Followers

Tuesday, April 26, 2016

Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau.... (part 2)

Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau.... (part 2)


Ayam Organik Alfafa yang digoreng


Sejak Khamis yang lepas kami menerima ayam organik Alfafa. Pada ketika itu tertanya-tanya juga bagaimana rasa ayam organik ni. Apa agaknya kelebihan ayam organik Alfafa ni.

Awal-awal lagi belum lagi dimasak, Adeek dah memuji. "Ayam organik Alfafa ni tak hanyir la bila dibuka daripada plastik, lemak pun takde!" Adeek memang suka ayam yang tak berlemak ni. Maklumlah jaga badan kan..hehe..

Malam tu (Khamis) Adeek goreng ayam organik Alafafa. Pertama kali aku rasa, "Macam ayam kampung rasanya.." ujar aku dalam hati. Sedang aku makan ketika tu Uncle menegur "Amacam Zul ok ke?". "Rasa macam ayam kampung bang" aku memberi maklum balas.

"Ayam organik Alfafa ni macam ayam kampung, tapi lebih sedap dan lebih serat" Uncle memberi 'feedback' tentang ayam organik Alfafa.



Ayam Organik Alfafa tidak hanyir dan berlemak


Macam-macam yang Adeek dan Mona masak gunakan ayam organik Alfafa. Masak lemak cili api, masak asam pedas, goreng (hanya letak garam) dan goreng pedas.

Semua masakan yang dimasak dengan ayam organik Alfafa ni memang ada kelainan daripada rasanya. Tapi,  tengok tukang masaknya juga, Adeek dan Mona memang pandai masak jugak.

Ditambah dimasak dengan ayam organik Alfafa , bertambah sedap la dia. Esok belanja aku starbuck ya kak..hehe..saje gurau..

Apa kelebihan yang aku tengok, ni bukan aku nak puji lebih-lebih. Bukan aku dapat duit pun puji lebih-lebih , tapi ni kenyataannya.

Apa yang aku tengok, ayam organik Alfafa ni bila dimasak lemak cili api, kuahnya tak basi dalam masa 24 jam. Tahan lama tu.

Bila masak asam pedas guna ayam organik Alfafa, kuahnya manis tak macam guna ayam biasa. Kena pulak memang masakan asam pedas memang faveret aku, sampai hirup kuah la jawabnya.

Ayam organik Alfafa , bila digoreng biasa (letak garam) dan bertepung, rasanya memang AWESOME. Tak rasa muak.

Ayam organik Alfafa bila digoreng pedas , lagi meletop. Ni memang kena try. Tak tipu.



Ayam organik Alfafa digoreng rasa AWESOME! 



Ayam organik Alfafa masak lemak cili api


Well, so far so good.

Memang harga ayam ni memang agak mahal sedikit daripada ayam biasa. Tapi bagi aku disebabkan ayam organik Alfafa ni lebih baik daripada segi kesihatan; sebab ayam yang diternak diberi makan yang organik , dikawal baik, dan tiada suntikan hormon, its really WORTH it.

Mungkin lepas ni bleh try BBQ ke, atau panggang macam mana agaknya rasanya ya? Nanti aku kena tanya chef Mona dengan Adeek.. ;)


Nota: Aku bukannya dibayar untuk promote ayam organik Alfafa ni, tapi bila aku rasa sendiri dan tengok sendiri usaha orang yang sebangsa dan seagama dengan aku, aku rasa bertanggungjawab untuk bantu promote.


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"
Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?
Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....(part 1)
Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau.... (part 2)

Thursday, April 21, 2016

Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....

Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....




Alfafa Farm Industries



Telefon aku berdering sewaktu aku sedang berurusan dengan rakan. Tertera nama "Azizul Alfafa" di-skrin tab ku.

Aku terpaksa menghentikan perbualan bersama rakan aku seketika yang pada ketika itu sedang membincangkan beberapa hal kerana panggilan Azizul sangat penting bagi aku pada hari ini.

"Salam bang..." aku mengangkat panggilan Azizul. Aku pertama kali berurusan dengan Azizul melalui telefon. Aku mendapat contact Azizul daripada Ustaz Halim, rakan Uncleseekers.

 "W'salam...maaf saya tak angkat telefon tadi..." jawab Azizul.

"Tak mengapa bang, saya akan ke tempat abang lebih kurang pukul 4 petang. Sekarang saya sedang ada urusan di Ampang dan selepas ini beberapa tempat lagi. Kemudian, baru saya ke Kampung Padang Balang" jelas aku kepada Azizul.

"Ok no problem..nanti tuan berurusan dengan Pak Ahmad ya..." jelas Azizul sebelum menutup bicara.

Alfafa Group adalah sebuah syarikat Muslim yang mempunyai 17 buah anak syarikat dibawahnya.

Macam-macam syarikat ada. Ada 'construction' , ada syarikat sembelihan, ada umrah dan haji, 'farming', pendek kata macam-macam ada. Nak tahu lebih lanjut bleh pegi ke website Alfafa www.alfafagroupberhad.com

Aku tertarik dengan usaha mereka membuat penternakan ayam organik Alfafa yang jarang diceburi oleh usahawan tempatan. Ini pertama kali aku nak rasa ayam organik Alfafa keluaran Muslim tempatan. Dijamin 'Halalan Thoyyiban'

Nak tahu macam mana rasa ayam organik Alfafa, tunggu artikel part 2 nanti. Boleh? Tak boleh takpe...



Alfafa frozen mart dan Homestay Alfafa di Kampung Padang Balang

Aku tiba diperkarangan Alfafa Homestay di Lorong Padang Balang 8, berhadapan dengan padang bola (dibawah pencawang letrik) sekitar pukul 4:45 petang. Pertama kali aku sampai ditempat ni. Berpusing-pusing jugak tadi aku carik tempat ni. Maklumlah pertama kali.

Pertama kali memang susah sikit. yang ke-2, ke-3 dan seterusnya dah mudah dah. tak gitu bang? Tersenyum-senyum abang baca ya..sabor bang sabor...paham dah...lek lu.

Aku disambut oleh Pak Ahmad dengan mesra.


Ayam Organik Alfafa di-pek di dalam pek vakum


Ayam organik Alfafa

Satu perkara yang aku sangat 'Salute'. Tempat ayam organik Alfafa ni sangat bersih dan teratur. Bleh bagi A+ . Syarikat Muslim yang sangat mementingkan kebersihan.


'Frozen Meat' Alfafa


ayam organik Alfafa


Ayam organik Alfafa ni diternak di Kuantan, Pahang. Alfafa Farming Industries mempunyai puluhan ribu ayam yang diternak secara organik.


Puluhan ribu ayam organik Alfafa
yang diternak di Alfafa Farming Industries


Ayam organik Alfafa yang sedia disembelih 

Ayam organik Alfafa memang sangat 'rare' di pasaran, sebab cara penternakkannya berbeza dengan ayam yang diternak biasa.

Apa yang aku tahu daripada 'general knowledge' yang aku ada, ayam organik Alfafa ini diberi makan secara organik. Nak tahu lebih lanjut kena tanya tuan punya ayam organik Alfafa ni. Aku tahu makan ayam je, tak penah bagi ayam makan pun.



Berat ayam organik Alfafa lebih 2kg

Berat ayam organik Alfafa hampir 2kg

Harga ayam organik Alfafa yang dipasarkan oleh Alfafa adalah RM16.50 untuk 1.2 kilogram. Tu harga biasa. Harga luar biasa (harga promosi) RM13.90 untuk 1.2 kilogram , berbeza dengan harga ayam standard harganya sekitar RM5 hingga RM7 sekilogram je.

Nak tahu perbandingan harga bleh pegi ke portal 1Pengguna

Bukan ayam organik Alfafa je yang Alfafa ni ada..Ada kambing Alfafa, rusa Alfafa dan mungkin banyak lagi haiwan ternakan yang akan di-Alfafa dan di-organik-kan.

Lepas ni bleh jadi 'product tester' untuk Alfafa kambing , Alfafa rusa , Alfafa itik, Alfafa lembu, Alfafa ikan semilang, Alfafa burger , Alfafa daging salai dan macam-macam Alfafa lagi ..


Terliur plak aku nengok sate ni, aku pernah makan sate 30 cucuk sorang
tak caya tanya Uncle.


Kalau ada yang minat berusahasama dengan Alfafa ni, nanti kita citer pada part artikel akan datang..

Ingat Ayam, Ingat Alfafa...


Nota: Aku bukannya dibayar untuk promote ayam organik Alfafa ni, tapi bila aku rasa sendiri dan tengok sendiri usaha orang yang sebangsa dan seagama dengan aku, aku rasa bertanggungjawab untuk bantu promote.


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"
Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?
Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....

Thursday, April 14, 2016

Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?

Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?



وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُہَا جَامِدَةً۬ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ‌ۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّهُ ۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ 

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (An-Naml ayat 88)


أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدً۬ا (٦) وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادً۬ا (٧
Tidakkah Kami buatkan bumi sebagai satu buaian. Dan gunung-gunung sebagai pasak?
Surah An Naba Ayat 6-7

وَجَعَلۡنَا فِى ٱلۡأَرۡضِ رَوَٲسِىَ أَن تَمِيدَ بِهِمۡ وَجَعَلۡنَا فِيہَا فِجَاجً۬ا سُبُلاً۬ لَّعَلَّهُمۡ يَہۡتَدُونَ 
Dan Kami letak di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang dengan mereka, dan Kami adakan di dalamnya  jurang-jurang sebagai jalan-jalan supaya mereka dapat petunjuk. 
Surah Al Anbiya' Ayat 31

Apabila anda membaca apa agaknya yang tergambar didalam fikiran?

'Gunung bergerak seperti bergeraknya awan'

Mungkin ada diantara kita, apabila membaca ayat ini sekadar 'angin lalu' tanpa memikirkan apa yang dimaksudkan.

Apabila aku membaca ayat ini, pertanyaan timbul dalam fikiran.

"Bagaimana agaknya gunung bergerak seperti awan?"

Dengan didorong sifat 'curiosity' ...aku mula mencari..


Adakah ayat ini bermaksud seperti yang ditunjukkan didalam video ini?


Video ini adalah gambaran daripada Profesor Geologi Ron Blakey di 'Northern Arizona University'.
Klik untuk Tonton



Klik Untuk Tonton - Pergerakan Gunung-Ganang 
Disebabkan perubahan plat Tactonic


Gunung-ganang sebagai pasak - Klik untuk tonton


Video ini menunjukkan bagaimana benua-benua di bumi ini terbentuk daripada 600 juta tahun dahulu, bentuk muka bumi kini dan 100 juta tahun akan datang.

100 juta akan datang, bentuk muka bumi Malaysia sekarang telahpun hilang, begitu juga negara Australia!


Bentuk muka bumi Malaysia -20 Juta Tahun Dahulu ketika
zaman Miocene 


Bentuk muka bumi Malaysia - 1.8 juta tahun dahulu ketika
zaman Pleistocene



Bentuk Muka bumi Malaysia sekarang




Bentuk Muka Bumi Malaysia, Indonesia, dan Australia
sudah tiada pada 100 juta tahun akan datang!



Perubahan plat tactonic

Lingkaran Api - apabila perubahan plat tactonic, akan berlaku
gempa bumi dan gunung berapi.

Apabila menonton video ini, lain persoalan pula timbul, "Bagaimana agaknya manusia ketika itu hidup?" yang pastinya kita hidup dizaman ini dahpun arwah.



Mungkinkah manusia akan datang, membuat penempatan diatas air untuk mengelak bencana akibat keadaan muka bumi?

Penempatan diatas air dinamakan 'Noah's Ark' mengambil nama
sempena kapal Nabi Nuh

Gambaran rentas ' Noah's Ark '

"Noah’s Ark is a self-sustainable city on the water that can support all living species, from humans to animals and fish to plants and trees, that have been evicted from land by natural disasters, warfare, whatever disasters the end days may bring. In addition to providing protection from these disasters, the Ark concept also addresses overcrowding on land: 72% of the earth’s surface is already covered by water, so extension of the urban city grid onto water is both logical and useful, as solar, wind and wave energies are easily captured at sea, and it is these natural energy sources that will power the development."
Sumber : Noah's Ark (klik untuk bacaan lanjut)

ATAU



Mungkinkah manusia akan membina penempatan di angkasa lepas?



Klik untuk paparan lebih besar - koloni
angkasa lepas yang diilhamkan oleh NASA


Gambaran Koloni Angksa Lepas yang digambarkan didalam
filem Elysium

'Trailer' Filem Elysium. Klik untuk tonton.



Pelbagai kemungkinan bakal berlaku, kerana Tuhan akan beri ilham kepada manusia pada zaman itu seperti ilham yang telah diberikan-Nya kepada Nabi Nuh untuk membina sebuah kapal yang besar. Kebanyakkan manusia disekelilingnya mengatakan Nabi Nuh gila!



Struktur Binaan Kapal Nabi Nuh (gambaran pelukis) ketika berlaku banjir besar. Adakah ianya akan
berlaku pada masa akan datang? Wallahualam.


Pada masa akan datang, banyak lagi ke-'gilaan' yang bakal berlaku.


Wallahualam.


Artikel Kelolaan Saya:
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"
Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?

Wednesday, March 30, 2016

Kenapa Bintang SIRIUS, Bukan Bintang Lain Yang Allah Pelihara?

Kenapa Bintang SIRIUS, Bukan Bintang Lain Yang Allah Pelihara?




Bintang SIRIUS

Satu hari persoalan ini datang semula kepada aku...

"Kenapa Allah sebut bintang SIRIUS didalam ayat Al Quran? (Surah An Najm ayat 49)"

Punya banyak bintang di alam ini; Orion, Betelgeuse,Rigel, Pleiades, kenapa SIRIUS yang disebut?

Persoalan ini telah bermain difikiran aku sekian lama. Persoalan ini timbul semula dan aku ajukan soalan ini kepada Uncle untuk membuka bicara pada minggu lepas.



Sirius A lebih besar daripada Sirius B. Sirius A kelihatan dilangit
sebagai bintang paling terang


"Bang, dalam banyak-banyak bintang kat alam semesta ni, kenapa Allah sebut bintang Sirius?" Soal aku pada Uncle. Pada mulanya aku menyebut Orion, setelah diperiksa bukan Orion tetapi Sirius.

"Ye ke?..." ujar Uncle, lalu beliau mula mencari perkataan 'SIRIUS' didalam terjemahan Al-Quran. "Betullah!" Uncle mula 'excited' bila dia jumpa ayat yang dimaksudkan pada surah An-Najm ayat 49.



وَأَنَّهُ ۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ 
"Dan bahawa Dialah Pemelihara Sirius" (Surah An-Najm ayat 49)


Terjemahan Bahasa Inggeris :
Edip-Layth (Quran: A Reformist Translation)
53:49 He is the Lord of Sirius.
The Monotheist Group (The Quran: A Monotheist Translation)
53:49 And He is the Lord of Sirius.
Muhammad Asad (The Message Of Quran)
53:49 and that it is He alone who sustains the bright­est star;
Rashad Khalifa (The Final Testament)
53:49 He is the Lord of the galaxies.,
Shabbir Ahmed (Quran As It Explains Itself)
53:49 He is the One Who is the Lord of the brightest star, the human intellect.

Pada saat itu, Uncle mula mencari maklumat tentang bintang SIRIUS.

"Dzoul, cuba tengok ni..." Uncle menunjukkan video ini pada aku.





Klik video untuk tonton orbit bintang SIRIUS



Setelah ditonton video yang ditunjukkan Uncle kepada aku, ayat ini ada hubungkait dengan ayat yang lain didalam surah yang sama iaitu:


فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ 
"Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi" (Surah An-Najm ayat 9)

Terjemahan Bahasa Inggeris :
Edip-Layth (Quran: A Reformist Translation)
53:9 Until he became as near as two bow-lengths or nearer.
The Monotheist Group (The Quran: A Monotheist Translation)
53:9 Until he became as near as two bow-lengths or nearer.
Muhammad Asad (The Message Of Quran)
53:9 until he was but two bow-lengths away, or even nearer.
Rashad Khalifa (The Final Testament)
53:9 Until He became as close as possible.,
Shabbir Ahmed (Quran As It Explains Itself)
53:9 Till he was but two bow-lengths away, or even closer.


Pergerakkan Orbit Sirius A & B seperti
"Dua Busur Panah dan Lebih Dekat"


Jika digabungkan ayat 49 & 9 surah An-Najm , sama dengan jarak orbit Sirius A & B iaitu selama 49.9 tahun. Kebetulan?


Jika bintang ini dijelaskan secara 'specific' didalam Al Quran sudah pasti ada sesuatu yang penting yang cuba disampaikan. Persoalan ini yang timbul dalam fikiran...


Persoalannya, apa istimewanya bintang SIRIUS ini hingga disebut dalam Al-Quran?



Orbit Sirius A dan Sirius B



Maka, pencarian pun bermula . Sebahagian maklumat dikongsikan kepada pembaca blog ini, sebagai membuka 'pintu' untuk terus mencari kebenarannya. Seek The Truth

Didalam 'Bible' tiada disebutkan secara 'specific' atau menyebut perkataan SIRIUS.
Ia hanya disebut sebagai "yang bersinar"


Bintang SIRIUS ada didalam kepercayaan dan amalan kaum tertentu, seperti :


Kaum Di Mesir



"The great pyramid was built to synchronize with Sirius by aligning an airshaft that connected to the queen’s chamber. The light of the star would be able to shine into the queen’s chamber to cast a beam upon an initiate during a special ritual (Sirius is associated with the goddess Isis). The King’s chamber is aligned with the star Orion, which is associated with the god Osis, her husband. A selected high priest would stand under the focused light while meditating during a ceremony; he would then apparently achieve some sort of higher level of consciousness/advanced knowledge."





Piramid Dibina mengikut kedudukan Bintang Sirius & Orion


Pembinaan Piramid di Giza berdasarkan kedudukan bintang ini dilangit. Orion (berkait dengan dewa Osiris) dan Sirius (berkait dengan dewa Isis).



Dewa Osiris


Dewa Isis


Apabila bintang ini bersinar, ia akan memberi satu 'kuasa' atau 'special energy' untuk mereka pada ketika itu.


'Energy' yang kelihatan pada gambar yang diambil menggunakan
kamera 'Kirlian' pada tahun 1979

Selebihnya anda kaji sendiri...


Kaum Greece dan Rom

Bintang ini lebih dikenali sebagai 'Seirios' dikalangan orang Rom dan Greece.

Masyarakat atau Kaum di Iran

Kepada kaum yang menganut agama Zoroastrian, bintang ini dikenali sebagai Tishtyra dan mereka menganggapp bintang ini adalah bintang suci mengikut kepercayaan mereka.

Masyarakat atau Kaum di India

Didalam bahasa Sanskrit, ia disebut sebagai 'Mrgavyadha' (pemburu rusa). Bintang Sirius dianggap sebagai 'dewa angin, taufan dan pemburu yang digelar sebagai Rudra (Shiva)



Gambaran pelukis 'Dewa Rudra'


Dalam bahasa Tamil (Malayalam) , Sirius dikenali sebagai 'Makarajyotii'


Kaum 'Scandinavians'

Dalam tradisi 'Norse' , Sirius dikenali sebagai 'Lokabrenna'. Ada yang mengatakan Loki adalah dewa dan ada yang mengatakan Loki adalah gergasi.


Kaum Orang Asli Amerika

Sirius dikenali sebagai 'bintang anjing'


Orang Timur (Cina)

Orang China empayar Jing mengenali bintang Sirius sebagai bintang serigala.


Freemason



Lambang Sirius Pada lantai bangunan Freemason


Lukisan Masonic - yang menceritakan tentang
perjalanan Mason ke bintang SIRIUS


Apa yang cuba disampaikan dalam ayat An-Najm ayat 49 & 9 sebenarnya?

Adakah Allah ingin menceritakan bahawa DIA lebih berkuasa daripada apa yang kaum pada ketika itu dan sebelumnya sembah?

Jika itu, maka pencarian akan terhenti setakat itu sahaja.

ATAU..

Ada cerita sebaliknya yang kita tidak tahu dan perlu kita kaji...terpulang pada anda.


Ilmu Allah Terlalu Luas


Jika anda mengkaji dan berfikir , 'You will know how deep the rabbit-hole goes'



Wallahualam..


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"