Wednesday, July 9, 2014

Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, Mati Kena Kencing Tikus Amat Memalukan

Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, Mati Kena Kencing Tikus Amat Memalukan



Salam sejahtera pembaca sekalian,


Habib Al Attas - Steve Job Malaysia
“Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, mati kena kencing tikus..amat memalukan”


Habib Al Attas - Di Mejakerja SOHO
Pembangun Perisian Permainan/Aplikasi Apple & Android


1)Pada 08/07/2014 jam 6:04PM, saya ke Hospital Columbia Asia (Setapak) bersama ibunda untuk membuat ujian darah memandangkan sudah 5 hari demam tidak sembuh. Hati saya terdetik berkemungkinan saya terkena virus DENGGI, malangnya,selepas keputusan ujian darah keluar, saya dijangkiti virus KENCING TIKUS. (Sepatutnya saya di tahan, oleh kerana WAD penuh saya terpaksa cari wad lain atas arahan doctor).



  Leptospirosis POSITIVE

Resit - Columbia Asia


Surat Penahanan Wad daripada
doktor Columbia Asia


2) Sebaik sahaja saya tau yang saya dijangkiti virus tersebut, saya terus menelefon ABAH, tidak angkat. Kemudian saya memberitahu perkara ini kepada group whatsapp family.

3) Lebih kurang 20 minit selepas itu bapa saya menelefon saya.

4) Kami (ibu, kak kuyah, abg din,dan saya) terus ke Hospital Selayang. Disebabkan beberapa faktor, kami pindah lokasi ke Hospital Pusrawi.




Hospital PUSRAWI, Kuala Lumpur

5) Sementara menunggu giliran, saya keluar dari hospital dan mengambil angin sambil bermain handphone, saya lihat seolah-olah menjadi trending di twitter #prayforhabib . Terharu membacanya.

6) Kemudian saya dipanggil untuk masuk ke dalam bilik doctor, doctor memberi cadangan agar ambil darah sekali lagi untuk kepastian. Semua bersetuju.

7) Saya masuk ke bilik satu lagi untuk diambil darah, secara tiba-tiba ABAH masuk dengan cara cool dia. Jarum yang pertama di masukkan ke dalam urat saya, agak ajaib. Saya melihat ABAH tenung ke arah jarum tersebut dan darah tidak keluar.

8) Nurse kelihatan pelik, dan memanggil seorang lagi nurse. Cucuk tangan sebelah kiri pulak. Kali yang kedua, bapa saya alihkan pandangan, barulah darah saya keluar. Semuanya dengan keizinan ALLAH swt.

9) Selesai sahaja proses mengambil darah, kami ( saya, abah, dan abg adan) lepak di luar hospital berbual-bual sementara menunggu keputusan darah saya. Sedang seronok berbual, abah menyuruh abg Adan ambil AIR KOSONG untuk beri saya minum, selepas saya minum hampir setengah botol, saya minta Abah pegang leher dan dahi saya. Dia taknak, akan tetapi. tanpa saya sedar, dia memegang bahagian dada kanan saya terlebih dahulu, kemudian baru sentuh dahi saya.

10) Untuk meredakan keadaan, Abah sindir saya. “Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, mati kena kencing tikus amat memalukan” Kami bertiga ketawa.

11) Selepas itu kami ke Chow Kit untuk memakan malam. Kemudian dalam perjalanan kami untuk balik ke hospital, bapa saya tepuk peha saya dan berkata “Takde apalah.. Abah perawat, abah kalau rawat orang cuma sentuh dan dengan izinNya semua settle” kemudian senyum ke arah muka saya. Tambahnya lagi, “kalau habib tak percaya, kita tengok kejap lagi, semuanya akan berubah


Ajaib - Leptospirosis NEGATIF


Resit - Pemeriksaan & Ubat-Ubatan di Pusrawi


12) Sampai je di hospital, kami masuk ke dalam bilik doctor. Doctor kelihatan pelik, kerana keputusan darah saya berubah menjadi NEGATIVE LEPTOSPIROSIS.

13) Saya gembira mendengarnya, bapa saya tidak henti mengucapkan Alhamdulillah dan senyum memandang saya.

14) Ibu, kakak, dan abg ipar saya kelihatan gembira mendengar keputusannya telah berubah menjadi NEGATIF.

15) Alhamdulillah, semuanya datang dari ALLAH swt. Bapa saya bukan doktor, dia juga bukan bomoh, tetapi dia seorang PERAWAT dengan izinNya. Kata-kata dia sentiasa segar dan berlegar di fikiran saya. “Habib, zaman dulu-dulu mana ada hospital, dengan air kosong sahaja boleh sembuh segala penyakit, dengan izin Allah”.

Sekian.

Habib Al-Attas

website: www.habibalattas.com
twitter: @djhabib96
email: habibsapplefamily@yahoo.com
instagram: @djhabib96

Tuesday, July 1, 2014

Saturday, June 28, 2014

Fuiyoo?

Fuiyoo?

Aik?


Video kat bawah ni best taw...

Korang nak kutuk-kutuk ni, korang ada ke?

Wednesday, June 18, 2014

Xde Hal Bro - Caprice

 Xde Hal Bro - Caprice


Budak Caprice ni boleh pergi jauh dalam bidang seni dan perniagaan satu hari nanti dengan izinNYA. 

Jangan sesekali lupa pesan aku. (klik). 

Berkata benarlah walaupun pahit.

U know what to do in future

Pelan-pelan kayuh

 

Wednesday, March 5, 2014

Bahlol Dari JAIS?

Bahlol Dari JAIS??


Menyanyi kat karaoke pun boleh dituduh khalwat?

Pintu karaoke tu kan ada cermin? Semua orang lalu lalang nampak sesiapa saja yang menyanyi dalam bilik karaoke!

Pekebangang punyer perangai opiser tu.

Kalau itu macam..lu angkat satu bas kasi serbu semua olang nyanyi dalam kalaoke

Elo Shamsul Khair Bahlol! Lu Talak baca punya olang ka?

Lain kali lu tulis busat-busat lekat pintu kalaoke talak muleh nyanyi lua olang, lengchai dengan lenglau

Haktui!

Helo bro Khalid,
Selangor sulah talak wang ka?

Sunday, March 2, 2014

Kebersihan tandas melambangkan imej

Kebersihan tandas melambangkan imej

...dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka
(Surah AT-TAUBAH ayat 108)
...dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka
(Surah Al-BAQARAH ayat 222)


Tandas duduk

Kebaikan

1. Lebih mudah untuk buat aktiviti sampingan (potong-potong kuku, belek-belek bulu, baca majalah, suratkhabar, bergayut dan sms dengan orang tersayang, berinternet, main game, layan mp3, dan mencabut bulu ketiak)

2. Lebih selesa

3. Ilham datang mencurah-curah

4. Pemandangan ‘hasil cernaan’ terselindung oleh posisi duduk

5. Risiko tembakan tersasar keluar dari sasaran sangat rendah. kalau ceberet pun..semua sisa-sisa ‘hasil cernaan’ masuk terus ke mangkuk tandas.

6. Yang jenis ada auto wash, pancutan air terus kat ‘asshole’ takyah guna tangan untuk basuh .. kalau yang ada pengering tu lagi besh siap tolong keringkan sekali.

7. Kalau kita lama-lama kat dalam tu tak lah penat...

8. Kalau tandas cantik, bersih dan harum kadang-kadang kita terlupa yang sebenarnya kita dalam tandas!



Keburukan

1. Kalau ditandas awam, ada perkara terpaksa lakukan terlebih dahulu seperti kena bersihkan tempat duduk tu...pastu nak kena lap dulu dan kalau dah tak tahan terus cangkung aje atas tempat duduk tu...kalau badan besar lagi teruk, kalau mencangkung atas tempat duduk tu takut pecah...lagi lah haru...last-last berak sambil berdiri... kisah benar ni..

2. Menyangkung atas mangkuk tandas, feel dia ada sikit lari.

3. Kalau ada ‘hasil cernaan’ yang padat, pendek dan besar apabila jatuh (momentum ‘hasil cernaan’ yang gugur) selalunya, air dalam mangkuk tandas akan terpercik terkena paha dan punggung sekali. Selain mencuci ‘asshole’ jawabnya kena basuh keseluruhan punggunglah..hi hi..

4. ‘Hasil cernaan’ akan mengembang bersama air dan hilanglah keseniannya.

5. Zakar akan bersentuh dengan hujung mangkuk.

6. Kalau ‘tong’ diluar rumah tu dah penuh – hati memang panas sebab ‘hasil cernaan’ akan keluar balik. Cipet betul!

7. Terasa seperti tersepit.

8. Bunyi ‘hasil cernaan’ jatuh amat memalukan. Tip untuk mengurangkan bunyi yang kurang menyenangkan terutama bertandang kerumah orang adalah letakkan beberapa helai tisu kedalam air mangkuk tandas itu... tisu tadi bertindak sebagai agen menyerap hentakan ‘hasil cernaan’ apabila jatuh ke permukaan air dan sekaligus bertindak sebagai perangkap bunyi dan serta menghalang air dari memercik...Bagi menghilang atau mengurangkan bunyi kentut semasa meneran tu, tutuplah kedua belah telinga menggunakan tapak tangan..hi..hi

9. Sebenarnya, ‘melepaskan hajat’ perlu ada skill (latihan berulangkali amat digalakkan). Bila kita sudah mengusai skill ‘melepaskan hajat’ peringkat tertinggi kita akan tahu ‘hasil cernaan’ yang bakal dilahirkan itu akan mengundang percikan air bercampur ‘hasil cernaan’ atau tidak. Ini akan memudahkan kita membuat persediaan awal demi menjaga maruah punggung dari terkena percikan. Selalunya ‘hasil cernaan’ yang runcing hujungnya tidak akan menimbulkan masalah percikan berlebihan. Bentuk yang sebegitu akan dapat merentasi halangan air dan terapung dengan aman. Konsepnya sama seperti penerjun papan anjal. Selalunya ‘hasil cernaan’ yang tidak sekata bentuknya akan menimbulkan masalah. Ini yang kita harus berjaga-jaga. Bila ‘hasil cernaan’ jatuh saja, kita seharusnya bersedia untuk bangun sedikit dari posisi duduk. Teknik ini memerlukan masa dan kesabaran untuk dimahirkan. Paling efektif untuk memahirkan teknik ini adalah dengan kekerapan buat peraduan untuk diri sendiri ketika ‘melepaskan hajat’ Beri markah pada setiap jatuhan ‘hasil cernaan’ yang paling kurang percikannya maka markah yang tertinggi harus diberi. Semuga anda sukses..hi hi



Tandas Cangkung

Kebaikan

1. Tiada sentuhan secara terus antara paha dan mangkuk tandas.

2. Produktiviti pengeluaran ‘hasil cernaan’ lebih lancar.

3. Kalau air dari flush rosak, jirus dengan air selesai masalah dan ‘hasil cernaan’ dapat disembunyikan dari pandangan.

4. Untuk wanita - Sangat baik untuk menjana latihan "kemut sampai patah". Lakukan senaman kemut 5 minit setiap sesi 7 kali sehari. Sedap wooo..



Keburukan

1. Untuk perut yang boroi, kaki yang lemah kalau spesis yang suka bertafakur boleh mengakibatkan kaki kebas dan lenguh.

2. Hasil seni ‘hasil cernaan’ akan jelas kelihatan kerana pemandangan bahagian bawahnya agak terbuka. Walaupun kita buat-buat tak nak tengok, namun kelibat ‘hasil cernaan’ itu tetap akan menangkap dihujung anak mata. Akibatnya kita akan tengok jugak akhirnya sebab kita nak sahkan bentuk bayangan yang kita lihat itu samada realiti atau bayangan gurauan. Hi.. hi..(‘Hasil cernaan’ itu keluar dari dalam tubuh kita sendiri.... bentuk, warna dan harumannya datang dari dalam perut kita sendiri apa yang kita makan setiap hari. Jika difikirkan dari sudut spiritual..akan membawa kesedaran dan rasa rendah diri terhadap diri kita sebagai manusia yang kadang-kadang terasa diri ini terlalu besar kerana pangkat, kuasa dan harta. Sehebat mana pun diri kita ini.. secantik mana pun wajah kita ini..walau kita disanjung...dipuji di julang betapa hebat sekalipun.... ‘hasil cernaan’ kita sama dengan manusia yang lain)

3. 'Hasil cernaan’ kadangkala boleh merecik kat kaki pulak kalau ceberet.

4. Kalau ‘hasil cernaan’ yang jenis melekit, pasti akan melekat pada permukaan mangkuk tandas. Bila dah flush sekalipun pasti ada sisa-sisa yang melekat kat permukaan tu. Akibatnya kita terpaksa melakukan ‘overtime’ tak bergaji untuk memberus sisa ‘hasil cernaan’ itu dengan toilet brush. Untuk mengelakkan dari membuat kerja yang tak berfaedah ini berterusan alirkan air ke mangkuk tandas tanpa henti perlahan-lahan. Teknik ini akan menjadikan mangkuk tandas menjadi licin dan ‘hasil cernaan’ akan terus jatuh dibawa arus air yang mengalir ke dasar lubang tandas. Cara ini agak membazirkan air namun pemandangan ‘hasil cernaan’ yang mengerikan dapat dihindarkan. Selain harumanya juga akan mengurangkan bau sekeliling serta dapat ‘cover line’ bunyi kentut yang bersepah ketika ceberet. Hi..hi

Kesimpulan

Mungkin ‘melepaskan hajat’ dengan cara menyangkung lebih fleksibel kerana boleh dilakukannya dimana-mana sahaja kalau terdesak (ditepi jalan, dalam semak, atas titi) tandas duduk kita boleh menyangkung, Pendek kata berak cangkung ni universal.

“Melepaskan hajat’ dengan cara menyangkung atas tandas duduk nampak lebih brutal. Mereka Dahla mangkuk tandas tu tinggi, pastu bertenggek plak atas tu. Memang takde seni langsung! Tapi kalau dipikir-pikirkan balik, sesiapa yang ‘melepaskan hajat’ dengan cara begini cangkung adalah seorang opportunist dan hardcore. (Kepuasan ‘melepaskan hajat’ dengan menyangkung dan dapat melakukannya diatas tandas duduk yang moden & effisyen).

Bagi mereka yang tak tau menyangkung ketika hendak 'melepaskan hajat' agak susah sikit kalau terdesak. Tak taulah kalau ada spesis yang tetap nak duduk juga dalam tandas cangkung!

Walau apapun cara kita 'melepaskan hajat' samada ditandas cangkung atau tandas duduk, kita tetap Orang Melayu!

Wednesday, February 12, 2014

Profesor Temberang (Part 4)

Profesor Temberang (Part 4)

 
Nano 5
Produk tiruan
Dengar citer produk ni dicampur dengan air! Betulke nak rasa manis perlu sampai lima enam titik? Kalau nak untung lebih pun tak baik aar buat cenggitu kat pengguna. Aku rasa mesti mangkuk ayun Sofi Marjuki tu jual mahal tak nak turunkan harga. Masa aku jadi pemerhati perniagaan ni, mahngkuk ayun ni jual RM27 sebotol! Lagi satu nak tanya, oleh kerana produk yang dijual oleh mangkuk ayun ni mahal sangat korang sanggup beli produk P3 dengan harga RM23 pastu letak label korang sendiri! 
Kalau betul kira tak aci lah, lagi hina kalau dicampur dengan air!

Produk P3 yang Asli (klik)


 Pelbagai perasa yang dihasilkan untuk pilihan pengguna (klik)
Aku sendiri sebegai saksi melihat produk P3 ini maju sedikit demi sedikit bermula dari bawah

Buat bro yang menjadi tokey produk tiruan Nano 5,

Lu pernah datang umah wa kat Janda Baik buat launching produk P3 (video kat bawah ni sebagai bukti - klik). Kecik punya hal lu sudah tak ngam sama partner-partner yang lain.






Lu pun tau wa satu sen pun tak amik untung atau jual produk seumpama ni. Hari tu rakan kongsi lu minta tolong sangat2 kat wa & the group masak untuk 150 orang dua malam satu hari. 

Bukan nak ungkit laa..bajet yang lu orang beri setakat lepas beli barang-barang dengan bayar gaji pekerja je. Wa sendiri pergi beli barang kat Selayang pastu balik tolong orang dapur siang dan tolong apa yang patut. 

Wa sendiri layan semua ahli-ahli lu jadi waiter angkat pinggan! Semua yang hadir menjadi saksi.

Lu tau apesal aku tolong kaw-kaw company lu orang (klik)? Sebabnya aku seronok tengok korang bertungkus lumus bersatu untuk memajukan produk lu (klik) (klik)

Melayu Beb!

Memang aar produk lu bukan terbaik dalam dunia tapi kira ok aar dapat membantu meringankan pesakit kencing manis yang ketagih gula pasir. Nyamuk-nyamuk yang buat bising ti standard aar sbb dah spesis loser. Kerja asyik cari salah orang jer. Diri sendiri asyik gagal sajer apa yang dibuat



Mangkuk Ayun Sofi Marjuki

Memang aaarr kadang2 aku panas tengok bangsa sendiri yang tamak haloba untuk kepentingan sendiri tapi janganlah kerana isu kecik pun lu sanggup bersekongkol dengan mangkuk ayun Sofi Marjuki kaki temberang tu

Cuba lu tengok lapuran makmal yang mangkuk ayun ni jaja kehulur kehilir satu Malaya? Akhirnya makan diri sendiri! KKM yang dia GEBANG tu empat tahun yang lepas punyer. Dah expired beb! Yang tu kan Manis Global yang punyer! Haiyaa..

Mangkuk ayun yang aku kenal ni memang MUKA TEMBOK. Ko cakap lah aper pun pasal dia, dia buat tak tau jer dan tanpa ada rasa bersalah.


klik imej untuk lebih besar


1.  Gula - 99.9 - Giler aper?
2. Kabohidrat - 99.9 - Formulasi Dr Sofie Marzuki Taeek Kucing!
3. Kalori - 400 - Giler babun!

Citer mangkuk ayun mabuk kat Desire Club dengan kemaruk 5 Gro blom aku story lagi.  Hu hu


Raja P3
Mohd Aidi Senin

Bro Aidi, dah masuk artikel keempat aku tulis pasal mangkuk ayun ni tapi takder sorang pun pegawai ko atau ko sendiri contact aku. Buang bahasalah sikit. Bukannya ko yang terhegeh2 minta aku tulis benda alah ni dan juga bukan aku terima satu sen pun dari ko untuk artikel ni tapi apa salahnya ko contact aku say elo. Cipet aar lu.

Aku berani kerat 10 jari tangan aku kalau ko tak baca artikel aku ni! Kalau ko tak contact aku pun takderhal, janji ko sukses dalam perniagaan P3. Selagi ko jujur aku akan bersama tapi kalau temberang... aku orang yang pertama akan bantai!

Uncleseekers
Seek The Truth

Monday, January 27, 2014

Profesor Temberang (Part 2)

Profesor Temberang (Part 2)


Sofi marjuki
Mangkuk ayun Profesor temberang didepan kilang yang buat produk untuk Manis Global.
 
Kilang ni bukan BAPAK dia punyer tapi dia jaja satu Malaya yang dia ni share terbesar. PODAH! Satu sen habuk pun dia xder aper. 

Kilang shampoo Ah Chong ni ko buat produk makanan. Adusss..

Umur dah bau kapur barus pun masih nak menipu!

Pembaca sekelian, saya tak suka memfitnah orang. Selagi takder bukti kukuh ditangan saya tak akan bongkar penipuan

Bukan setakat ziarah tapi Mangkuk ayun pernah tidor kat rumah saya. Sampai hari ni saya masih simpan lagi kasut dia yang dia tak sempat nak amik balik bila dia dapat tahu tembelangnya pecah. He he


Sweet Nano


Saya juga sengaja simpan selama hampir 3 tahun produk sweet nano keluaran syarikat sweetlife bionetwork sdn bhd yang mangkuk ayun ni buat kat belakang rumah sebagai bukti produk ni rosak tak sampai sebulan bertukar warna dari jernih ke warna coklat! Dan yang paling menyedihkan syarikat ini sudah pun bangkrap angkara penipuan beliau.

Saya tiada masalah peribadi dengan mangkuk ayun ni. Saya takder utang dia dan dia juga takder utang saya. Cuma saya tidak mahu peniaga-peniaga diluar sana tertipu dengan temberangnya dan duit anda akan lesap. Part 3 saya akan sertakan kesemua syarikat yang mengalami kerugian ratusan ribu kerana terpedaya dengannya

Berhati hati dengan modus operandinya. "Licin macam belut, belit macam ular"

Part 4

Uncleseekers
Seek The Truth 


Sunday, January 26, 2014

Profesor Temberang (Part 1)

Profesor Temberang (Part 1)

Mangkuk Ayun Sofi Marjuki

Mangkuk ayun ni belajar kat universiti mana sampai boleh dapat profeser?

Tunggu pembongkaran saya selepas ini. Dia dah start nak memomokkan orang ramai. Semalam di Terengganu dan esok dengar cerita keutara.

Jangan sesekali terpedaya dengan mangkuk ayun ni sebab dia memang ultra pandai mempengaruhi orang.

Duit anda yang disimpan dalam mangkuk tandas pun dia boleh kebas!

Part 4

Uncleseekers
Seek The Truth

Monday, January 13, 2014

Isteri Diceraikan Kerana Khinzir...

Isteri Diceraikan Kerana Khinzir...
Salam kepada semua followers tegar blog USV2.

Setelah sekian lama agak menyepi dek kesibukan di hujung tahun (keje kerajaan camtulah..hehe), kali ni gua nak citer sikit pengalaman & evolusi trading gua dengan robot2 Miliun ni. 

Sejak gua mula trade menggunakan robot Miliun Silver pd 1 Oktober 2013 hingga 2 Januari 2014, Miliun Silver ni telah menjana 'profit' di sekitar USD2600. Gua mmg syok abis tgk 'profit' hari2 masyuuk. Tp sebenarnya 'profit' ini telah 'ditelan' oleh floating yang tinggi & gua ambik keputusan utk tidak withdraw bagi mengukuhkan Margin Level. Then lebih kurang pd pertengahan bln 11 yg lepas, bangun pagi jer floating tetiba surut. Gua tgk equity telah melebihi modal asal sebanyak USD280..gua tarak tunggu lg, terus cut-loss & withdraw. Then gua enter market balik dgn Robot Silver ni.

Uncleseekers & Izputra 

Itulah kali pertama & terakhir gua withdraw selama menggunakan robot Miliun Silver melebihi 3 bln. Bila gua enter balik market selepas withdraw tu, robot2 gua dah tersangkut dgn floating lagi. Pikir2 balik mcm tak berbaloi plak dpt USD280 je dlm tempoh tu..tp gua tetap bersyukur kepada Maha Pemberi. Dengan duit profit tu jgklah gua buat modal utk pi lagi ke Janda Baik semasa Bengkel ke-5 berlangsung..Uncle cakap mau discuss projek terbaru Miliun..projek CopyTrade. Bukan setakat discuss projek baru saja, gua siap pekena madu & sarang lebah kelulut kaw2 punya. Mlm tu drive balik ke Kedah gua berhenti tido 4 kali..mengantuk sungguh rupanya dek penangan madu kelulut. Tak penah2 gua drive dr KL ke Kedah berenti tido smpai 4 kali. Bab khasiat madu kelulut ni, sendiri mau try baru tau aaa..gua beli 2 botol mlm tu. skrg dh tinggal setgh botol je lg..hehe


 Sarang lebah kelulut

 Bee Bread

 Kelulut terdapat pelbagai spesis

Ok2..sambung citer, pada 2 Januari 2014 float turun sekali lagi dengan mendadak. Gua terus cut-loss & dpt profit USD143..alhamdulillah. Tp kali ni gua taknak withdraw sbb gua plan nak minta upgrade ke robot Gold yg si Dzoul tu dok canang2 sgt keprofitannya. Mlm tu jugak gua terus call Uncle nak minta upgrade. Uncle cakap kalau nak robot Gold kena join profit sharing..kalau nak Silver 5 dia blh kasi free. Then Uncle kasi gua ckp dgn Dzoul utk berbincang. Bincang punya bincang, gua setuju dgn cadangan uncle utk join Gold. Mlm tu jgk si Dzoul setupkan robot Gold dlm akaun gua & terus run awal2 pagi 3 Januari 2014. Pd hari yg sama robot gold ni baru enter market guna peluru pertama.Hari pertama market dibuka pada Isnin (6/1/2014), robot gold tembak lagi 2 peluru tp masih belum close position. Ptg hari Selasa, Uncle tetiba call gua.."apesal eh market slow minggu ni? 3 hari tak close trade lg". Gua pn cakap "minggu ni ada high impact news uncle..FOMC & NFP. So market biasanya sideway je seblm news besar ni sbb traders berhati-hati nak enter market". Uncle bgtau gua "paling lama dlm 4 hari robot gold ni akan close trade". Gua fikir ni dah hari ketiga..kalau camtu esok closelah kot. 

Mlm tu (8/1/2014) ngam2 lps gua selesai solat Maghrib, sekali lg Uncle call gua. Kali ni Uncle offer kat gua versi terbaru robot gold iaitu Gold V6. Robot ni bak kata Uncle telah disetkan utk kasi profit sehingga 50% sebulan dgn izinNya berbanding dgn gold versi asal yg 10% saja. Robot ni setiap kali close trade blh kasi profit sehingga USD200 bagi yg bermodalkan USD5000 mcm gua. Dgn purata 10 kali close trade sebulan, dgn izinNya blh merasa profit sehingga USD2000 sebulan. Gua punyalah gembira bila Uncle offer robot V6 ni..tp rupa2nya ada 'catch' jgk di sebaliknya..hehe. Uncle cakap kalau gua nak guna robot ni, profit sharing 60:40, 60% profit milik admin miliun, 40% milik peserta. Bila gua hitung2 balik..walaupun dpt cuma 40% je dr profit, ianya masih lebih tinggi dr profit jika menggunakan robot Gold versi asal. Alaa Uncle, 50-50 tak blh ke? Sama2 masyuk maa..hehe. Anyway, gua setuju jgk akhirnya & berakad melalui wassap utk gunakan robot ni. 


Uncle cakap sebaik saja trade robot gold versi asal ni close nanti, Dzoul akan terus setupkan robot V6 ke akaun gua. Bak kata uncle dlm wassap "dpt zuriat pertama terus ceraikan isteri..isteri baru nanti mcm khinzir..byk anak". Mcm ni punya perumpamaan pn ada..Uncle2..hahaha. Masin mulut Uncle masih tak hilang, tak lama lps selesai berwassap dgn Uncle, robot gold versi asal ni close trade dgn profit bersih USD66.35. Floating pun zero..Alhamdulillah..profit pertama tahun ni & juga profit pertama dr robot gold. Tgh mlm tu jgk 'isteri Gold diceraikan' & 'isteri mcm khinzir (Gold V6) dikahwini' dgn harapan dpt byk anak..lol.

 

Mlm tu gua tido lena tanpa gua perasan robot V6 ni rupanya dah open trade. Pagi2 esok dlm jam 9 lebih gua pn tgk mt4 di phone. Terkezut beruk tgk ada profit bersih USD188.22 & seperti biasa Zero floating..alhamdulillah. Rezeki di pagi hari Jumaat yg mulia. Bersih beb profit ni..tp 40% jerlah..lalalaaa... Ptg tu jgk robot V6 open post lg. Tgh hari esok profit masyuk lg USD166.22..syukur pd Allah. 



So, selama 6 hari guna robot Gold versi asal & versi V6 ni, akaun gua dh profit USD421.79...

Gua dah gunakan 3 robot Miliun selama ini, Silver, Gold & Gold V6. Guna Silver profit masyuk hari2..tp float plak agak tinggi hingga nak withdraw pn bagai nunggu buah yg tak gugur. Gold pulak memberi profit bersih tanpa floating sekitar USD80 sekali close trade iaitu dlm 10% dr modal dlm  tempoh sebulan. Tp yg paling besh Gold V6..sekali close mmg ratus-ratusan USD profit bersihnya bila peluru ke-4 dah ditembak. Unjuran profit bersih plak sehingga 50% dr modal dlm tempoh sebulan. Pd gua, dpt profit bersih 20% sebulan pun dah ok asalkan konsisten. Setakat ni mcm tulah citer gua berkaitan robot2 miliun pelbagai versi ni.
Moral of the article is, Gold V6 terbaeekkk!! Ada bran?...

 Saya Akan Bantu Anda (Part 1)
Saya Akan Bantu Anda (Part 2)
Saya Akan Bantu Anda (Part 3)
Saya Akan Bantu Anda - Puan Norizan
Ahlan Wasahlan Peserta Bengkel Ke-5 
Saya Akan Bantu Anda - Darwis
Saya Akan Bantu Anda - Hapiz
Saya Akan Bantu Anda - Zainal
Dua Ribu Empat Belas - "We Don't SELL, but We SHARE"
Miliun GOLD - Mengecewakan?
PIONEER Dilanda Tsunami
Miliun GOLD - Memang CHAMPION!
Darwis - Dipukul Badai, Rezeki Tetap Muai
Yang penting dapat sikit ke banyak kuarkan ZAKAT - Darwis
Siapakah Uncleseekers Yang Sebenarnya?
Miliun Gold - I Follow
Zainal - Terlepas Untung USD440
Artikel-Artikel Uncle Hari Ini Pusing 360 Darjah.....
Bila Join Orang Besar Nie Orang Kecil Pun Nampak Macam Orang Besar
Pasaran Macam Laut Yang Bergelora...
Uncle ni dah insaf ke?
Terbukti 'Untung Bersih' Sekitar 12% Sebulan Dengan Miliun Gold
Prestasi Gold V6 - Part 1
Prestasi Gold V6 - Part 2
Cempedak jadi nangka ke …Nangka jadi cempedak… Malam Tu Malam Jumaat...Come And Joint Us.