"Jom kuar jalan-jalan..." Uncle bagitau kami semua. "Jomm.." Roni menyambut dengan riang. Haha..cam bebudak bila bapak ajak kuar gi jenjalan kemain semangat lagi.
Kami jenjalan kat area Janda Baik je. Duk belakang kereta 4X4, sambil menghirup udara segar Janda Baik. Memang sejuk, kat KL tak leh buat macam ni...
Kami dibawa jalan ke tanah-tanah Janda Baik,...
Tanah Luas lebih kurang 5 ekar. Ada satu rumah besar ni, dan satu lagi rumah penjaga. Besar giler |
Rumah berusia lebih kurang 18 tahun |
Dah puas jalan tengok tanah, kitorang masuk pulak dalam hutan. Punyalah dalam tempatnya. Keta-keta yang 'melawa' nak masuk memang tak lepas la..jalan 'off-road'.
Uncle bawak macam kitorang takde kat belakang. Tonggang-langgang kami kat belakang. "Aku taknak lagi duk belakang.." Adeek bagitau aku. Aku gelak besar.
Satu jalan tu memang boleh tembus ke Bentong. "Kalau jalan utama terhalang, kita boleh guna jalan ni" Uncle bagitau semua.
"Tapi hari ni kita tak lalu jalan nak ke Bentong ni, sebab dah nak gelap. Aku takut tak nampak jalan..." ujar Uncle, maklum usia dah banyak, dia memang 'Al-Rabun Waktun Malamun' sape yang paham, paham lah. Hehe.
Kitorang hanya tengok jeram berdekatan. Dah selesai, seksa nak kuar pulak. Adoyai. Sakit muntut woo!
Aroi nak bergambar kat Jeram (aku lupa nama tempat) |
Tengah-tengah jalan nak kuar tu aku dengar ada suara berbisik "Jalan terlompat-lompat ni..rasa lapar pulak perut aku" Roni berbisik.
Bisikan Roni dari belakang kereta seolah didengari oleh Uncle pulak. Uncle Terus ke Joey Corner. Kebetulan je kot tu..
Tapi intuisi Uncle memang kuat pun,tu aku akui. Adalah beberapa perkara apa yang dia rasa tu tepat.
ASAM PEDAS TERLARIS DIJANDA BAIK
Joey Corner di Kampung Sum-Sum |
Asam pedas dihidang dalam claypot, harga berpatutan. |
Kami pun duduk memesan makanan masing-masing. "Dzoul, ko kena rasa asam pedas dia..mabeles!" Adeek menyuruh aku order asam pedas, katanya memang sedap giler.
Asam pedas dia tak macam kat kedai makan lain, masakannya macam masak kat rumah, berasa!
Ketika kami datang dia menyambut kami dengan baik. Makin bertambah selera aku nak makan. Untung abang Joey dapat akak. "Butang baju aku mana pah!" haha saje gurau abang Joey.
"Alaaa..baru nak rasa" ujar aku yang baru pertama kali makan kat sini, Uncle dah 4 kali datang dah.
Uncle Order Laici Ais |
Aku order sirap bandung |
Roni Order Tembikai Laici |
Mona order Air Limau Ais |
Masing-masing memesan makanan masing-masing. Adeek dan Uncle pesan sup ekor.
Sup Ekor Joey Corner, berasa! |
Sampai je makanan, Adeek terus bagi aku rasa sup ekor dia "Nah, cuba ko rasa". "Sedap!" kata aku. "Sup ekor dia rasanya cukup..tak malulah kalu kita ajak orang makan sini" Adeek menambah.
Mona sedang berangan sambil nunggu Sizzing Mee dia. Jap lagi sampai la Mona. |
Tak lama kemudian makanan aku pun sampai, Sizzling Mee. Kuahnya sedap, tapi agak manis. Lain orang, lain citarasanya. Aku bedal je, sebab dah lapar.
Sizzling Mee aku yang dah sampai. Kuahnya agak manis sedikit. |
"Punya la bersih sinki dia sebutir nasi pun takde, lantai pun bersih" ujar Uncle. Uncle kalau bab kebersihan ni mmg dia 'particular' sikit. Bukan sikit banyak.
Sinki bersih. Sebutir nasi pun takde. Kedai bersih semua pun suka. |
Habis makan semua 'tersandor' (kata orang Muar). Masing-masing kekenyangan. Kami bercerita politik semasa. Macam-macam hal. Apapun bagi aku, kita ada akal untuk menilai.
Setiap kali Uncle makan dapat 20% diskaun. |
"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan.." ?
NAMA...
Jangan sampai anak cucu cicit malu nak sebut nama kita...apatah lagi bila tercatat dalam sejarah..
Akhir kata, kalau sesapa yang sampai Janda Baik ngidam nak makan ASAM PEDAS, sila datang ke JOEY CORNER. Rugi kalau tak try.
Jalan ke Joey Corner
Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100%
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Haruan Makan Anak
Janda Baik Di Janda Baik
Lynn Menyimpan 1001 Rahsia
Terima Kasih Zelmey & The Gang
Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies
Terima Kasih Tuan IzzanJanda Baik Di Janda Baik
Lynn Menyimpan 1001 Rahsia
Terima Kasih Zelmey & The Gang
Terima Kasih Dr Ilyas Harun & Tuan Izzan The Foodies
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
No comments:
Post a Comment