Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies
Terima kasih kami ucapkan kepada pengerusi Akademia Malaiyana Dr Ilyas Harun kerana sudi meraikan anak-anak yatim Darul Hidayah, Janda Baik pada 23 Mei 2015 tempohari.
Anak-anak angkat kami sangat happy ketika bersama abang-abang dan kakak-kakak semua.
Program korang memang kelas!
Pada hari tersebut anak-anak di beri ilmu yang sangat bermanfaat. Nasihat-nasihat yang diberikan oleh Dr Ilyas dan lain-lain akan menjadi panduan hidup mereka
Acara bermula 10 pagi, yang sepatutnya bermula lebih awal kerana anak-anak ni sampai lewat. Mungkin ustaz mereka terbangun lewat kot sebab semalamnya gi tengok bola Kelantan lawan Singapura.
Takpe la Ustaz, yang kalah tu tak semestinya kalah sepanjang hayat ye dop? Hehe..adat pahlawan mundur setapak untuk maju 3 tapak lagi. Bagi semangat lagi ni.
Acara sukan yang dikendalikan oleh Akademia ini seperti bola beracun, jalan atas tempurung dan macam-macam lagi.
Pokoknya, aktiviti yang sebegini yang sebenarnya perlu selalu diadakan.
Asal anak yatim dan asnaf je kita bagi duit je. Kebahagiaan bukan letak pada Ringgit dan Sen. Mereka ini sebenarnya inginkan kasih sayang dan perhatian kita.
Beri ilmu, adakan aktiviti riadah, belai mesra, beri kasih sayang. Itu 'sedekah' paling utama.
Satu perkara yang aku suka dengan anak-anak ni, mereka cepat mesra dan hormat orang tua.
Kalau datang tempat mereka, pasti disambut, dan balik pula berhantar.
Biasalah budak-budak, ada nakalnya. Nakal budak-budak.
Macam kita juga, panjat pokok rambutan dah jatuh baru nak nyesal. Ngadu kat mak, mak bagi sedas. Padan muka aku.
aktiviti sukan - bola beracun
Aktiviti berakhir sekitar 2 petang. Anak-anak pulang ke asrama mereka di Jalan Cheringin Tengah 1, Janda Baik Pahang untuk bersiap ke Puchong pula, untuk diraikan oleh Tuan Izzan.
Mereka dijemput untuk menjamu selera di The Foodies Cafe.
Tuan Izzan (paling kiri sekali) bersama abah (Syed Hussien Al Attas) & the gang |
Tuan Izzan adalah anak angkat abah (Syed Hussien Al Attas).
Perjalanan kami mengambil masa 1 Jam 30 Minit daripada Janda Baik ke Puchong.
Nasib baik ketika kami sampai, majlis masih ada lagi. Kami sampai sekitar 5 petang.
Kehadiran anak-anak ini disambut mesra oleh Tuan Izzan
Tuan Izzan menyambut dengan penuh kasih sayang. |
Sambutan daripada Tuan Izzan selaku CEO 'The Foodies' menampakkan beliau seorang 'loving person'
Macam-macam acara yang diorang buat kat sini. Budak-budak ni buat macam rumah sendiri. Mereka sangat enjoy, balik asrama mereka kompem citer sampai esok tak abis.
Sesi bergambar anak-anak Darul Hidayah & Tuan Izzan |
menjamu selera di The Foodies |
Ustaz Farid & ustaz Irsyad bersama anak di bawah jagaan mereka |
Sedang asyik beraktiviti (tak silap nama game ni benten kot) |
Imad bersama 'doorgift'nya |
Freestyle! |
Sesi bergambar bersama staff 'The Foodies' |
Semua anak-anak Darul Hidayah memeluk Tuan Izzan |
"Sakitnya tuh disini" - apa yang sakit sangat tu dik? Aku dipaksa berkaraoke. Mona, Adeek, Uncle ngelat tak nyanyi Ini tidak adil! |
Pemandangan pentas waktu senja di Wadi Hussien Janda Baik |
Aktiviti habis sekitar pukul 6 petang. Kami berangkat pulang daripada The Foodies ke Janda Baik semula. Itu pun anak-anak ni tak nak balik. Diorang nak ajak jalan lagi tu.
Sebelum balik, kitorang belaja diorang teh tarik satu.
Sebagai penutup, saksikan video dibawah.
Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100%
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Haruan Makan Anak
Janda Baik Di Janda Baik
Lynn Menyimpan 1001 Rahsia
Terima Kasih Zelmey & The Gang
Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies
Janda Baik Di Janda Baik
Lynn Menyimpan 1001 Rahsia
Terima Kasih Zelmey & The Gang
Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies