Wednesday, March 30, 2016

Kenapa Bintang SIRIUS, Bukan Bintang Lain Yang Allah Pelihara?

Kenapa Bintang SIRIUS, Bukan Bintang Lain Yang Allah Pelihara?




Bintang SIRIUS

Satu hari persoalan ini datang semula kepada aku...

"Kenapa Allah sebut bintang SIRIUS didalam ayat Al Quran? (Surah An Najm ayat 49)"

Punya banyak bintang di alam ini; Orion, Betelgeuse,Rigel, Pleiades, kenapa SIRIUS yang disebut?

Persoalan ini telah bermain difikiran aku sekian lama. Persoalan ini timbul semula dan aku ajukan soalan ini kepada Uncle untuk membuka bicara pada minggu lepas.



Sirius A lebih besar daripada Sirius B. Sirius A kelihatan dilangit
sebagai bintang paling terang


"Bang, dalam banyak-banyak bintang kat alam semesta ni, kenapa Allah sebut bintang Sirius?" Soal aku pada Uncle. Pada mulanya aku menyebut Orion, setelah diperiksa bukan Orion tetapi Sirius.

"Ye ke?..." ujar Uncle, lalu beliau mula mencari perkataan 'SIRIUS' didalam terjemahan Al-Quran. "Betullah!" Uncle mula 'excited' bila dia jumpa ayat yang dimaksudkan pada surah An-Najm ayat 49.



وَأَنَّهُ ۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ 
"Dan bahawa Dialah Pemelihara Sirius" (Surah An-Najm ayat 49)


Terjemahan Bahasa Inggeris :
Edip-Layth (Quran: A Reformist Translation)
53:49 He is the Lord of Sirius.
The Monotheist Group (The Quran: A Monotheist Translation)
53:49 And He is the Lord of Sirius.
Muhammad Asad (The Message Of Quran)
53:49 and that it is He alone who sustains the bright­est star;
Rashad Khalifa (The Final Testament)
53:49 He is the Lord of the galaxies.,
Shabbir Ahmed (Quran As It Explains Itself)
53:49 He is the One Who is the Lord of the brightest star, the human intellect.

Pada saat itu, Uncle mula mencari maklumat tentang bintang SIRIUS.

"Dzoul, cuba tengok ni..." Uncle menunjukkan video ini pada aku.





Klik video untuk tonton orbit bintang SIRIUS



Setelah ditonton video yang ditunjukkan Uncle kepada aku, ayat ini ada hubungkait dengan ayat yang lain didalam surah yang sama iaitu:


فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ 
"Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi" (Surah An-Najm ayat 9)

Terjemahan Bahasa Inggeris :
Edip-Layth (Quran: A Reformist Translation)
53:9 Until he became as near as two bow-lengths or nearer.
The Monotheist Group (The Quran: A Monotheist Translation)
53:9 Until he became as near as two bow-lengths or nearer.
Muhammad Asad (The Message Of Quran)
53:9 until he was but two bow-lengths away, or even nearer.
Rashad Khalifa (The Final Testament)
53:9 Until He became as close as possible.,
Shabbir Ahmed (Quran As It Explains Itself)
53:9 Till he was but two bow-lengths away, or even closer.


Pergerakkan Orbit Sirius A & B seperti
"Dua Busur Panah dan Lebih Dekat"


Jika digabungkan ayat 49 & 9 surah An-Najm , sama dengan jarak orbit Sirius A & B iaitu selama 49.9 tahun. Kebetulan?


Jika bintang ini dijelaskan secara 'specific' didalam Al Quran sudah pasti ada sesuatu yang penting yang cuba disampaikan. Persoalan ini yang timbul dalam fikiran...


Persoalannya, apa istimewanya bintang SIRIUS ini hingga disebut dalam Al-Quran?



Orbit Sirius A dan Sirius B



Maka, pencarian pun bermula . Sebahagian maklumat dikongsikan kepada pembaca blog ini, sebagai membuka 'pintu' untuk terus mencari kebenarannya. Seek The Truth

Didalam 'Bible' tiada disebutkan secara 'specific' atau menyebut perkataan SIRIUS.
Ia hanya disebut sebagai "yang bersinar"


Bintang SIRIUS ada didalam kepercayaan dan amalan kaum tertentu, seperti :


Kaum Di Mesir



"The great pyramid was built to synchronize with Sirius by aligning an airshaft that connected to the queen’s chamber. The light of the star would be able to shine into the queen’s chamber to cast a beam upon an initiate during a special ritual (Sirius is associated with the goddess Isis). The King’s chamber is aligned with the star Orion, which is associated with the god Osis, her husband. A selected high priest would stand under the focused light while meditating during a ceremony; he would then apparently achieve some sort of higher level of consciousness/advanced knowledge."





Piramid Dibina mengikut kedudukan Bintang Sirius & Orion


Pembinaan Piramid di Giza berdasarkan kedudukan bintang ini dilangit. Orion (berkait dengan dewa Osiris) dan Sirius (berkait dengan dewa Isis).



Dewa Osiris


Dewa Isis


Apabila bintang ini bersinar, ia akan memberi satu 'kuasa' atau 'special energy' untuk mereka pada ketika itu.


'Energy' yang kelihatan pada gambar yang diambil menggunakan
kamera 'Kirlian' pada tahun 1979

Selebihnya anda kaji sendiri...


Kaum Greece dan Rom

Bintang ini lebih dikenali sebagai 'Seirios' dikalangan orang Rom dan Greece.

Masyarakat atau Kaum di Iran

Kepada kaum yang menganut agama Zoroastrian, bintang ini dikenali sebagai Tishtyra dan mereka menganggapp bintang ini adalah bintang suci mengikut kepercayaan mereka.

Masyarakat atau Kaum di India

Didalam bahasa Sanskrit, ia disebut sebagai 'Mrgavyadha' (pemburu rusa). Bintang Sirius dianggap sebagai 'dewa angin, taufan dan pemburu yang digelar sebagai Rudra (Shiva)



Gambaran pelukis 'Dewa Rudra'


Dalam bahasa Tamil (Malayalam) , Sirius dikenali sebagai 'Makarajyotii'


Kaum 'Scandinavians'

Dalam tradisi 'Norse' , Sirius dikenali sebagai 'Lokabrenna'. Ada yang mengatakan Loki adalah dewa dan ada yang mengatakan Loki adalah gergasi.


Kaum Orang Asli Amerika

Sirius dikenali sebagai 'bintang anjing'


Orang Timur (Cina)

Orang China empayar Jing mengenali bintang Sirius sebagai bintang serigala.


Freemason



Lambang Sirius Pada lantai bangunan Freemason


Lukisan Masonic - yang menceritakan tentang
perjalanan Mason ke bintang SIRIUS


Apa yang cuba disampaikan dalam ayat An-Najm ayat 49 & 9 sebenarnya?

Adakah Allah ingin menceritakan bahawa DIA lebih berkuasa daripada apa yang kaum pada ketika itu dan sebelumnya sembah?

Jika itu, maka pencarian akan terhenti setakat itu sahaja.

ATAU..

Ada cerita sebaliknya yang kita tidak tahu dan perlu kita kaji...terpulang pada anda.


Ilmu Allah Terlalu Luas


Jika anda mengkaji dan berfikir , 'You will know how deep the rabbit-hole goes'



Wallahualam..


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"

Tuesday, March 29, 2016

Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin

Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin




Lebah Kelulut


Terima kasih bro Amray & bro Salihin untuk sesi fotografi lebah Kelulut di University Of Life, Janda Baik, Pahang. 




Lebah Kelulut




Lebah Kelulut



Kantung madu lebah Kelulut

Kantung madu lebah kelulut yang penuh madu



Askar lebah kelulut sedang bekerja keras

Telur lebah kelulut


Lebah Kelulut akan bekerja bermula matahari terbit, hingga
matahari terbenam.

Hasil madu lebah Kelulut  yang mempunyai 1001 khasiat

Hasil madu lebah kelulut menjadi penawar
Askar lebah kelulut membawa pulang hasil



Lebah Kelulut yang kecil mampu mencari
hasil sekitar 500m (radius)



Lebah Kelulut di corong, 'pintu' sarangnya



Bro Amray dan rakannya ketika sesi fotografi lebah kelulut
di University Of Life, Janda Baik


Bro Solihin, ketika sesi fotografi
lebah Kelulut



Bro Amray, ketika sesi fotografi
lebah kelulut


Sesi fotografi Lebah Kelulut


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin

Thursday, March 17, 2016

Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?

Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?







Beberapa hari lepas, Uncle sibuk mencari jawapan 'Adakah matahari itu belayar'.


Persoalan ini timbul apabila dia membaca ayat Al-Quran (surah Yassin ayat 38) :



وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ۬ لَّهَا‌ۚ ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ


Terjemahan Bahasa Melayu :


36:38. Dan matahari - ia berlayar ke satu tempat rehat yang tetap; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui. 

36:38 Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

Terjemahan Bahasa Inggeris :

Transcription (English)36:38 Waalshshamsu tajree limustaqarrin lahathalika taqdeeru alAAazeezi alAAaleemi


Edip-Layth (Quran: A Reformist Translation) 
36:38 The sun runs to a specific destination, such is the design of the Noble, the Knowledgeable.


The Monotheist Group (The Quran: A Monotheist Translation) 
36:38 And the sun runs to a specific destination, such is the design of the Noble, the Knowledgeable.


Muhammad Asad (The Message Of Quran) 
36:38 And [they have a sign in] the sun: it runs in an orbit of its own [and] that is laid down by the will of the Almighty, the All-Knowing;


Rashad Khalifa (The Final Testament) 
36:38 The sun sets into a specific location, according to the design of the Almighty, the Omniscient.,


Shabbir Ahmed (Quran As It Explains Itself) 
36:38 And the sun: it is running to its appointed destination. That is the measure of the Almighty, the Knower.



Agak lama juga Uncle mencari rujukan, daripada pukul 4 petang sampai 12 tengahmalam. Dia baca, kemudian termenung (berfikir) , cari sumber kajian (bukti) tentang perihal ni.

Dia nak tahu bagaimana pula rupa apabila Matahari belayar!

Selama ni dia ingat , dan seperti semua maklum, hanya bumi sahaja mengelilingi Matahari.



Planet mengelilingi Matahari


Selama dia mencari jawapan, dia tak bercakap dengan aku. Ada sesekali dia buat lawak, selebihnya khusyuk mentelaah. Aku pun tak tahu apa dia cari sebenarnya, sehinggalah dia bertanya aku dalam sekitar pukul 12 tengahmalam.


"Dzoul, cuba kau baca surah Yassin ayat 38, Tuhan cakap Matahari belayar" Uncle bertanya pada aku dan aku pun tersenyum kepadanya.


"Memang Matahari pun belayar bang, dan orbitnya tidak seperti yang kita tahu sebelum ni" ujar aku kepada Uncle. Kemudian aku pun menunjukkan video ni kepadanya.




Klik Video - pergerakkan sistem solar secara 'Vortex'


"Haa..inilah dia..berjam-jam aku carik" ujar Uncle kepada aku.

Aku sudah mengetahui perkara ni beberapa tahun yang lepas ketika mengkaji beberapa persoalan yang timbul sehingga aku terjumpa seorang mamat saintis bernama Nassim Haramein. 

Mamat ni pakar Matematik dan mengkaji tentang 'Fractal & Geometry'. Takpe tu biar dia pikir. Kalau aku pikir banyak keje tak siap nanti

Ini hanya gambaran kepada saintis ini sahaja, bagi aku tak perlu kita mempercayainya 100% . Dia juga mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam melalui ilmu dan kepakarannya yang ada. 

Sampai satu ketika jika di Izinkan-Nya , saintis ini akan mendapat jawapan yang lebih baik. Bila dia dapat jawapan, akan ada persoalan yang akan timbul lagi. Percayalah.

"Hidup bukan mencari jawapan, tetapi mencari persoalan" . Bertanyalah kepada-NYA , nescaya DIA beri jawapan satu-persatu mengikut tahap ilmu dan faham masing-masing.

Ilmu-Nya terrrrrrlalu LUAS dan DIA pasti beri HANYA kepada yang mahu BERFIKIR sahaja.

Yang tak mahu pikir..duduklah 'bawah tempurung' tu...


Tiada salah atau betul, hanya berlainan PERSPEKTIF.(ilmu)
Hanya dia MAHA mengetahui.


"There is No ABSOLUTE Truth, the TRUTH always EVOLVED" - anonymous


Kebenaran MUTLAK itu hanya pada-NYA dan Ilmu-Nya sentiasa berkembang setiap masa. Jika kita mencari jawapan , adakah kita akan dapat jawapan? Jadi, adakah kita perlu mencari jawapan atau mencari persoalan? Pikirlah dulu ya...


Kemudian Uncle tanya aku tentang surah An-Naml ayat 88 :
 

وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُہَا جَامِدَةً۬ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ‌ۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّهُ ۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ 
27:88 Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Apa buktinya? ....nak minum petang sat...Adios..


Wallahualam...


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?