Followers

Sunday, October 14, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 15)

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 15)

Banjir besar 1967 di Kuala Kangsar, Almarhum memandu speedboat...


Anonymous said...
Ku syah, patik pohon tuanku citer ckit psal bot2 almrhum ayahanda tuanku..cempaka sari, seri dayang dan seri andalas. moga kita dapat berkongsi maklumat berkenaan hobi almarhum ayahanda tuanku...arwah ayahanda patik pernah bertugas di bot diatas.,dapat le patik berkongsi info dgn tuanku, ~ khairol11@gmail.com

10/13/12 3:57 PM

Jawapan

Almarhum Ayahanda memangnya minat Bot dan suka ke Laut... Saya ingat, dari kecil lagi dah dibawanya kami anak anak menaiki bot kat Sungai Perak dan seterusnya ke Lumut dan Pulau Pangkor... Sehinggalah saya mengikut jejak AlMarhum ayahanda dgn minat membawa bot dimana saya menjadi Presiden/Komodor Perak Yacht Club di Lumut (selepas kemangkatan nya) pada tahun 1985 dan 1986... 

Boat cruiser yang sama besar dgn Seri Andalan (80 kaki panjang)

Almarhum tetah membina sebuah bot bernama Chempaka Sari untuk kegunaan air sungai yang di labuhkan di Kuala Kangsar. Bot ini sepanjang 40 kaki dan lebar 12 kaki dengan dua engin Volvo Penta Sterndrive 115hp... 

Untuk kegunaan laut, Almarhum telah membina sebuah bot laju (fast cruiser) 40 kaki dengan dua engin disel Volvo Penta Sterndrive 240 hp yang boleh mendapatkan kelajuan 20 knot. Bot ini dinamakan Seri Dayang... Almarhum selalu membawa kami anak2 ke Pulau Sembilan (10batu notika selatan Pulau Pangkor) untuk memancing dan berkelah... Almarhum akan berehat di Pulau Pangkor apabila keluar berlayar ke laut dan Almarhum akan berehat di Rumah Rehat Pangkor... O ya, Almarhum sendiri yang memandu bot... 

Bot sebesar 40kaki, seperti Seri Dayang... dan kelajuan yang sama (20 knot).

Pada tahun 1980, Almarhum pula membina sebuah bot sepanjang 80 kaki, dua tingkat dengan beringinkan dua Caterpillar Turbo-Diesel 360 hp yang dinamakan Seri Andalan... Saya berberapa kali bersama Aalmarhum pergi belayar dari Teluk Intan ke Pangkor dan seterusnya keluar ke Selat Melaka hingga ke Puala Jarak (disisir perairan antarabangsa)... 

Pada hari terakhir almarhum, beliau belayar dari Pulau Pangkor ke Lumut untuk menghadiri jamuan makan malam... Semasa belayar almarhum diberi tahu oleh jurumudi kapal, 

"Tuanku, patik dengan tagor (bunyi guruh pada siang hari terang tanpa awan hujan)" 

Jawap Almarhum, 

"Itu untuk aku ler" mengikut kepercayaan orang orang tua, apabila tagor berbunyi, itu adalah petanda yang menyatakan kematian orang kenamaan..."

Pada malam itu, Almrgum kembali ke Rahmatullah... Mengikut rancangan, saya sepatutnya bersama Almarhum keesokan hari untuk belayar ke Pulau Langkawi...

Ku Syah
 


Part 1 - Anak Sultan Yang Semikin Dalam Malaya
Part 2 - Pejabat Sultan Perak Buat Mengong!
Part 3 - Majlis tahlil Almarhum Sultan Idris di sabotaj
Part 4 - Kerusi Panas Raja Muda Perak
Part 5 - Sumpahan Keturunan
Part 6 - Sesudah Mentari Terbenam 
Part 7 - Anak
Part 8 - Katak Keredek Akhirnya 
Part 9 - 1 Billion Hengget Lesap Kemaner?
Part 10 - The Tomoi Princess
Part 11 - Fitnah Kepada Ayahanda!
Part 12 - Dimanakah Kan Ku Cari Ganti... 
Part 13 - Hujan Panas Turun Bila Senjata Di Buka! 
Part 14 - Kepala Lembu?
Part 15 - Petanda Kematian Orang Kenamaan?
Part 16 - Raya Awal Sehari!  
Part 17 - Duit Atas Angin?
Part 18 - Abu dan Orang Besar...
Part 19 - Royalti Dari MACP?
Part 20 - Sultan Perak Dalam Kenangan
Part 21 - Fitnah Arak
Part 22 - Hina Besi Kerana Karat, Hina Manusia Kerana Bangsat 
Part 23 - Showtime...

8 comments:

TheSniper said...

Al-Fatihah kepada beliau.

Anonymous said...

semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh almarhum. sebagai hamba rakyat negeri perak izinkan saya untuk bertanya sebuah kisah yang barangkali boleh pak engku kongsikan bersama. ianya mengenai peristiwa sekitar tahun 81 atau 82 dimana negeri perak merayakan hariraya aidilfitri sehari lebih awal dari negeri2 lain di malaysia masa itu atas perkenan almarhum. barangkali ada cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama sekelian hamba rakyat yang tidak mengetahuinya. wallahualam!!

Anonymous said...

semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh almarhum. sebagai hamba rakyat negeri perak izinkan saya untuk bertanya sebuah kisah yang barangkali boleh pak engku kongsikan bersama. ianya mengenai peristiwa sekitar tahun 81 atau 82 dimana negeri perak merayakan hariraya aidilfitri sehari lebih awal dari negeri2 lain di malaysia masa itu atas perkenan almarhum. barangkali ada cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama sekelian hamba rakyat yang tidak mengetahuinya. wallahualam!!

haq said...

aku tertarik ngan apa yang ku shah citer tentang keperibadian almarhum,paaasal pegangan agamanya sehinggakan beliau tahu akan masa untuk kembali ke ramatullah....bukan calang2 penanggung rahsia yang mampu sampai ke tahap itu,dari ribu2 margasatwa yang mencari raja simulan yang sampai hanya tiga puluh....kiasan sifu m.nasir......

diera moden ni susah nak jumpa ilmu yang sebegitu.....teramat jarang diajarkan kerena disuakan dengan syariat semata.....hakikat dan maarifat hilang entah kemana.....
yang aku nampak pak habib.....dengan universiti of life
ada menuju kearah tersebut.....
dan aku yakin pak habib menerima ilmu ini dari leluhurnya.....

untuk ku shah....bertanyalah ngan pak habib....pasal rahsia allah....
dengan rahmatnya anda uga boleh jadi sehebat ayahnda mu......
dengan rahmatNya,,,,,,

UncleTaiko said...

Salaam untuk pembaca dan tuan punya blog,

Teman asal daghi Ipoh, kawin oghang lubuk, duduk sekaghang di lubuk jugak. Gambo yang paling ataih sekali tu menceghitakan bagaimana sayangnya Almarhum Tuanku kepada rakyat jelata. Teman cuma dengo kesah Almarhum Tuanku masa banjir tu dari oghang-oghang lama di Kuale ni. Oghang-oghang kampung ni kolo oghang beso beso buat sesuatu yang baik pada deme akan deme kenang sampe bile bile. Kite yang masih hidup ni pun elok le ingat bende yang baik baik je. Bende yang tak elok tu adalah diluar bidang kuase kita. Antara tuan punya badan dengan Allah Taala. Kita jangan pulak buat dosa tak tentu hala mengata oghang. Gambo gambo bah beso kat kuala ni kolo nak tengok datang le ke pekan kuala. Bersepah ada dalam kedai gambo. nak beli pun boleh. Kepada tuan punya blog teman nak mintak kebenaran mengupload semua gambo berkenaan dengan Almarhum Tuanku sultan deris nih. ok. chow.

Bee™ said...

Ku Shah, bolehkah Ku Shah bercerita tentang kebolehan Almarhum Ayahanda Ku Shah memandu keretapi. Saya dimaklumkan bahawa baginda adalah sultan pertama yang mempunyai lesen memandu keretapi. Saya pernah melihat dan mempunyai gambar bilik Diraja di Stesen Keretapi Kuala Kangsar yang merupakan bilik bagi baginda ketika zaman pemerintahan baginda. Sayangnya bilik tersebut kini hanya tinggal kenangan apabila stesen tersebut diruntuhkan bebrapa tahun yang lepas.. Saya mendapat maklumat dari petugas stesen bahawa almarhum baginda amat berkebolehan memandu keretapi... adakah semua ini benar?

Anonymous said...

Assalamualaikum Tenku Shah.
Terima kasih patik ucap kan kerana Tenku shah sudi berkonsi kan cerita2 tentang Almarhum semasa hayat nye, Saya ingin mendapat kan kepastian dari tenku shah sendiri sebab saya ade mendengar ade org telah mencerita kan almarhum ayahda sultan idris mempunyai kebolehan berjalan di atas air, dan menurut nye lagi armarhum pernah berjalan di atas air menyemberangi sungai perak dari tebing chandan menuju tebing sayong...sejauh mane kebenaran nye. Hrap tengku shah dapat kongsi kan cerita ini...

Anonymous said...

assalamualaikum tn hamba sekalian insyaAllah masih ade hamba Allah yg mengikut cara leluhur sultan idris berkaitan mengetahui hal ajalnya...org perak juga ade kaitan dgn kerajaan perak...dulu moyang nya ialah dato panglima Itam Samad istana perak jika tidak silap...dan rumahnya di sana adalah tempat persinggahan sultan perak jika ke daerah itu sg siput utara...dengar cerita hamba Allah tersebut jika diikutkan sudah 2 kali mati...tp disebabkan di mengetahui nya maka dia berdoa kpd Allah supaya ditangguhkan dahulu kerna dia ade tanggungjawab yang besar pada keluarag dan agama juga negara...selesai berdoa alam kembali sediakala...dan ketika itu dia sedang atas motorsikal khabarnya...wallahuaklam...