Tuan Izzan (paling kiri) bersama Abah (S.H Al Attas)
Pertama kali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Izzan kerana banyak memberi sumbangan untuk menjayakan program bersama anak yatim dan tahfiz Darul Hidayah.
Program Ramadhan ini akan berlansung sepanjang bulan Ramadhan ini.
120 orang anak-anak ini akan hadir ke Al Attas University Of Life bermula daripada 6 petang sehingga selesai moreh sekitar pukul 10.30 malam.
Cuma ada beberapa hari, mereka akan menghadiri majlis jemputan berbuka puasa diluar, selebihnya bersama dengan kami disini.
Menu Hari Ke-2 Nasi Tomato |
Air Sarsi & Oren memang jadi kegemaran mereka. Air panas tak sentuh lansung |
Semua memuji masakan Nasi Tomato |
Aktiviti bermula dengan khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran di Al Attas University Of Life |
Kemudian mereka akan berbuka air dengan kurma. Selesai berbuka mereka akan solat Maghrib berjemaah terlebih dahulu.
Dah selesai solat, semua berlari nak amik 'queue' (beratur). Derang tau sape lambat memang habis la. Tapi standard Uncle, kalau bagi makan mesti bagi lebih punya. Dont worry.
Menu berbuka puasa |
Berbuka puasa pertama, mereka makan nasi ayam. Hari ni (hari kedua) menu nasi tomato.
"Bob ustaz tengok tadi awak paling awal makan, ni paling lambat habis" Ustaz daripada Mahad Tahfiz Darul Hidayah menegur anak muridnya.
Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Ustaz Farid & Irsyad (daripada kiri) bersama ustaz tahfiz mahad Darul Hidayah |
Jo (berbaju hijau) bantu Ustaznya hidang makanan untuk rakan-rakannya yang lain. |
Nasi Tomato |
Jamu selera di gazebo (Gazebo Melayu) |
Berbuka puasa dalam taman |
Hasrol(kiri) bersama rakannya |
Izzul (buat muncung itik) kalau bab posing memang pandai. Tengah makan pun leh posing |
Kemudian mereka akan bertarawikh 8 rakaat dengan bacaan surah yang ringkas. Memudahkan semua. Takde la makmum rasa berat sangat.
Solat Tarawikh di Al Attas University Of Life |
Setelah selesai solat Tarawih, mereka akan bermoreh pulak. Makan makanan yang ringan-ringan je.
Sandwich sardin menu moreh puasa hari ke-2 |
Pelajar Mahad Tahfiz Darul Hidayah |
Penutup acara uncle akan beri macam-macam aktiviti. Magic show ada, tengok Jenglot dan acara bawak motor sambil tutup mata oleh Adeek (akak cun).
Kompem budak-budak ni akan bertanya , "apa agaknya Uncle akan tunjuk esok pulak eh?"
Uncle bersama anak-anak daripada Darul Hidayah (anak yatim dan tahfiz) |
Saksikan video dibawah.
Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100%
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
No comments:
Post a Comment
Salam!
Semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.