Sunday, June 28, 2015

Sedekah - Saya Bilang Tak Payah

Sedekah - Saya Bilang Tak Payah




2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.

Nak sedekah dalam keadaan apa sekalipun kita boleh lakukan. Samada kita tunjuk sedekah kita atau secara diam-diam.

Tunjuk tu bukanlah bermaksud  niat untuk menunjuk-nunjuk, ianya hanya sebagai dorongan kepada yang lain untuk turut bersedekah.

Nak buat baik ni kadang-kadang pada mulanya kita kena paksa diri, lama-kelamaan ianya akan jadi sebahagian daripada diri.

Sebab tu diakhir ayat diatas Tuhan berkata "dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu" . Mula-mula kita buat-buat baik, lama-kelamaan kita akan jadi baik, maka terlepaslah kejahatan-kejahatan atau keburukan kita contohnya seperti sifat kedekut dan sebagainya.

Kalau kita rahsiakan sedekah kita, itu lebih baik katanya.

Pilih mana suka.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan sempena program Ramadhan di Al Attas University Of Life.

Berikut antara yang telah memberi sumbangan:


Dato' Sarimah Ahmad


Bro Zelmey bersama kereta ferlarinya


1. Dato' Sarimah Ahmad (Primadona) RM1000
2. Wan Azmir RM1450
3. Zelmey Mohd Yusof RM1000
4. Hasnaliza Husin RM500
5. Oshin RM500
6 .Nurain Mohd Kalam RM200
7. Nor Edryana Edeyus RM200
8. Nizam Awang RM150
9. Azhar Abd Hamid RM100

Kami sangat mengalu-alukan kepada mereka yang ingin memberi sumbangan bahan mentah kepada kami. Kalau boleh tak perlu beri beras lagi, sebab beras dah banyak sangat.


Beras dan barang-barang kering banyak dah


Aku lah Dzoul sedang pasang plug dan pasang macam-macam
lagi lah.



Awek ni la yang duk hias dapur , gazebo, dewan dengan 
kain-kain kaler. Sorry dah berpunya.


Roy assistant chef, masak sambil tutup mata tu.
Belum lagi master chef  hehe.Agaknya sapa Master Chef ya? Tungguuu...

Kalau ada yang bagi kami barang-barang makanan ni, mudah sikit kerja kami.

Kalau mungkin kalian kesuntukan masa atau lain-lain hal, bolehlah kiranya beri sumbangan berbentuk wang. Dah tak boleh nak buat macam mana.


33:35 "..lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah...Allah sediakan ampunan dan upah yang besar."

Ada juga yang bertanya apa ganjaran kita bersedekah ni?

Tuhan takde cakap berapa dia bagi, contohnya sedekah banyak ni kita dapat banyak ni.

Tuhan hanya kata "Allah sediakan ampunan dan upah yang besar." 

Kalau Tuhan punya besar tu besar gila la tu..

Kalau Tan Sri bagi, Datuk yang kaya bagi, kita boleh kira berapa besar dia boleh bagi. Kalau yang Maha Kaya bagi?

Dah lah kaya, Maha pemurah lagi pulak tu...korang pikir sendiri.


Disinilah tempat anak-anak ni berbuka puasa



G-ha orang nak amik gambar, 
dia sibuk nak interframe




Ni jugak tempat mereka berbuka, 
Roni yang cat





Sebulan jugak kami duk hias tempat ni,
trade Forex pun kami tinggal camtu je



Korang dah rasa Jus buah Tin(kiri) , anak-anak ni dah
rasa. Khasiatnya boleh tanya pakcik gugel.



Budak-budak ni suka betul makan ikan tenggiri goreng. 
Ni bukan tulis atas batu tapi masak atas batu hehe


Mereka dah macam keluarga kami sendiri


Solat terawih di dewan 
Al Attas Univerisity Of Life


Tuan Azizan sedang memberi motivasi kepada
anak-anak ni.


Abah (S.H Al Attas) sedang memberi nasihat
kepada guru dan penjaga Darul Hidayah


"Dalam kesusahan ada kesenangan.",  ni adalah salah satu nasihat Abah daripada Surah Al-Insyirah(kelapangan) ayat 5-6, ketika memberi motivasi kepada anak-anak semasa sesi motivasi bersama Pak Habib. Nasihat ni nampak simple tapi sangat mendalam maksudnya. 

Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan, anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp ke talian saya (Dzoul) 017-2648451 atau Mona 013-3057802 atau Adeek 013-3089602.

Sebagai penutup baca ayat ini,

63:10 Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).”

Orang yang dah mati, mintak balik Tuhan hidupkan supaya boleh bersedekah. Daripada sini kita dapat tahu betapa hebatnya sedekah ni.

Kita yang baca ni mesti yang masih hidup. Maka "Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang"





Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah

Saturday, June 20, 2015

Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan

Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan


Berbanyak terima kasih kepada kepada Wan & Zelmey dan rakan-rakan seperniagaan.

Sumbangan kalian memudahkan kami menyediakan makan minum anak-anak Darul Hidayah di Al Attas University Of Life sepanjang bulan Ramadhan.



3 biji periuk nasi

Freezer untuk membuat ais

'Water Dispenser'

'Buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya kepada seramai-ramai manusia'


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan

Terima Kasih Tuan Izzan

Terima Kasih Tuan Izzan


Tuan Izzan (paling kiri) bersama Abah (S.H Al Attas)


Pertama kali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Izzan kerana banyak memberi sumbangan untuk menjayakan program bersama anak yatim dan tahfiz Darul Hidayah.

Program Ramadhan ini akan berlansung sepanjang bulan Ramadhan ini.

120 orang anak-anak ini akan hadir ke Al Attas University Of Life bermula daripada 6 petang sehingga selesai moreh sekitar pukul 10.30 malam.

Cuma ada beberapa hari, mereka akan menghadiri majlis jemputan berbuka puasa diluar, selebihnya bersama dengan kami disini.





Menu Hari Ke-2 Nasi Tomato

Air Sarsi & Oren memang jadi kegemaran mereka.
Air panas tak sentuh lansung

Semua memuji masakan Nasi Tomato


Aktiviti bermula dengan khatam Al-Quran


Khatam Al-Quran di Al Attas University Of Life


Kemudian mereka akan berbuka air dengan kurma. Selesai berbuka mereka akan solat Maghrib berjemaah terlebih dahulu.

Dah selesai solat, semua berlari nak amik 'queue' (beratur). Derang tau sape lambat memang habis la. Tapi standard Uncle, kalau bagi makan mesti bagi lebih punya. Dont worry.


Menu berbuka puasa


Berbuka puasa pertama, mereka makan nasi ayam. Hari ni (hari kedua) menu nasi tomato.

"Bob ustaz tengok tadi awak paling awal makan, ni paling lambat habis" Ustaz daripada Mahad Tahfiz Darul Hidayah menegur anak muridnya. 

Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

Ustaz Farid & Irsyad (daripada kiri) bersama ustaz
tahfiz mahad Darul Hidayah


Jo (berbaju hijau) bantu Ustaznya hidang makanan untuk
rakan-rakannya yang lain.

Nasi Tomato


Jamu selera di gazebo (Gazebo Melayu)

Berbuka puasa dalam taman

Hasrol(kiri) bersama rakannya


Izzul (buat muncung itik) kalau bab posing memang pandai.
Tengah makan pun leh posing


Kemudian mereka akan bertarawikh 8 rakaat dengan bacaan surah yang ringkas. Memudahkan semua. Takde la makmum rasa berat sangat.

Solat Tarawikh di Al Attas University Of Life


Setelah selesai solat Tarawih, mereka akan bermoreh pulak. Makan makanan yang ringan-ringan je.


Sandwich sardin menu moreh puasa hari ke-2

Pelajar Mahad Tahfiz Darul Hidayah



Penutup acara uncle akan beri macam-macam aktiviti. Magic show ada, tengok Jenglot dan acara bawak motor sambil tutup mata oleh Adeek (akak cun). 

Kompem budak-budak ni akan bertanya , "apa agaknya Uncle akan tunjuk esok pulak eh?"


Uncle bersama anak-anak daripada Darul Hidayah
(anak yatim dan tahfiz)
Tungguu!!

Saksikan video dibawah.




Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan