Followers

Thursday, March 17, 2016

Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?

Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?







Beberapa hari lepas, Uncle sibuk mencari jawapan 'Adakah matahari itu belayar'.


Persoalan ini timbul apabila dia membaca ayat Al-Quran (surah Yassin ayat 38) :



وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ۬ لَّهَا‌ۚ ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ


Terjemahan Bahasa Melayu :


36:38. Dan matahari - ia berlayar ke satu tempat rehat yang tetap; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui. 

36:38 Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

Terjemahan Bahasa Inggeris :

Transcription (English)36:38 Waalshshamsu tajree limustaqarrin lahathalika taqdeeru alAAazeezi alAAaleemi


Edip-Layth (Quran: A Reformist Translation) 
36:38 The sun runs to a specific destination, such is the design of the Noble, the Knowledgeable.


The Monotheist Group (The Quran: A Monotheist Translation) 
36:38 And the sun runs to a specific destination, such is the design of the Noble, the Knowledgeable.


Muhammad Asad (The Message Of Quran) 
36:38 And [they have a sign in] the sun: it runs in an orbit of its own [and] that is laid down by the will of the Almighty, the All-Knowing;


Rashad Khalifa (The Final Testament) 
36:38 The sun sets into a specific location, according to the design of the Almighty, the Omniscient.,


Shabbir Ahmed (Quran As It Explains Itself) 
36:38 And the sun: it is running to its appointed destination. That is the measure of the Almighty, the Knower.



Agak lama juga Uncle mencari rujukan, daripada pukul 4 petang sampai 12 tengahmalam. Dia baca, kemudian termenung (berfikir) , cari sumber kajian (bukti) tentang perihal ni.

Dia nak tahu bagaimana pula rupa apabila Matahari belayar!

Selama ni dia ingat , dan seperti semua maklum, hanya bumi sahaja mengelilingi Matahari.



Planet mengelilingi Matahari


Selama dia mencari jawapan, dia tak bercakap dengan aku. Ada sesekali dia buat lawak, selebihnya khusyuk mentelaah. Aku pun tak tahu apa dia cari sebenarnya, sehinggalah dia bertanya aku dalam sekitar pukul 12 tengahmalam.


"Dzoul, cuba kau baca surah Yassin ayat 38, Tuhan cakap Matahari belayar" Uncle bertanya pada aku dan aku pun tersenyum kepadanya.


"Memang Matahari pun belayar bang, dan orbitnya tidak seperti yang kita tahu sebelum ni" ujar aku kepada Uncle. Kemudian aku pun menunjukkan video ni kepadanya.




Klik Video - pergerakkan sistem solar secara 'Vortex'


"Haa..inilah dia..berjam-jam aku carik" ujar Uncle kepada aku.

Aku sudah mengetahui perkara ni beberapa tahun yang lepas ketika mengkaji beberapa persoalan yang timbul sehingga aku terjumpa seorang mamat saintis bernama Nassim Haramein. 

Mamat ni pakar Matematik dan mengkaji tentang 'Fractal & Geometry'. Takpe tu biar dia pikir. Kalau aku pikir banyak keje tak siap nanti

Ini hanya gambaran kepada saintis ini sahaja, bagi aku tak perlu kita mempercayainya 100% . Dia juga mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam melalui ilmu dan kepakarannya yang ada. 

Sampai satu ketika jika di Izinkan-Nya , saintis ini akan mendapat jawapan yang lebih baik. Bila dia dapat jawapan, akan ada persoalan yang akan timbul lagi. Percayalah.

"Hidup bukan mencari jawapan, tetapi mencari persoalan" . Bertanyalah kepada-NYA , nescaya DIA beri jawapan satu-persatu mengikut tahap ilmu dan faham masing-masing.

Ilmu-Nya terrrrrrlalu LUAS dan DIA pasti beri HANYA kepada yang mahu BERFIKIR sahaja.

Yang tak mahu pikir..duduklah 'bawah tempurung' tu...


Tiada salah atau betul, hanya berlainan PERSPEKTIF.(ilmu)
Hanya dia MAHA mengetahui.


"There is No ABSOLUTE Truth, the TRUTH always EVOLVED" - anonymous


Kebenaran MUTLAK itu hanya pada-NYA dan Ilmu-Nya sentiasa berkembang setiap masa. Jika kita mencari jawapan , adakah kita akan dapat jawapan? Jadi, adakah kita perlu mencari jawapan atau mencari persoalan? Pikirlah dulu ya...


Kemudian Uncle tanya aku tentang surah An-Naml ayat 88 :
 

وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُہَا جَامِدَةً۬ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ‌ۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّهُ ۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ 
27:88 Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Apa buktinya? ....nak minum petang sat...Adios..


Wallahualam...


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?

No comments: