 5,000.00 dan buka akaun bank pula ialah RM 10,000.00 .... jadi saya pun bertanya balik kepada mereka kenapa mahal sangat nak buka syarikat dengan mereka dan mereka menberitahu yang syarikat kena buka bawah mereka sebagai (SPV) Special Purpose Vehicle dan juga sebagai Beneficiary baru lah dana ini boleh dimasukan kedalam akaun yang mereka tolong bukakan di labuan. dana lepas dana ini masuk, barulah saya boleh transferkan kedalam akaun syarikat saya di semenanjung ini.


Siasatan dibuat 
saya pula merasa curiga sikit jadi saya membuat siasatan dengan orang ternama .... dan nasib saya baik bila salah satu kawan ayah saya YB Tan Sri Elylas Omar pun telah mengunakan servis mereka dengan berjanjikan sama... tapi Tan Sri pun ada menberitahu bapa saya yang dia pun tidak menbayar Rm 38,000.00 sebab ada rasa curiga... jadi saya pun menbuat keputusan ini untuk meminta bntuan uncle atau sesiapa sahaja yang ada connection dengan Labuan FSA.... alangka terkejut bula saya pergi ke BANK Negara....

Bank Negara menberitahu yang mereka telah dapat banyak aduan mengenai syarikat yang saya akan tulis di bawah nanti.... saya terkejut bila bank negara kata yang company ini ialah company yang auta kuat.... ramai ornag ternama pun telah buat aduan dengan bank negara... tapi bank negara tidak dapat berbuat apa sebabkan ianya melibat offshore fund... jadi bank negara menyarankan saya ini menbuat aduan dengan LAbuan FSA supaya saya boleh mencari lagi maklumat mengenali syarikat ini.

Akibat 
akibat dari berbuatan dan janji mereka ini sekarang ini saya hidup penuh dengan hutang dan selalu ketakutan... saya bukan apa cuma saya sekarang ini ditimpa banyak bencana.... saya harap kalau pubel ini gentle serahkan cepat fund itu supaya tidak ada unsur begini.... buktikan kepada orang... nie banyak terkena....

Sebab menulis kepada Uncleseekers 
saya menulis ini kepada uncle supaya tolong dedahkan syarikat berdebah ini supaya orang ramai tidak terkena lagi..... saya juga minta uncle rahsiakan nama dan syarikat saya supaya mereka tidak tahu siapa yang menbuat aduan ini.... saya cuma dapat berharap kepada uncle dan juga blogger2 lain menyebarkan perkara ini... yang mana yang hidup susah dan pikir syarikat dapat mengubah nasib mereka dan menjadi sesuatu syarikat yang berdaya saing pada masa yang akan datang.

Name Syarikat 
1. Tu-e Capital Berhad
2. Pubel Bedford Capital Limited
3. Dzarong Assets (L) Limited

Founder 
1. Arbiter Dato' Mohamad Zahari Hj. Awang (gamabar dia yang memakai baju coklat)

Pengakhiran 
sekarang ini saya dah menyesal dan juga oeh disebabkan oleh mereka saya banyak menangung hutang...nasiblah saya belum pinjam ah long... kalau saya dah buat pinjaman ah long siapa lah nak bayar......









Komen aku : 
1. Mana haribulan kat aggrement waktu ditandatangani? Dia orang ni tak baca ke klausa yang mengatakan "perjanjian ini akan luput dalam masa 45 hari dari tarikh surat ini ditandatangani jika tiada sebarang maklumbalas"

2. Mana bukti dari bank mengatakan duit itu ada? Selalunya bank akan keluarkan surat BCL (bank comfirmation letter) kesahihan dana itu.

3.  Sebaiknya dapatkan nasihat dari kengkawan yang pakar dalam bidang sebegini

4. 'Swap' tu kan adalah rollover progame? Gerenti Bank akan cakap 'tak exist'. Tak percaya? tanyalah sendiri

5. Mana ada wang segera dalam dunia ni? nak dapat anak pun kena 'berlari berkejaran' pastu kena tunggu 9 bulan 10 hari! lainlah kalau duit bertimbun. 'money make money' beb

Ybhg Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar Kena Sailang?
Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)