Followers

Friday, May 29, 2015

Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies

Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies






Terima kasih kami ucapkan kepada pengerusi Akademia Malaiyana Dr Ilyas Harun kerana sudi meraikan anak-anak yatim Darul Hidayah, Janda Baik pada 23 Mei 2015 tempohari.

Anak-anak angkat kami sangat happy ketika bersama abang-abang dan kakak-kakak semua.

Program korang memang kelas!

Pada hari tersebut anak-anak di beri ilmu yang sangat bermanfaat. Nasihat-nasihat yang diberikan oleh Dr Ilyas dan lain-lain akan menjadi panduan hidup mereka

Acara bermula 10 pagi, yang sepatutnya bermula lebih awal kerana anak-anak ni sampai lewat. Mungkin ustaz mereka terbangun lewat kot sebab semalamnya gi tengok bola Kelantan lawan Singapura.

Takpe la Ustaz, yang kalah tu tak semestinya kalah sepanjang hayat ye dop? Hehe..adat pahlawan mundur setapak untuk maju 3 tapak lagi. Bagi semangat lagi ni.

Acara sukan yang dikendalikan oleh Akademia ini seperti bola beracun, jalan atas tempurung dan macam-macam lagi.

Pokoknya, aktiviti yang sebegini yang sebenarnya perlu selalu diadakan. 

Asal anak yatim dan asnaf je kita bagi duit je. Kebahagiaan bukan letak pada Ringgit dan Sen. Mereka ini sebenarnya inginkan kasih sayang dan perhatian kita.

Beri ilmu, adakan aktiviti riadah, belai mesra, beri kasih sayang. Itu 'sedekah' paling utama.

Satu perkara yang aku suka dengan anak-anak ni, mereka cepat mesra dan hormat orang tua.

Kalau datang tempat mereka, pasti disambut, dan balik pula berhantar.

Biasalah budak-budak, ada nakalnya. Nakal budak-budak. 

Macam kita juga, panjat pokok rambutan dah jatuh baru nak nyesal. Ngadu kat mak, mak bagi sedas. Padan muka aku.


aktiviti sukan - bola beracun


Aktiviti berakhir sekitar 2 petang. Anak-anak pulang ke asrama mereka di Jalan Cheringin Tengah 1, Janda Baik Pahang untuk bersiap ke Puchong pula, untuk diraikan oleh Tuan Izzan.

Mereka dijemput untuk menjamu selera di The Foodies Cafe.


Tuan Izzan (paling kiri sekali) bersama abah (Syed Hussien Al Attas) &
the gang
Tuan Izzan adalah anak angkat abah (Syed Hussien Al Attas).









Perjalanan kami mengambil masa 1 Jam 30 Minit daripada Janda Baik ke Puchong.

Nasib baik ketika kami sampai, majlis masih ada lagi. Kami sampai sekitar 5 petang.

Kehadiran anak-anak ini disambut mesra oleh Tuan Izzan



Tuan Izzan menyambut dengan penuh kasih sayang.

Sambutan daripada Tuan Izzan selaku CEO 'The Foodies' menampakkan beliau seorang 'loving person'

Macam-macam acara yang diorang buat kat sini. Budak-budak ni buat macam rumah sendiri. Mereka sangat enjoy, balik asrama mereka kompem citer sampai esok tak abis.


Sesi bergambar anak-anak Darul Hidayah & Tuan Izzan


menjamu selera di The Foodies



Ustaz Farid & ustaz Irsyad bersama anak di bawah jagaan mereka




Sedang asyik beraktiviti (tak silap nama game ni benten kot)



Imad bersama 'doorgift'nya



Freestyle!


Sesi bergambar bersama staff 'The Foodies'


Semua anak-anak Darul Hidayah memeluk Tuan Izzan





"Sakitnya tuh disini" - apa yang sakit sangat tu dik?








  Aku dipaksa berkaraoke. Mona, Adeek, Uncle ngelat tak nyanyi
Ini tidak adil!



Pemandangan pentas waktu senja di Wadi Hussien Janda Baik


Aktiviti habis sekitar pukul 6 petang. Kami berangkat pulang daripada The Foodies ke Janda Baik semula. Itu pun anak-anak ni tak nak balik. Diorang nak ajak jalan lagi tu.

Sebelum balik, kitorang belaja diorang teh tarik satu.

Sebagai penutup, saksikan video dibawah.






Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

Monday, March 23, 2015

Terima Kasih Zelmey & The Gang

Terima Kasih Zelmey & The Gang




Zelmey bersalaman dengan anak-anak 
Darul Hidayah



Mereka seperti anak kami sendiri



Haziq gembira dapat makan KFC ya!



Mereka sentiasa menantikan kehadiran
kami semua.


Kordial pelbagai perisa
sumbangan Zelmey & The Gang



Terima sumbangan 'goodies' daripada
Zelmey & The Gang 



Meja ping-pong sumbangan 
Zelmey & The Gang



Selain Ping Pong, mereka juga
menerima sumbangan takraw dan
bola daripada Zelmey & The Gang




Sambutan 'surprise' besday untuk 
Hasbullah (8 tahun) dan Arif (15 Tahun)



Giant Bubble



Bapak 'yatim' pon join sekaki jugak..hehe



Joe dengan buih terpanjangnya



Mona (dua dari kanan) sedang melayan
anak-anak Darul Hidayah



Terima kasih Zelmey & The Gang dengan sumbangan kalian dan sama-sama meraikan anak-anak yatim dan asnaf Darul Hidayah, Janda Baik Pahang pada Sabtu lepas.


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

Friday, March 13, 2015

RESEPI MAK LIN : Nasi Briyani Kambing Tip-top Meletop (part 1)

RESEPI MAK LIN : Nasi Briyani Kambing Tip-top Meletop (part 1) 



Nasi Briyani Kambing Resepi Mak Lin


Dah dua minggu aku makan tak berenti. Daripada bangun tido, sampai nak tido.

Pendek kata, makan makan makan..macam mana aku tak 'hensem' hehe..

Semua ni resepi mak Uncle yang ajarkan kepada Adeek dan Mona. Resepi turun temurun yang mak simpan. Tak ramai orang yang mak ajar.

Resepi Mak Lin


"Banyak, banyak mak ajar, Mona dengan Adeek masak menjadi" kata mak ketika berbual dengan kami semua. Kembang la Mona dengan Adeek. Dapat 'Triple-A' tu daripada Mak.

Masa masak tu, mak tak bagi salin. Dia suruh ingat je. Orang lain kalau nak belajar kena mintak izin Uncle dulu. Masa belajar ni, tak boleh ada orang lain. Diorang je boleh.

Punya la mahal resepi mak ni. Mak ajar ni pun sebab nak bagi makan kepada anak yatim Darul Hidayah, Janda Baik.


Mak ajar satu-satu. Resepi kena ingat tak boleh salin.


Hari ni aku nak citer Nasi Beriyani Kambing.

Aku bukan nak citer resepi kat sini. Nak ajar orang lain pun mak tak bagi, takkan aku nak tulis resepi kat sini.

Mintak mahap. Mak kata tengok gambar je boleh hehe.

Warga GV6 kalau nak rasa resepi mak Lin , boleh request. Nanti Adeek dengan Mona buatkan.

Masa masak Nasi Beriyani ni, sehari sebelum, lauk pauk dia dah masak dulu. Esoknya nak bagi anak yatim, barula masak nasi nya.


Nasi Briyani ditutup dengan daun pisang. Ada citer sebenarnya
masa amik daun pisang ni.


Masa masak lauk tu, punya la aku tak tahan bau dia. Dia punya aroma menusuk kalbu. Nak makan nasi tak masak lagi, tahan je la.

Macam-macam ramuan yang dipakai.

Ada satu ramuan yang semua orang tak tahu yang buatkan rasa Nasi Beriyani ni lain daripada yang lain.

Kuah Dalca Kambing terbaik diladang


Aku ni bukan lahir kat Johor. Tapi mak dengan ayah aku orang Johor, so aku dah biasa dengan masakan Johor.

Nasi Briyani resepi mak Lin ni memang lain daripada lain. Nasi dia lembut, daging kambingnya, semua serba serbi sedap. Tip-top Meletop.


Aku selalu tak makan acar, tapi Mona buat ni aku makan. Sedap pulak tu.


Aku cuba nak sampaikan betapa sedapnya kat sini, tapi tak sampai, tahap dia tahap 'Lazah' bak kata Kapten salah seorang daripada Warga GV6.

"Briyani ni dah tak lazat. Dia dah jatuh lazah. Lazah ni, atas daripada lazat.." . Amboi Kapten, tinggi sangat bahasa tu.

Itu la hakikatnya, hanya yang dah rasa je yang tau. Susah nak digambarkan dengan kata-kata.

Lepas Isyak diorang datang ke Pondok Pak Habib tempat kami bermastautin. Diorang semua makan di dewan di Pondok Pak Habib.


Anak-anak sedang beratur ambil makanan

Masa bagi anak yatim tu makan, punya la suka budak-budak tu. Sampai bertambah-tambah diorang makan.

Lepas selesai makan, kami ada buat sesi interaksi bersama anak-anak angkat kami ni. Tanya pasal cita-cita, Uncle buat magic show dan macam-macam lagi acara.


Cita-Cita mereka menjadi askar

Inilah aktiviti kami selain daripada trade Forex, meraikan anak-anak yatim seramai 33 orang yang dah menjadi anak angkat kami.

Selesai semua, kami menghantar mereka pulang. Seperti biasa mereka berpeluk-pelukan dengan kami sebelum berpisah. Pelukan mereka seperti tak mahukan kami pergi.

Nanti aku akan citer kan Resepi Mak Lin yang lain seperti Laksa Johor, Lontong, Mee Rebus Johor dan Nasi Tomato.


Dengarkan apa kata mereka



Nota: Barang-barang untuk menyiapkan Nasi Briyani ini adalah daripada infak kengkawan GV6 Diamond sebanyak 5% setiap kali keuntungan diperoleh. Syukur!


RESEPI MAK LIN : Nasi Briyani Kambing Tip-top Meletop (part 1)
RESEPI MAK LIN : Laksa Johor Kebabom (part 2)
RESEPI MAK LIN : Mee Rebus Fuyooh  (part 3)
RESEPI MAK LIN : Nasi Tomato Terliur Baq Ang (part 4)

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi