Siapa Uncleseekers Yang Sebenarnya?
Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas itulah nama yang telah
diberi. Kalangan keluarga beliau lebih mesra dengan panggilan Habiblah, singkatan
kepada nama ‘Habib Abdullah’
Ada yang mengenali beliau sebagai pengkaji paranormal, ada
yang mengenalinya dengan kontroversi penulisan beliau di blog suatu ketika
dahulu tentang seorang VVIP.
Uncleseekers mendapat liputan akhbar tempatan. Isu
ini juga mendapat perhatian meluas akhbar luar negara
ini juga mendapat perhatian meluas akhbar luar negara
Beliau telah menulis 64 artikel terhadap VVIP berkenaan, sehingga ditahan lokap selama 10 hari dan difitnah mengambil morfin, walhal dalam tubuhnya tidak pernah masuk sebarang dadah melainkan panadol dan ubat tahan sakit gigi dan sangat pantang anak buahnya menghisap dadah.
Buku yang mendedahkan rahsia
yang terdapat pada diri kita sendiri
Jika dulu ayahnya orang pertama dalam Malaysia menulis
tentang ilmu firasat (rahsia mengenal diri sendiri) pada tahun 1969 dan penulis
buku politik pertama yang menegur ahli politik pada tahun 1972. Kini giliran
anaknya pula. Sehingga diberi nama jolokan “Hang Jebat Moden”.
“Sejarah tetap sejarah. Setiap apa yang kita lakukan akan
tercatat dalam sejarah yang menjadi rujukan generasi akan datang” begitulah
beliau selalu mengingatkan aku supaya sentiasa menyampaikan kebenaran.
Begitulah ‘Habiblah’ atau Uncleseekers yang aku kenal, aku lebih
mesra memanggilnya “abang”. Seorang yang berani kerana benar dan memperjuangkan
kebenaran seperti bapanya Syed Hussein Al-Attas yang aku lebih mesra
memanggilnya “abah”.
“Seek The Truth” begitulah moto hidupnya, dan juga telah
menjadi motto blognya yang telah menerima kunjungan pelawat seramai 2,410,372
pada ketika aku menulis.
Blog pertama Uncle yang pernah di block kerana mendedahkan artikel kontroversi tentang VVIP
Blog beliau juga adalah blog PERTAMA dalam Malaysia yang
pernah menerima kunjungan pelawat seramai
1 JUTA dalam SEHARI. Kini blog tersebut tidak boleh dilawati lagi
Menjadi hukum alam, apabila kita membuat sesuatu akan ada orang suka, dan ada yang tidak suka. Si tukang cemuh akan terus mencemuh, sampai mereka mati. Kita tidak mampu menutup mulut mereka.
Bagi, Uncle “Biarkan mereka terus hina aku, aku sentiasa
maafkan mereka sebab Saidina Ali berkata ; manusia sentiasa bermusuhan dengan
perkara yang mereka tidak tahu”.
Begitulah perjuangan hidupnya dalam memperjuangkan
kebenaran. Beliau tetap terus berdiri walaupun hanya seorang diri.
Inilah juga perjuangan grand-moyang nya dahulu iaitu Nabi
Muhammad. Memperjuangkan kebenaran. Darah seorang pejuang, tetap seorang
pejuang. Cuma zaman dan keadaan yang berbeza.
Dahulu ingin berjuang, terpaksa keluar rumah ke rumah untuk
menyampaikan risalah kebenaran. Tetapi kini ‘Zaman di hujung jari’ ,kita menerima
risalah kebenaran, dimana sahaja kita berada.
Bergantung kepada kita untuk menilai samada suatu itu benar
atau palsu.
“Apabila yang Benar muncul, yang batil akan hancur”
Prinsip hidup beliau “Dalam dunia ini tiada ruang untuk
orang yang malas, bodoh dan tidak jujur”
Seorang yang detail-oriented. Kalau buat cincai-cincai
kerja. Tahan telinga je la kena maki dengan dia. Beliau sudah dididik menjadi
seorang yang berdisiplin oleh ibunya sejak daripada kecil lagi.
Seekers
Rancangan Seekers Mendapat Rating
Tertinggi Suatu Ketika Dahulu
Aku mengenali Uncle pada tahun 2005. Ketika itu beliau
sedang mengendali rancangan Seekers NTV7. Buat pengetahuan korang, nama SEEKERS
itu beliau yang beri, dan kini nama itu telah dipakai oleh syarikat penyiaran
NTV7.
Rancangan SEEKERS pada ketika itu sangat popular , mendapat
rating tertinggi. Ianya merupakan Rancangan PERTAMA yang berkonsepkan ‘Paranormal
Research’ di Malaysia.
Kemudian, konsep yang beliau perkenalkan, diikuti oleh
producer filem tahan air seperti ‘Highland Tower’.
Buku
99 Jelmaan Makhluk Halus
Dengan Antropologi Melayu
Pernah menulis buku berkaitan paranormal yang pertama di Malaysia
setebal 1066 muka surat bertajuk “ 99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi
Melayu” . 57 buah buku telah dirujuk untuk menghasilkan buku setebal ini.
Kajian beliau ini sudah layak digelar ‘professor paranormal’,
tetapi bukan gelaran yang beliau mahukan.
“He Is So Brilliant
In Branding”
Begitulah kata-kata aku pada artikel sebelum ini.(klik)
Malaysia Book Of Record
Beliau sememangnya seorang yang mempunyai kepakaran membina Branding dan pemasaran produk.
Beliaulah orang pertama yang membuat pembersih harian wanita
yang berasaskan manjakani. dan produk pertama di Malaysia yang telah duji secara klinikal
“Kalau pompuan pakai ni, 3 jam haruman ini akan melekat”
ujar Uncle ketika menceritakan pengalaman beliau membina produk sehingga
menjadi produk terkenal satu Malaysia.
“Bukan mudah ingin membina sebuah produk yang baik, ia
perlukan masa dan banyak kajian” ujar Uncle kepada aku.
Senario
Pada tahun 1999, pihak TV3 datang berjumpa dengan beliau
untuk hasilkan satu produk untuk kumpulan Senario, kumpulan lawak terkenal
seluruh tanah air.
Minumuan Kurma Dengan
Manjakani Senario
Hasil sepakat daripada kedua-dua belah pihak, 2 produk telah
dihasilkan ; “Kordial Kurma Senario” dan “Minuman Kurma Dengan Manjakani
Senario”.
Raihan
Kumpulan nasyid Raihan yang pernah mendapat hasil jualan album sebanyak 750,000 unit di Malaysia, 3.5 juta unit seluruh dunia, juga memiliki sebuah produk yang dihasilkan oleh beliau.
Raihan - Hasil jualan album sebanyak 750 ribu
unit di Malaysia, 3.5 Juta sedunia
“Jus Kurma Raihan” yang beliau hasilkan, merupakan produk PERTAMA diminum oleh Queen Elizebeth pada tahun 1998.
“Bila aku dah fedup dengan kerenah orang keliling sebaiknya
tarik diri macam tu je, malas nak bergaduh. Produk yang dibina akhirnya akan
menjadi tidak gah lagi” Uncle bercerita tentang pengalaman pahit ketika membina
branding.
Selebihnya nanti, korang tanyalah beliau sendiri.
Capal Nabi
Capal Nabi
Beliau memiliki 6 design capal yang dipakai oleh Rasulullah
dan design-design ini telahpun dipattenkan oleh beliau. Korang nilai sendiri
berapa nilai patten ini.
"Good thing can not be cheap, cheap thing can not be good"
6 Design Capal Nabi Yang Dipatten Oleh Uncle
Sekiranya ada pengeluar yang bercadang untuk mengeluarkan produk capal nabi ini, dinasihatkan mintalah keizinan daripada beliau terlebih dahulu.
Pembongkaran Bomoh Tipu
Berani kerana benar. Selagi beliau dipihak yang benar,
beliau akan lawan habis-habisan
beliau akan lawan habis-habisan
Ditahan kerana difitnah menyamar
menjadi anggota polis.
menjadi anggota polis.
Kerana mendedahkan penipuan bomoh palsu diakhbar Kosmo, akhirnya beliau difitnah
menyamar sebagai anggota polis
menyamar sebagai anggota polis
Uncle cukup pantang mereka yang bersikap
tidak jujur
tidak jujur
Beliau kalah dalam kes ni kerana
kesilapan teknik
kesilapan teknik
Pembongkaran Hantu Palsu
Jenglot kajian kumpulan SEEKERS menjadi
topik utama akhbar KOSMO
Jenglot bukan sejenis hantu, tapi...
Uncle bersama kumpulan SEEKERS membawa
Jenglot untuk ujian DNA
Bau jenglot seperti bau pokok setanggi.
Kewujudan Jenglot yang sentiasa
menjadi persoalan..
Aku dua dari kiri ketika membuat kajian jenglot
Jenglot mempunyai 2 sampel rambut manusia?
Pendedahan Penipuan Silat Bathin
Tiada yang hebat melainkan Allah
Tiada seorang pun yang BERANI menyahut
seruan ketika ini. Ada yang duk scan kitorang
daripada jarak jauh kata ada 4 lembaga cover
kitorang. Hehe.
daripada jarak jauh kata ada 4 lembaga cover
kitorang. Hehe.
Pendedahan Penipuan Bomoh Bedah Palsu
Uncle mendedahkan penipuan pembedahan batin
Mengapa tiada siapa yang menyahut,
jika ada, siapa yang melindungi?
'La Ilahaillallah'
jika ada, siapa yang melindungi?
'La Ilahaillallah'
Cabaran bukan tujuan untuk menunjuk hebat tetapi
bertujuan untuk mendedahkan siapa BENAR dan
siapa PALSU.
bertujuan untuk mendedahkan siapa BENAR dan
siapa PALSU.
Terkini, beliau sedang membuat branding dan pemasaran produk baja yang mampu mengurangkan kos tanaman. Pokok getah yang ditanam 8 bulan dikurangkan kepada 4 bulan.
Formula baja ini telah diilhamkan oleh seorang professor dan
boleh digunakan untuk pokok getah dan kelapa sawit.
Miliun – Branding Yang
Bakal Melahirkan Ramai Jutawan
Dahulu Uncle kencang!. Pernah rasa kemewahan
itu bagaimana rasanya. Kini beliau tampil membina sebuah brand yang bakal
melahirkan ramai jutawan terutama di Malaysia.
“Kita kaya bukan untuk berlagak mewah, tetapi untuk bantu
yang memerlukan” begitulah katanya ketika pertama kali beliau menceritakan aku
tentang Miliun ini.
Hari demi hari produk ini diperbaiki supaya impian warga
Miliun tercapai.
“Bukan mudah hendak senang”
Setiap jalan menuju kesenangan perlukan pengorbanan. Tiada
jalan pintas.
Mungkinkah anda adalah salah seorang bakal JUTAWAN yang dimaksudkan?
Orang Melayu yang pertama didalam dunia mencipta aplikasi dan game.
Anak lelaki Uncle yang lebih mesra dengan panggilan 'Habib'. Dulu
masa kecik aku selalu hantar dia pergi sekolah, sekarang bakal
menjadi jutawan aplikasi dan game. Tahniah Habib!
masa kecik aku selalu hantar dia pergi sekolah, sekarang bakal
menjadi jutawan aplikasi dan game. Tahniah Habib!
Syed Muhammad Syed Abdullah Al Attas, anak teruna Uncle ini bakal tercatat didalam Malaysia Book of Record menjadi CEO termuda di Malaysia. Beliau baru sahaja tamat SPM baru-baru ini. Uncle menceritakan kepada aku tentang cita-cita anaknya ini.
Habib yang telah diberi gelaran 'Steve Job Malaysia', bakal memiliki sebuah syarikat perisian aplikasi dan game untuk Apple. Bakal mempunyai pejabat sendiri, dan pekerja bawahannya.
Siapa sangka budak baru habis sekolah mampu memiliki syarikat sendiri? Apabila kita mencintai kitabNYA, rezeki akan datang daripada pelbagai arah tanpa disangka-sangka. Itulah pegangan hidupnya.
"Bah, habib tak mau sambung belajar di universiti, tapi Habib ingin bina universiti habib sendiri macam Lim Kok Wing" jelas Habib kepada abahnya.
Uncle akur dengan kehendak anaknya itu kerana yakin dengan kebolehan anaknya satu hari nanti akan menempa nama sebagai JUTAWAN aplikasi.
"Hendak SERIBU daya, tak HENDAK seribu dalih"
0172648451 - Whatsapp
2 ‘Ekor Rimau Besaq’ Dok Jaga Kat Sana
189 Kali DITIKAM Baru Rebah
Kapal Mabuk
Kalau Dah REZEKI Tak Kemana
Pil Anti Mabuk
Macam Mana Nak Hidup Macam Ni
Orang Suruh Kawin Taknak
Aku Jumpa Ceti Pinjam RM1500
Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!189 Kali DITIKAM Baru Rebah
Kapal Mabuk
Kalau Dah REZEKI Tak Kemana
Pil Anti Mabuk
Macam Mana Nak Hidup Macam Ni
Orang Suruh Kawin Taknak
Aku Jumpa Ceti Pinjam RM1500
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus"
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...