Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....
Alfafa Farm Industries |
Telefon aku berdering sewaktu aku sedang berurusan dengan rakan. Tertera nama "Azizul Alfafa" di-skrin tab ku.
Aku terpaksa menghentikan perbualan bersama rakan aku seketika yang pada ketika itu sedang membincangkan beberapa hal kerana panggilan Azizul sangat penting bagi aku pada hari ini.
"Salam bang..." aku mengangkat panggilan Azizul. Aku pertama kali berurusan dengan Azizul melalui telefon. Aku mendapat contact Azizul daripada Ustaz Halim, rakan Uncleseekers.
"W'salam...maaf saya tak angkat telefon tadi..." jawab Azizul.
"Tak mengapa bang, saya akan ke tempat abang lebih kurang pukul 4 petang. Sekarang saya sedang ada urusan di Ampang dan selepas ini beberapa tempat lagi. Kemudian, baru saya ke Kampung Padang Balang" jelas aku kepada Azizul.
"Ok no problem..nanti tuan berurusan dengan Pak Ahmad ya..." jelas Azizul sebelum menutup bicara.
Alfafa Group adalah sebuah syarikat Muslim yang mempunyai 17 buah anak syarikat dibawahnya.
Macam-macam syarikat ada. Ada 'construction' , ada syarikat sembelihan, ada umrah dan haji, 'farming', pendek kata macam-macam ada. Nak tahu lebih lanjut bleh pegi ke website Alfafa www.alfafagroupberhad.com
Aku tertarik dengan usaha mereka membuat penternakan ayam organik Alfafa yang jarang diceburi oleh usahawan tempatan. Ini pertama kali aku nak rasa ayam organik Alfafa keluaran Muslim tempatan. Dijamin 'Halalan Thoyyiban'
Nak tahu macam mana rasa ayam organik Alfafa, tunggu artikel part 2 nanti. Boleh? Tak boleh takpe...
Alfafa frozen mart dan Homestay Alfafa di Kampung Padang Balang |
Aku tiba diperkarangan Alfafa Homestay di Lorong Padang Balang 8, berhadapan dengan padang bola (dibawah pencawang letrik) sekitar pukul 4:45 petang. Pertama kali aku sampai ditempat ni. Berpusing-pusing jugak tadi aku carik tempat ni. Maklumlah pertama kali.
Pertama kali memang susah sikit. yang ke-2, ke-3 dan seterusnya dah mudah dah. tak gitu bang? Tersenyum-senyum abang baca ya..sabor bang sabor...paham dah...lek lu.
Aku disambut oleh Pak Ahmad dengan mesra.
Ayam Organik Alfafa di-pek di dalam pek vakum |
Ayam organik Alfafa |
'Frozen Meat' Alfafa |
ayam organik Alfafa |
Ayam organik Alfafa ni diternak di Kuantan, Pahang. Alfafa Farming Industries mempunyai puluhan ribu ayam yang diternak secara organik.
Puluhan ribu ayam organik Alfafa yang diternak di Alfafa Farming Industries |
Ayam organik Alfafa yang sedia disembelih |
Ayam organik Alfafa memang sangat 'rare' di pasaran, sebab cara penternakkannya berbeza dengan ayam yang diternak biasa.
Apa yang aku tahu daripada 'general knowledge' yang aku ada, ayam organik Alfafa ini diberi makan secara organik. Nak tahu lebih lanjut kena tanya tuan punya ayam organik Alfafa ni. Aku tahu makan ayam je, tak penah bagi ayam makan pun.
Berat ayam organik Alfafa lebih 2kg |
Berat ayam organik Alfafa hampir 2kg |
Harga ayam organik Alfafa yang dipasarkan oleh Alfafa adalah RM16.50 untuk 1.2 kilogram. Tu harga biasa. Harga luar biasa (harga promosi) RM13.90 untuk 1.2 kilogram , berbeza dengan harga ayam standard harganya sekitar RM5 hingga RM7 sekilogram je.
Nak tahu perbandingan harga bleh pegi ke portal 1Pengguna
Bukan ayam organik Alfafa je yang Alfafa ni ada..Ada kambing Alfafa, rusa Alfafa dan mungkin banyak lagi haiwan ternakan yang akan di-Alfafa dan di-organik-kan.
Lepas ni bleh jadi 'product tester' untuk Alfafa kambing , Alfafa rusa , Alfafa itik, Alfafa lembu, Alfafa ikan semilang, Alfafa burger , Alfafa daging salai dan macam-macam Alfafa lagi ..
Terliur plak aku nengok sate ni, aku pernah makan sate 30 cucuk sorang tak caya tanya Uncle. |
Kalau ada yang minat berusahasama dengan Alfafa ni, nanti kita citer pada part artikel akan datang..
Ingat Ayam, Ingat Alfafa...
Nota: Aku bukannya dibayar untuk promote ayam organik Alfafa ni, tapi bila aku rasa sendiri dan tengok sendiri usaha orang yang sebangsa dan seagama dengan aku, aku rasa bertanggungjawab untuk bantu promote.
Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100%
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Haruan Makan Anak
Janda Baik Di Janda Baik
Lynn Menyimpan 1001 Rahsia
Terima Kasih Zelmey & The Gang
Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies
Terima Kasih Tuan IzzanJanda Baik Di Janda Baik
Lynn Menyimpan 1001 Rahsia
Terima Kasih Zelmey & The Gang
Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"
Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?
Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....
No comments:
Post a Comment
Salam!
Semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.