Pintô bermaksud pintu |
"Dimana tempat diduduki, disitu perniagaan dibuka"
Itulah falsafah Eddy 39 , seorang yang berdarah Acheh mempunyai visi tersendiri untuk menjadikan perniagaan kafenya di Janda Baik ini, menjadi kafe yang bakal terkenal dengan kopi asli.
Seorang yang berzodiak arnab jika mengikut kalender Cina, membuatkan beliau seorang yang mudah didekati oleh orang sekeliling dan bijak menyelesaikan segala masalah dengan mudah tanpa putus asa , ini merupakan satu karekter patut dimiliki oleh semua para peniaga.
Eddy (kiri) bersama isteri |
Beliau dibantu oleh Rini 36 , isterinya yang mempunyai kepakaran didalam membuat kek dan pastri untuk menjadi hidangan para tetamu yang hadir ke Pintô Coffee.
Pintô didalam bahasa Acheh bermaksud pintu.
"Kenapa pilih pintu?" soal Uncle kepada Eddy.
"Pintu membawa maksud keterbukaan. Tempat ini terbuka kepada semua" jawab Eddy. Beliau pernah menetap lama di Amerika Syarikat dan pernah menjadi seorang jurnalis untuk tabloidnya sendiri.
Menjadi penulis bukan satu karier yang boleh dianggap picisan kerana dengan penulisan kita mampu menjatuhkan dan menaikkan seseorang.
Sebatang pena lebih tajam daripada mata pedang.
Eddy menceritakan pengalaman ketika kafe dibuka |
Memiliki 'passion' yang mendalam dalam komoditi kopi membuatkan Eddy begitu bersemangat untuk membuka kafe sendiri.
Istimewanya, kopi akan ditanam disekitar kafe.
Tanam, petik dan minum disitu. Sangat Awesome!
Ini adalah satu-satunya kafe dalam Malaysia yang menyediakan konsep sebegini.
"Pada masa akan datang, kami akan menanam sendiri kopi disini. Kopi adalah satu-satunya tanaman yang mudah ditanam dan tidak merosakkan alam sekitar" jelas Eddy kepada kami tentang keistimewaan kopi dan beliau juga seorang pencinta alam sekitar.
Rekaan bentuk luaran dan dalaman berkonsep alami |
"Kami juga akan menyediakan satu tempat khas untuk panggang kopi" ujar Eddy kepada kami sambil menunjukkan ke arah tempat yang bakal dibuat untuk memanggang kopi pelbagai jenis yang terletak di bahagian depan kafe.
Kepada pencinta kopi, sambil minum kopi kegemaran anda, anda juga dapat menghidu aroma kopi menjadikan anda bakal jatuh cinta dengan tempat ini. Itu adalah satu jaminan!
Pintô Coffee adalah satu-satunya kafe yang menyaji minuman kopi di Janda Baik.
Kisahnya, pertama kali Eddy dan isteri ke Janda Baik. Beliau teringin untuk minum kopi. Apabila diminta yang sampai adalah Nescafe.
Kisah itulah yang menjadi 'turning point' untuk beliau membuka sebuah kafe yang menyajikan kopi di Janda Baik.
Bahagian kaunter kafe |
Bermulalah beliau mencari tempat yang strategik , maka beliau berjumpa pemilik tanah diatas bukit yang begitu selesa dan nyaman.
Tempat yang tinggi mempunyai 'value' yang tinggi pada pandangan manusia.
Pemilik tanah adalah seorang janda yang sangat baik, membenarkan beliau menjalankan perniagaannya terlebih dahulu tanpa memikirkan soal bayaran.
Kos pembinaan kafe ini telah menelan belanja ratusan ribu ringgit, menunjukkan perniagaan ini bukan calang-calang perniagaan yang diceburi Eddy.
"If you want to do something, do the BEST, or don't do it at all"
Sambil-sambil kami menemuramah Eddy, kami memesan 'Buffalo Wings'.
Buffalo Wings - rasa sos yang unik |
"Buffalo wings ni, kerbau ada kepak ke?" aku saja mengusik Eddy.
"Buffalo ni sebuah tempat di New York, makanan ni berasal daripada sana" jawab Eddy sambil tersenyum.
Rasa sosnya sangat unik, jarang disajikan dimana-mana kafe di Malaysia. Sambil tu, aku memesan Vanilla Latte yang menjadi kegemaran. Rasanya sangat menepati citarasa aku.
Keluarga aku memang peminat tegar kopi. Kalau balik raya memang kedai kopi yang kami cari. Cuma aku je yang tak berapa tegar. Kalau ada adalah, kalau takde tak jadi masalah.
"Aku nak tengok dapur kau" ujar Uncle kepada Eddy. Uncle dah mula nak buat spot-check.
Sangat bersih - kebersihan menjadi keutamaan. |
"Tengok ni Dzoul dapur dia bersih" Uncle memanggil aku untuk melihat dapur Pintô Coffee yang sangat bersih melambangkan pemiliknya seorang yang sentiasa menjaga kebersihan.
Nak tahu dapur restoran dan kafe bersih ke tak senang je, tengok tandasnya terlebih dahulu.
Kami kemudiannya dibawa melawat sekitar kafe. Eddy menceritakan semua perabot di kafe ni kebanyakkan dibuat sendiri , sampai ada yang sanggup membelinya ribuan ringgit. Sayangnya ia bukan untuk dijual.
Perabot diperbuat daripada pohon kayu. |
Setiap penjuru disediakan tempat membuang abu rokok untuk para tetamu. Beliau sangat menitik berat kebersihan persekitaran.
Setiap penjuru disediakan tempat membuang abu rokok |
Pintô Coffee mula beroperasi 11.00 pagi - 9 malam pada hari biasa (Isnin - Jumaat) , 9.00 pagi - 9.00 malam pada hari Sabtu dan Ahad.
Kemudian kami disediakan makanan yang menjadi 'speciality' Rini iaitu 'Carrot Walnut Slice'. Membuat kek adalah kepakaran Rini sejak daripada muda lagi.
Carrot Walnut Slice memang terbaik |
Ini membuatkan gabungan suami isteri ini bakal membuatkan Pintô Coffee bakal terkenal. Orang akan sanggup datang jauh untuk merasakan secangkir kopi istimewa di Janda Baik ini.
klik untuk paparan lebih besar
klik untuk paparan lebih besar
klik untuk paparan lebih besar
Harga yang sangat berpatutan , mempunyai Wifi dan tempat yang sangat 'privacy'sangat sesuai dikunjungi oleh para pelajar dan 'businessmen' yang ingin membuat mesyuarat.
Datang ke Janda Baik jangan lupa singgah Pintô Coffee
Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100%
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
No comments:
Post a Comment
Salam!
Semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.