Followers

Saturday, June 20, 2015

Terima Kasih Tuan Izzan

Terima Kasih Tuan Izzan


Tuan Izzan (paling kiri) bersama Abah (S.H Al Attas)


Pertama kali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Izzan kerana banyak memberi sumbangan untuk menjayakan program bersama anak yatim dan tahfiz Darul Hidayah.

Program Ramadhan ini akan berlansung sepanjang bulan Ramadhan ini.

120 orang anak-anak ini akan hadir ke Al Attas University Of Life bermula daripada 6 petang sehingga selesai moreh sekitar pukul 10.30 malam.

Cuma ada beberapa hari, mereka akan menghadiri majlis jemputan berbuka puasa diluar, selebihnya bersama dengan kami disini.





Menu Hari Ke-2 Nasi Tomato

Air Sarsi & Oren memang jadi kegemaran mereka.
Air panas tak sentuh lansung

Semua memuji masakan Nasi Tomato


Aktiviti bermula dengan khatam Al-Quran


Khatam Al-Quran di Al Attas University Of Life


Kemudian mereka akan berbuka air dengan kurma. Selesai berbuka mereka akan solat Maghrib berjemaah terlebih dahulu.

Dah selesai solat, semua berlari nak amik 'queue' (beratur). Derang tau sape lambat memang habis la. Tapi standard Uncle, kalau bagi makan mesti bagi lebih punya. Dont worry.


Menu berbuka puasa


Berbuka puasa pertama, mereka makan nasi ayam. Hari ni (hari kedua) menu nasi tomato.

"Bob ustaz tengok tadi awak paling awal makan, ni paling lambat habis" Ustaz daripada Mahad Tahfiz Darul Hidayah menegur anak muridnya. 

Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

Ustaz Farid & Irsyad (daripada kiri) bersama ustaz
tahfiz mahad Darul Hidayah


Jo (berbaju hijau) bantu Ustaznya hidang makanan untuk
rakan-rakannya yang lain.

Nasi Tomato


Jamu selera di gazebo (Gazebo Melayu)

Berbuka puasa dalam taman

Hasrol(kiri) bersama rakannya


Izzul (buat muncung itik) kalau bab posing memang pandai.
Tengah makan pun leh posing


Kemudian mereka akan bertarawikh 8 rakaat dengan bacaan surah yang ringkas. Memudahkan semua. Takde la makmum rasa berat sangat.

Solat Tarawikh di Al Attas University Of Life


Setelah selesai solat Tarawih, mereka akan bermoreh pulak. Makan makanan yang ringan-ringan je.


Sandwich sardin menu moreh puasa hari ke-2

Pelajar Mahad Tahfiz Darul Hidayah



Penutup acara uncle akan beri macam-macam aktiviti. Magic show ada, tengok Jenglot dan acara bawak motor sambil tutup mata oleh Adeek (akak cun). 

Kompem budak-budak ni akan bertanya , "apa agaknya Uncle akan tunjuk esok pulak eh?"


Uncle bersama anak-anak daripada Darul Hidayah
(anak yatim dan tahfiz)
Tungguu!!

Saksikan video dibawah.




Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan

No comments: