"Aku terima nikah............(nama pengantin perempuan) dengan maskahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai".
Aku - kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kepada Tuhan atau di antara orang yang rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yang perlu dihormati Saya - ganti nama diri pertama (lebih baik daripada aku), Engkau - ganti nama diri kedua ( untuk orang yang setaraf atau yang lebih rendah, digunakan juga untuk Tuhan sewaktu berdoa)
Kamus Dewan Edisi Keempat - Dewan Bahasa dan Pustaka 2005
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak 4 rakaat tunai kerana Allah taala
Doa minta jodoh (sapu habis) paling popular!
Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…. Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…
Jika dia tidak sejodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh…
Kalau dia bukan jodohku, Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…
Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku, Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,
Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh, Jodohkanlah kami kembali…
Kalau dia jodoh orang lain, Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…
They ask thee about the (final) Hour - when will be its appointed time? Say: "The knowledge thereof is with my Lord (alone): None but He can reveal as to when it will occur. Heavy were its burden through the heavens and the earth. Only, all of a sudden will it come to you." They ask thee as if thou Wert eager in search thereof: Say: "The knowledge thereof is with Allah (alone), but most men know not.
I read your blog about Sultan Idris II and have a feeling may be you can help me to find Salwa.
Salwa is my mom best friend, both of them were former students of SMK Convent Teluk Intan.
Initially Salwa and her family was staying in Istana Teluk Intan compound. His father worked as a driver to Raja Muda Sultan Idris II. Their family was then moved to Kuala Kangsar when Sultan Idris II was installed as Sultan of Perak.
This is all I know about Salwa. My mom doesn't remember her fully name.
I enclosed a photo of Salwa for your kind reference. Standing behind from left is Salwa, Maimunah and Priscilla Hooi (my mom).
Thank you very much for your kind assistance.
Regards
Benarkah Rakyat Brunei Akan Dapat Sultan Yang Baru Tidak Lama Lagi? (Part 1)
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (klik)
Adakah anda masih ingat lagi ramalan mimpi saya tentang beliau pada tahun 2011?
1. Benarkah Sultan Brunei ini adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w melalui Saidina Hassan?
2. Benarkah Tuanku hanya menunggu istana di Australia siap untuk meletak jawatan?
3. Benarkah penggantinya berusia sekitar 50 an?
4. Benarkah Fakta sejarah kesultanan Brunei di seleweng oleh Pehin J?
5. Benarkah semua aset-aset kepunyaan beliau akan ditinggalkan kepada pengganti yang baru?
6. Benarkah semua ahli keluarganya akan meninggalkan negara Brunei?
7. Apakah kaitan kesultanan Brunei dengan kesultanan Sulu?
Mereka buat muslihat dengan tipu muslihat, Dan Aku buat muslihat dengan tipu muslihat. Maka berilah tangguh kepada orang-orang yang tidak percaya; tangguhkanlah mereka sebentar. (86:15-17)
Abu ialah seekor kucing jantan berwarna kelabu yang hanya akan berada disisi Istana Iskandariah apabila almarhum ayahanda pulang bersemayam di Istana Iskandariah.
Kucing ini akan menemani Almarhum tidor didalam kamar peraduan nya, dan tidor diatas katil Almarhum...
Amat manja kucing ini, hanya tetapi apabila Almarhum berada di istana Iskandariah dianya akan muncul. Jika ayahanda berada di lain tempat dia pon tiada kelihatan... Apabila almarhum ayahanda bersantapan, kucing ini akan tunggu untuk mendapat sisa-sisa lauk makanan Almarhum... Abu terus menghilang selepas kemangkatan almarhum ayahanda...
Kedaulatan Almarhum ayahanda juga dapat dilihat apabila baginda menziarah daerah hutan di Hulu Perak...
Gambar hiasan
Ada seekor gajah yang hanya bergading sebelah akan datang menghadap baginda di hutan apabila baginda pergi memburu seladang atau rusa... Seekor gajah yang bergading sebelah ini akan berhampiran kawasan kem ayahanda tetapi tidak mengacau keadaan...
Dah macam sentry guard didalam hutan... Harimau takkan menghampiri kalau ada gajah berdekatan... Selalunya, Almarhum akan bertitah 'Orang besor (bermaksudkan gajah itu) aku nak balik dah'... dan gajah itu akan masuk kedalam hutan belentara meninggalkan kawasan kem itu...
Semoga belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ma’alHijrah 1434 kepada semua pembaca blog uncleseekers dan juga kepada semua yang mengikuti tulisan-tulisan saya.
Tidak lupa juga kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada.
Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti tulisan-tulisan yang tak seberapa dari saya.Terima kasih jua kepada semua komen-komen yang di berikan. Baik yang positif mahupun yang negatif.
Semuanya saya terima dengan senang hati dan dengan pemikiran yang terbuka.
Apa pun, jauh di sudut hati, saya mengharapkan kritikan dan komen yang membina.
Kritikan dan komen-komen inilah yang ingin saya jadikan cermin untuk menilik diri. Kritiklah pendapat dan pandangan saya. Kritik dengan hujah dan alasan.Dan lebih indah kalau punya sandaran sebagai pemanis bicara. Kritik dengan intelektualiti dan justifikasi. Bukan dengan emosi. Kritik pendapat saya bukan kritik diri saya. Saya bukan siapa-siapa.
Buat makluman semua, segala pendapat dan pandangan yang saya paparkan bukanlah sekadar untuk menikmati keseronokan menulis. Ianya adalah hasil dari pengamatan dan penelitian selama hampir 30 tahun.
Bukan sedikit ilmu dan pengalaman yang di timba. Bukan sembarangan pendapat dan pandangan yang di lontarkan. Terkandung makna yang tersurat dan tersirat. Memberi isyarat buat yang makrifat.
Namun atas kelemahan penyampaian saya, kebarangkalian pendapat dan pandangan tersebut sukar di terima adalah merupakan sesuatu yang wajar. Bukan mudah untuk menulis sesuatu topik yang panas dan berat dalam bentuk yang santai dan bersahaja. Apatahlagi yang menyentuh soal Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu.
Terimakasih yang tak terhingga juga saya tujukan khusus kepada Uncleseekers yang sudi memberikan saya ruang dan peluang untuk menulis didalam blog beliau.
Terima kasih kerana memberikan beberapa petua bagaimana untuk menjadi penulis blog yang berjaya dan terkenal seperti beliau. Alhamdulillah, nampak gaya petua beliau menjadi…
Kepada semua yang mengikuti tulisan saya, sebenarnya saya suka mengajak anda semua untuk melihat kembali, menilai dan menganalisa dasar dan asas-asas penubuhan negara bangsa yang kita kenali sebagai Malaysia ini.
Melihat kepada struktur dan institusi-institusi yang wujud di negara ini. Itu semua saya lakukan dengan cara yang agak santai agar ianya mudah difahami dan tidak membosankan. Ini kerana saya sedar blog ini bukanlah sebuah pelantar wacana akademik tetapi sekadarsebuah laman maya yang disinggahi buat melepas lelah disamping beramah mesra secara santai.
Masih ramai yang belum benar-benar memahami dan masih ramai juga yang tersalah anggap mengenai asas-asas dan institusi-institusi yang menjadi tonggak kepada negara ini. Tidak kurang juga yang terus-menerus berusaha untuk memesong dan mengelirukan pemikiran masyarakat demi kepentingan mereka.
Biarpun usaha dan sumbangan saya kearah memulihkan kembali pemikiran dan pandangan masyarakat terhadap asas-asas dan institusi-institusi yang ada di negara ini masih sangat kecil namun saya sentiasa berdoa kehadrat Allah SWT semoga usaha ini diberkati dan dirahmati olehNya.
Saya menyeru agar lebih ramail agi yang tampil untuk membetulkan segala kekeliruan ini. Khususnya kepada mereka-mereka yang lebih berkelayakkan.
Jangan biarkan masyarakat ini terus berada di dalam kekeliruan. Terus berada di dalam kegelapan.
Ini bangsa yang di rahmati Allah SWT. Bangsa yang di rahmati dengan anugerah yang maha besar iaitu Islam. Bangsa yang mempunyai kemampuan dan potensi yang cukup besar dan luar biasa. Bangsa yang mampu memimpin dunia dengan kelembutan dan kasih sayang.
Kedatangan tahun Hijrah 1434 sangat di nanti-nantikan. Adalah tarikh penting di mana bermulanya sebuah era baru.
Dunia akan menyaksikan satu perubahan besar. Perubahan dalam semua dimensi. Politik, ekonomi, kewangan, sosial, geografi mahu pun alam sekitar.
Zaman kegemilangan Barat bakal berakhir.Kehebatan dan kemegahan mereka sudah sampai kepenghujung.
Dunia akan menyaksikan sebuah kebangkitan. Kebangkitan dari Timur. Kebangkitan yang akan membentuk sebuah peradaban baru. Peradaban yang lebih bersifat maknusiawi. Sesuai dengan fitrahnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
Inilah kebangkitan yang di impikan. Kebangkitan yang di rindui. Kebangkitan yang telah di isyaratkan oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu. KEBANGKITAN ISLAM.
Islam akan bangkit dengan wajah baru. Dengan penampilan baru. Namun perubahan wajah tidak bermakna berubah dasar dan prinsipnya. Dasar, prinsip dan struktur tidak akan berubah. Tiada kompromi dari sudut itu.
Islam akan bangkit dengan kekuatan baru. Bangkit untuk menjadi sebuah sistem baru dalam kehidupan manusia. Mengantikan sistem sekular yang di laknat Allah SWT. Sistem yang terbukti gagal memakmur dan mensejahterakan warga dunia.
Sistem yang hanya mengeksploitasi hawa nafsu dan sifat kebinatangan manusia. Sistem yang menjadikan manusia sebagai haiwan peliharaan yang di cucuk hidung.
Sistem Islamlah yang akan mengantikan sistem sekular yang bakal hancur tidak lama lagi.
Sistem yang sudah terbukti pernah bertahan lebih 1300 tahun. Sistem yang mendokong dan mempertahankan kepentingan umum. Sistem yang akan membentuk gaya hidup baru.
Saksikanlah kebangkitan ini! Segalanya sudah bermula…
Kepada pembaca semua layari laman web ini www.wiccnetworks.com
Pak Lan Mohd Ramalan Yunus
Founder
World Islamic Chamber Of Commerce
Komen aku : Aik! sejak bila Pak Lan masuk Islam? hi..hi..
Cherengin Hills Convention and Spa Resort (Part 1)
Salam pembaca semua,
Beberapa hari yang lalu aku terdengar cerita yang Cherengin Hills Convention and Spa Resort (klik) kat Janda Baik sedang mencari pelabur atau rakan kongsi untuk menaik taraf hotel ni. Samaada benar atau tidak aku pun tak pasti.
Jadi aku pergilah kesana nak makan tengahari dan tengok-tengok kalau ada maklumat.
Nasib tak baik sebab buffet makan tengahari dah habis. Tetiba datang
pengurus hotelnya Encik Azman Osman menyapa aku dan mencadangkan
Alacarte.
Aku pun order mee kantonis dengan teh o ais.
Encik Azman beri aku mencuba kuih apam gula hangus, jemput-jemput,
french pastries dan bubur cha-cha, kari ayam dan sambal telur.
Pendekkan cerita yang paling sedap kuih french pastries dan bubur cha-cha. Kari ayam plak memang berasa.
Encik Azman yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang hotel terus bercerita 'rancangan' beliau bagaimana mahu memajukan hotel tersebut berperingkat-peringkat.
Beliau membawa aku 'round' hotel tersebut. Bila sampai saja ruangan kolam mandi, beliau berkata,
"Uncle, kolam mandi ni tak pakai klorin tapi pakai garam kasar"
Asimareen
B 01-11 Gateaway kiaramas Office Suites
No 1, Jalan Desa Kiara,
Mont Kiara, 504800, Kuala Lumpur www.asimareen.com
contact@asimareen.com
03- 6211 0073