Sunday, December 27, 2015

Habib Tanya Abah, Biar Allah Yang Jawab!

Habib Tanya Abah,  Biar Allah Yang Jawab!






Salam semua,

Dah lama aku tak tulis dalam blog ni. Hu hu

Hari ni terdetik hati untuk menulis sebab aku rasa soalan yang anak aku (Habib) ajukan dalam wassup yang aku terima sekitar 1.42 pagi pada 27 Disember 2015 mungkin kita boleh berkongsi bersama.

Sorry abah tak jawab soalan habib. Inipun abah suruh Dzoul masukkan dalam blog dan maklumkan kepada habib soalan-soalan yang diajukan.

Anak aku ni suka sangat tanya soalan-soalan ‘cepuk cemas’ kat aku. Nak tak nak aku kena jawab juga tapi kena  amik masa beberapa jam untuk aku selidik dan lontar semula jawapan untuk dia berfikir dan tindakan sewajarnya

Apa yang aku paham tak semestinya selari yang korang paham seperti ayat dibawah. Sendiri baca sendiri paham (petunjuk) sebab DIA yang beri dan ajar

“Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri” 27:92 – Surah An-Naml (Semut) ayat 92

"Bukanlah atas kamu (Muhammad) jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki" 2:272 – Surah Al-Baqarah ayat 272.

“Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu” 96:5 – Surah Al-Alaq (Dadih darah) ayat 5

Untuk anak abah plak, pada pandangan abah perkara yang baik itu ibarat siang yang banyak beri manafaat dan yang tidak baik (perkara buruk) itu pula ibarat malam, indah dengan sinaran bulan dan kerlipan bintang yang sementara kerana yang kegelapan itu pasti bahaya dan teraba-raba..


“Sesungguhnya, Kami cipta manusia dalam kesusahan”( 90:4.)



Manusia ada cuma DUA zon.


Baik dan buruk pandangan kita, tidak sama dengan baik dan buruk dalam ketatapanNYA. Kadang kita fikir sesuatu itu baik untuk kita, tapi sebenarnya adalah racun buat diri kita dan begitulah sebaliknya.


Manusia ada cuma ada DUA zon.


1. Zon menguasai - Mampu menguasai sesuatu atas kemampuan diri (akal menguasai tindakan kita) 

a) Dia beri kita pilihan

“Dan memberinya petunjuk di atas dua jalan?” 90:10 - Surah Al-Balad (Negeri/Tanah) ayat 10

b) Baik dan jahat dari diri sendiri

"Jika kamu buat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu buat baik, dan jika kamu buat jahat, ia adalah kepadanya yang serupa." 17:7 – Surah Bani Israil ayat 7

c) Baik daripada Allah.  Sendiri yang nak buat benda buruk dan kena bahananya, kenapa Allah dipersalahkan?

“Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri.” 4:79. Surah An-Nisa’ (Perempuan) ayat 79

d) Kuasa untuk manusia memilih yang baik atau buruk

“Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan! Beruntunglah orang yang menyucikannya, Dan kecewalah orang yang mengotorinya. ” 91:8-10 – Surah Asy-Syams (Matahari) ayat 8 hingga 10

e) Sendiri buat sendiri tanggung 

“Tiap-tiap jiwa ditanggungkan dengan apa yang ia usahakan,” 74:38 – Surah Al-Muddatstsir (Yang berselubung) ayat 38

f) Sendiri kena ubah kalau nak berjaya

“Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri.” 13:11 – Surah Ar-Rad (Guruh) ayat 11

Last kopek..



Kuasa MEMILIH - pisau boleh digunakan untuk perkara BAIK atau sebaliknya



Allah tahu apa yang tersimpan dalam hati kita samada yang BAIK atau JAHAT

Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi. Sama ada kamu nampakkan apa yang di dalam diri kamu, atau kamu sembunyikan, Allah akan hitungkannya kepada kamu. Dia ampun siapa Dia hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah berkuasa atas segala sesuatu. 2:284 – Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 284

Kalau dah buat salah, ingat dan mintalah ampun pada Allah

“Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.”3:135 – Surah Ali Imran (Keluarga Imran) ayat 135



Zon DIKUASAI - Tidak mempunyai sebarang kuasa. Tuhan
menguasai SEGALANYA.





2) Zon yang dikuasai - Tidak mempunyai sebarang kuasa. Tuhan menguasai segalanya (mati, bencana, rezeki yang tidak disangka2 dll)


a) Baik dan buruk dari Allah
 “…Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." 4:78 - Surah An-Nisa’ (Perempuan) ayat 78


b) Semua sudah tertulis

“Tiada penderitaan yang menimpa di bumi, atau pada diri-diri kamu sendiri, melainkan ada di dalam Kitab sebelum Kami menciptanya; itu bagi Allah mudah,” 57:22 – Surah Al-Hadid (Besi) ayat 22

Ayat yang perlu dibaca sebelum membaca Alquran?


Habib, baca al-Qur'an biarlah dengan peraturan.

Pertama, memohon perlindungan Tuhan daripada gangguan syaitan,

"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." 16:98 – Surah An-Nahl (Lebah) ayat 98

Ayat ni adalah ayat yang paling baik dibaca sebab DIA yang anjurkan

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." 23:97-98 – Surah Al-Mukminun ayat 97 dan 98

Kedua, membaca dengan menyebut nama-Nya selaku yang mencipta.

"Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," 96:1 -  Surah Al-Alaq (Dadih darah) ayat 1

Antara ayat yang Habib boleh dibaca

“Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera (Assalam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang miliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!” 59:23 – Surah Al-Hasyr (Pengumpulan) ayat 23

Ketiga, membaca dengan bacaan sebenar

"....... dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar." 73:4 – Surah Al-Muzzammil (Yang berselimut) ayat 4


DIAM seperti suruhanNYA





Bila Habib tengah baca plak kebetulan ada member-member kat sebelah memekak, sound tepek kat diorang suruh DIAM seperti suruhanNYA

"Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani." 7:204 – Surah Al-A’Raf (Benteng) ayat 204

Oklah Habib, setakat ni ajelah. Dah lima jam menghadap komputer ni. Abah nak berehat. Banyak-banyaklah berdoa pada Allah kerana sentiasa dekat dengan kita setiap kalai kita berdoa padaNYA


“Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.” 2:186 – Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 186

Semoga projek terbaru habib yang akan dilancarkan di London tak lama lagi akan meletup satu planet.









Adios amigo.

ABAH KAU

Friday, December 11, 2015

Fauziah Latiff Buat Kebaikan?

Fauziah Latiff Buat Kebaikan?




Fauziah Latiff Penyanyi dan Selebriti
Terkenal Malaysia



Sudah sekian lama tak jumpa Kak Ghee. Rasanya hampir setengah tahun kot tak jumpa dia.

Kak Ghee ni memang wa salute, tabik spring dua belah tangan. Dia tak sombong dan mengaku diva.

Kalau yang lain tu, baru keluar satu drama dah mengaku diva! Baru drama tu, pelakon tambahan pulak tu. Tapi bukan artis kat Malaysia la. Artis kat Afrika.

Mana taknya, kalau makan kat rumah ni, dia yang pertama basuh pinggan siap sapu lagi tu. Aduyai, untunglah sape dapat Kak Ghee. Untong sangat.

Baru-baru ni, dia meluangkan masa untuk membuat kebaikan bersama.

Kebaikan apa tu? Nak tahu sila ringan-ringankan jari klik ke link ini : Fauziah Latif Buat Kebaikan?









Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?

Wednesday, November 18, 2015

'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro

'Potong Anu' Bukan Tiap Hari Bro





Potong 'anu' detik pasti mendebarkan anak-anak lelaki. Masa sebelum sunat, kemain berani. Sampai nak sunat, aduyai Tuhan je lah yang tahu nebesnya cam mana.

Sape yang belum sunat tu, bleh try sunat. Cer rasa sendiri debor tak debor. Debor bro!

Sabtu lepas, PERKAP (Pertubuhan Kebajikan Ar Rahman Ar Rahim Pahang) menganjurkan majlis khatan beramai-ramai di University Of Life, Janda Baik Pahang. Takde lah ramai sangat , 4 orang je pun.

Majlis yang dibuat dah macam majlis kawin dah.

"Kalau majlis khatan abah buat macam ni.." kata Habib anak lelaki Uncleseekers.

"Khatan bukan buat tiap-tiap hari Bib. Sekali seumur hidup. Cerita ni dia akan ingat sampai mati" begitulah jawap Uncle kepada anak lelakinya yang digelar 'Steve Job Malaysia'



Habib Al Attas digelar 'Steve Job Malaysia' menjadi IDOLA
pelajar-pelajar PERKAP

Sebelum khatan, semua nak dulu. Kemain berani. Bila dah sampai 'turn' memasing muka nebes je hehe.

Nak tahu cerita lanjut pasal majlis khatan bebudak ni, klik ke http://perkappahang.blogspot.my/2015/11/majlis-khatan-perkap-2015.html


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu…

Thursday, October 8, 2015

Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu…

Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu…






Sudah lama aku tak menghubungi Bonda. Kali terakhir aku berjumpa mungkin sebulan yang lepas. Beliau menjemput anak-anak dan anak-anak angkatnya untuk bertandang kerumahnya sambil makan-makan. Sambil-sambil makan, dia bagi tips-tips untuk para lelaki dan perempuan.

Bila sampai bab tips ni akulah yang paling menyibuk nak tahu. Tah apa sibuk sangat aku nak tahu pun , aku sendiri tak tahu. Bukannya ada bini pun kat rumah. Bantal peluk adalah, sian kan? Cakap kesian. Haha.


Belum ada bini, bantal peluk sebagai peneman. Huhu. Kesian.

Bukannya apa, persediaan awal mana lah tahu nanti bila dah sampai waktunya takde la terhegeh-hegeh nak cari ilmu ‘rumah tangga’. Ada yang dah kawin berpuluh tahun , ilmu pun tara. Cakap kat dia , kesian.

Salah satu tips yang aku ingat, tips duduk helang. Haa..satu je aku bagi. Yang lain kena jumpa bonda sendiri. Tips ni memang power dan luar biasa. Tu baru satu, ada puluhan lagi petua yang dia beri tunggu masa je nak praktik. Ehem. Ok next story.

Bonda mendapat publisiti daripada media
tempatan.

Bonda memang seorang pakar dalam bidang ni. Pengalamannya merawat lebih 33 tahun dan telah merawat melebihi 5000 orang pesakit dalam hal seksual. Boleh dikatakan 99% pesakit yang merawat dengannya senyum sampai telinga setelah selesai mengambil pakej rawatannya.

Kos rawatannya takde mahal nau. Cuma RM1200 je untuk 3 sesi. RM1200 bahagi 3 kali sesi baru RM400 je pun. Ada yang dah habis puluhan ribu ringgit, makan-minum itu ini masih tak baik lagi.


Habis puluh ribu, 'adik' masih tak mampu. Kesian.

Aku tak de la pernah mengambil rawatan dengan bonda lagi, nanti dah nak kawin boleh la servis apa patut. Kereta mewah hebat manapun , kena gak servis kan. Kereta kalau dah kaput, boleh gak beli keta baru atau keta 2nd hand. Kalau ‘Adik’ yang kaput mana ada 2nd hand. Takkan tengok je. Aduyai.

Jangan sampai ‘adik’ mati dulu. Kita belum mati, ‘adik’ dah mati.

Jangan sampai 'adik' mati dulu.

“Sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan, sayang ‘adik’ kena la urut-urutkan”. Tak gitu bang?



Umur 30 Tahun, ‘Adik’ Tak Bangun

Salam bonda, bonda apa khabar, sihat?” aku membuka bicara dengan bonda dalam telefon. “Alhamdulillah bonda sihat, anakanda bonda bijaksana” jawab bonda.

Setiap anak-anak angkatnya ada gelaran masing-masing. Ada ‘princess’ lah (Adeek), ‘putera kemanjaan’ , ‘putera bijaksana’ ni aku, 'si comel' (Zelmey), ‘ultraman’ pun ada. ‘ultraman’ tu Uncleseekers la tu. Hihi.

Bonda berbual lama juga dengan aku, maklum dah lama tak jumpa. Beliau baru sahaja selesai merawat pesakit umur 30 tahun, yang ‘adik’ nya tak bangun sebab ada masalah diabetis.

Pesakit diabetis pun boleh rawat ya bonda?” aku bertanya kepada bonda. Aku memang tahu orang ada masalah diabetis memang ‘adik’ tak boleh bangun. “Ya anaknda, dia punya diabetic dah cecah 17 poin”.

Tinggi tu..apa yang bonda buat?” aku bertanya. “Bonda buat rawatan dengan memeriksa poin-poin yang berkaitan dan beri ubat herba yang bonda buat daripada ‘air tangan’ bonda sendiri” bonda menerangkan kepada aku satu persatu.

Rawatan poin-poin saraf.


Ubatan herba hasil resepi
bonda sendiri.


Macam mana dengan dia dah ok ke?” Tanya aku kerana ingin tahu selanjutnya. “Alhamdulillah anaknda baru dua sesi dia dah ada ereksi”.

Tak habis keseluruhan sesi (3 sesi) dah pulih. Alhamdulillah.

Dah 'bangun' tak leh tido pulak. Sabo ye kak.

Sape yang tak sayang bini oii!

Feedback yang membuat rawatan
dengan bonda
Bonda menerangkan rawatan urutan sahaja tidak cukup tanpa mengambil herba-herba terpilih untuk dijadikan ubat. Resepi herbanya adalah resepi turun-temurun yang khasiatnya sangat luar biasa yang tiada dijual dipasaran komersial.


Herba rawatan resepi turun-temurun

Ada pesakitnya yang mempunyai masalah diabetis sehingga terpaksa mengambil insulin 3 kali sehari. Tetapi, setelah mengambil herba daripada bonda yang telah dijadikan kapsul, pesakitnya tidak perlu mengambil insulin lagi.

Masalah lelaki yang boleh dirawat oleh bonda dengan izinNYA ;  kencing manis, darah tinggi, gout, masalah jantung, angin pasang, rawatan selepas kecederaan atau physiotheraphy dan strok (kejutan saraf).

Masalah wanita pula ; rawatan untuk mendapatkan zuriat & pembetulan kedudukan rahim, haid tidak teratur & senggugut, masalah keputihan, longgar, berbau, hilang citarasa terhadap suami & senak atau sakit pangkal rahim bila bersama, masalah keluar tombong & keluar rahim dan lain-lain.

Nak kan rawatan bonda hubungi bonda di talian 013-6673006 / 012-3730466 . Tepon terus, jangan sms. Dia tak reti layan sms. Waktu rawatan bermula 10 pagi sampai 10 malam. Lepas 10 malam jangan la gatal tepon, dia pun nak bersama suaminya jugak.

Nasihat aku, jangan la tunggu sampai 7 tahun baru nak datang rawat. Sayang duit ke sayang hakak? Sian hakak kat umah tu. Ye tak kak? Hakak-hakak pun sama juga, datang lah jumpa bonda. Lepas rawat, sumpah abang tak carik lain dalam masa 24 jam. Hehe. Gurau je kak.

Lepas ni hakak tak boleh lari,
merangkak je mampu. Tau! Hehe

“Terima kasih bonda, banyak bonda beri petua hari ni. Asal saya tepon je mesti ada petuanya. Saya praktikkan apa yang boleh.” Ujar aku menutup bicara. “Baiklah anaknda..take care, miss you, love you..salam” ucap bonda dengan penuh kasih sayang.


“Love you too..salam bonda” ucap aku kepada bonda.


Untuk keterangan lanjut, sila lawati blog bonda di http://amalanbonda.blogspot.my


Jangan tunggu lama-lama...nanti lama-lama...



70% LELAKI MELAYU MATI PUCUK
Dengarkan temubual bonda di radio tempatan dengan klik video diatas





Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu…